Jabatan Meteorologi atau lebih dikenali sebagai Ramalan Kaji Cuaca telah meramalkan bahawa Ribut Sonamu akan melanda Pantai Timur Semenanjung Malaysia sehingga hari Jumaat dan dijangkakan banjir akan berterusan untuk seminggu lagi.
Sekali dengar ramai yang terkeliru dengan nama ribut ini..SONAMU..bukan TSUNAMI..ini disebabkan Tsunami adalah sebutan "Silent T"..iaitu huruf T tidak dibunyikan..
Maka, janganlah ada yang takut Tsunami akan membadai Pantai Timur. Tsunami tak akan berlaku jika tak ada pergerakkan bawah laut atau gempa bumi dasar laut.
Ribut Sonamu ini hanya membawa hujan lebat sahaja..bukan bawa ombak besar seperti Tsunami. Berikut adalah imej satelit mengenai pergerakkan Sonamu.
DARIPADA: | PUSAT RAMALAN CUACA, JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA | |
TARIKH: | 07 Januari 2013 | |
Our Ref: | JMM.RML06/599/46/ Jld22 (71) |
Nasihat Ribut Tropika
Di keluarkan pada 09:05AM 07 Januari 2013 |
Peringkat : Ribut Tropika (SONAMU).
Masa Pencerapan : 8:00 pagi, 7 Januari 2013.
Kedudukan : Latitud 6.7 Utara; Longitud 108.4 Timur; kira-kira 497 km ke Tenggara Ho Chi Minh City, Vietnam.
Pergerakan : Perlahan ke arah Barat-Barat Daya.
Jarak dari Bandar terdekat : Kira-kira 592 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu.
Kesan terhadap Malaysia : Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan.
|
*****
Oleh kerana cuaca yang tak menentu ini, baiklah sediakan payung sebelum hujan..kalau dah hujan..sedialah berpindah jika banjir..dan bersabarlah kerana ini ujian Allah..
semoga mereka yang berhadapan dengan banjir tuh tabah la yer...
BalasPadamsemoga pantai timur, malaysia sentiasa dilindungi dari perkara2 yang tidak diingini...amin..
BalasPadama'ah... mcm2 name diorang bg... dlu tsunami,skang sonamu... takut klu jadi dimasa hadapan jadi "soname".. heheh.. ape2 pn, semoga saudara di pantai timur semuanya selamat....
BalasPadamoo baru tahu aje sonamo ni..tau tsunami aje..
BalasPadamilmu baru ni..terpaksa jualah menghadapinya.
Petang tad ribut luar biasa di Pasir Gudang.Sonamu tak ye?
BalasPadamassalamulaikum pen biru....betul tu petang jer ribut juga...:)
BalasPadam