Khamis, 28 Februari 2013

HAMPIR TERTIPU

Assalamuaikum..

Entri penutup untuk bulan Februari.. Aku nak korang tengok dulu resit di bawah ini sebelum aku cerita..



Kisahnya macamni.. 20 Feb lepas aku nak balik kampung dan singgah di Pasaraya Pasific Alor Star Mall ( Tandop Alor Setar) sebab nak beli makanan Oren..

Aku beli Whiskas Junior. Sebelum beli aku tengok harga di rak adalah RM17.90. Disebabkan tak berhajat pun nak beli yang lain aku terus ke kaunter untuk bayar lagipun kesian Oren tinggal dalam kereta sorang-sorang  sekor-sekor..

Lepas je casher tu scan harga dia cakap "RM18.90".. aku pandang muka dia..pastu aku cakap "Bukan RM17.90 ka?Kat rak harga tulis macam tu.."

Dia jawab" Ya ka?..jab saya p tengok".. kesian pulak kat cashier tu..dalam 5 minit dia balik ke kaunter..dia cakap.. "Kak tunggu jab ya"..lepas tu dia panggil supervisor dia..tot tet tot tet..

Zassss... print keluar resit kat atas tu.

Cuba korang tengok. Kalaulah aku beli tak tengok harga di rak..atau beli banyak barang..kan dah aku tertipu. Harga yang tunjukkan kepada pelanggan tak sama dengan harga dalam sistem diorang .

Agak-agaknya dah berapa ramai yang kena tipu tanpa sedar macamni.. kalau 1 barang..10 barang..50 barang..korang kiralah sendiri.

So, sepatutnya pihak pasaraya mana-mana pun..kena lebih hati-hati dengan perkara macam ni. Mujur aku ni jenis detail..kalau jenis cincai..kan ke naya..sekali p kena tipu RM1 untuk 1 barang..

Kita pengguna ada hak..silap 1 aje aku tak ikut budak tu ke rak..kalau ikut memang aku tangkap gambar harga di rak tu..bukti kukuh tu..kan?..Tak pe..ini pengajaran untuk aku dan korang semua. So beware!

Adeuss!!!

Rabu, 27 Februari 2013

NOSTALGIA

Assalamualaikum..

Cerita bab manik memanglah memboringkan.. Hari ni aku nak cerita pasal Nostalgia.. 

Korang kenal benda ni??



Inilah PIANICA.. alat muzik yang aku paling suka dan masa aku sekolah dulu aku cekap main benda alah ni. Kat sekolah benda ni tak banyak..ada 5bijik aje..so 5 oranglah yang ada can belajar main..maklumlah sekolah kampung..

Lepas main, wayar tiub tu wajib ketuk-ketuk buang air liur..hihihi..pastu basuh dan simpan..Macam-macam lagu aku main..sampai lah tertanam azam di hati nak beli keyboard@organ Yamaha..sebab terlalu suka. Tapi mana nak mampu..mak abah aku bukan orang senang...

Seterusnya..yang ini..


Yang ni 100% budak sekolah dizaman aku wajib kena beli..dan aku memang cekapla main..bagitau aje lagu apa semua boleh..cuba korang bagi sekarang..tepeleot la nak ingat semua kod dan not..hahaha

Cikgu muzik aku semua garang-garang..tapi aku tak pernah kena marah..sebab aku minat subjek Muzik..tapi sekarang ni masih ada lagi ke subjek Muzik kat sekolah rendah??

Teringat kenangan alat muzik ni..petang-petang aje memekak main depan rumah.. Pianica tu sesekali aje boleh bawak balik rumah..maklumlah..barang kawalan..

Ada saper-saper yang ada cerita yang sama macam aku???

Selasa, 26 Februari 2013

LACE & PEARL - 5

Assalamualaikum..

Dah hampir boring tengok jahitan crumble. Sorry lagi kepada korang yang tak berminat dengan hal memanik ni. Tapi apa nak buat kan?..blog aku..hihih

Kali ni aku tunjukkan hasil baju untuk pertunangan..

Gabungan lace dan pearl..tambah sikit kristal agar bersilau-silau mata yang memandang nanti..

Terima kasih kepada pelanggan aku  Hidayah yang yang akan melangsungkan pertunangan tak lama lagi.. Selamat Bertunang ye dik.. dan semoga berpuas hati dengan jahitan ahkak ye..




dek silau flash kamera..warna baju ni berubah. Warna asal adalah macam gambar yang ke-2 ..

*setiap jahitan aku bagi kad warranty..so jangan takut-takut nak bagi kat aku ..

Adeus!!!

Isnin, 25 Februari 2013

PEARL TABUR - CRUMBLE 23

Assalamualaikum..

Lagi jahitan crumble untuk hari ni.. korang tengok ajelah ye.. Pada yang berminat nak tempah boleh. Tapi untuk ambil bulan 5. Aku terpaksa tolak beberapa tempahan yang hantar hari ni nak minggu depan. Minta maaf sangat-sangat. Aku tak kejar kuantiti..sebab aku nak jaga kualiti.

Aku tak nak pelanggan tak puas hati. Aku pun tak reti nak jahit tergesa-gesa. Untuk menjahit ni pun kena ambik feel dulu. Duduk relaks-relaks..pastu baru boleh jahit. So memang ambik masa. Jahit manik ni bukan macam jahit baju..pakai mesin. Ni jahit pakai tangan. Kena kutip manik tu sebiji-sebiji..bukan mudah.

Pun begitu masih ada yang tak faham dengan mengatakan harga jahit manik adalah mahal. Aku tak nak komen banyak kat sini. Korang boleh tengok di SINI  <<UPAH JAHIT MANIK>>

Kadang-kadang aku rasa agak sedih bila orang  kata jahit manik mahal. Tak apalah mungkin diorang tak tau siksa nak siap 1 baju yang kadang-kadang ambik masa sampai 5-6 hari..bila dihitung balik kos upah tu 1 jam hanya RM1.. berbaloikah??? dan sanggupkah andai mereka itu dibayar sebegitu??

Aku akui ada pelanggan yang faham. Kerja seni memang tak boleh di nilai dengan wang ringgit. Setiap jahitan adalah 1-1nya didunia. Walaupun kadang-kadang corak hampir sama..tapi mesti ada kelainan sebab saku jahit pakai tangan bukan pakai mesin.

Melalut panjang pulak kali ni. Sorry la le..lepas perasaan sikit.

Ok..tengok ajelah hasil jahitan aku ni..





Kepada pelanggan aku ni, Shahkirah dari KL...harap awak berpuas hati ye. Terima kasih kerana percayakan kebolehan aku. Sekali pos 4 pasang baju ..

Ok la aku berhenti kat sini dulu..

Adeuss!!!

Ahad, 24 Februari 2013

PEARL TABUR - CRUMBLE 22

Assalamualaikum..

Maaf pada yang tak suka dan tak kisah dengan manik ni. Kepada yang berminat semoga ini boleh dibuat contoh. Aku tak pandai nak ajar orang. Walaupun aku ada terima beberapa sms dan panggilan telefon yang minta aku buat kelas.

Maaf ye, bukan aku tak sudi..tapi aku tak confident. Ilmu aku tak seberapa. Aku pun masih belajar . Tengok contoh-contoh dari beaders lain. Aku pun tak tahu apa aku nak ajar orang..Bukan aku sombong..tapi serius..aku belum bersedia sebab ilmu aku pun tak seberapa.

Ini hasil untuk baju seterusnya..Jahit kat tangan aje.






Aku suka jahit baju kain yang macamni..bagi 10 pun tak pe..i rela u....

Esok pun ada lagi jahitan crumble ni.. tunggu ye..

Adeus!!!

Sabtu, 23 Februari 2013

PEARL TABUR - CRUMBLE 21

Assalamualaikum..

Lama juga tak upload entri pasal manik. Sengaja aku kumpulkan dulu..pastu baru upload entri nye. Seperti biasa. Lalu aku autopublishkan. 

Baju kali ni semuanya crumble mumble..

Untuk baju ni agak sukar nak jahit crumble sebab kainnya yang jenis mudah pecah. Sebab tu aku kurangkan taburan manik-manik kecil..risau takut lama-kelamaan kain tu boleh terkoyak.

Inilah hasilnya..






Esok ada lagi jahitan crumble..tunggu

Adeus!!!

Jumaat, 22 Februari 2013

BUDAK 5 TAHUN YANG BUTA

Assalamualaikum...

Pertama kali aku tengok video ni..aku kagum..tapi at the end..jatuh pulak airmata.

Budak perempuan berusia 5 tahun dari Korea ni pandai bermain piano. Tiada siapa yang ajar dan bukanlah mewarisi bakat dari keturunan kerana dia sendiri adalah anak angkat. Dia hanya belajar bemain piano dengan hanya mendengar sahaja ..ini adalah kerana dia seorang yang BUTA.

Korang bolah tengok di youtube.. atau di video yang aku letak di bawah ini..

Dan nilaikan lah sendiri..


Khamis, 21 Februari 2013

DARI MATA PENA #2


Rabu, 20 Februari 2013

TIADA SENYUM ...





GUBAHAN RINDU PUISI SYAHDU

Hadir dirinya di antara kita  
Membuai resah penekanan jiwa 
Dikau berubah setelah ia tiba 
Menghanyutkan cinta suci kita

Walaupun kini dikau tiada 
Daku melangkah mengharunginya 
Melepaskan dikau kekasih di jiwa 
Semoga kau tetap berbahagia

Hati ini walaupun telah dilukai 
Namun diri tabah jua menghadapi 
Dikau pergi tinggalkan daku sendiri 
Oh menyepi nan sebuah hati 
Yang luka ini

Kasih dan sayang tetap bersemi 
Ku meratapi sehingga kini
Cintai dirinya walau apa terjadi
Jangan kau hancuri cinta suci

Dengarlah sayang coretan hati
Gubahan rindu puisi shahdu
Senyuman tawamu masih ku rindu
Walau dikau telah lama pergi
*******

Maaf.. entri ini agak emosi.

Selasa, 19 Februari 2013

PEMENANG SEGMEN BAGI PI

Assalamualaikum..

Jeng...jeng..jeng...


Kepada yang telah menjoinkan diri dalam segmen Bagi Pi - www.penbiru.com hari ini lah yang ditunggu-tunggu..

Sebelum di umumkan pemenangnya..aku nak tunjukkan dulu hadiah-hadiah yang dah sedia menanti..

PERTAMA : Sepasang Cotton Vietnam + CheezyCrazy Cheese Powder bernilai RM80

KEDUA  : Candy Kelapa(jangan risau..HALAL ye buatan Melayu Champa)  + FM Vietnam + CheezyCrazy Cheese Powder bernilai RM30

KETIGA : FM  Vietnam + CheezyCrazy Cheese Powder bernilai RM20


Saguhati untuk 5 orang : Topup prepaid RM5 setiap seorang..

Dan para pemenangnya...ialah..

TEMPAT PERTAMA:

TEMPAT KE-2 :

TEMPAT KE-3:

5 PEMENANG SAGUHATI @ SAGUHENPON
5. AREESA AZMAN aressazman.blogspot.com

So itulah dia para pemenangnya..agak sukar untuk aku buat pilihan. Masing-masing ada cerita dan gaya sendiri. Kepada para pemenang harap dapat smskan nama dan alamat korang ke no. aku 0125677630..kepada pemenang saguhati..sms aje nama korang kat aku..alamat tak yah le sebab nak topup takyah taruk alamat.heheh dan pastikan no.hp korang tu boleh ditopup (bukan fix line).

Kepada yang tidak menang, bukan kerana tak bagus..tapi aku tak tau nak pilih la..korang semua best-best. Doakanlah aku murah rezeki nanti aku buat  lagi GA ,yang join semua aku bagi saguhati. Korang jangan kecik hati atau merajuk pulak ye. Aku sayang korang tau!

So itu aje kisahnya.terima kasih banyak-banyak kerana sudi luangkan masa join dan tak join..walaupun singgah baca..kalaupun tak baca singgah tengok pun Alhamdulillah lee..aku terharu sangat-sangat.thanks ye..

Adeus!!!

Isnin, 18 Februari 2013

VALENTINE HARAM TAPI???

Assalamualaikum..

Fatwa Kebangsaan telah mengisytiharkan bahawa Sambutan Valentine adalah HARAM. Aku rasa semua ni dah orang dah sedia maklum.. Sejak media sosial semakin popular, benda-benda macamni cepat sampai ke pengetahuan kita.

TAPI..apakah hukumnya menggalakkan Sambutan Valentine (walaupun kita tak sambut tapi kita menyediakan tempat untuk orang lain sambut tak kiralah yang sambut tu Islam atau tidak).???

Pertama sekali aku tengok post dari sebuah resort ni..aku terkedu!


Masya Allah..

Aku tak tahu nak cakap apa. Candle light dinner tidak lah salah. Tiada hukum fatwa mengatakan ianya salah..tapi yang Valentine tu apa kejadahnya.

Nak kata tak tau hukum..tak patut sangat. Sepatutnya pihak resort ni lebih peka tentang hukumhakam agama. Nama resort sangat "kampung" dan hampir  "islamik" itu tidak sepadan dengan apa yang dianjurkan mereka.

Entri ini bukan fitnah tapi ditulis atas fakta dan bukti. Kepada pihak resort..malulah sikit dengan Restoran Cina dan India..diorang pun tak de buat promosi untuk Valentine!

Lepas aku komen, barulah dia tukar perkataan tu. Tapi dek ego..tiada respon dari pihak resort kepada komen aku. Sudah la tak peka..tak de budibahasa pulak tu..kot le nak cakap sorry ke apa ke..macam tak de buat apa-apa salah..

Hai lah bangsaku..aku bukan nak rosakkan bisnes dia, tapi aku cerita betapa jahilnya kita kalau kita tidak peka.

*Geleng kepala

Ahad, 17 Februari 2013

REQUEST:SAYA NAK DOODLE ALIF ISMAIL (VERSI 2.0)

Assalamualaikum..

Aiseymen,.orang berdoodle..aku pun nak berdoodle jugak..dah tua-tua pun tak sedar diri la pulak aku nih.. Apedehal..benda comey kot..mana boleh taknak..

Korang nak tak? Join segmen ni

klik aje banner ni..

Serius 1st time tengok doodle buatan Alif ni memang comel gile dah macam watak kartun dalam tv. Part yang paling aku suka tuuu..kat mata dia..bercahaya betul..dan kalaulah aku punya doodle..sah-sah aku nak  doodle tu mata kaler biru..yela.. BIRU MATA HITAMKU..bak kata Wings.

Korang yang nak tu jom la join..mana tau ada rezeki..aku pun nak tukar juga doodle kat header tu..dah lama doodle tu dok mengadap lappy kat situ..kesian dia..kan?

Okeyle..itu aje..

Adeus!!!

Sabtu, 16 Februari 2013

SENIMAN KUSWADINATA KEMBALI KE RAHMATULLAH

Assalamualaikum..

Berita yang baru diterima,negara kita telah kehilangan sebutir lagi bintang yang pernah menyinari persada seni tanah air. Al-fatihah kepada Allahyarham Seniman Kuswadinata yang telah disahkan meninggal dunia pada jam 5.07petang tadi..

Semoga rohnya dicucuri rahmat..

Masih terbayang wajahnya yang kacak dalam filem Seniman Bujang Lapuk..

Beliau menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang akibat menderita penyakit kanser dan akan disembahyangkan di Masjid Bukit Indah.

Seniman Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang meninggal dunia pada usia 75tahun. Beliau meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak.

Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepadanya dan memohon kehadrat Allah agar Allahyarham ditempatkan bersama para solihin..

Jumaat, 15 Februari 2013

METEOR STREAKED MENGHENTAM RUSIA


Assalamualaikum


Hari ini, lebih daripada 500 orang cedera apabila meteorit melintasi langit dan meletup atas pusat Rusia ,dan menyebabkan bebola api dari meteor tersebut terhempas ke Bumi, memecahkan tingkap dan  merosakkan bangunan.





Orang ramai yang sedang menuju ke tempat kerja di Chelyabinsk (bandar perindustrian 1500 (950 kilometer) timur Moscow.)mendengar bunyi seperti letupan, melihat cahaya terang dan kemudian merasakan gegaran .

Bola api  yang merentasi horizon, meninggalkan jejak putih yang panjang di tengah yang boleh dilihat sejauh 200 km (125 batu) dari di Yekaterinburg. Penggera kereta, tingkap berkecai dan rangkaian telefon mudah alih telah terganggu.


Presiden Vladimir Putin, yang menjadi tuan rumah pegawai-pegawai Kementerian Kewangan dari Kumpulan 20 negara di Moscow, dan Perdana Menteri Dmitry Medvedev telah memaklumkan tiada kematian dilaporkan.

Seorang pegawai kementerian tempatan berkata insiden seperti ini amat jarang berlaku dan peristiwa Jumaat mungkin telah dikaitkan dengan asteroid bersaiz kolam renang Olimpik kerana lulus Bumi pada jarak 27.520 km (17.100 km) tetapi ini tidak disahkan.

Agensi angkasa Rusia Roscosmos berkata meteorit itu bergerak pada kelajuan 30 km (19 batu) sesaat dan  peristiwa itu adalah sukar untuk meramalkan. Kementerian Dalam Negeri berkata letupan meteorit telah menyebabkan ledakan sonik.

Kementerian Kecemasan Rusia berkata 514 orang telah mendapat bantuan perubatan, terutamanya bagi kecederaan ringan disebabkan oleh serpihan kaca, dan 112 daripada mereka telah dimasukkan ke hospital. Sepasukan kumpulan telah ditubuhkan untuk mencari tinggalan meteorit.

"Tidak pernah wujud sebarang kes meteorit berpecah pada tahap yang rendah ke atas Rusia sebelum ini," kata Yuri Burenko, ketua cawangan Chelyabinsk Kementerian Kecemasan.

Walaupun peristiwa itu jarang berlaku, meteorit dianggap telah memusnahkan kawasan seluas lebih daripada 2,000 km persegi (1,250 batu) di Siberia pada tahun 1908, menghancurkan tingkap sejauh 200 km (125 batu) dari titik impak.

Kementerian Kecemasan menyifatkan peristiwa Jumaat sebagai "meteor shower dalam bentuk fireballs" dan berkata tahap radiasi latar belakang adalah normal. Ia menggesa penduduk agar tidak panik.

Pihak berkuasa bandar pergunungan Chelyabinsk mendesak orang ramai untuk tinggal di dalam bangunan kecuali mereka yang diperlukan untuk mengambil anak-anak mereka dari sekolah dan tadika. Mereka berkata terdengar bunyi seperti letupan telah didengar pada ketinggian 10,000 meter (32800 kaki).

Saintis AS dari agensi NASA yang mula  memantau mereka kira-kira 15 tahun yang lalu. ruang  telah berkata asteroid yang dikenali sebagai 2012 DA14, kira-kira 46 meter dalam diameter, akan menghampiri Bumi lebih dekat daripada mana-mana asteroid .

Satelit Televisyen, cuaca dan  komunikasi terbang kira-kira 500 kilometer lebih tinggi. Bulan adalah 14 kali lebih jauh.

Kalaulah meteor ini menghentam bumi Malaysia..bagaimanalah agaknya.. Nauzubillah himinzalik..

*pic: crdt to google

SEGMEN BAGI PI- LAST HARI NI

Assalamualaikum..

Kembang kincup hidung rasanya bila segmen yang 1st time aku anjurkan mendapat penyertaan yang amat menggalakkan. Setakat yang aku tulis ni dah ada 23 AMT yang sudi join segmen yang simple ni. Simple sangat-sangat..

Masa masih ada hingga malam ini..esok dah tutup dan aku nak pilih pemenang..

Hadiahnya seperti yang dah aku bagitau haritu.

Pada yang nak join tu..ini syarat-syaratnya..



1. Mesti follow aku dulu (pada yang dah follow terima kasih banyak-banyak)
2. Copy banner yang ada kat bawah ni..(guna left-click pastu copy) dan ..


3. Buat 1 entri mudah bertajuk "SEGMEN BAGI PI - WWW.PENBIRU.COM"
4. Tuliskan apa yang korang tahu pasal aku dan blog aku
5. Dalam entri tu..ajak kawan-kawan follower korang join segmen ni.
6. Tinggalkan link entri korang tu kat ruangan komen di bawah link ENTRI INI


Dan hadiah-hadiahnya adalah seperti berikut..

PERTAMA : Ole-ole special dari Vietnam + CheezyCrazy Cheese Powder bernilai RM80
KEDUA  : Ole-ole dari Vietnam + CheezyCrazy Cheese Powder bernilai RM30
KETIGA : Ole-ole dari Vietnam + CheezyCrazy Cheese Powder bernilai RM20
Saguhati untuk 5 orang : Topup prepaid RM5 setiap seorang..

Cepatla join...tak sabar pulak aku nak umum sape pemenangnya..ok..selamat bersegment

Khamis, 14 Februari 2013

CONTEST KACA MATA PAPAMIFZ.COM

Assalamualaikum..

Wah..lama betul tak join contest-contest ni. Maklumla sibuk. Kebanyakkan entri aku pun semuanya autopublish.

Ni ha..PapaMifz antara AMT terawal aku buat contest..cerita bab Kaca Mata. Korang boleh tengok kat link INI - CONTEST KACA MATA PAPAMIFZ.COM..


Aku pun nak try la mana tau menang..boleh dapat kaca mata @ spek baru..spek aku pun dah 3 tahun tak bertukar ni..berapa "power" aku pun aku dah tak tahu..ish...ish...ish...kesian betul la..

Aku mula ber"spek" ni masa dah  mula masuk alam kerjaya. Rabun jauh. Sampai bengkok-bengkok rim motor aku asyik terjun lobang aje dan dah berapa puluh kali kawan masa sekolah yang jumpa aku kata aku sombong sebab diorang senyum aku tak balas..sombong apanya..dah aku tak nampak!..last-last kena buat jugak spek..

So sekarang aku nak jawab soalan PapaMifz..

Apa jenama bingkai kaca mata sekarang? 
 .. Jenama bingkai aku sekarang adalah Swatch

Anda beli kaca mata tersebut dimana? Apa nama kedai??   
..Aku beli kat Pasaraya Aneka Gurun (Kedah) Kedai tu tu nama Bintang Opto

Kanta kaca mata jenis apa yang dipakai sekarang?
..Kanta untuk rabun jauhla..yang ada transition dan multicoat sebab mata aku tak tahan  silau lampu dan terang cahaya matahari..

Pengalaman manis atau pahit sepanjang berkaca mata? 
..Dengan kaca mata ni banyak pengalaman sebab mana aku pergi, dia mesti ada. Pengalaman manis ,kerana dialah aku boleh menikmati keindahan alam dan tengok negara orang dengan sejelas-jelasnya dan aku kelihatan amat jelita sekali  bergaya bila berada di tengah panas, sebab spek aku bertukar kaler hitam (macam ala-ala rayban gitu)  ..kenangan pahit pulak bila 1st time aku main volleyball pakai spek... ku sangkakan bola itu masih jauh di atas rupanya dah sampai tepat ke dahi aku..gedegang!!!!.. bukan setakat bola..dengan-dengan aku terlentang tengah padang..macam nangka busuk daaaa...

*spek aku ni pun bertuah sebenarnya bila aku jadi tuan dia..kan dah boleh mengekor je aku pi jalan-jalan luar negara...(spek mata orang lain?? kau hado ..hahahah..riak dan takburnya aku!!!)


Harga kaca mata tersebut?
.. Oleh kerana dah lama beli..aku pun ingat-ingat lupa..rasanya dalam RM300 lebih..harga promosi katanye...

Anda menyesal beli kaca mata tersebut?? Kenapa??  
..Sikit pun aku tak menyesal..kerana dia dah bagi penglihatan kat aku dan sekurang-kurangnya aku tak perlu kerap tukar rim motor yang selalu bengkok dek terjun dalam lobang (mana nak tanggung kapasiti aku yang boleh tahan mantop ni..-tapi sekarang aku dah lama tak ride motor..hikhikhik..)


Ni la spek aku yang banyak berjasa tu..



Kalau korang amati  di cermin sebelah kanan  tu..dah pecah pun..itulah hasil hentaman bola tampar yang telah menampar dahi aku dengan kejam sekali tu..dah pecah sikit..sian kat dia..
(*aku tak ampunkan bola itu sampai bila-bila)

Walaupun aku berkaca mata..aku tetap bersyukur sebab aku rabun jauh sahaja..kalau aku pun ada rabun dekat lagi masaalah sebab aku ni banyak menjahit..so kena renung dan tenung benda kecik-kecik depan mata.. So aku sekarang ni pakai spek masa nk drive atau keluar jalan-jalan je..dan juga masa nak menyapu rumah..kalau tak , aku ni sapu angin je..habuk tak gerak-gerak pun..maklumlah rabun jauh..nampak lantai licin je..sekali tengok tapak kaki..nah kau!..HITAM!..hahah

Pun begitu, rabun jauh ni sebenarnya lagi bermasalah dari rabun dekat. Sebab??
Bayangkan kalau terjadi apa-apa di malam hari atau di waktu  kecemasan.. kalau rabun dekat kita hanya perlu cari kunci rumah atau kunci kereta.. tapi kalau rabun jauh..sebelum cari kunci rumah atau kunci kereta..TETAP kena cari KACA MATA dulu..see!!

Itu aje cerita aku ..harap-harap menang..

Fuhhhh!!!!!!!!!... Fuhhhhhhhhhhhhh!!! .. Fuuuhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!  jampi-jampi sikit 

Adeus!!!


Rabu, 13 Februari 2013

BILA POLITIK DI POLITIKKAN

Assalamualaikum..

Entri ni bukan nak memalukan sesiapa. Tapi dah lama aku perhatikan seorang makhluk Allah ni. Sering mencampur adukkan politik dan kerja. Kalau fanatik sangat, janganlah terlalu menunjuk-nunjuk. Post orang ni aku dapat dari sebuah Fb Group yang sepatutnya membincangkan hal ehwal kerja.

Aku tak tau apa motif dia.Tapi aku benci dengan perbuatan dia. Mengundang sakit hati orang yang tidak suka politik macam aku..

Dia ni suka menyindir dan membangkitkan sentiment politik dalam group tu..

15 Jan - aku baca sahaja apa yangdia tulis..


17 Jan - aku baca juga dan tengok apa lagi dia mau



24 Jan - sudah kelihatan melampau..

28 Jan -.yang ni aku balas, sebab dia memang melampau.

Yang dia tahu, minta gaji naik, elaun itu..elaun ini..Tak tahu bersyukur yang dia sudah senang bila boleh kerja dengan kerajaan. Dia tak tahu, bila gaji dan elaun naik..barang-barang akan naik harga. Yang jadi mangsa adalah orang yang tidak bekerja dengan kerajaan, orang kampung, .  Bukan aku menolak untuk naik gaji..sapa yang tak mahu naik gaji memang bodohlah..TAPI..kenapa dia kaitkan semua ni dengan politik?
Group untuk membincangkan hal ehwal kerja dah jadi medan  berpolitik dan kempen politik.

Kau dah salah tempat la Mat!

Serius aku benci !

Selasa, 12 Februari 2013

FILEM SAINS FIKSYEN PERTAMA DI MALAYSIA

Assalamualaikum..

Seronok pula aku nak menggugel mencari fakta yang mungkin orang tak minat nak tahu..tapi aku nak tahu, Bila aku dah tahu, aku nak kongsikan dengan korang.

Filem genre sains fiksyen hanya mula bertapak di Malaysia pada tahun 1992. Siapa tidak kenal dengan Aziz M.Osman. Seorang pengarah muda yang pada waktu ketika itu sungguh kreatif dan mampu buat filem sebegini. Filem yang dimaksudkan ialah XX Ray.




Sebelum itu kita hanya banyak disogokkan dengan filem-filem cinta sahaja. Tapi kebangkitan XX Ray telah memecah tradisi. Aku dah beberapa kali menonton filem ini. Jalan cerita yang sangat menarik. Hinggakan 1 masa dulu Aziz M.Osman dikenali sebagai  Steven Spielberg Malaysia




Filem ini mula di tayangkan pada 24 Disember 1992 (aku darjah 6 masa tu). Di terbitkan oleh syarikat Nizarman Malaysia Sdn. Bhd (syarikat milik ibu pelakon Syanie Hisham yang comel montel tu )

Filem ini telah memenangi Skor Muzik Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-10 an juga memangi Anugerah Khas Juri(Filem Penerokaan Special Effect) di festival yang sama.

Nor Aliah Lee (pernah berkahwin dengan Aziz M.Osman, namun jodoh mereka tak panjang)

Hero pujaan Malaya..paling hensem owesome yang amat pada ketika itu..aku pun sampai termimpi-mimpi minat kat dia ni..inilah dia Edika Yusof.


Bagi yang tidak pernah menonton filem ini, sinopsisnya seperti berikut;

"Amir (Aziz M.Osman)seorang pelajar pintar jurusan sains mempunyai masalah pergaulan terutama dengan Aishah(Nur Aliah Lee)  yang diminatinya. Karim (edika Yusof) kaki bulli sentiasa menghalang Amir utuk mendekati Aishah kerana Karim juga meminati Aishah. Amir amat meminati astronomi. Amir dan Anuar(Faizal Hussien) bertolak ke Sarawak untuk menyiasat laporan tahi bintang yang jatuh di Sarawak dengan bantuan Encik Ismail (Shaharudin Thamby). Amir bertemu dengan seorang lelaki tua yang tinggal berhampiran kawasan dimana tahi bintang itu jatuh. Orang tua itu memberi serpihan batu itu kepada Amir. Serpihan batu itu juga dimiliki oleh Baragas. Berlaku perebutan antara Amir dan Baragas ( Seniman Ibrahim Pendek). Amir berjaya membawa pulang tahi bintang itu ke Kuala Lumpur. Semasa ujikaji, batu tersebut meletup menyebabkan Amir menjadi halimunan. Amir mencuba untuk memulihkan keadaannya manakala Baragas sentiasa berusaha untuk menumpaskan tahi bintang itu."



*fakta dalam entri ini dan entri-entri sebelum ini adalah atas kajian dan bacaan sendiri. Jika ada yang tidak tepat, harap dapat betulkan aku.

Isnin, 11 Februari 2013

DARI MATA PENA #1




Ahad, 10 Februari 2013

OREN..STUNT YANG TAK MENJADI

Assalamualaikum..

Ini kisah lawak yang buat aku gelak dan rasa nak marah pun ada.

Oren.kucing aku yang kurus keding walauun kuat makan tu..umur dia dalam 2 bulan lebih camtu..baru pandai melompat-lompat..dan memanjat-manjat.


Aku ni tiap kali keluar bilik air aku akan matikan lampu dan tutup pintu. Nak di jadikan cerita, entah macam mana, hari tu, lepas aku ambik wuduk nak solat manghrib..aku boleh keluar dari bilik air dengan pintu tak tutup dan lampu pun menyala..terus aku masuk bilik solat untuk solat.

Masa tu aku baru je bagi salam..tiba-tiba dengar bunyi benda jatuh dlm air dengan kuat..macam org terjun kolam..menggelupur pastu aku dengar bunyi mengiau..terlompat aku meluru nak pi tengok..apa benda..

tengok-tengok..si Oren dah terjun dalam kolah mandi!..terkapai-kapai.

Aku cepat2 tarik dia dari kolah..abih basah telekung aku..Oren menggeletar 1 badan kesejukkan..badan dia jadi panas..sambil mengiau-ngiau..

Cepat-cepat aku ambik tuala yang memang aku guna khas untuk dia, aku lap-lap bulu dia pastu ambil kain dan gulung macam bedung baby..Oren terdiam tak berbunyi..terkejut gamaknya..

Ni la jadi kalau dah stunt salah timing..bibir kolah tu bukan lebar mana..agaknya dia lompat dari bawah, nak landing atas bibir kolah tapi terbabas terus ke dalam kolah..atau..dia dah naik atas bibir kolah pastu tergelincir..

Kesian pulak aku tengok..aku peluk dia..badan dia betul-betul menggigil..

Nak marah pun ada...sebab aku kena timba keluar semua air dalam kolah tu..ye la kolah mandi, takkan aku nak mandi air bekas kucing! Nasib baik la air tu suku kolah aje..

Hai la..Oren..apalah masalah kau!.. Nama aje kucing..lompat pun tak pass!

Sabtu, 9 Februari 2013

SEGMEN BAGI PI - www.penbiru.com

Assalamualaikum..

Pelik kan tajuk..Segmen BAGI PI..ini ayat orang Kedah. Samalah maksudnya dengan GIVEAWAY..(aku memartabatkan bahasa aku..hihihi)

Julung-julung kali aku nak anjurkan segmen ni. Mudah aje.

1. Mesti follow aku dulu (pada yang dah follow terima kasih banyak-banyak)
2. Copy banner yang ada kat bawah ni..(guna left-click pastu copy) dan ..


3. Buat 1 entri mudah bertajuk "SEGMEN BAGI PI - WWW.PENBIRU.COM"
4. Tuliskan apa yang korang tahu pasal aku dan blog aku
5. Dalam entri tu..ajak kawan-kawan follower korang join segmen ni.
6. Tinggalkan link entri korang tu kat ruangan komen di bawah entri ni..


Hadiah?..
Insya Allah..ada ole-ole dari Vietnam yang aku beli hari tu..Dah lama nak buat segmen ni tapi tak sempat. Aku sediakan hadiah berikut..

PERTAMA : Ole-ole special dari Vietnam + CheezyCrazy Cheese Powder bernilai RM80
KEDUA  : Ole-ole dari Vietnam + CheezyCrazy Cheese Powder bernilai RM30
KETIGA : Ole-ole dari Vietnam + CheezyCrazy Cheese Powder bernilai RM20
Saguhati untuk 5 orang : Topup prepaid RM5 setiap seorang..

Ha...tunggu apa lagi.
Tarikh penyertaan bermula hari ini 9 Februari dan tamat pada 15 Februari 2013. 1 minggu aje..Pemenang akan di umumkan dalam waktu terdekat.

Ok..apa lagi..join le..
Adeus!!!

Jumaat, 8 Februari 2013

JAJAN KEGEMARAN MASA KECIL KU

Assalamualaikum..

Jom kita cerita bab makan. Jajan..ini sebutan orang selatan. Orang utara tak sebut jajan. Tak ada istilah untuk makan ringan. Kalau keropok, tetap di sebut keropok. Kalau gula-gula, akan di sebut cekelat, kalau biskut, akan di sebut roti..

Nostalgia..ingat balik semua kegemaran aku ni. Sekarang ni ada yang masih ada..ada juga yang dah tak ada dalam pasaran.Sesiapa yang lahir tahun 1980an ke atas..mungkin tahu semua jajan yang aku nak cerita ni..

Antara kegemaran aku ialah..

mesti beli hari-hari.. Bubble Gum 88, harga 10sen

Buble gum ni sedap, tapi saiznya bulat kecik. Mahal sikit.. 30sen kalau tak salah

Ding Dang,,ada macam-macam mainan..bukan sedap pun..suka sebab ada mainan je. Harga 50sen
Tora datang selepas Ding Dang..kira Ding Dang lagi tua dari Tora

Inilah yang paling aku suka.. Coklat susu macam-macam rasa. 4 biji 10sen.Sekali beli RM1..penuh 1 plastik..suke..suke..suke..

kek Hiro..30sen sebijik

Nini..1 bekas 90sen..paling mahal. Sesekali je boleh makan..dalam iklan bukan main cair likat-likat coklat dia..sekali beli..nah kau..coklat dia pekat gila.

Rota..sekarang tak berani makan sebab ada bahan B**i


Coklat bar pertama yang mampu beli..10 sen je..Coklat Kandos..

Super Ring.. 20sen. Mesti penuhkan 5-5 jari dengan keropok ni

Bubble Gum Kucing aku panggil..yang bestnya kulit dia ni sebelah dalam ada gambar kartun. Letak atas kulit dan basahkan..lepastu kartun tu lekat atas kulit..ala-ala tatoo gitu..mahal ni sebiji 10sen

yang ni aku tak tau harga sebab tiap kali nak, aku minta mak aku belikan..aku makan habis biskut dia.gula-gula yang atas tu aku kumpul dulu..pastu baru makan..happy ending kate kau..

Ni lagi 1..aku tak tau harga. Kak Long aku selalu belikan kat aku..tak sedap pun..tapi ntah kenapa aku suka

Cloud9..coklat ni keluar tak salah aku masa aku darjah 2..sebiji 20sen.

Kalau nak cerita bab makan ni , memang aku suka banyak. Sebab masa kecik aku memang kuat makan. Sebab tu la montel sampai hari ni. Ada banyak juga yang aku gugel gambar tapi tak jumpa..inilah yang aku jumpa..Korang macam mana?

*credit to: semua tuan punya pic yang aku ambil kt google ni..thanks sebab aku boleh mengenang memori aku dengan pic yang korang upload





Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...