Isnin, 25 Februari 2013

PEARL TABUR - CRUMBLE 23

Assalamualaikum..

Lagi jahitan crumble untuk hari ni.. korang tengok ajelah ye.. Pada yang berminat nak tempah boleh. Tapi untuk ambil bulan 5. Aku terpaksa tolak beberapa tempahan yang hantar hari ni nak minggu depan. Minta maaf sangat-sangat. Aku tak kejar kuantiti..sebab aku nak jaga kualiti.

Aku tak nak pelanggan tak puas hati. Aku pun tak reti nak jahit tergesa-gesa. Untuk menjahit ni pun kena ambik feel dulu. Duduk relaks-relaks..pastu baru boleh jahit. So memang ambik masa. Jahit manik ni bukan macam jahit baju..pakai mesin. Ni jahit pakai tangan. Kena kutip manik tu sebiji-sebiji..bukan mudah.

Pun begitu masih ada yang tak faham dengan mengatakan harga jahit manik adalah mahal. Aku tak nak komen banyak kat sini. Korang boleh tengok di SINI  <<UPAH JAHIT MANIK>>

Kadang-kadang aku rasa agak sedih bila orang  kata jahit manik mahal. Tak apalah mungkin diorang tak tau siksa nak siap 1 baju yang kadang-kadang ambik masa sampai 5-6 hari..bila dihitung balik kos upah tu 1 jam hanya RM1.. berbaloikah??? dan sanggupkah andai mereka itu dibayar sebegitu??

Aku akui ada pelanggan yang faham. Kerja seni memang tak boleh di nilai dengan wang ringgit. Setiap jahitan adalah 1-1nya didunia. Walaupun kadang-kadang corak hampir sama..tapi mesti ada kelainan sebab saku jahit pakai tangan bukan pakai mesin.

Melalut panjang pulak kali ni. Sorry la le..lepas perasaan sikit.

Ok..tengok ajelah hasil jahitan aku ni..





Kepada pelanggan aku ni, Shahkirah dari KL...harap awak berpuas hati ye. Terima kasih kerana percayakan kebolehan aku. Sekali pos 4 pasang baju ..

Ok la aku berhenti kat sini dulu..

Adeuss!!!

11 ulasan:

  1. Jika ada seribu manik, dah berapa bayarannya penbiru?

    BalasPadam
  2. assalamualaikum pen biru....cantiknya..:)

    BalasPadam
  3. wah..comel sgt..klau untuk dua2 tangan ni berapa ringgit?ikut manik yg diguna kt baju tu..

    BalasPadam
  4. cantik dan menarik.saya tertarik..sbb tak mau mencuba utk jahit.. huhu

    BalasPadam
  5. semoga berterusan murah rezeki yer...:)

    BalasPadam
  6. salam kak..
    hasil sentuhan yg lawa as usual.. pandai akak menjahit manik..
    cma tak rasa akak caj mahal sbb kt kl ni lg mahal..dpt pulak kat penjahit yg jahit duit..bukan jahit manik.. tensi..

    semoga bisnes akak semakin berkembang maju...

    BalasPadam
  7. oh ye..klu brg dah sampai nnti cma update :)

    BalasPadam
  8. tangan berseni menjahit ni...menjadi je pegang jarum benang jahit....:)

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...