Jumaat, 1 Februari 2013

SIAPA DIA? #2

Assalamualaikum..

Kenal siapa ini?


Mungkin kurang jelas..atau tidak perasan..cuba tengok di bawah ini...


Ya..inilah dia Belalang (Filem Nujum Pak Belalang)

Watak seorang budak yang pintar dan rajin. Aku yakin ramai peminat filem ni. Tengok berkali-kali pun tak jemu. Filem yang sarat dengan mesej dan pengajaran.

Pelakon kanak-kanak yang memegang watak "Belalang" ini bernama Mohd Ali Bin Mohd Latif atau lebih dikenali sebagai Bat Latih. Dilahirkan pada 10 Jun 1951 di Changi, Singapura.

Selain dari filem Nujum Pak Belalang, beliau juga turur membintangi filem-filem lain yang terkenal di era itu , antaranya filem Batu Belah Batu Bertangkup, Lela Manja dan Singapura Di Langgar Todak.

Mendapat nama "Bat" dari gelaran "Jebat" yang telah diberikan oleh A.R Tompel kerana kenakalannya masa kecil.

Beliau telah merangul Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik Festival Filem Asia Pasifik pada tahun 1960 dan merupakan anak melayu (kanak-kanak) yang pertama yang memenanginya.


Berhijrah ke Malaysia dan menghembuskan nafas terakhir sendirian di kediamannya di Taman Melawati tanpa diketahui sakit yang dideritainya..

10 Jun 1951 -  3 Mei 2005
Al-Fatihah

6 ulasan:

  1. Arwah adalah bapa saudara Ogy Dato Ahmad Daud. Seorang kreografer tarian juga.
    Membujang sehingga ke hujung usia.

    Tak ingat apa sakitnya, tapi kalu tak silap leukemia kot.. Lupa dah.

    BalasPadam
  2. Watak Bad sebagai belalang paling menarik dan menjadi kenangan. Aksinya yang sungguh comel sekali.

    BalasPadam
  3. he he he...memula memang x perasan...bila dah scroll down...oh anaknya Pak Belalang... ^_^

    BalasPadam
  4. salam kak..
    tgk pic kedua tu baru ingat..
    belalang...ooo belalang....

    alfatihah...

    BalasPadam
  5. first tak dapat cam tengok picture pertama. Then tngok picture kedua baru cam. Cerita belalang tu memang banyak pengajaran. *nice entry. ;)

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...