Ahad, 31 Mac 2013

HARI TERAKHIR DI SINI

Assalamualaikum..

Sekadar berkongsi cerita.

Sudah 12 tahun aku berkhidmat di jabatan ini. Inilah universiti yang paling besar untuk aku. 3 tahun di Unit Semakan. 4 tahun di Unit Gaji dan 4 tahun di Unit Pentadbiran. Esok aku akan berhijrah ke tempat baru..Unit Akaun..(macamlah nak pindah jauh sangat..huhuhu)

Aku tak kisah tentang pertukaran ini. Pada aku inilah peluang aku menimba ilmu dalam pelbagai bidang kerja. Andai aku dipindahkan JPA ke jabatan lain, aku akan rasa lebih "kemas" dan "selesa" dengan segala pengalaman yang aku ada. Syukur Alhamdulillah..

Mulai esok rutin kerja di pejabat akan turut berubah. Inilah Hijrah sebenarnya bagi seorang pekerja. Pindah ke suasana baru, tempat baru, rutin kerja yang baru. 

Sedih juga tinggalkan kawan-kawan yang rajin buat bising dan gelak ho ha ho ha... tapi ok lagi lah sebab masih jabatan yang sama..terima kasih untuk kawan-kawan yang sudia buat makan-makan..aku memang tak tahu pasal ni, kalau aku tahu memang aku akan masak le apa-apa untuk majlis..(punya le bendul sekeping gambar pun aku tak snap)

Apapun bersedia untuk sesuatu yang baru esok..


Sabtu, 30 Mac 2013

OREN PUNYA CERITA

Assalamualaikum.

Agak sibuk dalam minggu ni. Tak sempat tulis entri untuk autopublish..tak sempat jugak untuk BW. Pada yang singgah kat blog aku ni terima kasih banyak-banyak.


Sejak 2-3minggu ni cuaca panas sangat. Memang melampau punya panas. Langsung tak hujan. Kesian kt lucing aku si Oren. Sampai masuk tido atas lantai bilik air yang basah. Bila tido kat luar macam-macam gaya dia tido..

 Bila masuk kereta kena aircond bukan main syiok dia tido..siap naik atas riba aku lagi..sampai aje rumah..terkelepot tido atas lantai..panas sangat. Maklumlah rumah kampung..mana ada aircond.

So layan ajelah gambar Oren ni.







Khamis, 28 Mac 2013

BUDAK VEGETARIAN

Assalamualaikum

Entri terlewat. Aku dikampung sekarang. Sibuk uruskan hal untuk program bulan 5. Lepas siap semuanya aku singgah makan . Seperti biasa, budak debab ini hanya makan nasi dan sayur dan juga tauhu sebagai lauk.

Bagi ayam dikunyah-kunyah lepastu dia luah. Bagi ikan pun tak nak.. So inilah yang ada dalam pinggan Si Bob kesayangan aku ni..


Rabu, 27 Mac 2013

SIAPA ADOLF HITLER?

Assalamualaikum..

Entri ini akan membosankan bagi orang yang tidak suka membaca ..pada yang suka membaca..silakan terus membaca..

Sudah banyak catatan mengenainya. Ada yang memuji, tapi banyak juga yang mencemuh. Pada aku..yang mencemuh itu sebenarnya tidak tahu siapa itu Hitler. 


Barat memomokkan Hitler sebagai penjenayah perang, zalim..itu..ini..semuanya yang jahat-jahat. Tak ada yang baik. Ini adalah kata-kata Hilter yang membuka mata dunia pada hari ini,.... 


"Ich konnte all die Juden in dieser Welt zu zerstören, aber ich lasse ein wenig drehte-on,so können Sie herausfinden, warum ich sie getötet"

"Saya boleh saja bunuh semua Yahudi di dunia ini, tapi saya tinggalkan sedikit yang hidup agar kamu tahu mengapa saya membunuh mereka.."

*****

Berikut adalah fakta mengenai Hilter

1. Hitler amat menjaga maruah sehinggakan tidak membenarkan sesiapapun melihat dia mandi.

2. Hitler tidak pernah menanggalkan uniform tenteranya walau apapun berlaku.

3. Hitler seorang pemidato yang terbaik di dunia dan tiada siapapun yang mampu menandinginya di zaman itu. Setiap syarahannya mampu memukau jutaan manusia. 

4. Hitler seorang vegetarian, tidak minum arak dan tidak merokok.

5. Hitler seorang yang amat mengagumi Islam..dan beliau pernah berucap

 " You see, it's been our misfortune to have the wrong religion. Why didn't we have the religion of Japanese, who regard sacrifice for the Fatherland as the highest good? Then Mohammedan religion too would have been much more compatible to us than Christianity. Why did it have to be Christianity with its meekness and flabbiness..."

6. Beliau mempunyai hubungan yang akrab dengan Mufti dari Palestin, Sheikh Hj. Amin al-Husaini dan beliau telah menubuhkan divisen khas untuk umat Islam yang berkhidmat di Rantau Balkan, iaitu Batalion Hadzar.

7. Hitler mempunyai IQ yang tinggi dan sama setaraf  Albert Eistein iaitu 141.

8. Hitler mempunyai bakat melukis dan selalu melukis gambar pemandangan.

9. Kerana kagum dengan Islam, beliau telah mencetak risalah mengenai Islam dan di edarkan kepada semua tentera Nazi termasuk yang bukan Islam.

10.Beliau akan memberi peluang tenteranya yang beragama Islam untuk menunaikan solat tak kira di mana dan bila-bila masa pun malahkan beliau pernah menunggu mereka bersolat hingga selesai untuk menyampaikan ucapan.


Walaupun Hitler bukanlah beragama Islam tapi sedikit sebanyak beliau sebenarnya telah banyak membantu Islam memerangi Yahudi dari zaman dahulu lagi. Barat mendidik dunia dengan mengatakan tentera Nazi dibawah pimpinan Hitler adalah kejam, walhal Nazi lah yang banyak membunuh orang Yahudi yang hari ini telah menyusahkan dunia Islam dan membunuh saudara kita di Palestin..

Semoga info ini memberi manafaat..






Selasa, 26 Mac 2013

NEGARA TERKECIL DI DUNIA

Assalamualaikum..

Meh kita tambah info hari ni. Aku terjumpa 1 artikle mengenai saiz dan kepadatan penduduk dunia. Tiba-tiba aku dapat data ni..mengenai negara yang paling kecil di dunia.


So aku tak nak cerita bab negara lain. Aku nak cerita pasal negera yang paling kecil tu je..iaitu Vatikan.

Nama Negara:    
Stato Città del Vaticano, (The Vatican City State = Negara Kota Vatikan), dibentuk melalui Traktat Lateran (Lateran Treaty) yang ditandatangani pada tahun 1929 antara Wakil Ketua Pemerintah Takhta Suci, Kardinal Pietro Gaspari dan Perdana Menteri Kerajaan Italia, Benito Mussolini.

Negara Kota Vatikan diakui sebagai badan politik bagi  menjamin Takhta Suci sebagai institusi tertinggi dalam Gereja Katolik sedunia dan sebagai negara berdaulat.


Nama Pemerintahan:       

Santa Sede  atau the Holy See atau Takhta Suci.

Ketua Negara:        
Sri Paus, (the Holy Father). Sri Paus sekarang ini adalah Benedictus XVI, nama asalnya sebelum dilantik adalah Joseph Ratzinger, yang berasal dari Jerman. Sebelumnya negara ini diketuai oleh Kardinal iaitu pemimpin Kongregasi untuk Doktrin Keimanan.




Bendera:                  
Vatikan memiliki bendera berbentuk segiempat panjang, mempunyai  dua warna, kuning dan putih. Di tengah bahagian yang berwarna putih terdapat lambang Vatikan.

Lambang Negara:    
Berbentuk Mahkota Kepausan berwarna keemasan bertingkat tiga dengan sebuah salib kecil di atasnya. Dua kunci Santo Petrus yang bersilang dihiasi oleh selendang Kepausan. Sebagai latar belakang dari lambang negara ini adalah sebuah perisai berwarna merah.


Lagu Kebangsaan:  

Himne berjudul “O Roma felix” (O Rome immortal), dicipta  oleh Charles Gounod, liriknya ditulis  oleh Antonio Allegra,  pada tahun 1950.

Lokasi dan Saiz:      

Negara Kota Vatikan terletak di Bahagian Barat  wilayah kota Rom, berkeluasan 44 hektar, panjangnya 1045 meter dan lebarnya 850 meter (108,7 acres, 44 hektar) atau 0.44km persegi yang dilingkungi oleh tembok tinggi.

Daerah Kota Vatikan yang dapat dikunjungi umum adalah Basilika Santo Petrus. Tempat-tempat lain hanya boleh dikunjungi setelah mendapat  kebenaran bertulis.


Penduduk/WargaNegara:         
Sekitar 1000 orang dan menetap disana kerana pekerjaan. Penduduk Vatikan terdiri dari bebagai warganegara, dimana majoritinya adalah warganegara Itali. Mereka juga memperoleh Kewarganegaraan Vatikan secara "permanent residence" atau "PR" seperti yang termaktub Perjanjian Lateran.

Matawang:  

Euro-Vatikan .

Bahasa: 

Bahasa Italia. Untuk perayaan keagamaan ,Bahasa Latin turut digunakan. Bagi tujuan Urusan Diplomatik, hanya menggunakna Bahasa Inggeris dan Perancis.


Itu je infonya. Yang lain korang boleh gugel la ek..terima kasih kerana sudi baca.. Adeus!!!

Isnin, 25 Mac 2013

KOLEJ PROFESIONAL MARA - PENGAJIAN PERCUMA

Assalamualaikum..

Ini ada info yang mungkin ada orang yang dah tahu dan aku rasa ramai yang tak tahu. Sekarang keputusan SPM sudah diumumkan dan masih ramai yang tercari-cari peluang dan ruang untuk menyambung pelajaran. Oleh kerana habit rakyat Malaysia yang sukakan sesuatu yang PERCUMA dan amat sayangkan duit untuk dilaburkan atas tujuan pendidikan dan pelajaran maka aku ada sesuatu untuk dikongsikan.


Pernah tak anda mendengar nama KOLEJ PROFESIONAL MARA? Aku pernah dengar tapi tak pernah tahu mengenainya secara detail. Untuk pengetahuan anda semua (tiba-tiba aku ber"anda-anda" pulak..huh!) kolej ini menyediakan pengajian percuma malah pelajar diberi elaun bulanan oleh MARA.

KOLEJ PROFESIONAL MARA (KPM) adalah institusi pengajian dibawah INSTITUSI PENDIDIKAN MARA (IPMa). Khas untuk bumiputera sahaja.

KPM menyediakan pengajian peringkat Diploma dalam pelbagai bidang antaranya
  • Perakaunan
  • Pengurusan Perniagaan
  • Computer Networking
  • English Communication
  • Business & Digital Creative Media Production
  • Business Studies
  • Agro Business
  • Higher National Diploma in Computing (Software Development)
  • Entrepreneurship
  • Islamic Banking and Finance

Syarat-syarat kemasukkan sangat mudah iaitu Kredit dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik..lain-lain syarat tambahan yang sangat minima anda boleh dapati di link ini --> SYARAT KEMASUKAN KE KPM

Untuk maklumat lanjut mengenai lokasi pusat pengajian dan bidang pengajian pilihan sila klik  gambar dibawah


Jika kita tidak menggunakan peluang ini maka kita sudah kerugian. Bagi lepasan SPM yang berminat boleh daftar secara online di http://apponline.mara.gov.my/spupim/ sekarang!

*siapa kata  di Malaysia tak ada pengajian PERCUMA??? 




Ahad, 24 Mac 2013

Pakej Pulau Malaysia Bersama Jomlahcuti.Com

Assalamualaikum..

Korang pernah dengar tak mengenai laman web Jomlahcuti.com? Aku mengenali laman web ni pada tahun 2011 masa aku sedang mencari maklumat untuk bercuti di Medan. Aku telah mendaftarkan email untuk menerima segala promosi dan info terkini.


Setiap kali aku menerima email dari Jomlahcuti.com aku rasa amat berminat untuk membacanya. Paling aku suka ialah melawat laman web Jomlahcuti.com. Pelbagai promosi telah diadakan. Jomlahcuti menyediakan pelbagai pakej percutian yang amat menarik dengan harga yang berpatutan. Aku nak sangat join pakej-pakej tu tapi apakan daya masa aku yang tidak mengizinkan.

Laman web Jomlahcuti.com pada aku memang best.Macam-macam info mengenai lokasi percutian ada di web tersebut dengan paparan gambar yang cantik menarik,rekaletak yang sangat mesra-pelayar dan cepat terpapar di skrin bila di klik.

Sekali lagi aku menerima email dari Jomlahcuti.com dengan mengajak aku untuk menyertai 1 peraduan ringkas.Maka aku pun mencuba nasib kali ini.

Bagi melengkapkan peraduan ini aku diminta untuk membuat 1 slogan..
Saya ingin bercuti bersama Jomlahcuti.com kerana impian saya ingin bercuti bersama krew yang hebat yang pastinya menjanjikan kenangan yang paling manis!


Setelah 3 kali bercuti diluar negara , harapnya kali ini dapatlah aku merasai percutian di pulau yang paling best dengan Jomlahcuti.com. So korang yang berminat jomlah lawat web ini dan sertai peraduan yang best ni.


...dan inilah antara kenangan percutian aku

Medan - Mac 2011

Kuching - Mei 2011



Beijing - Nov 2011

Ho Chi Minh - Nov 2012

Korang boleh melawat Jomlahcuti.Com untuk dapatkan pelbagai info percutian dan kalau korang nak bercuti kemana-mana ada banyak pakej yang disediakan. Apalagi.. Jomlahcuti!!!


Sabtu, 23 Mac 2013

KISAH PENGORBANAN IBU KUCING

Assalamualaikum..

Ini kisah Pengorbanan besar seekor ibu kucing. Scarlett seekor ibu kucing yang amat berani, penuh kasih sayang dan sanggup menghadapi pelbagai kemungkinan.Berbulu Calico, dan pernah menjadi tajuk utama di seluruh dunia dalam insiden mengeluarkan lima anak-anaknya untuk diselamatkan daripada api kebakaran ditempat tinggalnya. 

Berbalik pada kejadian itu, Scarlett tinggal didalam garaj di Brooklyn bersama-sama anak-anaknya. Ketika kebakaran itu berlaku, tiada ahli keluarga yang tinggal kerana keluar bekerja. Setelah dipadamkan api, anggota bomba dapat melihat kucing itu dengan perlahan-lahan membawa anak-anaknya berusia empat minggu dari bangunan yang telah hangus. 

Keadaannya yang hangus teruk, telinga ia terbakar, dia menyusukan anak-anaknya agar selamat walaupun keadaan dirinya dengan matanya melecur serta teruk dan telah melekat dengan hidungnya, dan setelah kelima-lima anaknya selamat ia rebah dan pengsan. Ahli bomba David Giannelli mengambil kesemua kucing-kucing itu untuk dirawat. 

Akhirnya, kucing itu setelah sihat dan tinggal parut dimuka dan badannya, diambil semula oleh tuannya dan bersyukur atas keselamatan mereka. Kini Scarlett telah tiada lagi kerana kejadian itu berlaku pada tahun 1996.


http://www.purr-n-fur.org.uk/famous/scarlett.html





Keadaan Scarlet selepas kebakaran



Anugerah yang diterima Scarlet


Gambar atas : Anak-anak yang sihat dan sikit pun tidak cedera..
Gambar bawah : Kecacatan kekal pada mata Scarlet



Sedangkan ibu haiwan pun sayangkan anak..tapi kenapa ada manusia yang lebih hina dari haiwan.. :(

Jumaat, 22 Mac 2013

KISAH SEORANG ISTERI BERNAMA SABAH


Pada zaman dahulu ada dara cantik bernama Sabah, berkahwin dengan jejaka tampan bernama Brunei, kehidupan mereka sangat bahagia, aman tenteram, perkahwinan mereka menghasillan ramai anak bumi yang gagah perkasa, mereka kesana kemari menakluk, membuka kota baru dan membesarkan keluarga mereka.


Sabah sangat sayang laki dia yang gagah dan berani. Setelah masa berlalu, kehandalan Brunei semakin kurang, apatah lagi dengan kedatangan jejaka mata biru yang gagah dari luar, si Sepanyol dan si British. Isteri Brunei bernama Amanilah dirampas Sepanyol, ditukar namanya jadi Manila.



Brunei bergaduh dengan kerabatnya, perang saudara bertahun tahun, Brunei meminta bantuan saudaranya yang bernama Sulu, jika dapat menewaskan kerabatnya maka Brunei menjanjikan menyerahkan isterinya Sabah kepada Sulu. Sulu mengaku Sabah adalah isterinya, walaupun dia tidaklah membantu dalam perang saudara, oleh kerana kekuatan Brunei semakin lemah, perkara ini didiamkan sahaja. Jadilah Sabah mempunyai dua laki dalam masa yang sama.


Kemudian British datang, ingin menyunting Sabah dari Brunei, Brunei mengizinkan dengan hantaran 12000 kepada Brunei, British juga menyunting Sabah dari Sulu, melihat Brunei dapat wang 12000 setahun, maka Sulu juga ingin menyerahkan “isterinya”, dapatlah ia 5000 setahun.

Begitulah nasib Sabah, walaubagaimanapun Sabah gembira dengan laki baru dia British, duit makin masuk, ekonomi makin stabil, anak-anak ramai yang bekerja, makan minum hidup gembira. Sehinggalah datang pemuda mata sepet, Jepun. Jepun datang tidak menyunting, tidak merisik, tidak meminang. Ambik terus bini orang, British dihalau jauh dari Sabah.

Kerana cintanya kepada Sabah, British datang kembali bersama suku sakatnya, menuntut Sabah dari Jepun. Tidak lama kemudian Jepun yang handal sudah mengalah, British kembali dengan isterinya, namun British sudah miskin, susah untuk mengatur keluarganya. British ingin menceraikan Sabah.

Sabah dipinang oleh jejaka Malaya, bermadu dengan Sarawak & Singapura tinggal dalam rumah kecil bernama Malaysia. Tidak lama selepas itu Singapura diceraikan, selepas jantinanya tidak diketahui samaada jantan atau betina, dan menyusahkan lakinya. Alhamdulilah, rumahtangga kali ini rukun damai dan tenteram, asalnya miskin dan sekarang senang.

Brunei memandang dari jauh bekas isterinya yang bahagia, tidak apalah, Brunei juga bahagia walau menduda. British semakin melupakan percintaan lama, Jepun langsung tidak peduli….


TETAPI SULU..laki Sabah yang dulu, nampak nya ingin merampas kembali bekas isterinya yang semakin harum, semakin cantik dan bergaya. Kepada Sulu, lelaki gila talak, tiada anak-anak Sabah inginkan bapa tiri macam kamu..Adakah ya..?



*sumber : FB : SAYA SAYANG TUN DR.MAHATHIR

Khamis, 21 Mac 2013

CERITA LAWAK

Assalamualaikum...

Saja aku nak sharekan dengan korang 1 cerita yang aku rasa lawak..cerita ni diceritakan oleh opismate aku dikala kami hampir terhantuk ke meja kerana mengantuk..kisahnya camni, kisah antara sorang cikgu BI dengan murid india di sebuah sekolah dalam kawasan estet.

Cikgu tu minta setiap murid memberitahu atau menyebut apa yang ditulisnya di papan hitam

Cikgu  : What is this? (sambil tangan tunjuk ke perkataan "Blackboard" )
Murid1: Blackboard

Cikgu  : What is this? (jari menunjuk ke perkataan  "Chair" )
Murid2: Chair

Cikgu  : What is this? (sambil menunjuk ke perkataan "Table" )
Murid3: Ta ble (sebutan berbunyi  TA - BLEY )
Cikgu  : Thats wrong, read again
Murid  : Ta bley teacher..
Cikgu  : You should spell the word and read again..
Murid  : I say Ta bley la teacher..
Cikgu  : Did you can't spell?
Murid  : Yes i can
Cikgu  : So why you say "ta bley" .??
Murid  : Teacher..you should spell too.. T.A for "ta" .. B.L.E sound "bley'..
              So , its "ta bley" la teacher.
Cikgu  :  *terdiam dan terkedu..


Rabu, 20 Mac 2013

BUDAK GEBU

Assalamualaikum..


tangannya..

tangannya dan kakinya..

 
pipinya..

tidurnya..

kegemarannya..

hobinya..

kesukaannya..

aksinya..(Abang Bob dan Adik..2 sepupu yang beza umurnya hanya 2 hari..)

keletahnya..

Inilah kesayanganku...menceriakan hari-hariku. ..hilang keletihan dan kesedihan bila melayan si Abang dan Adik..petah bercakap walaupun pelat...

Selasa, 19 Mac 2013

TELAH DI UNFOLLOW

Assalamualaikum..

Benda ni dah berlaku hampir 2 minggu. Aku masih berfikir..dan tak dapat jawapan..

Ceritanya macam ni. Ada seorang hamba Allah ni. Aku dah follow dia sejak awal-awal aku berblog. Dan dia follow aku balik. Bila terjumpa di FB maka aku add friend. Walaupun dia masuk status di fb tapi aku tak pernah komen pun. Tengok aje. Blog dia ada juga aku komen-komen. Tapi pada aku komen tu biasa aje..

Nak dijadikan cerita 2minggu lepas dia ada masuk status di FB..bunyinya macam ni, " macam mana nak unfollow blog yang kurang disenangi".. aku nampak status tu. Tapi aku tak komen pun..

Malam tu bila aku check-check balik..aik..AMT aku kurang sorang.. rupa-rupanya hamba Allah tu. Oleh kerana tu aku rasa amat kecik hati..kalau setakat unfollow tu aku tak boleh halang.. tapi status di fb dia tu yang buat aku SANGAT KECIK HATI..



Aku nak tanya korang, ada ke apa-apa di blog aku ni yang menyinggung mana-mana pihak? Ada ke tulisan di blog ini berbaur politik atau perkauman? Kalau ada korang tolong bagitau aku.

Oleh kerana rasa tak puas hati dengan tindakan dia, maka aku pun unfollow dan block terus dia dari fb aku.

Korang..jika tulisan diblog ini korang tak berkenan atau terasa sila sound aku direct..jangan sindir-sindir.  Lebih elok unfollow senyap-senyap. Jangan di canang perbuatan yang dianggap baik tapi biadap sebenarnya. Sebab aku berblog untuk tambah kawan bukan lawan.

SEKIAN.

*tak sangka blog cerita manik pun ada orang kurang senang!

Isnin, 18 Mac 2013

FAKTA UNIK MENARA JAM DIRAJA MEKAH


Assalamualaikum.
Kita selalu tengok gambar ini..









Nama lengkap bagi menara jam ini adalah Menara Jam Diraja Mekah atau nama popularnya Menara Abraj Al-Bait. Menara jam ini dibina oleh syarikat pembinaan tersohor Arab Saudi iaitu, Saudi Binladin Group membabitkan 250 tenaga kerja mahir umat Islam.


1- Menara Jam Diraja Mekah itu merupakan menara jam yang tertinggi dunia. Ia mengalahkan bangunan menara-menara jam terkenal lain dari seluruh dunia. Seperti Menara Jam Palace of Culture and Science di Warsaw Poland, Menara Jam The Big Ben di London, Menara Jam Rajabai di Mumbai India dan Menara Jam Ann-Bradley di Milwaukee Amerika Syarikat.

2- Menara Jam Diraja Mekah merupakan menara tengah yang dibina dalam Kompleks Abraj Al Bait yang mudah dilihat tanpa mengira sudut iaitu sehingga sejauh 17 kilometer pada waktu malam dan 11 hingga 12 kilometer pada waktu siang dengan kalimah Allah terpampang jelas pada keempat-empat permukaannya.

3- Setiap kali masuknya waktu-waktu solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak, akan terpancar dari jam tersebut satu cahaya lampu yang boleh dilihat sehingga sejauh 28 kilometer (dengan tidak melupakan peranan bilal masjid untuk tetap mengalunkan azan).

4 - Cahaya daripada dua juta lampu LED yang menghiasi muka jam tersebut dengan 21,000 darinya terdiri daripada cahaya yang berwarna hijau dan putih, yang selamanya menjadi lambang warna agama Islam yang suci.

5 - Keindahan jam itu menjadi bualan kerana sebanyak 90 juta kaca mozek keemasan digunakan untuk menghiasi keempat-empat permukaan dengan mengambil motif atau corak flora dan fauna.

6 -Terdapat dua lif yang akan membawa para pelawat sehingga ke sebuah balkoni atau anjung tinjau iaitu dengan kedudukan lima meter ke bawah kedudukan jam.

7 - Direka oleh jurutera Jerman dan Swiss membabitkan kos bernilai $800 juta (RM2.56 bilion).


Ahad, 17 Mac 2013

PERINGATAN UNTUK PENCARAS!!!

Assalamualaikum..


10 Alasan Kenapa Dilarang Bercinta Dengan Suami Orang

1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!

2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamuberdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.




3. HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga.Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!

4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG 
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami “kerugian” kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!

5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup meneruskan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkanbahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hatiisterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!

6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya.Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak “test market” saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.

7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Ingat ! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!

8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai “Action that speak louder than words” (pandai cakap tapi buatnya tidak!)

9. BERWASPADALAH DENGAN “BOOMERANG KESALAHAN”
Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih kemana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !

10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jikaboleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!

*SUMBER FB

Sabtu, 16 Mac 2013

PERADUAN KOTEX MEMBERKU

Assalamualaikum..

AMT yang wanita sahaja (yang lelaki sila tengok aje ye)..Kotex ada buat peraduan. Hadiah boleh tahan lumayan.. Jom kita join..mana tau untung-untung menang...selamat mencuba!



sila klik gambar ini untuk menyertai..

Jumaat, 15 Mac 2013

TIPS UNTUK DAPATKAN CPUV NUFFNANG

Assalamualaikum.. 

Mengenangkan tabungan Nuffnang aku yang amat kesian itu, aku pun meramah-tamahkan diri untuk bertanya terus dengan Nuffnang..macam mana nak dapatkan CPUV.. Pada yang tak tau apa tu CPUV..meh sini aku nak bagitau....

Cost-Per-Unique-Visit - Ini bermakna pihak pengiklan membeli sejumlah kunjungan unik dari blog anda. Kempen iklan ini akan tamat apabila jumlah kunjungan unik tamat tempohnya.



Soalan aku kepada Nuffnang.. Macam mana untuk dapatkan CPUV ..dan ini jawapan mereka:

****************


Terdapat beberapa faktor yang menentukan peluang anda untuk dipilih untuk kempen CPUV. Pihak Pengiklan (Advertisers) memilih blog yang mereka ingin iklankan berdasarkan beberapa faktor seperti berikut :


Disebabkan Pihak Pengiklan (Advertiser) senantiasa mempunyai pasaran khusus untuk kempen mereka, maka mereka akan memilih blog yang mempunyai pembaca blog yang berpadanan sebagai sasaran mereka. Jika pembaca blog anda termasuk di dalam kategori itu, maka peluang untuk anda dipilih untuk mereka adalah sangat tinggi. Kebanyakan bloggers yang tidak mengisi ruang 'survey' yang disediakan dengan betul berkemungkinan tinggi mendapati blog mereka tidak terpilih untuk mendapat kempen atau iklan daripada Advertisers. Ini kerana, 'survey' tersebut berfungsi untuk Advertisers kami mengenali isi kandungan blog bloggers kami dengan lebih baik. Mana-mana blog yang tidak mengisi ruang 'survey' selalunya tidak akan diendahkan oleh Advertisers kami kerana mereka tidak akan tahu jika kempen mereka bersesuaian atau tidak dengan isi kandungan blog tersebut. Oleh itu, kami amat menggalakkan anda mengemaskini laman 'survey' anda dari masa ke semasa untuk menaikkan peluang blog anda dipilih oleh Advertisers kami.



Kebersanan penempatan iklan juga sangat penting dalam industri pengiklanan. Pengiklan kami telah menghabiskan banyak wang untuk mencorakkan iklan mereka dan membeli ruang iklan. Mereka perlu memastikan mesej yang ingin mereka sampaikan kepada pasaran khusus mereka sampai dengan efektifnya. Oleh itu, mereka senantiasa akan membeli ruang iklan yang hanya telah dioptimumkan sepenuhnya dan diletakkan pada tempat yang berkesan. Kesimpulannya, anda hanya perlu meletakkan unit iklan anda pada tempat yang sepatutnya dan faktor ini akan memuaskan Pihak Pengiklan.



Sebagai contoh, sesuatu unit iklan "Skyscraper" seharusnya menjadi elemen pertama di sidebar dan bukan di tempat lain. Hal yang sama juga bagi unik iklan "Leaderboard" yang seharusnya menjadi elemen pertama yang dapat dilihat di saat pengunjung masuk ke laman web anda. Manakala, unit iklan "Large Rectangle" pula seharusnya ditempatkan betul-betul di bawah entri pertama anda. Jika unit iklan blog anda tidak mengikut garis panduan yang telah dinyatakan seperti di atas, hal ini akan banar-benar mempengaruhi keputusan Pengiklan untuk memilih blog anda dan berkemungkinan tinggi menyebabkan mereka memilih blog lain.



Selain itu, ruang unit iklan juga memainkan peranan penting bagi Blogger untuk dipilih dalam sesuatu kempen. Semua Pihak Pengiklan kami membuat pembahagian yang sama rata pada ketiga-tiga unit iklan kami iaitu, Leaderboard, Skyscraper, dan Large Rectangle setiap kali mereka beriklan dengan kami. Jika blog anda mempunyai kesemua 3 unit iklan di dalamnya, maka peluang anda untuk terpilih bagi sesuatu kempen adalah amat cerah.



Keahlian eksklusif memainkan peranan dalam kempen iklan kerana Pihak Pengiklan kami lebih cenderung untuk meletakkan iklan mereka pada blog-blog berstatus Glitterati kerana ini merupakan sebahagian daripada program hadiah kami untuk Bloggers kami yang paling setia dengan kami. Ahli biasa masih akan dipilih untuk kempen tetapi dalam angka yang lebih rendah berbanding dengan ahli Glitterati.



Oleh itu, anda perlulah mengambil semua inisiatif untuk meningkatkan peluang blog anda untuk mendapat perhatian daripada Pihak Pengiklan, dengan selalu mengemas kini blog anda, menempatkan unit iklan anda di tempat yang betul, dll. Jika nasib menyebelahi anda, dan Pihak Pengiklan memilih anda untuk kempen CPUV mereka, maka peluang untuk anda mendapat beberapa angka di ruang "Buffered Earning" adalah sangat cerah!



*copy paste dari email tanpa edit.***************



Aku tanya sikit aje..jawapannya itulah..panjang berjela. Bagus pulak Nuffnang ni.

Aku ada menggugel untuk tahu cara dapatkan CPUV..tapi diorang kebanyakkan bagi ikut pengalaman berblog diorang. So aku pulak dapat terus dari pihak Nuffnang dan sekarang aku nak kongsikan dengan korang. 


Aku pun tak harap la boleh dapat beratus-ratus dengan iklan Nuffnang ni. Saja je nak menyibuk jugak. Benda free sape yang tak nak..orang Malaysia kan memang suka yang Free aje..aku pun sama la jugak

Okla..selamat mencuba la ye..

Adeuss!!!

Khamis, 14 Mac 2013

NUFFNANG 30 HENGGET!

Assalamualaikum..

Sebelum apa-apa aku nak gelak dulu untuk diri sendiri (sebelum korang gelakkan aku..ada baiknya aku gelak dulu) KAH!!! KAH!!! KAH!!!

3 tahun berblog dan mendaftar dengan Nuffnang, aku memang jarang login akaun Nuffnang tu. Sebulan sekali pun payahla aku nak login. Tetiba hari ni gatal tangan nak buka..

Nak juga aku tengok apa yang ada. 


Okla ni..total unique view bulan lepas..jadilah kan...tupun 80% - 90% entri aku autopublish aje.



Ni yang yang buat aku tak tahan.. paling sedih ni.. 3tahun punya blog ada 30hengget aje??? 
sedih gila..
hahahahaha

nampak gayanya kena tunggu 10tahun lagi la nak tebus pun..kau duduk la diam-diam kat situ ..beranak pinak la kau ye..

*hantuk dahi kat keyboard!

Rabu, 13 Mac 2013

2 TAHUN SUDAH

Assalamualaikum..

Hari ini 13.03.2013..

Genab 2 tahun www.penbiru.com ke alam maya. Mula dipublishkan dengan penbirumenulis.blogspot.com..pada 13.03.2011 akhirnya bertukar ke domain www. Merangkak-rangkak juga nak cari nama yang sesuai. Aku gunakan nick dalam fb. Lebih mudah. Dan Alhamdulillah..nama ini serasi pulak dengan aku.



Sejarah awal pembabitan berblog adalah pada hujung 2008. Blog lama tu pun dah hanyut entah kemana..siksanya nak menulis pun waktu tu..maklumlah..bukan macam sekarang. Templet yang pelbagai sedangkan yang dulu hanya templet yang sangat basic..bergantung sepenuhnya kepada html. Nak adjust gambar pun berjam-jam.

Sekarang ni dah terlalu mudah sangat. Lebih user-friendly kekdah nya..

printscreen blog yang lama..(rindu pulak kat templete lama...)

Terima kasih pada AMT iaitu korang semua yang sudi menjengah aku kat sini. 80% dari entri aku adalah autopublish. Ada yang aku BW tapi taktau nak komen apa. So jadi silent reader aje. Pada yang rajin komen-komen kat sini..aku amat menghargai korang semua.

Macam-macam yang dah  aku kongsikan disini..pahit, manis, payau..dan macam-macam. Tanpa harapan hits  target lebih dari 1000 sehari...aku main redah aje..taip aje apa yang aku nak taip..

Kita di sini hanya kenal nama sahaja..tidak kenal rupa. Hanya sesetengah blogger saja yang selalu upload gambar sendiri. So bolehla kenal muka. Aku pulak jarang nak upload muka sendiri. Tapi untuk kali ini .. biar aku "jelmakan" muka tembam bam bam aku kat korang. Kalau berjumpa..maka tegurlah aku.

jangan kutuk ye kalau tak lawa..

Thanks korang..
Adeus!!!

Selasa, 12 Mac 2013

Penbiru Loves Pocoyo

Assalamualaikum...

Penbiru Loves Pocoyo???  ..yup..aku suka dengan Pocoyo..comel cute jer. Sebelum tu aku nak citer sikit. Dulu masa aku kat FB, aku dok tercari-cari gambar profile yang sesuai dengan profile aku tu. Ntah macam mana waktu aku dok menggugel, tiba-tiba terkeluar gambar kartun tu. Masa tu sumpah aku tak tau nama kartun tu Pocoyo (kira-kira 4tahun lepas kisah ni). Aku berkenan terus je upload gambar tu dan guna hingga ke hari ni. Bila aku dah guna , baru la kawan aku Si Iera CSB bagitau nama kartun tu Pocoyo ( dia ada anak kecik..sebab tu dia tau..heheh).

Pocoyo adalah siri animasi pra-sekolah berasal dari  yang dicipta oleh Guillermo García Carsí, Luis Gallego dan David Cantolla, dengan kerjasama produser dari  Sepanyol Zinkia Hiburan, Cosgrove-Hall Filem dan Granada International. Dua siri telah dihasilkan, masing-masing yang terdiri daripada 52 episod tujuh minit. Versi Bahasa Inggeris menggunakan suara latar pelakon dan pelawak Stephen Fry , dan José María del Río menyampaikan versi Sepanyol . Mula dipertontonkan pada Januari 2005.

Asal usul nama Pocoyo adalah di ilhamkan oleh seorang pereka bernama oleh David Cantolla selepas mendengar anak perempuannya yang berusia 3 tahun , berdoa sebelum tidur "Eres niño poco yo" (Awak kanak-kanak kecil saya) yang sepatutnya disebut  "Eres Ninocomo yo ("Anda kanak-kanak seperti saya"). 
Perkataan  "Pocoyó" kira-kira boleh diterjemahkan ke Bahasa Inggeris sebagai "sekecil saya" atau "kecil seperti saya".


 Inilah pic profile aku dari mula berblog dan berfb hingga kini..malas nak tukar.

Dan untuk pengetahuan korang, sampai hari ni aku BELUM pernah tonton lagi kartun ni samada kat TV atau Youtube..huhuhu...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...