Selasa, 30 April 2013

AKU MC GYVER!

Assalamualaikum..

Ntah apa-apa tajuk..
Mungkin korang pernah dengar singkatan D.I.Y iaitu Do It Yourselves..iaitu orang suruh kita buat sesuatu sendiri.. tapi aku ni lain pulak.. aku gunakan D.I.M.. iaitu Do It Myself..

Bila D.I.M..aku dah rasa aku dah jadi Mc Gyver..hero drama bersiri tahun 80an..(sapa umur sebaya aku tau lah kisah tu..kisah seorang lelaki yang boleh buat apa saja dan settlekan pelbagai masalah dengan hanya menggunakan beberapa alatan yang ada depan mata)





Hehe..ayat pening, camni ha...kisahnya. Baru-baru ni tombol pintu rumah aku rosak. So kalau nak upah tukang..paling tidak kena siap le RM tu.. last-last aku ambik keputusan nak cuba tukar sendiri.

Ingatkan susah. Rupanya senang aje. Tapi yang jadi susah kalau peralatan tak cukup. Macam aku..yelah..mana nak ada alat-alat tu semua. Jadi aku terpaksa gunakan apa yang ada. Kat rumah aku cuma ada skrew driver (kepala philips) dan pisau lipat aje.
Kira agak mencabar la..

Maka berbekalkan kertas cara pemasangan yang ada dalam pek tombol yang aku baru beli tu. (buat-buat paham ajelah walaupun kertas tu tulis bahasa cina).bermulalah D.I.M aku.. tanpa bantuan sesiapa..



Pic 1: Itu tombol yang rosak
Pic 2: Proses tanggalkan tombol rosak
Pic 3: Berjaya tanggalkan
Pic 4: Masukkan tombol baru yang sebelah luar dulu
Pic 5: Masukkan badan tombol sebelah dalam..pusing-pusing sikit bagi dia sangkut dangan tombol luar
Pic 6: Kuncikan sebelah dalam
Pic 7: Masukkan kepala tombol dalam.. DONE!!  SUCCESS!!!

Kan ..senang aje kan..aku ambik masa setengah jam aje nak godek-godek benda ni..Dah selamat duit aku nak upah tukang..So korang kalau nak tukar tombol..panggil aje aku ye..hihi

Adeus!!!


Ahad, 28 April 2013

KEDAI 24JAM YANG TIADA PEKERJA!

Assalamualaikum..

Kat Malaysia memang tak ada lagi kedai 24 jam yang beroperasi tanpa pekerja. Tapi keai ini wujud dengan banyaknya di Zurich...Kedai 24jam berbentuk kios.

Jika di Malaysia kita hanya ada mesin air tin dan yang sama spesis dengannya. Tapi di Zurich, mesin itu bukan sahaja menjual air malah semua jenis barang runcit termasuk telur, ubat gigi dan macam-macam lagi.





Menarikkan?

Sepatutnya di negara kita pun perlu ada kios yang macam ni..tapi agaknya selamat ke? Sedangkan mesin ATM yang melekat didinding bangunan pun ada yang nak rembat..inikan pulak kios macam ni..

Sabtu, 27 April 2013

KURSUS LAGI


Assalamualaikum..

Memang bulan ni graf blog aku agak rendah..mau tak nya..entri hanya ciput. Bulan ni aku amat sibuk dengan pelbagai aktiviti dan masalah. Apapun aku redho..

Sebagai penjawat awam, aku di wajibkan berkursus sekurang-kurangnya 7 hari dalam setahun. Nak tak nak terpaksajuga. Aku tak kisah bab nak kursus ni..kursus apa pun tak apa..cuma yang amat aku bengang bila kursus tu melibatkan hari cuti minggu.

Aku baru plan nak start menjahit..dah kena kursus. Bila kursus hari cuti minggu,memang tiada ganti cuti tu. Zalim kan.???

Berbalik pada kursus yang aku terpaksatanparela kena pergi tu..lokasinya di Keda Resort Bendang Man, Sik Kedah. Tempatnya ok lah cantik. Bilik pun ok. Cuma katerer yang diambil tu aje..makanannya sekadar boleh mengenyangkan aje..

Ini biliknya. Kalau datang berkeluarga boleh bawa toto sebab bilik tu luas. Sewa dalam RM130 untuk 1 malam

Katil single 2..tapi ada bantal tambahan..


Kalau korang bawa alat memasak kat sini bolehla..tapi kena guna periuk elektrik aje


Ini bilik airnya..tiada waterheater kat sini..air sejuk tapi agak keruh ikut keadaan air sungai. 

Deretan bilik resort

Sekarang aku nak tunjuk keadaan dalam kawasan resort ni..sayang sikit air sungai agak keroh sebab masa hari ketibaan , hujan amat lebat. Tak sesuai nak mandi dengan arus yang kuat




Perusahaan madu Kelulut..harganya lagi mahal dari madu Lebah

Sarang Kelulut





Aktiviti kat sini oklah dan kali pertama jugak aku try buat flying fox..best jugak. Itu aje cerita aku. Insya Allah ada kelapangan waktu akan aku BW blog korang..

Adeuss!!!


Jumaat, 26 April 2013

KILAUAN EMAS 3

Assalamualakum..

Maaf sangat-sangat sebab untuk bulan aje aku memang tak sempat nak BW. Apapun aku ucapkan jutaan terima kasih pada korang yang sudi jengah aku kat sini. Aku sangat sibuk sebab bulan depan aku ada program penting dalam hidup aku..misi menunaikan hajat..doakan moga-moga hajatku kesampaian.

Berbalik pada cerita asal. Ada tak korang tengok 1 rancangan di Astro iaitu Kilauan Emas. Ini sudah masuk musim ke-3. Pada yang tak tau atau tak pernah tengok, rancangan ni merupakan pertandingan nyanyian untuk mereka-mereka yang berusia 40 tahun ke atas


Apa yang buat aku kagum..semua peserta memang boleh menyanyi. Masing-masing berbakat dan ada antara mereka yang suaranya memang mantap. Sedap didengar dan adakalanya boleh mengalahkan artis-artis yang telah sedia ada ni.

Cuma 1 aku kurang berkenan..tak k8sah peserta tu kalau dia seorang lelaki..biarpun berumur 50tahun..agak memalukan bagi peserta perempuan yang sudah nenek..menyanyi terkinja-kinja tak padan dengan umur..menyanyi aje udahle makcik..tak payahla menari. Awak tu dah tua. Rumah kata pergi..kubur kata mari.

Aku faham..diorang ni semua tak berpeluang nak masuk pertandingan di zaman diorang muda dulu..maklumlah zaman tu mana ada pertandingan nyanyian macam sekarang..bersepah-sepah hinggakan muncul penyanyi yang suara ala-ala aje..harap rupa aje lebih.


Apapun dalam ramai-ramai peserta..aku paling suka pakcik Deris..dia dari Sungai Petani. Suara dia memang sedap. Ada lenggok dan menyanyi lagu yang sesuai dengan umur dia.. Harap-harap ada lah rezeki dia nanti..

Ahad, 21 April 2013

MASTERCHEF SELEBRITI EPISOD 1

Assalamualaikum..

Malam tadi aku layan Masterchef Selebriti Musim ke-2. Best jugak. Masing-masing sibuk tunjuk bakat dan kemampuan..

Tapi dalam banyak-banyak peserta yang paling mencuit hati dan yang paling aku suka adalah Yasin..


Dengan selamba ..cool ya amat.. releks gila tengok dia masak. Orang lain berpusu-pusu kelam kabut ambik bahan masakan..dia releks aje... walaupun hasil masakan dia tak sehebat orang lain..tapi tetap di puji Chef Zubir..sedap jugak..memang lawak bila di dapur ada pak lawak.

Pun begitu nasib dia tak berapa baik sebab malam ni dia kena masuk sesi penyingkiran. Alah!..ni kan malam pertama..aku pasti dan sangat pasti..yang tiada penyingkiran malam ni..

Sebut bab pasti..aku tergelak sakan bila teringatkan nama masakan Yasin yang tak berapa menjadi semalam..masakan bertemakan pasta yang di namakan  "PASTA TAK PASTI"

hahahahahha..memang lawak betolla!

SURATAN ATAU KEBETULAN


Assalamualaikum..

Lama tak berentri. ..
Mari kita tengok diri kita sendiri..

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1

Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9



no.1
—-
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.



no.2
—-
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.



no.3
—-
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.



no.4
—-
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.



no.5
—-
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.



no.6
—-
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.



no.7
—-
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.



no.8
—-
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.



no.9
—-
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

*baca boleh..percaya atau tidak terpulang pada tanggapan masing-masing

Selasa, 16 April 2013

ANGAU

Assalamualaikum..

Bulan ni entri aku amat sikit. Tapi Alhamdulilah...pengunjung tak kurang 1500 setiap hari hasil entri-entri lama.

Aku minta maaf tak sempat BW blog korang. Tiada entri manik sebab aku memang sibuk ditambah dengan ujian Allah keatas aku tanda Dia sayangkan aku.

Berbalik cerita asal.. semalam aku ada menonton drama Bidadari Dari Syurga lakonan Tasha Shila dan Fahrin Ahmad..entah kenapa tiba-tiba aku terrrrsuka kat dia..

Serius..watak dia semalam betul-betul buat aku jatuh hati kat dia..alamak!!!!!! aku dah angau..tapi masih ada lagi ke manusia macam tu kat dunia ni sekarang????



Jumaat, 12 April 2013

RAJALAWAK 7

Assalamualaikum..
Entri kontot lagi..

Aku tengah layan Rajalawak 7 sekarang ni. Juri-juri pulak memang best..Datuk AC Mizal, Saiful Apek dan pelawak Otai  Isma Alif.

Masih mengekalkan Jozan sebagai host walaupun kemunculan Shiro telah membuat penonton suspen..

So malam ni hanya nak tengok persembahan pertama bakal pelawak negara..apapun layanzzzzz


Khamis, 11 April 2013

SURAT CINTA DARI PM

Assalamualaikum

Balik kerja tiba-tiba ada surat dalam peti surat..suspen..

Buka aje ..aik PM bagi surat cinta kat aku..pandai pulak dia cari aku ye
*ayat perasan


Terimakasih Dato' Sri sebab ingatkan saya :)

*errr korang dapat tak?

TEKNOLOGI AMERIKA VS JEPUN VS MALAYSIA



Pada sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi. Menteri Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang ‘mengeteh’.



Menteri Jepun : 
“Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot”.

Menteri AS : 
“Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuclear”.

Menteri Malaysia : 
“Oleh kerana tuan-tuan sedang berada di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami”.

(Dipanggillah 2 orang untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 5 meter, 2 orang tadi naik ke atas)

Menteri Malaysia : Apa korang jumpa ?
Tukang gali : Tidak ada apa-apa
Menteri Malaysia : Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana ?
Tukang gali : Takde Dato’..

Menteri Malaysia : (sambil ‘menjeling kerek’ ke menteri Jepun dan Amerika) Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS!

Rabu, 10 April 2013

UNDI 05.05.2013

Assalamualaikum..

Baru mendapat perkhabaran..
Tarikh penamaan calon adalah 20 April dan tarikh mengundi 5 Mei 2013..

Selamat berkempen..jangan maki hamun..kurangkan fitnah..
Undi adalah rahsia

*siap earphone besau untuk tutup telinga dari mendengar lalakan penceramah kempen

Selasa, 9 April 2013

MASTERCHEF SELEBRITI 2

Assalamualaikum

Entri kontot...

Tak sabar nak tengok..sapelah yang akan menang gamaknya ye...

*huh  Cik Ta lawan boypren dia...Zain..


Ahad, 7 April 2013

OREN SPESIS KANGKANG

Assalamualaikum

Sudah 1minggu aku tak menulis. Mendiamkan diri buat sementara waktu. Maaf pada kirang yang sudi menjengah aku walaupun aku tak BW blog korang dalam waktu yang cukup lama...

Aku masih perlukan masa untuk menjadi aku yang dulu.


Dalam keadaan ini si Oren yang buat aku tertawa dengan gelagat dia tidur..jomlah tengok..dari biarkan laman sesawang ini terbiar hingga bersawang..biarlah aku isikan sesuatu untuk korang yang sudi menyinggah..










Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...