Rabu, 29 Mei 2013

SIAPA MENANG KILAUAN EMAS?

Assalamualaikum..

Aku selamat tiba di tanah air petang semalam. Alhamdulillah sudah selamat menunaikan ibadah umrah.

Setelah meninggalkan tv hampir 2minggu baru aku tahu malam ni dah final rupanya. Yang bestnya  peserta kegemaran aku pakcik Idris layak ke final.

Ramalan aku la kan..malamni kemungkinan tempat pertama boleh dapat kat Pak Cik Idris ni..tempat ke-2 dapat kat Mior. Aku nampak disini pertarungan sengit adalah antara diorang berdua sebab 2 orang peserta lagi Silah dan Alina lebih sedap nyanyi lagu berbahasa Inggeris tapi patah untuk lagu melayu agak kurang sedap di dengar.

Apapun aku berpuas hati dengan finalis malam ni sebab makcik Ros yang over tu tak layak..aku tak gemar tengok orang yang berumur bersikap macam orang muda..sorry to say..macam tak ingat bila nak mati...kesian..


Ahad, 26 Mei 2013

KECELARUAN IDENTITI

Assalamualaikum..

Entri autopublish jugak..

Dengan izin Allah hari ni aku masih di Tanah Haram..insya Allah. Semasa aku menulis entri aku masih lagi di tanahair.

Kisah kucingku Oren..beberapa malam sebelum aku berangkat..macam-macam perangai pelik dia buat. Mungkin sebab dia tahu dia nak kena tinggal lama

Kali ni si Oren dah pandai panjat grill tingkat. Cara naik macam kera panjat pokok. Tapi cara turun tu yang aku tak tahan..macam cicak pun ada macam biawak pun ada...bukan turun cara mengundur..tapi turun kepala dulu..

So korang tengok ajelah pic ni..dia ingat dia kera ke..cicak..biawak?





Gambar dibawah ni adalah cara dia turun. Apa spesis la budak Oren nih.. 


Sabtu, 25 Mei 2013

LAWAK KE?

Assalamualaikum..

Autopublish lagi..

Aku nak share le kisah ni.  Rasanya ramai yang pernah jadi macam kisah aku ni. Masa tu aku baru darjah 3. Masa sekolah dulu aku memang boleh dikatakan kedatangan 100%, tak pernah ponteng. Oleh yang demikian, masa arwah wan aku sakit, mak dan abah aku tinggalkan aku dan Kak Cik aku di rumah, diorang semua balik ke Perak.

Masa tu Kak Cik aku baru darjah 5. Home Alone la kononnya..sebelum mak aku tinggalkan kami 2orang, mak aku dah siap tinggalkan jam loceng, untuk kejutkan pagi2.


Nak dijadikan cerita, malam tu kami tido awal sebab penakut. Lena la dengan nyenyaknya ..Pastu Kak Cik aku terjaga. Dia pun kejutkan aku, 2-2 orang bangun, mandi dan siap-siap nak pi sekolah dengan penuh semangat..

Elok je selesai pakai stokin, buka pintu rumah, aik..apasal gelap ni..aku tak jadi langkah keluar, aku masuk balik dalam rumah..tengok2 jam..aisey, baru pukul 3 pagi..kuangkuangkuang..

Apalagi..dengan uniform dibadan, kami merangkak balik naik ke katil sambung tido..cisss..Kak Cik aku punya pasal ni..huish!!.

Tiba-tiba teringat kenangan ni untuk dikongsikan..

Salam dari Tanah Haram


Jumaat, 24 Mei 2013

SEKOLAHKU

Assalamualaikum..

Buat pertama kalinya sejak  tahun 1992..aku kembali ke sekolah..tempat aku mengenal ABC..belajar membaca dan mengira. Kalau nak di ikutkan sekolah ni bukan jauh mana pun dari rumah aku..tapi buat apanya aku nak pergi..kalau tak de hal..ye tak?

Aku kembali ke sekolah rendah aku tu semata-mata untuk mengundi pada 5 Mei lepas..

Wah..sekoalh aku dah berubah 100%.. tiada lagi bangunan sekolah kayu yang macam berek Bukit Kepung tu..kalau berlari macam bunyi kaki kuda..

Semua dah baru..Jom aku nak bawa korang tengok sekolah aku..


dulu sini padang..tapi sekarang dah ada 1 blok bangunan lagi.. yang nampak tu, kelas aku masa darjah 4..belakang sana tu Gunung Jerai

Tapak perhimpunan..dah lain sekarang..

cuaca yang sangat cantik hari tu..

Inilah kelas aku masa aku darjah 1..bukan main dah ber aircond-aircond lagi.. sekarang dah jadi makmal komputer

Itu aje gambar yang sempat aku shoot untuk tatapan sebab aku bergegas ke tempat lain..Memang memori..lebih memori lagi aku berjumpa dengan teman-teman sekolah yang memang dah lama tak jumpa..dioarang amsih cam aku sebab diorang kata muka aku tak berubah..tpai aku yang tak cam diorang sebab muka diorang dan saiz dah totally diffrend!

Apapun..1 perkara yang aku amat pelik tentang sekolah ni..dulu masa aku sekolah kat sini..aku rasakan sekolah macam besar sangat..nak tawaf 1 sekolah pun macam tak larat..tapi sekarang aku rasa sekoalh ni..alahai...keciknyee..adakah seolah ini makin mengecil atau aku yang tak sedar yang aku dah besar? huh

Itu aje cerita hari ni..
Adeus!!!

Khamis, 23 Mei 2013

PELITAKU

Sama angin ku kirim rindu 
Namun kau tetap membisu
Mengapa begitu apa salahku
Seolah diriku permainan mu
Namun ku menanti 
Dengan hati yang terbuka
Walaupun aku kau kecewakan
Kaulah pelita yang menerangi hidupku
Tanpamu hidup tak bererti

Apakan daya 
Ku insan biasa
Takdir menentukan semua
Perpisahan itu
Pedihku rasakan
Seolah kehilangan tanpa peganangan
Namunku menanti 
Dengan hati yang terbuka
Walau pun aku kau kecewakan
Kaulah pelita yang menerangi hidupku
Tanpa mu hidup tak bererti..

*****

Lagu ini nyanyian penyanyi 80an ..Zur Eda..
Lirik yang pendek tpai penuh bermakna. Aku suka lagu ni. Tak menjerit dan terjerit. Relaks dan santai. Memori kembali berulang bila aku menonton Kilauan Emas sambil mengemas beg untuk ke Tanah Suci. 

Bagi yang nak dengar lagu ni, silakan klik video di bawah





Rabu, 22 Mei 2013

TEMUDUGA TAK TERDUGA

Assalamualaikum

Entri autopublish lagi..

Hari ini (insya Allah) aku sudah berada di Kota Mekah bagi menunaikan ibadah Umrah. Korang doakan aku  ye.

Sepatutnya hari ini aku akan ditemuduga untuk Skim N27. Tapi apakan daya, aku memilih Akhirat dahulu dan kemudiankan yang Dunia. Punyalah susah nak minta tukar tarikh. Sebabnya susah sangat staf SPA ni nak jawab call. 

Syukur Alhamdulillah..sebelum aku ke sini, semuanya sudah selesai. Aku dapat tangguh sehingga 5 Jun . So balik dari Mekah..3 hari kemudian terpaksa pulak aku ke Putrajaya. Semoga kesukaran itu akan dihadiahkan dengan kesenangan masa depan..aamiin..


Aku yakin ramai yang dah dipanggil temuduga sudahpun selesai. Nasib sangat-sangat la kalau dapat jawatan tu. Aku tak nak terlalu berharap. Tapi aku serahkan pada takdir dan rezeki serta aku juga akan berusaha setakat terdaya aku.

Kepada yang dah pergi temuduga Penolong Pegawai Tadbir N27 tu, harap dapatlah kongsikan sedikit tips untuk aku..

Apa khabar korang semua? Terima kasih pada yang sudi singgah dan komen walaupun tahu aku tak dapat baca komen korang..

Tak ada apa yang nak aku coretkan hari ini...dan mungkin dikala korang membaca coretan ini, aku sedang sibuk dengan rukun yang wajib aku lakukan.Terima kasih korang semua

Selasa, 21 Mei 2013

KELEBIHAN BULAN REJAB


Assalamualaikum..

Ini entri autopublish..

Aku amat bersyukur kerana dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci ini. Dan yang lebih bermakna sekali ianya dalam bulan Rejab. Jika di ikutkan hati..nak saja aku ke sini pada bulan Ramadhan..tapi apakan daya ada kekangan yang aku tak dapat elakkan.

Di sini aku ingin berkongsi kelebihan bulan Rejab



Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:



1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:

a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.

c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

*****
Selepas ini..hanya 1bulan lagi kita akan menempuh Ramadhan..
Selamat beribadah buat semua.


Salam dari Tanah Haram

Isnin, 20 Mei 2013

BLOGGER TANPA INTERNET

Assalamualaikum..

Ini entry autopublish..

Terima kasih kerana sudi baca. Dalam perancangan..hari ini adalah hari ke 3 aku di Kota Madinah.. tak dapat nak aku gambarkan bagaimana perasaan ketika aku sedang menulis sekarang ni. 

Seharian hidup ditemani internet. Tapi di sini ..TIADA itu semua. Aku dinasihatkan seorang kawan yang pernah kesini..lebih baik jangan roaming sebab bil yang sangat tinggi dan dia sendiri pernah kena bil hingga RM600! Masya Allah..kalau nasib aku baik, ada Wifi hotel bolehla aku guna. Tapi rasanya macam tak ada.



Tak apalah aku ke sini pun untuk beribadat bukan untuk mencari internet. Biarlah aku rasa hidup tanpa internet. Takkan mati pun kalau tak ada internet. Dulu tak de..ok aje kan? saja la..mengada-ngada. Kalau kat rumah atau ofis tak de internet rasa macam biol 1 hari. Itulah jadinya bila hidup terlalu bergantung kepada sesuatu..yang tidak kekal. 

Sebelum aku ke sini aku telah dimaklumkan bahawa sekarang musim panas. Tunggu ajelah aku balik nanti, bolehla aku ceritakan segala-galanya sebagai perkongsian pengalaman (maaf bukan nak riak atau menunjuk-nunjuk).

Disebabkan tiada internet..maka blogger ini hanya mampu menulis diatas memo di Galaxy Note nya..jika bateri sudah habis ..maka kembali ke kertas la jawabnya..

Korang tolong doakan aku agar segala-galanya berjalan lancar di sini dan aku sihat ye..terima kasih korang..


Salam dari Tanah Haram

Ahad, 19 Mei 2013

KISAH SEEKOR ANJING

Assalamualaikum...

Ini entri autopublish..

Kisah ini menyentap perasaan aku. Walaupun kisah ini kisah lama, namun tak dapat aku bayangkan kesedihan seekor anjing ..walaupun ia hanya seekor binatang..

Mungkin ada yang tahu kisah ini. Pada yang tak tahu..biar aku ceritakan..



Ini kisah benar..kisah seekor anjing bernama Hachiko. Kisah ini berlaku sekitar tahun 1924. Seorang Professor University of  Tokyo bernama Professor Ueno telah memelihara seekor anjing jenis Akita berwarna coklat keemasan  yang di beri nama Hachiko. Hachiko dilahirkan pada 1923.

Setiap hari Hachiko akan menunggu Professor Ueno pulang dari kerja di stesen keretapi iaitu Stesen Shibuya. Mereka akan pulang kerumah bersama-sama setiap hari sehinggalah pada Mei 1925..



Hachiko menunggu tuannya seperti biasa..malangnya tuannya tidak kembali..tanpa mungkin dia mengetahui bahawa tuannya Professor Ueno telah meninggal dunia akibat pendarahan otak..


Hachiko di hari kematiannya...

Pun begitu..Hachiko masih menunggu setiap hari selama 9 tahun..dengan harapan tuannya kembali. Hachiko akhirnya mati pada umur 11 tahun..

Kubur Hachiko yang sering menjadi tumpuan ramai

Kisah ini telah difilemkan dan pernah di tayangkan di Astro dan juga telah diterjemahkan dalam beberapa bahasa.



****

Kisah ini baut aku jatuh air mata. Bagaimana seeokor anjing patuh dan taat pada tuannya. Tapi kita sebagai manusia bagaimana?

Kita perlu belajar sesuatu tentang ini, Dan tak salah jika kita belajar  sesuatu dari binantang.

Manusia..sering membinatangkan manusia ..tapi binatang..tak pernah membinatangkan binatang lain malah binatanglah yang memanusiakan manusia..

Aku tinggalkan entri ini untuk korang renungkan bersama.

Sabtu, 18 Mei 2013

KEMANA AKU PERGI?

Assalamualaikum..

Ini  entri autopublish..

Ketika korang membaca blog aku sekarang..aku sudah tiada di Malaysia ni. Aku bawa diri jauh-jauh..melarikan diri dari urusan dunia yang penuh pancaroba ini. Meninggalkan orang-orang yang telah melukakan hati aku.



Masihkah korang ingat entri semalam?

Bagi AMT yang selalu menjengah aku..korang tentu ingat azam aku tahun ni.. kalau tak ingat..meh sini aku nak ingatkan..korang klik SINI

Ya..ketika ini..dengan izin Allah..aku sudah tiba di bumi para anbiya.. aku telah sampai di Madinah. Aku kesini bersama mak dan abah aku untuk menunaikan Umrah. Aku akan berada di sini dan Mekah , in sha Allah hingga 28 Mei ini.

Korang doakan aku selamat ya..doakan juga agar segala amal ibadah aku diterima Allah..dan aku akan doakan korang semua dari kejauhan..

Aku tinggalkan korang dengan entri-entri autopublish. Silakanlah korang menjengah dan tengok-tengok "harta" kesayangan aku ni ye..

Itu aje untuk hari ini..

Salam...dari Tanah Haram.. 

Jumaat, 17 Mei 2013

AKU PERGI DULU...

Assalamualaikum..

Sahabat maya ku sekalian ( AMT ku yang tak henti berkunjung ke blog ini)..

Hari ini hari terakhir aku berblog..menulis dan bercerita perihal kehidupan,suka duka yang aku tempuhi, aktiviti , ilmu dan segala apa yang aku ada yang aku rasa nak kongsi dengan korang semua. Sehinggakan berblog ini menjadi rutin kehidupan aku yang sentiasa sibuk.




Sebelum aku mengundur diri, aku memohon ampun dan maaf sekiranya selama ini ada tulisan aku yang buat korang kecik hati, terasa, marah dan sebagainya dan maafkan juga aku kerana sejak April lalu aku jarang update blog ini apa lagi nak jengah blog korang. Harap korang maafkan aku.

Masa amat mencemburui aku. Tapi percayalah, aku tak pernah lupa korang yang sering menjengah aku.. ( Sekadar menyebut beberapa nama) seperti Mama Maszull , Nisah Idham , Cma, PapaMifz, Chegu Azrine, Gegurl Falsya (tak lama lagi jadi mak budak) , Tengku Butang, Cheqna , Farah Waheeda ,Nurzakiah Hanum, Abghani dan ramai lagi..(jangan merajuk kalau aku tak sebut nama..korang tetap dalam ingatan aku tau...)

Terima kasih atas sokongan korang pada aku, walaupun tak pernah besua muka..hanya tulisan yag merapatkan kita semua..

Biarlah aku pergi dulu..pergi meninggalkan kenangan manis dengan korang..pergi meninggalkan insan-insan yang telah melukakan hati aku selama ini..juga pergi meninggalkan syaitan-syaitan yang merosakkan kehidupan aku selama ini.

Sekali lagi aku menyusun 10 jari memohon keampunan dengan korang semua..mana yang baca blog aku ni..

Aku pergi dulu ya kawan-kawan...aku pergi menemui Allah..Tuhan yang menciptakan aku dan kamu semua dan seluruh alam semesta..

Doakan kepergian aku...relakan kepergian aku ini..ingatlah aku dalam doa kalian semua..


Dan ..hanya 1 yang aku pinta.. korang janganlah sekeh kepala aku sebab aku pergi untuk 2 minggu sahaja..lepas tu aku sambung berblog balik..ahaks!!!

larikkkkkkkkkkkkkkkk...

Adeus!!!


Khamis, 16 Mei 2013

CIKGU OH CIKGU

Assalamualaikum..

Cita-cita aku dulu memang nak jadi cikgu. 3 kali aku minta maktab..semuanya setakat attend exam. Nasiblah walaupun SPM aku dah dapat Pangkat 1..tapi masih dipandang sepi.

Berbanding beberapa orang kawan aku yang tak minat jadi cikgu..tapi disebabkan habis study tak ada kerja terpaksa sambung KPLI dan akhirnya terpaksa juga jadi cikgu. Aku yang amat berminat ni tak pulak dapat.

Pun begitu aku sempat merasa jadi cikgu..Cikgu Ganti ajelah. Masa cuti semester..3 bulan jugak. Abis study aku apply kerja kilang aje sementara nak tunggu peluang lain. Tiba-tiba aku di tukarkan ke jawatan Trainer sebab pihak pengurusan tahu aku pernah dan ada pengalaman mengajar. Trainer ni kerjanya mengajar dan melatih pekerja baru..maka aku terpaksa la study sendiri untuk ajar orang buat kerja yang aku sendiri tak tahu hujung pangkal..Hampir 3 bulan juga aku mengajar.

Bila aku mula kerja dengan kerajaan..tahun ke-3 aku pula dilantik untuk mengajar dan memberi ceramah untuk kursus pengendalian sistem e-SPKB. Masa tu tahun 2004. Aku jadi pengajar kepada pegawai-pegawai dari jabatan dan aku juga terajar cikgu sekolah menengah aku yang mewakili sekolahnya untuk belajar sistem tu. Tugas itu berlangsung selama hampir 4 tahun disamping tugas hakiki yang lain.

Walaupun pengalaman aku tak banyak..tapi aku pernah merasa jadi cikgu. Masa mula-mula aku jadi Guru Ganti..kebetulan terkena pada tarikh 16 Mei juga..maka aku juga sempat merasa touching bila anak murid bawa hadiah bagi kat aku.

So..kepada guru-guru dan korang yang bergelar cikgu..aku ucapkan Selamat Hari Guru. Anda lah "pembina" masa depan anak-anak hari ini. "Binalah " "bangunan" yang cantik luar dan dalam serta berguna pada masyarakat. Jangan "dibina" "bangunan" yang cantik diluar tapi kosong di dalam..apatah lagi "terbina" "bangunan " tak siap..bertambah sedih jika didalamnya dihuni para "doktor" tak bergaji..

sampai macamni sekali cikgu nak ajar bagi kita paham..maka hormati lah guru..

Rabu, 15 Mei 2013

HILANGKAN AROMA PETAI

Asslamualaikum..

Ini entri autopublish.

Aku ni suka sangat dengan petai. Tambah-tambah lagi kalau sambal petai. Tapi kalau petai jeruk aku tak berapa suka..

Kalau hari cuti dan kalau aku jumpa petai kat pasar memang aku beli dan balik terus buat sambal. Tak kira la sambal udang atau daging. Tapi aku lebis suka buat sambal dengan daging sebab aku tak payah nak masak lauk lain. Dah kira complete dah menu tu.

Tak dapat dinafikan bagi peminat petai, aroma sambal petai memang best..Masalah sekarang..petai ni menghasilkan aroma yang cukup tak best..


1 hari aku di Cafe kat ofis..2-3 kali aku jeling sambal petai yang mengamit-gamit kat aku. Nak makan kang..nah kau..bau..tiba-tiba ofis-mate aku cakap, kalau nak makan petai kena makan dengan terung..baru kurang bau..eh ye ke ..aku pun try la..so aku ambik la sambal petai dan sayur Pajeri Terung..

Petang tu aku balik rumah..eh-eh..ye la ..memang tak de bau..ada sikit-sikit tapi tak le power sangat. Ni dah kira betul-betul berkesan punya petua ni. So pada korang yang suka makan petai, dan nak bau tu kurang..makanlah dengan terung. Nak bagi senang, korang buat sambl petai+terung.. macam pic kat bawah ni (aku pinjam google)..ok..selamat mencuba!

Selasa, 14 Mei 2013

MENCARI RAMLI 2

Assalamuaalaikum..

Hai korang semua. pernah dengar pasal rancangan tv Mencari Ramli.? Tahun lepas rancangan ni sudah ada tapi untuk tahun ini sudah masuk musim yang ke-2.


Secara peribadi aku suka tonton program ni. Tujuan program ini adalah untuk mencari bintang dalam sukan bola sepak. Pencarian bakat dilakukan seluruh Malaysia melibatkan ujibakat di 12 lokasi. 30 pemain berbakat yang berpotensi akan dipilih untuk ke pusingan akhir. Pemenang akan dipilih oleh panel hakim dan seorang lagi akan dipilih melalui undian .


Pemenang berpeluang menjalani latihan bersama Sekolah Bola Sepak Manchester United. Dan yang paling bertuah sekali mereka berpeluang menjejakkan kaki ke Old Trafford serta berpeluang untuk beraksi bersama kelab bola sepak Inggeris atau Itali. Pemenang juga akan menerima biasiswa bolasepak selama 3 tahun di Frenz United Football Academy.

Rancangan ini di bawakan oleh Telekom Malaysia. Berikut adalah Jadual dan lokasi ujibakat yang sudah pun berlangsung..

KEDAH - Stadium Mini Jitra - 1-3 Februari
PERAK - Padang MPT Taiping - 16-18 Februari
PERAK - Stadium Mini Seri Manjung - 23-25 Februari
P.PINANG - Padang Kelab Kilat TNB - 2-4 Mac
PAHANG - Kompleks Belia & Sukan Kuantan - 9-11 Mac
KUALA TERENGGANU - Kompleks Sukan Terengganu Gong Badak - 15-17 Mac
JOHOR - Padang Mawar - 23-25 Mac
KELANTAN - Stadium Sultan Muhammad ke-IV - 5-7 April
KUALA LUMPUR - Padang Sekolah Victoria Institution - 20-22 April
SABAH - Stadium Likas - 27-29 April
MELAKA - Stadium Hang Tuah - 11-13 Mei

dan lokasi terakhir

SARAWAK - Padang Yayasan Sarawak - 18-20 Mei

Rancangan ini mula di tayangkan di TV3 pada hari Jumaat 19 April 2013 dan penonton dapat saksikan babak-babak menarik , ujibakat serta latihan juga pada jam 7.30petang setiap Jumaat di TV3.

Aku juga ada menonton beberapa kali. Yang pastinya aku amat tertarik dengan skill budak-budak ni.Dengan latihan yang konsisten, mungkinkah bintang yang paling bersinar dapat dilahirkan dari program ni.

Yang dapat aku bayangkan siapa  "Ramli - Pemain Paling Berbakat"..mungkin fizikalnya yang kurus, tidak terlalu tinggi dalam kata lain bersaiz kecil, lincah dan mungkin seorang yang boleh mencuit hati penonton dengan skill dan stlye permainan..entah siapalah "Ramli" itu ye..

Sama-sama kita saksikan!





Isnin, 13 Mei 2013

TEMUDUGA..BELUM TEMU DAH DUGA

Assalamualaikum..

Cantik pulak ayat aku kat atas tu.. BELUM TEMU DAH DUGA..

Aku pasti dan yakin sekarang ni agak kecoh (bagi yang memohon) jawatan N27. Baik yang fresh graduet dan juga yang berpengalaman kerja lebih 10 tahun macam aku.

Yang kekosongan tak sampai 70..yang di temuduga beribu-ribu orang. Memang nasib sangatlah siapa yang lepas temuduga tu. Pada aku..sedikit "tidak aci" bila jawatan ni beri peluang kepada yang langsung tak ada pengalaman kerja sebab jawatan ni kena tahu serba serbi..apa akan jadi bila yang baru grad dapat kerja ni? maka jadilah istilah EO yang bangang.. Langsung tak boleh selesaikan masalah dan tak boleh jadi bahan rujukan anak buah.

Aku tak nak jadi macam tu. Alang-alang jadi orang atas, biarlah kita boleh selesaikan masalah orang bawah.kalaupun tak selesaikan masalah sekurang-kurangnya tidak menambah masalah!

macam best jer boleh kokak keyboard camnih!

Melalut pulak aku.

Ini kisah hari yang maha kalam kabut hari tu.. Aku nak minta postpone tarikh temuduga tu..puas aku call SPA. 

Hari Rabu lepas aku call dari pukul 8.30 pagi dan hampir pukul 10 baru panggilan aku berjawab. Tunggu punya tunggu, email rayuan aku tidak berbalas..Maka aku cuba call lagi hari ni. Dari 8.30 sampai 9.15..pastu aku berhenti minum..pukul 9.45 aku sambung call..10.30 baru berjawab. Sampai naik lunyai butang di telefon tu aku tekan..

Korang nampak..bila dah dapat line..ringging..operator bersuara mesin yang jawab..dan aku menunggu call itu di jawab manusia..5 minit aku ahnya mendengar lagu ding dong ding dong!


Pelik betul aku. .bila dah boleh cakap..oklah settle 1 hal..

Dah kisahkan pasal sijil aku yang hilang tu, Aku call Lembaga Peperiksaan... mujur cepat jawab. Cuma aku terpaksa menunggu di telefon hampir 10 minit bila diminta tunggu sebentar sebab diorang nak check wang pos aku dah sampai ke belum.. punyalah susah nak minta check status pun..siap boleh dengar lagi orang bersembang-sembang.

Last-last boleh sipenjawab tu cakap..boleh call lepas pukul 2..owh..aku tengok jam di dinding lagi 10 minit pukul 1.. bagus betul jawapan. Memang tidak efisien langsung.

Aduh..memang inilah yang dikatakan TemuDuga..Belum Temu..Dah Duga..

Sabaggggggggg...

Ahad, 12 Mei 2013

KOMPUTER DAN AKU

Assalamualaikum..

Sekadar pengisian dari membiarkan laman sesawang aku terus bersawang!

Aku mula minat pasal komputer masa umur aku 10 tahun. Ada sekumpulan orang dari syarikat komputer datang ke sekolah dan menawarkan kelas komputer dengan yuran RM5 sebulan Itu pada tahun 1990..aku masih ingat lagi jenis komputer yang aku berjaya guna..yang pastinya..tiada "mouse" lagi pada waktu tu..

Inilah rupa pc pertama yang aku guna. 

Tulisan hijau aje. Masa ni data hanya simpan dalam disket floppy. Besar cam kipas kau! Saiz 8 inci. Yang aku ingat pc ni aku hanya belajar menaip . Tak ada gambar apatah lagi bunyi-bunyian.Cukup minima!

Oleh kerana aku minat dengan komputer , abis PMR aku masuk sekolah vokasional dan ambik jurusan Pengurusan Perniagaan dan aku belajar komputer lagi.. Masa ni komputer dah agak cantik tapi menggunakan disket yang kecik sikit..


Lebih kurang lah rupanya...masih juga tanpa mouse. 

Komputer waktu ni memang mencabar sikit kalau nak guna. Sebab untuk menggerakkan apa-apa kena ingat  kekunci CTRL dan ALT..menggunakan keyboard sepenuhnya. Rasanya budak-budak sekarang gerenti tak tau nak guna pc yang tak ada mouse..dan pc dianggap tak lengkap tanpa mouse.

Inilah yang aku belajar tok nenek kepada Word dan Excell iaitu Word-Star dan MS-Dos. Sekarang orang dah tak pakai ke 2-2 perisian tu.


Inilah versi disket yang pernah aku guna..zaman ini belum terfikir data boleh simpan atas tumb drive yang sebesar ibujari!


Masuk ke tahun 1998 lepas aku habis SPM aku sambung Dip.Science Comp..juga mengenai komputer dan perisian juga..Waktu ni komputer dah boleh buat macam-macam. Boleh tengok movie darVCD..main games dan surf internet..

Ini rupanya komputer dizaman itu. Masih mengekalkan monitor sebesar Tv 15 inci tapi sudah ada mouse.

Di zaman inilah aku mengenal internet. Pada waktu tu MIRC amat popular macam popularnya FB sekarang nih. Dan email yang paling top orang guna adalah Hotmail. Sekarang Htmail dah tak hot lagi,...pengguna banyak menggunakan Gmail dan Yahoo.

Dan aku di sinilah aku belajar COBOL, C++ , FOTRON ..semua ni adalah perkara basic tentang perisian sesuah komputer..dan pada waktu ni aku cekap dengan kod HTML.. Siap boleh buat web hanya guna HTML  sahaja...kalau sekarang minta maafla..tak ada 1pun yang aku ingat!

Masuk ke alam pekerjaan..komputer dah agak cantik sikit. Skrin pun dah nipis..

Inilah rupa komputer sekarang.

Aku hanya mampu beli laptop sendiri pada tahun 2007. Itulah laptop pertama dan masih digunakan hingga hari ini. Belum pernah rosak apa lagi diserang virus. Cuma OS aje yang outdaed..masih lagi Windows 2003.

Apapun..aku bersyukur sebab dapat merasa mengendalikan komputer dari pelbagai generasi. Agaknya lagi 20 tahun..tak tahulah macam mana rupa komputer sedangkan Samsung Note aku yang sebesar tapak tangan tu pun dah berfungsi macam sebuah komputer..

Inilah yang dinamakan teknologi yang tiada henti!


Sabtu, 11 Mei 2013

JANGAN HINA ORANG GEMUK

Assalamualaikum..

Agak pedih telinga ..walaupun bukan dikatakan kepada aku. Ini kisah Masterchef Selebriti Musim ke-2. 

Aku agak menyampah dengan bahasa Norish Karman. Untuk malam ini, konflik timbul bila pengagihan dan pemilihan ahli kumpulan dan dia mesti pilih antara Syanie atau Enot. Sesedap mulut dia boleh cakap "Memandangkan kita kena berat sama rata..saya memilih Enot"



Mentang-mentanglah Enot dan Syanie tu comel-comel..jangan persendakan berat orang. Biar berat badan jangan berat dosa.

Aku agak nyampah sebenarnya dengan sikap sorang rakyat dari Singapura ni. Dulu dia pernah sindir Ifa Raziah yang cuba speaking tapi tak betul. Bajet macam bagus je. Mungkin disebabkan dah terbiasa cakap lepas..maka dia tak yang sedar kata-kata dia mengguris hati orang.


Mujur tak kena cili-cili dengan Syanie dan Enot!

Rabu, 8 Mei 2013

HARI INI PUNYA CERITA..LETIH!

Assalamualaikum

Hari ni paling kelam kabut dalam hidup. Letih rasanya. Aku tak tau nak klasifikasikan sebagai apa...

Kisahnya semalam aku dapat surat panggilan temuduga untuk kenaikan pangkat sebab dah pass exam 2 tahun lepas. Punyalah lama menunggu akhirnya dapat jugak..Excited gila bila dapat surat..sekali buka je surat tu..alamak..tarikhnya 22 Mei ini..aiseymen..tarikh tu aku tak ada kat Malaysia ni. Nak bawa diri jauh-jauh ..tiket dan visa semua dah siap. Takkan aku nak batalkan..

Ok tak pe aku buat keputusan nak minta temuduga tu di awalkan. Oleh sebab masa tu dah pukul 6 petang..mana ada orang nak sambut call aku maka aku pun mula la mencari folder sijil-sijil aku tu hilang entah kemana. Puas aku mencari. Habis aku geledah 1 rumah...cobaann...

Semua tempat aku dah cari..sah lagi sahih memang dah hilang. Mati aku. Pikir punya pikir..okla aku kena mohon salinan dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Godek-godek internet tengok web dia..ayooo ambik masa 1 minggu pulak..oleh demikian terpaksalah aku minta tangguh lepas aku balik dari luar negara...adoi....cobaann....

Ok..settle 1 masalah.fiuuuuuuu...




Hari ni sampai je ofis cepat-cepat aku call SPA..bahagian pengambilan..dari 9.00pg aku call dekat-dekat pukul 10 baru berjawab. Yang lain tu ringging aje. Pelik betul aku.. Kalau nak di ikutkan pekeliling tatacara menjawab telefon adalah mesti kurang 3 kali ringging atau 10saat.. ini aku kira-kira dah 300kali ringging dah ni..bab saat jangan ceritalah..tak terkira. Bermacam-macam nombor aku dail sampai aku terpaksa duduk dalam bilik operator...cobaann..


Dah dapat cakap..1 masalah lain pulak..kalau aku nak tangguh aku kena datang ke Putrajaya untuk temuduga sebab yang di Kedah dah habis.. .. Ya Allah..cobannnn....

Nak tak nak aku kena terima juga sebab kalau tak memang melepas aku.. So aku decide ambik tarikh 6 Jun..iaitu seminggu lepas aku balik dari luar negara..itu aje tarikh yang ada dan yang dia bagi..

Selesai..lepas tu pulak tunggang langgang aku mengarang email rayuan dan surat nak minta salinan sijil...

Letih gile hari ni..macam-macam cobaan..

Kalau tak berjaya jugak temuduga ni..memang Allah nak uji aku la..Dengan nak kena beli tiket ke KL lagi..silap-silap aku drive aje. ...cobaann...

Selasa, 7 Mei 2013

AKU DAN JELITA

Assalamualaikum

Tak tahu macam mana nak mula. Benda ni aku pun tak sedar. Tiba-tiba aje kawan aku tag aku di fb..

Jelita yang aku maksudkan adalah Majalah Jelita. Entah macam mana komen aku mendapat perhatian editor untuk tajuk kolum Feminin Bukan Pilihan...

Aku dah terlepas baca majalah tu sebab komen tu sudah di publishkan untuk keluaran Mac..so aku dapat tahu pun dari kawan aku lah...

Apalagi tengok ajelah ye...

*pic ni jugak yang jadi pilihan..








Isnin, 6 Mei 2013

GAMBAR PRU PALING POPULAR

Assalamualaikum...

Entri kontot. Aku dengan confidentnya mengisytiharkan bahawa gambar yang paling popular  di upload dalam fb dan instagram dan juga blog semalam iaitu pada hari PRU..selain gambar logo parti dan calon adalah gambar ini...



Sabtu, 4 Mei 2013

KAMPUNGKU & PRU

Assalamualaikum...

Meriahnya PRU kali ni. Macam pesta. So lets pics talk..







Rabu, 1 Mei 2013

TAK BALAS KOMEN ORANG, AKU POYO??

Assalamualaikum..

1 Mei..Hari Pekerja...dulunya dikenali sebagai Hari Buruh..
Sedikit sejarah pasal Hari Perkerja yang di copy dari Wikipedia



"Hari Pekerja atau Hari Buruh adalah satu nama untuk pelbagai cuti tahunan yang diraikan pada 1 Mei (atau dalam permulaan bulan Mei). Akan tetapi sebenarnya hari ini disebut juga sebagai Hari Pekerja Antarabangsa, yang mana ia merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja. Tarikh 1 Mei digunakan kerana pada tahun 1884,Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh, yang diinspirasikan oleh kejayaan Parti Labour pada 1872 di Kanada, meminta lapan-jam waktu berkerja di Amerika Syarikat, dikuatkuasakan pada 1 Mei1886. Ini mengakibatkan mogok umum dan Mogok Haymarket tahun 1886, tetapi beransur-ansur juga di pejabat selama lapan-jam waktu bekerja."
******

Tajuk entri tak de kena mengena dengan isi. Sabor jelah..

Sebenarnya aku nak minta maaf kat korang AMT semua yang mana mengomen di blog aku. Korang komen dan tanya macam-macam. Tapi aku tak jawab. Dalam kata lain aku tak balas. Adakah aku poyo..???

Bukan..tahap kepoyoan itu ada tapi masih di tahap selamat. Ini kerana aku memang sibuk bulan lepas dan bulan ni. Insya Allah aku ada program besar bulan ni. Nanti aku akan ceritakan di sini.

Aku baca semua komen korang. tapi aku tak sempat balas. Bukanlah aku poyo.

Sekali lagi aku minta maaf dan kepada yang bercuti hari ni..selamat bercuti. 

Aku pun bercuti juga..cuti dari tidak ke ofis ..tpai kat rumah terpaksa juga menjahit manik di baju pelanggan..Sampai jumpa lagi.. Adeuss!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...