Assalamualaikum
Entri autopublish lagi..
Hari ini (insya Allah) aku sudah berada di Kota Mekah bagi menunaikan ibadah Umrah. Korang doakan aku ye.
Sepatutnya hari ini aku akan ditemuduga untuk Skim N27. Tapi apakan daya, aku memilih Akhirat dahulu dan kemudiankan yang Dunia. Punyalah susah nak minta tukar tarikh. Sebabnya susah sangat staf SPA ni nak jawab call.
Syukur Alhamdulillah..sebelum aku ke sini, semuanya sudah selesai. Aku dapat tangguh sehingga 5 Jun . So balik dari Mekah..3 hari kemudian terpaksa pulak aku ke Putrajaya. Semoga kesukaran itu akan dihadiahkan dengan kesenangan masa depan..aamiin..
Aku yakin ramai yang dah dipanggil temuduga sudahpun selesai. Nasib sangat-sangat la kalau dapat jawatan tu. Aku tak nak terlalu berharap. Tapi aku serahkan pada takdir dan rezeki serta aku juga akan berusaha setakat terdaya aku.
Kepada yang dah pergi temuduga Penolong Pegawai Tadbir N27 tu, harap dapatlah kongsikan sedikit tips untuk aku..
Apa khabar korang semua? Terima kasih pada yang sudi singgah dan komen walaupun tahu aku tak dapat baca komen korang..
Tak ada apa yang nak aku coretkan hari ini...dan mungkin dikala korang membaca coretan ini, aku sedang sibuk dengan rukun yang wajib aku lakukan.Terima kasih korang semua
salam
BalasPadamselamat pagi semua
semoga dapat melakukan ibadah dgn sempurna, aaminn...
BalasPadamAlhamdulillah....moga semuanye berjalan lncar....
BalasPadamSemoga mendapat umrah mabrur dan berjaya dalam temuduga gred N27 nanti:)
BalasPadam