Sabtu, 15 Jun 2013

KISAH MAKCIK PENGUMPAT

Assalamualaikum

Sejak balik dari umrah ni..alhamdulillah rezeki aku mencurah-curah. Setiap pekerjaan aku rasakan mudah. Aku bersyukur sebab disana aku sihat tak macam sesetengah orang yang sakit,demam,datang bulan dan macam-macam lagi.

Ini bukan kisah aku pergi umrah. walaupun aku dah hutang 1 cerita pasal Mekah dengan korang. Aku memang sibuk dan tak berkesempatan nak bercerita..insya Allah aku akan ceritakan..

Berbalik pada tajuk..

Di pejabat aku ada seorang makcik. Mulutnya manis didepan aku.Tapi dibelakang aku..rupanya dia dah banyak kali mengumpat hal aku.. (aku tak kisah walaupun makcik tu baca entri ni..sebab ini memang aku tujukan khas untuk dia)

Makcik ni suka skodeng fb aku. Lepastu setiap apa yang aku upload samada gambar atau status, dia akan jadikan bahan bercerita di kalangan kaum pengumpat seperti dia (atas nama Allah..orang-orang yang selalu mengumpat aku tu..aku sekali pun tak pernah bercakap hal mereka..)

Nak dijadikan cerita..ketika aku di tanah suci..aku ada postkan status berbunyi begini..

salam dari Tanah Haram..

ramainya cni mcm musim haji.

Allah saja yg tau betapa seronok x terkata bila ada d cni.

.seronok sampai airmata jatuh x terasa.harap semua sihat2 belaka..

Aku kt cni ok..sihat walafiat & saiz pun dh sama mcm mak arab.
idung ja x brapa nk mancung..so jd melayu balik..
ok..take care u olls..intnt very limited..salam...

lepas itu aku tinggalkan status itu begitu sahaja dan bila aku balik ketanah air..banyak kawan-kawan yang respon pada status aku tu..Selepas beberapa hari aku upoad sekeping gambar Masjidil Haram melalui instagram..



 Kemudian setelah aku kembali ke Tanah Air..aku upload sekeping gambar aku juga melalui instagram.. Tujuan aku bukanlah hendak bermegah-megah tapi untuk berkongsi dengan kawan-kawan..dan disana aku berdoa agar kawan-kawan aku dapat jejakkan kaki ke Tanah Suci..tujuan membakar semangat.Bila aku masuk kerja, makcik ni datang jumpa aku. Aku layan dengan baik. Tapi rupa-rupanya di belakang aku, dia mengumpat aku..antara baris-baris ayat dia..(lebih kurang la seperti apa yang dia kata..apa yang dia kata hanya dia..Allah dan malaikat kiri dan kanan saja yang tau)

"pi umrah orang nak buat amal ibadat, ni dak..dok kalut fb"
"pi sia-sia..sebab tak lupa hal dunia"

Hello makcik..aku upload sebab aku nak bakar semangat kawan-kawan aku..sekurang-kurangnya aku kesana bukan lah untuk shopping (kalaupun aku datang bulan..aku takkan p shopping macam hang)dan yang penting..aku khatam Al-Quran kat sana pun aku tak rasa megah nak cerita kat orang..apa kebaikkan aku kat sana pun aku tak jaja kat orang..

Serius aku memang banned terus makcik ni. Dan aku dah remove block terus dia dari fb aku. Selama ini dia mengumpat aku..aku tak remove dia sebab aku ingat dia 1 ofis dengan aku. Kalaulah aku mulut jahat..dah lama aku canang dia pernah jumpa bomoh siam pondan masa laki dia ada skandal dulu..tapi mulut aku bukan macam mulut dia.Aku memang lepas geram kat sini, aku tahu dia baca sebab blog aku pun dia suka skodeng cari bahan untuk mengumpat. 

Pada aku..umrah dia yang sia-sia sebabnya balik dari umrah pun dia sibuk dok canang cerita dalam kain orang yang mana orang tu sekali pun tak pernah mengumpat kat dia.Sedangkan di fb aku hanya penuh gambar manik, kucing, cerita-cerita merapu aku..kalau ada kawan-kawan yang ikut fb aku, diorang akan tahu aku orang yang macam mana.Oleh sebab dia dah cari pasal dengan aku..maka terhasillah entri ini. Dan aku biarkan Allah saja yang ampunkan dosa dia. 

Makcik ni suka bersembang dengan semua orang dan kemudian menabur kesana sini ..segala rahsia orang..laki orang tua ke muda.kerja ke tidak..semua dia tahu. Macam CNN..Kepada makcik itu..tak payahlah buat baik dengan aku lagi dan harap jangan datang nak bersembang dengan aku lagi....kerana mulutmu berbau longkang..dan kepada teman sepemengumpatan dia yang bernama S******.. hang pun terima lah nanti hukuman Allah sebab aku tak pernah mengata kat hang!..terima kasih banyak-banyak...dan yang paling penting..makcik tak payah dok pi mengaji ..sia-sia saja hari-hari ikut kelas agama..tapi perangai dan mulut macam orang tak ada iman!

Wahai kawan-kawan blogger sekalian..inilah realiti kehidupan aku..aku yang ke ofis, hanya duduk ditempat buat kerja dan hal sendiri..tapi masih jadi bahan umpatan..itu belum lagi yang tak suka aku tanpa sebab.. (ketua salah satu unit di jabatan aku..dalam lembut-lembut dia pun..sempat lagi dia mengata kat aku..alhamdulilah)..sedangkan didepan aku mulut sangat manis..dan aku tak pernah ambil tahu hal orang.. apalagi meluangkan masa untuk jadi spy tak bergaji! 

Hanya Allah yang berhak ampunkan mereka ini dan carilah aku di padang mahsyar nanti..bukan sahaja sebab aku di umpat malah aku difitnah,.nama aku diburukkan.

4 ulasan:

  1. Wahh betul betul meluahkan perasaan. Semoga dengan entri ini, rasa lah lega di hati. Semoga diberi keinsafan dan kesedaran pada mereka yang terbabit tu terutama makcik tu la.

    BalasPadam
  2. Sabaq ja la kak..besaq ganjaran Allah bagi utk org yg bersabaq ni:)

    BalasPadam
  3. Allah Ana... org mcm ni buat penat jaa layan.. dia mengata hg iyakan jaa.. senyum jaa... lama-lama di xdak modai nak mengata.. org mcm ni bikin aku geli hati je lah..!

    BalasPadam
  4. sabar kak..bercerita kat sini pon tak guna gak kalau Allah tak buka pintu hatinya.. doa yang terbaik untuk makcik tu, inshaAllah kesejahteraan atas akak..

    mak dkna pon baru balik dari umrah :)

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...