Assalamualaikum..
Coretan penutup untuk bulan Julai..bulan ni tak banyak yang dapat aku kongsikan dengan korang akibat kesibukan berganda.
Aku percaya apa yang bakal aku kongsikan di sini, ada yang sudah tahu ceritanya dan pernah menonton sebuah drama pendek di Youtube ataupun di Fb..
Kisah Kasut Buruk..
Pada yang belum..jom sama-sama kita saksikan..
Bila menonton drama ini..aku teringat 1 peristiwa ketika aku menjadi Pengawas sekolah dan ditugaskan menjaga pintu pagar sekolah. Siapa yang lambat, namanya akan di ambil dan akan berjumpa guru disiplin..
Hingga 1 ketika , aku terpaksa ambil nama kawan aku yang selalu lambat (sudah kembali ke rahmatullah..Al-Fatihah untuk mu sahabat)..Lepas itu aku juga turut dipanggil berjumpa guru disiplin sebagai saksi..kawan aku dirotan kerana selalu lambat..
Kerana tidak tahan melihat akhirnya aku bersuara ..
" Lebih baik datang sekolah lambat dari tak datang langsung.asalkan datang sudahlah..tak mau belajar pun tak apa asalkan ada disekolah dan tak jadi bohsia dan bohjan di shopping complex.."
Akibatnya aku di dicop pengawas samseng!.. Inilah harga yang harus aku bayar ..
Terima kasih cikgu..tapi..cikgu tahu tak kenapa dia lambat?.. dia lambat sebab setiap hari sebab dia bangun awal untuk buat burger..untuk dijual pada kawan-kawan sekolah..kerana nak cari belanja sekolah..
Pun begitu..sahabat aku tadi hanya tersenyum tawar memandang muka aku yang sudah basah berenang airmata!