Sabtu, 31 Ogos 2013

SALAM KEMERDEKAAN

Assalamualaikum..

Salam Kemerdekaan ini aku tujukan untuk rakyat yang tahu nilai Merdeka. Pada yang tak tahu nilai Merdeka, yang selalu bikin huru hara, selalu memperlaga-lagakan sesama kita.. anda tidak termasuk dalam senarai aku..

Semoga negara tercinta ini makin makmur..perpaduan antara kita makin erat dan negara ini semakin aman..


Alangkah sedihnya mereka yang terdahulu..memperjuangkan kemerdekaan , sekiranya mereka masih hidup dan terpaksa melihat apa yang sudah jadi hari ini.. 
Si Kaduk sudah makin naik junjung.. 
Si Luncai masih lagi berangan-angan ..
Si Kelembai masih sibuk sumpah menyumpah..
Si Pandir masih lagi dungu tak menentu..

Sedih..memang sedih apabila watak cerita purbakala masih wujud lagi sehingga hari ini..merekalah yang makin merosakkan negara..

Semoga Allah perlihara negara tercinta ini..Merdeka Tetap Merdeka Untuk Insan Yang Merdeka!

Jumaat, 30 Ogos 2013

BUNGA 3D

Assalamualaikum..

Ini entri autopublish..aku sedang bergumbira dengan yang tersayang  sekarang!

Eksperimen lagi..kali ni bunga 3D la kononnya..paling simple dan Alhamdulillah..menjadi. Ini percubaan kali pertama sebab aku rasa macam nak muntah dah asyik tengok dan jahit design yang sama..




Jahit di tangan aje..Ok..aku agak suka jahit pada baju yang kain agak keras tambah-tambah lagi tangan yang keras macam ni.. senang dan hasil jahitan nampak kemas dan "terletak" aje.

Ok..esok ada sikit lagi saki baki gamba hasil jahitan sempena Hari Raya bagi tahun 2013 ni.. Sabar aje le sebab lepas ni mungkin blog ini kembali sepi sebab aku dah tak de modal nak meraban kat sini. Ok..jumpa esok ye.. Adeus!!!

Khamis, 29 Ogos 2013

BERCUTI & BERCINTA

Assalamualaikum..

OOOpppppsss..

2 minggu lebih asyik cerita manik..tiba-tiba hari ni cerita lain?? Sabar ye..oleh kerana aku dah terlalu penat bekerja siang malam..dan raya lepas pun aku tak bercuti..so sekarang masanya untuk aku berehat panjang. Aku bercuti hari ni..entri selepas ini adalah autopublish..

So..izinkan aku pergi bercuti dan bercinta dengan suami tersayang..sila jangan termuntah dengan entri hari ni ya AMT sekalian..sebab aku jarang sangat nak berjiwang karat kat sini..tapi untuk hari ini..suka hati aku lah. kalau tak nak baca..sila lari jauh-jauh ye..hehehe jangan marah haaa.


Ok..untuk suamiku yang tersayang..this is for you..


Abang.. terima kasih kerana sudi melayan karenah ku selama ini..terima kasih kerana bersabar dengan kesibukkan ku.. terima kasih kerana memahami ku...Hari ini hari kita.. dan...

and.. i'm always yours!!!
Aku bahagia bersamamu..terima kasih untuk segalanya.. 




Rabu, 28 Ogos 2013

BUNGA KRISTAL & MANIK

Assalamulaikum..

Oleh kerana aku sendiri dah jemu dengan deign crumble dan bunga berkerawang, maka kau berksperimen dengan menjahit bunga sekuntum-sekuntum terbeliak macam ni ha..kombinasi kristal, pearl dan manik.





Oleh kerana baju ini sendiri sudah berlabuci di bahagian badan baju , maka pelanggan minta aku jahitkan di tangan sahaja. 

Semoga beliau berpuas hati dengan design simple macam ni..dan aku pun suka jahit ni sebab cepat siap!

Sesiapa yang berminat untuk jahit design macam ni , aku sarankan jahitan ni hanya sesuai untuk tangan atau kain yang keras..kalaukainlembut aku tak jamin kedudukan akan kemas seperti gambar di atas.

Ok..terima kasih..Adeus!!!

Selasa, 27 Ogos 2013

BUNGA PEARL SIMPLE 5

Assalamualaikum..

Hari ni adalah hasil jahitan bunga pearl simple yang dikombinasikan dengan kristal. Agak sukar untuk matching kan warna pearl dan kristal untuk baju ini kerana warna baju dan corak asal baju yang memang sudah meriah.

Atas permintaan pelanggan yang mahukan design ini, maka aku jahit ajelah sebaik mungkin..Inilah hasilnya..




Agak tenggelam sikit, tapi jika aku menggunakan warna yang berlainan maka ianya akan jadi lebih caca marba..harap-harap oklah kan....

Ini baju kawan aku sebenarnya..hehe..itu aje untuk hari ini. Sambungannya esok ye. Adeuss!!!

Isnin, 26 Ogos 2013

BUNGA PEARL SIMPLE 4

Assalamualaikum..

Hari ni gambar baju yang di dijahit bunga pearl simple di bahagian tangan .



Pun begitu, pelanggan minta aku jahitkan sulaman manik pada corak bunga-bunga yang terdapat di bahagian badan baju..Dengan corak bunga yang pelbagai, agak mengambil masa untuk disiapkan.. dan inilah hasilnya..



Ok..itu aje untuk hari ni.. kalau korang rasa nak muntah tengok gambar manik yang publishkan selama 2 minggu ini..aku lagi nak termuntah sebab dok kutip sebiji-sebiji manik untuk jahit..sabar ajelah..

Mungkin korang tak suka tapi aku harap apa yang aku publish ni dapat bagi inspirasi pada beaders lain yag baru nak berjinak-jinak dengan jahitan manik..aku pun bukan terer mana..bolehla sikit-sikit..

Ok..pada yang berminat, esok ada lagi ye design hari raya.. Adeus!!!

Ahad, 25 Ogos 2013

LACE & PEARL - 6

Assalamualaikum..

Untuk hari ini adalah baju yaang di alas dengan lace. Pemilihan warna lace adalah dibuat oleh pelanggan sendiri dan aku hanya menjahit sulaman manik sahaja dia atasnya..







Jahitan adalah di tangan dan bawah baju. Memandangkan baju ini bersaiz XXXL (saiz aku tu) maka aku ambil masa sikit untuk siapkan baju ni.

Aku gunakan kombinasi pearl, rice dan kristal untuk naikan seri pada baju ini. Dan hasilnya adalah seperti di atas..

Terima kasih kepada pelanggan baru aku ni..semoga berpuas hati..

Itu aje..tunggu sambungan esok.. Adeus!!!

Sabtu, 24 Ogos 2013

SULAMAN TUDUNG - 2

Assalamualaikum..

Ini adalah tudung yang di datangkan dengan baju semalam..




Design yang sama dengan baju yang aku publishkan semalam..simple aje.. kombinasi bunga ros dari susunan labuci dan peral yang di tabur bersama daun kristal.

Semoga pelanggan aku berpuas hati.. Esok akan ada lagi beberapa helai baju yang aku berjaya siapkan sebelum raya..Siapa nak tengok sila tunggu ye..terima kasih atas perhatian korang.. Adeus!!!



Jumaat, 23 Ogos 2013

BUNGA LABUCI & PEARL TABUR - 5

Assalamualaikum..

Inilah baju ke 2..dari Pn.Hilmun..

Jahitan kombinasi bunga labuci dan pearl tabur simple dan diselitkan daun dari kristal yang berkilau..Warna baju ni hijau  , tapi entah kenapa bila di snap dah nak macam hijau tapi kelabu..ni pasal kamera aku lah ni..bukan salah baju..hihihi




Jahitan di tangan sahaja dan di match kan dengan tudung .. Tudungnya aku akan publishkan esok. Kepada korang yang berkunjung ke blog aku..harap jangan mabuk dengan manik aku..selagi belum habis gambar hasil jahitan aku..selagi itulah aku akan publish..maklumlah, bulan lepas punya entri ada 7 aje..bulan ni aku qodo la balik..

Sekian untuk hari ini.. Adeus!!!

Khamis, 22 Ogos 2013

SULAMAN TUDUNG

Assalamualaikum..

Ini adalah sambungan semalam. Tudung ini adalah untuk baju yang aku publishkan semalam.. Aku jahit simple dengan menggunakan kombinasi warna yang sama dengan sulaman manik pada baju.




Ikutkan aku..aku nak jahitkan design bunga yang sama macam di baju tetapi memandangakn awning tudung ini agak keras dan jarum aku dah patah, terpaksala aku jahit susup aje dan dengan design yang simple macam ni..banyak kali jugaklah tercucuk jari.. Apapun harap Pn.Hilmun suka dengan hasil jahitan aku ni..

Itu aje..esok asa lagi tau..baju Pn.Hilmun juga..sila tunggu entri esok ye.. Adeus!!!

Rabu, 21 Ogos 2013

BUNGA LABUCI PEARL


Assalamualaikum..

Ini adalah design yang pertama kali aku buat iaitu kuntuman bunga labuci yang dikombinasikan dengan pearl. Simple aje design ni.




Untuk baju ini, pelanggan minta aku jahitkan di tangan dan tudung. Sebab kalau jahit dileher memang terlindung degan tudung.Baju ini juga adalah baju pelanggan tetap aku. Terima kasih untuk Pn.Hilmun yang tak jemu-jemu dengan jahitan aku.

Kalau nak tengok macam mana design tudungnya..tunggu esok ye.. Adeus!!!


Selasa, 20 Ogos 2013

BUNGA LABUCI & PEARL TABUR - 4

Assalamualaikum..

Lagi kombinasi bunga labuci yang simple dan pearl yang ditabur..




Jahitan untuk di tangan dan bawah baju dengan design yang sama. Aku suka dengan baju ni, selain warna baju ini sendiri yang memudahkan aku matchkan warna pearl dan bunga labuci (bunga ros) . 

Inilah hasilnya..itu aje untuk hari ni. Esok ada lagi.Tolong jangan boring. Memang inilah blog penbiru..sabau aje ye.. Adeus!!!

Isnin, 19 Ogos 2013

BUNGA LABUCI & PEARL TABUR - 3

Assalamualaikum..

Gabungan bunga labuci dan pearl tabur yang simple untuk baju kain cotton.




Atas permintaan pelanggan maka baju ni dimanikkan di tangan dan bawah baju, dengan design yang sama. Semoga pelanggan aku ni berpuas hati.. Terima kasih kerana sudi hantar 4 pasang baju untuk aku jahitkan...

Itu aje untuk hari ini . Adeus!!!

Ahad, 18 Ogos 2013

BUNGA LABUCI & PEARL TABUR - 2

Assalamualaikum

Crumble simple campuran dengan bunga labuci..Jahitan di tangan sahaja.




Memang simple sangat sebab corak baju ni pun dah penuh..

Itu aje ye..Adeus!!

Sabtu, 17 Ogos 2013

PEARL TABUR - CRUMBLE 26

Assalamualaikum..

Next baju..




Untuk baju ini , pelanggan minta aku buatkan di tangan dan di bawah baju. Aku tak galakkan sebenarnya untuk crumble di bawah baju sebab baju tu akan jadi bergulung, tapi disebabkan kain in adlah cotton dan agak keras, so bolehla..kalau kain lembut..aku surrender!

Ok..itu aje untuk hari ni.

Jumaat, 16 Ogos 2013

PEARL TABUR - CRUMBLE 25

Assalamualaikum..

Crumble lagi..untuk Hari Raya..




Design ni adalah ikut permintaan pelanggan.. Ini salah 1 pelanggan tetap aku. Untuk baju ini aku jahit 2 pasang iaitu baju dewasa dan kanak-kanak..Design yang sama. Harap pelanggan aku ni berpuas hati. Itu aje untuk hari ini. Esok dan seterusnya hanya cerita manik sahaja..sila bersabar banyak-banyak dan jangan boring..Adeus!!

Khamis, 15 Ogos 2013

KEMPEN PAKAI SONGKOK

Assalamualaikum..

Sekadar memberi sokongan..untuk jati diri anak Melayu.. Entri berikut di ambil dari page Saya Sayang Tun Dr. Mahathir Mohammad

*****************








Kami bersama 15 page lain melancarkan 'Kempen Pakai Songkok' untuk hari penayangan Tanda Putera pada 31 Ogos 2013, Sabtu ini di Pawagam Kuala Lumpur. Lokasi Shopping Mall akan diupdate kemudian kerana kami masih berurusan dengan Pengurus Pawagam untuk mendapatkan tempat seat yang paling banyak/luas supaya kita semua mudah berkumpul dan yang paling penting kita dapat tayangan masa yang cantik/fixed supaya mudah anda semua book online/membeli tiket awal untuk 31 Ogos 2013 ini (tiket wayang tajaan sendiri). 




Anda semua diminta berkumpul 30 minit sebelum tayangan bermula di pekarangan wayang/tempat menunggu wayang supaya kita dapat mengenal antara satu sama lain dan dapat kita bertegur sapa.Jadi pada hari penayangan nanti, kita semua akan berlegar-legar dengan memakai songkok di tempat menunggu wayang, baik yang sedang membeli tiket memakai songkok, membeli makanan wayang memakai songkok, sedang menunggu di perkarangan memakai songkok. Dan kita akan tangkap gambar bersama-sama sebelum/selepas wayang untuk kita postkan di FB nanti. Jadi mulai hari ini semua bersiap sedia untuk book online/beli tiket awal yang akan kami umumkan Lokasi Shopping Mall dan masa penayangan dalam masa terdekat. 



Jika anda malu untuk memakai songkok dari rumah pada 31 Ogos 2013, tidak mengapa kerana anda boleh simpan dahulu di beg silang dan pakai sahaja apabila anda sampai di tempat Pawagam Kuala Lumpur yang akan kami umum dalam masa terdekat ini.



Kami juga memohon pada anda yang tinggal di negeri lain, jika tidak keberatan dan mampu, silalah datang ke Pawagam Kuala Lumpur yang akan kami update nanti. Kepada yang tidak dapat turut serta ke Pawagam Kuala Lumpur, jika anda berani untuk pakai songkok pada 31 Ogos 2013 ini di negeri anda, anda boleh turut serta untuk memakainya di Pawagam berdekatan kawasan anda. 



Cuma kami bersetuju memilih di Pawagam Kuala Lumpur kerana ia mudah sebagai pusat perjumpaan.Tarikh: 31 Ogos 2013, SabtuTempat: Pawagam Kuala Lumpur

Masa: Slot tengah hari - petang
***Berkumpul 30 minit di pekarangan wayang/tempat menunggu wayang sebelum bermula masa tayangan
***Sentiasa bersedia untuk membuat membuat tempahan awal seat wayang selepas kami umumkan lokasi tempat dan masa.

Tujuan kita beramai-ramai memakai Songkok adalah untuk memperingati jasa jasa Askar dan Pejuang Melayu yang telah mempertahankan Tanah Melayu ini, sesuai dengan pemilihan tarikh 31 Ogos 2013 sebagai Hari Kemerdekaan Tanah Melayu. 

Walaupun tarikh pertama penayangan adalah 28 Ogos 2013, tetapi 28 Ogos 2013 dilihat kurang sesuai kerana ianya hari bekerja. Kami pasti dengan pengumpulan orang Melayu kali ini, pasti akan ada pihak disana yang tidak suka kita berkumpul memakai Songkok dan mereka pasti akan panas dengan tindakan kita untuk bersatu ini. 

Antara Page yang membuat kerjasama usaha ini adalah:
1. Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad
2. Boikot Barangan Cina DAP
3. Anti Pakatan Rakyat
4. ANTI Semua Salah UMNO - ASSU
5. Anti Bersih
6. Kami Sokong DAP Diharamkan Seumur Hidup
7. Kuasa Pembeli & Pengguna Melayu Islam - KPPMi
8. Media PJ Selatan 
9. Melayu Islam Bersatu Boikot DAP & Kroni
10. Kami Sokong Buletin Utama TV3
11. Persatuan Mukabuku Pulau Pinang 
12. Gerakan Memperkasa Ekonomi Melayu - GAMEM
13. Analisi Politik Terkini
14. Ini Kali Lah Gabung
15. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary Idola Kami 

**********************

Kita boleh berbangga dengan memakai "cap" atau topi..walaupun itu bukan budaya kita..berilah sokongan ini. Bukan susah pun. Kalau bukan kita, anak Melayu yang pakai songkok, siapa lagi? Takkan nak tunggu hari raya baru nak pakai songkok. Tunjukkan bahawa Malaysia ini bumi Melayu yang berdaulat!

Rabu, 14 Ogos 2013

PEARL TABUR - CRUMBLE 24

Assalamualaikum..

Kali terakhir aku publish pasal jahitan manik adalah bulan Februari..sekarang dah masuk Ogos..Memang lama sebab aku peram gambar-gambar jahitan aku..bertambah sibuk dengan tempahan hari raya.

Untuk hari ni dan hari-hari seterusnya, biarlah gambar sahaja yang berbicara..Ini adalah antara koleksi jahitan untuk Hari Raya lepas..



Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...