Hari ni aku nak kongsikan sebuah kisah benar yang belaku pada adik kawan sebilik dan sekelas aku masa form 5 dulu.. aku harap korang baca betul-betul.. Kejadian ini baru berlaku 2-3 hari lepas.
************************
untuk yang bertanya, saya kongsikan cerita.
semalam, saya dapat satu panggilan dari num 1300808888 mengata ada individu menggunakan segala maklumat saya dan telah membuat satu kredit kad yang bernilai 10k. individu tersebut ingin membuat pengeluaran sebanyak rm3862 dan pihak bank terus menelefon saya. kemudian dia mengatakan kad tersebut telah digunakan sebnyak rm6282.40 dalam tempoh dua bulan tak tidak menjelaskannya. dalam keadaan yang separa sedar, pihak bank tersebut memberi saya satu nombor yang mengatakan saya perlu menyemak semula dengan bank negara. nombornya adalah 0327885078.
tanpa berlengah, saya terus menelefon num tersebut dan bercakap dengan mr lee yang kononnya mengambil report saya. dalam masa 5mnit, saya mendapat panggilan semula dari num tersebut yang kononnya dia adalah pegawai penyiasat daripada JSJK yang bernama mohd khairi.
saya dileteri kerana kunonnya menyerahkan dokument saya tanpa dipalangi pada setiap kad pengenalan. kemudian, saya menanyakan boleh atau tidak saya membuat terus laporan polis dan dia mengatakan pihak polis akan mengambil masa 7hari manakala bank negara cuma 3 hari. selepas itu, dia meminta saya ke atm yang berdekatan utk menukar segala num pin kerana segala akaun saya akan dibekukan sementara untuk siasatan selanjutnya.
tanpa berfikir panjang, dalam keadaan yang memcemaskan, sy terus ke atm cimb masjid negara, dan menelefon semula cik khairi. saya mengikuti segala arahan yang diminta, dan kemudiannya saya telah menyerahkan sejumlah wang simpanan saya tanpa saya sedar ke akaun ambank 0110023171868 atas nama mohd redzua.
dia mengatakan saya tersalah masuk num dan meminta saya ke kaunter cimb yang berdekatan dan mengeluarkan baki yang ada kerana perlu kosongkan akaun dan saya akan menerima semula jumlah asal wang yang sepatutnya ada di dalam akaun. saya terus ke kaunter cimb berdekatan di daya bumi dan mengeluarkan semula baki wang. pada masa tu fikiran saya cuma mahukan duet yang asalnya yang sudah ditransfer ke akaun pertama.
saya tetap mengikuti segala arahan dari cik khairi td dan memasukkan semula baki yang ada ditangan ke akaun cimb pula 11030047538525 di atas nama norhasfify. selepas memasukkan wang tersebut, saya diminta utk menunggu dalam masa 10mnit dan menyemak semula baki yang ada seperti sedia kala.
mungkin nasib tak menyebelahi saya, apabila saya menyemak, segala baki yang sepatutnya ada pada saya, sudah hilang dalam sekelip mata. sy terus ke bank negara dan saya dapati ini adalah satu sendiket penipuan wang. saya mohon kepada rakan-rakan supaya lebih berhati-hati dan jadikan pengajaran apa yang telah berlaku kepada saya. jika mendapat panggilan yang kunonnya dari klia atau poh kong, jangan terpedaya. mereka mmg licik dan membuatkan kita percaya sepenuhnya dengan segala percakapan yang kunonnya dirakam.
apa yang jadi, iktibar. sy redha mungkin bukan rezeki saya dan ujian di pengakhiran ramadhan. kes saya telah dirujuk kepada JSJK dan memohon individu yg tidak bertanggungjawab ini segera di tangkap. yang sedihnya, sama-sama melayu. tak apa lah, ujian Tuhan itu takkan lebih dari kemampuan yg saya ada. terima kasih pada kawan2 yang memberikan semangat. berkongsilah pada semua moga tiada lg yang tertipu macam saya :<
******************
So pada korang semua, harap berhati-hati. Penjenayah sekarang semakin bijak , tambah-tambah lagi bila nak raya macam ni. Sebab itulah Allah menciptakan neraka..itulah tempat yang selayaknya untuk bakal kayu api neraka macam di penyamun ni..
Harap pihak berkuasa ambil tindakan segera. Gunakan kuasa yang ada di tempat yang betul. Jangan biar perkara ini berulang. Pihak Telekom boleh trace nombor telefon itu didaftarkan atas nama siapa dan lokasinya dimana. Pihak bank juga boleh beri kerjasama dengan pihak polis dengan membekukan akaun-akaun si penyamun tadi dan beri maklumat individu berkenaan.
Harap pihak berkuasa ambil tindakan segera. Gunakan kuasa yang ada di tempat yang betul. Jangan biar perkara ini berulang. Pihak Telekom boleh trace nombor telefon itu didaftarkan atas nama siapa dan lokasinya dimana. Pihak bank juga boleh beri kerjasama dengan pihak polis dengan membekukan akaun-akaun si penyamun tadi dan beri maklumat individu berkenaan.
Dan peringatan untuk diri sendiri dan korang semua, jangan terlalu mudah percaya pada orang . Gunakan rasional dan logik akal sebelum bertindak.
Itu aje yang aku nak kongsikan hari ni..Adeuss!!!
bahaya ni... terima kasih kerana beekongsi.
BalasPadamdgn maklumat yang ada ni, tak nak cuba report polis ke?
prnh juga dpt pggilan dr no x dikenali.. tapi biasa mmg tak angkat klu yg kol tu no pelik2..
BalasPadamthank kongsi kisah ni.. pengajaran utk smeua..
Terima kasih, dik. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan bathin.
BalasPadamorang sekarang mmg macam2 taktik menipu..
BalasPadamsalam aidilfitri pen biru..maaf zahir n batin...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSalam... Terima kasih atas perkongsian.. sy bru dpt panggilan dr no tersebut. mmg jumlah wang dan no phone sma siperti dinyatakan dlm cerita anda. yg peleknye, sy xde langsung akaun Ambank. ni kan pulak kredit card. sy trus google unt dpat kepastian. bila baca entri anda, sy xperlu la berurusan dgn kononnye "pegawai bank negare" tu.
BalasPadamSalam..Thanks sharing this info.. sy bru je dpat call dri no ni 1300808888. 15 min lalu..Kisah nye mmg same. Bile dpt call tu die ckp ade pending kredit kad berjumlah RM3862. yg sy pelek, sy xde kredit kad n akaun ambank pon xde. So lelaki cina tu cakap nanti die cube cek. then bile die cek amount tdi dah mningkat RM6000++. aiii pelek btul ni... die bg no bank negara untuk bercakap dengan pegawai khas.. no dia 03-27885085. dia kate suruh sy buat report dulu then baru die boleh batalkn kredit kad tadi. kalau tidak, sy kene byr jumlah yg tadi tu dengan ditolak dr duit dlm akaun bank sy. kalau xde akaun ambank, di akan tolak dr bank2 lain. lepas letak call, sy xpuas hati, n rse mmg kne tipu. trus google no 1300808888 ni.. then terbace entri saudari penbiru..kurang la ckit rse cemas tu. cume, yg sy risau skit ni, sy dah terbagi no ic sy pada lelaki cine tu.. sbb awal2, tu mmg x trpikir plak kn bile die minta no ic.
BalasPadamno tu baru 5 minit lepas call aku...2 kali ...tros aku search no tu kat internet...tq bagi info....
BalasPadamwak pon baru dpt call ni ., perghh
BalasPadam