Sabtu, 10 Ogos 2013

SELAMAT HARI 33 ???

Assalamualaikum..

Hari ini 10 Ogos.. Cerita mak aku, 33 tahun yang lalu aku dilahirkan sehari sebelum raya.. kira-kira dalam pukul 6.30 petang. Kiranya aku ni anak rayalah kan..So mak aku tak boleh raya..abah aku pulak kena bayar fitrah untuk aku..

Tapi untuk tahun ni..dikala usia aku melangkah masuk ke angka 33..pada hari raya ke 3 dan pada hari ini juga ada 1 peristiwa penting dalam hidup aku yang berlaku untuk kali ke 3 dan mungkin kali terakhir.. (biarlah rahsia)...dan kebetulan aku adalah anak ke 3 dalam keluargaku..


Apapun..aku bersyukur kerana Allah sayang pada aku..dipanjangkan usia aku dan diberi kesempatan ini untuk terus hidup dalam liku-liku yang penuh berduri..namun aku tetap teruskan jua..

Hidup aku ini aku anggap umpama anak panah yang dilepaskan..akan terus meluncur laju dan pasti akan sampai penamat. Jika nasib aku baik maka aku akan sampai tepat di sasaran..namun jika sebaliknya maka aku akan menyimpang dan tersasar..dan tetap akan berhenti akhirnya.

So..seperti biasa..tiada kek untuk ku tiup lilinnya ..tiada juga pulut kuning untuk ku potong dan makan..yang ada hanya doa kepada Allah..

Mungkinkah angka 3 ini akan bawa tuah dalam hidup aku.. Hanya Allah yang tahu..

Sekian untuk hari ni..terima kasih semua..

Adeus!!!

4 ulasan:

  1. Selamat menyambut hari lahir ke 33 PB. Semoga diberkatiNya usia PB. Ameen.

    BalasPadam
  2. Selamat hari jadi akak Penbiru...moga Allah panjangkan umur & murahkan rezeki :)

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum... Selamat Hari Lahir ke-33 PB. Semoga Allah swt memberkati segala usaha & rezeki sepjg usia. Amiiin...

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...