Khamis, 19 September 2013

20 SEN !!!

Assalamualaikum..

Lama juga aku menyepi..entri autopublish dah habis di publishkan..so sekarang entri macam biasa ajelah..

Berbalik pada topik..hebat sungguh penangan 20 SEN..akibat kenaikan harga minyak di pasaran sebanyak 20sen seliter. Aku juga turut terasa tempiasnya walaupun terpaksa berulang alik ke pejabat 12km sehari!


Aku tahu semua orang marah dan tak puas hati dengan keputusan kerajaan dengan menggurangkan subsidi petrol tersebut..Aku pun marah juga..tapi tiba-tiba aku terfikir...aku bukanlah ahli ekonomi..tapi rasanya benda yang aku fikir ni, pun mampu di fikir oleh orang lain, itupun  jika mahu berfikir..

Jom aku nak ajak korang berfikir..kenapa kerajaan kurangkan subsidi petrol dan "memaksa" rakyat yang membayar lebih.

Tahukah anda, berapa ramai warga asing yang halal mahupun yang haram yang berada di negara kita turut menikmati subsidi yang kerajaan peruntukkan untuk kita?

Tahukah anda, berapa juta gelen minyak kita di seludup keluar ke negara jiran disebabkan harga kita yang masih murah berbanding negara mereka?

Tahukah anda, yang menjadi dalang dalam penyeludupan minyak ke luar negara itu pun adalah bangsa kita?

Tahukah anda???

Tak tahu?  aku pun tak tahu berapa jumlahnya..tapi korang sendiri boleh lihat..dalam Malaysia ini..dalam 10 muka Melayu ada 5 muka Bangla!

Tindakan kerajaan mengurangkan subsidi dan menaikkan harga petrol ada sebabnya. Mungkin korang tak nampak apa sebab itu.

Untuk rakyat..Kerajaan memulangkan subsidi itu dalam bentuk tunai iaitu BR1M.. dengan pemberian BR1M ini, sekurang-kurangnya, subsidi itu tidak jatuh ketangan kaum pendatang tanpa kita sedari. Duit BR1M diberi terus kepada rakyat. Memang BR1M itu diberi kepada orang miskin, berpendapatan rendah.. sebab jika subsidi itu diberi pada harga petrol, golongan yang banyak menggunakan petrol adalah golongan berada, kaya, yang ada kereta...jadi orang miskin yang hanya ada motorsikal , yang sekali isi petrol penuh tanki motor baru RM7..berapa subsidi yang dia rasa berbanding yang pakai kereta? 

Jumlah BR1M sebanyak RM500 memang dirasakan sedikit kalau nak dibandingkan dengan nilai petrol yang kita guna dalam 1 tahun, tapi itu adalah adil bagi golongan yang tidak banyak menggunakan petrol..dah lah tak mampu berkereta..tak merasa pula duit kerajaan...kesiankan? Dalam kata lain..sudahlah kaya.."dapat" subsidi lebih dari orang miskin!

Ok..sekarang beralih pula pada bab penyeludup minyak. Kenderaan asing terutama Thailand  dengan mudah membeli petrol di negara kita terutama yang berhampiran dengan sempadan, dan yang menjadi dalangnya juga adalah rakyat kita sendiri. Bila harga minyak di naikkan, maka penyeludup terpaksa membayar harga yang lebih dalam istilah lain, padan muka dia jugak!

Kita mungkin tak faham tindakan kerajaan. Aku pun marah juga sebab kenaikkan itu terlalu tinggi..kalau 10sen bolehla terima akal lagi..apapun..aku cuba untuk fikir positif. Kesannya mungkin tak nampak hari ini..tapi untuk 10-20 tahun akan datang. Janganlah kita bandingkan harga petrol kita dengan negara lain...memang kita negara pengeluar minyak, tapi banyak mana sangat simpanan minyak negara kita yang hanya kelihatan 1 garisan dalam peta dunia.

Cukuplah aku membebel kat sini. Ini pendapat aku. Kalau ada yang tak setuju..ikut suka koranglah. Murah ke mahal..tetap nak kena guna..sekian aje..Adeuss!!!


3 ulasan:

  1. Rietta redho aje lah dgn keputusan...sebab bila petrol naek....rietta masih xterkesan sgt, rietta hnya nek moto...

    BalasPadam
  2. biasa lah.. biasa makan bersuap... tiba2 kna cari sndiri... mmg mrh la kn.. gtu lah umpmananya..

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...