Assalamualaikum..
Sekadar untuk menyedarkan diri sendiri betapa bertuahnya kita di Malaysia ni. Duduk dalam kelas, bermeja dan berkerusi..berkipas..ada yang ber "aircond"..itu pun ada yang tak tau bersyukur. Komplen sana sini.
Gambar di atas di ambil di sebuah tempat di bawah jambatan Metro Rail di New Delhi India. Inilah sekolah percuma yang mampu disediakan oleh seorang lelaki, Rajesh Kumar Sharma yang terpaksa berhenti belajar di peringkat kolej kerana masalah kewangan.,(bukan macam Malaysia.. PTPTN kan ado! )
Beliau mengambil masa 2 jam sehari untuk mendidik anak-anak buruh tempatan dan dibantu oleh rakannya Laxmi Chandra, dengan gigih menaburkan ilmu kepada 45 kanak-kanak setiap hari tanpa sesen bayaran.
Dengan berpapanhitamkan dinding bangunan, berkerusikan kaki sendiri yang berlantaikan tanah berdebu anak-anak kecil ini tekun belajar tanpa sepatah komplen pun...sedangkan anak kita??? Fikir-fikirkanlah!
*Photographer: Altaf Qadri, Srinagar
ilmu itu penting :)
BalasPadamBersyukur kita dilahirkan Di Malaysiakan pen biru ;)
BalasPadamSgt kagum dengan dia...
BalasPadamsemngat betul dia nak menurunkan ilmu..semangat cmni baru betul
BalasPadamassalamualaikum pen biru...kesian nyer mereka...;)
BalasPadam