Assalamualaikum..
Oleh kerana dah beli Waffle Maker tu, maka projek membuat waffle pun bermula..Dan aku mencari resepi yang simple dan tidak renyah tapi hasilnya amat best.. Kat mana aku beli waffle maker ni..korang boleh tengok DISINI
2 cawan tepung gandum,
1 1/2 cawan susu segar(kotak aje lah)
3camca besar planta yang dicairkan
2 sudu teh yis (Instant yeast)
1camca besar gula
1/2 sudu teh garam
1 biji telur
1/2 cawan air suam(agak-agak ye untuk bancuhan)
1 biji telur
1 sudu besar esen vanila
Bahan sapuan : ikut suka koranglah nak pakai jem ke butter ke..honey ke..ikut tekak masing-masing ye!
Campur semua bahan..pukul guna Whisk atau apa-apa sahaja asalkan adunan rata
Tuang adunan dalam Wafer Maker yang sudah dipanaskan
Masak ikut suka tahap garing yang korang suka..anggaran 5minit keatas lah
Keluarkan dari maker
Sapu lah apa-apa yang korang nak sapu..kat sini aku letak peanut butter dan jem strawberi, pastu potong lah ikut suka..
Siap!
silalah makan sampai lebam...dan waffle aku, rangup diluar..lembut didalam!
Itu aje..senang ajekan?? Tak yah belilah..buat sendiri boleh makan puas-puas. Sekian aje untuk hari ini..Adeus!!!
adudududuuu nak cari waffle maker laa!
BalasPadamTk kerana sudi kongsikan resepi wafer tu. Sya selalu juga layari blog ni. Memang menarik. Teruslah menulis ya. Klu sudi layarilah blog sya pula : tasdamai7.blogspot.com
BalasPadamsedapnya.. boleh aiza cuba lepas ni..
BalasPadamuiii...menarik. pasni leh wat mcm2 perasa la
BalasPadamwahh menariknya..lepas ni boleh jual waffle pulak..nampak pon menyelerakan!
BalasPadamwaduhhhh tergoda sy!
BalasPadamCantiknya PB.. dah rasmi kan takada waffle ye..rasa akak nak beli pulak ;)
BalasPadamSerius. ...mmg tgh survey waffle takada ni.
BalasPadamSaya nak cuba resepi tu. Tapi minta halalkan dunia akhirat.
BalasPadamMaklumlah ilmu resepi tu hak penbiru. T.kasih