Isnin, 25 November 2013

TUNGGU SEKEJAB

Assalamualaikum..

Dah lama aku nak buat review pasal Tunggu Sekejab.. tapi asyik tertunggu-tunggu bila nak tulis. Dah tu pulak dah lama tak BW blog korang semua. Ada yang aku BW tapi silent reader. Jangan merajuk ye.

EMmm..berbalik pada tajuk. Aku ni kurang berminat dengan "talk-show" sebenarnya. Entah kenapa, aku terrrrtengok rancangan Tunggu Sekejab yang di host kan oleh Awie. Macam best pulak.

pic credit to : www.budiey.com


Aku pun layan lah...wah..best jugak nih. Lain dari yang lain lah. Segmen-segmen dalam rancangan tu pun best. Pendek kata tak boringlah tengok. Dan aku tak sangka pulak rupanya Awie boleh jadi host yang bagus. Tak boring tengok gelagat dia yang pandai control dan handle rancangan macam tu.

Apa-apa pun, tahniah kepada Awie. Dari penyanyi rock kegilaan ramai,boleh berlakon pelbagai watak dan kini jadi host pula. Semuanya menjadi.

So kepada korang yang belum pernah tonton rancangan ni, nantikan setiap Sabtu jam 9 malam di TV3. Rancangan ni sangat santai dan berinformasi. Macam-macam ada dan tiap episod ada kelaianan. Itu aje untuk hari ni..Adeus!!!

Ahad, 24 November 2013

PEARL TABUR - CRUMBLE 31

Assalamualaikum..

Inilah baju yang paling lambat nak aku siapkan. Bukan kerana susah nka jahit, tapi aku betul-betul tak ada mood. Nak menjahit ni perlukan mood jugak..memang tak boleh menjahitla kalau mood dah kelaut!

Untuk baju  ni aku tak tahu nak tajukkan sebagai apa sebab di tangan aku crumble kan..di badan baju, aku sulam dengan kristal dan tabur dengan diamond dan pearl. Apapun aku labelkan kedua-duanya.


tangan



badan baju

Aku diminta untuk taburkan diamond..bukan diamond ori..botak kepala aku nak beli diamond ori..tapi ni diamond buatan gred A..cantik bersilau-silau. Digambar ni mungkin tak berapa jelas sebab pencahayaan kurang.

Apapun semoga pelanggan berpuas hati.Itu aje ye..akan datang masih berbaki lagi baju yang aku nak tunjukkan pada korang dan pada orang yang berminat. Jumpa lagi nanti..Adeuss!!!

Sabtu, 23 November 2013

BUNGA KRISTAL - 4

Assalamualaikum..

Entri kontot aje..gambara aje banyak.

Kali ini baju yang disulam batu kristal berbentuk bunga dengan kombinasi pearl rice sebagai dedaun. Agakmudah untuk jahit baju ini sebab tangan baju jenis cekak dan keras dan kain pun tidak begitu memberi masalah..


di tangan


di bawah baju


tangan dan bawah baju

Untuk menyiapkan baju ini agakmudah dan hanya mengambil masa kurang dari seminggu..kalaudiikutkan lebih cepat lagi..tapi oleh kerana aku dilanda angin kemalasan..maka lambat lah siap.

Itu aje untuk hari ini.. Adeus!!!

Jumaat, 22 November 2013

PEARL TABUR - CRUMBLE 30

Assalamualaikum..

Untuk baju hari ini adalah baju yang dibekalkan pearl kepada aku. Maka aku jahit ikut apa yang ada dengan bahan yanga gak terhad.

Asalnya baju ini telah dijahit pearl oleh tuannya tapi jahitan terputus benang, dan aku diminta untuk jahit kembali. Inilah hasilnya..


di tangan



di bahu

Dengan bahan yang terhad..semoga berpuashati..Jahitan simple sangat-sangat. Sambungan baju yang seterusnya..esok.. Adeus!!!

Khamis, 21 November 2013

LACE & PEARL - 7


Assalamualaikum..
Sudah lama aku tak upload cerita pasal baju-baju yang dah aku manikkan.. Bagi memenuhi kembali blog aku dengan hasil jahitan..maka inilah baki-baki gambar baju yang belum aku publishkan.

Baju ini, baju nikah anak kawan aku.(kawan yang sudah bersara..tetap di panggil kawan walaupu seusia ibuku)



Baju ini sudah ada lace bunga timbul, aku hanya taburkan dan sulamkan pearl untuk bangkitkan bunga yang sedia ada. Jahitan adalah sesimple mungkin.

Selamat Pengantin Baru untuk pemilik baju ini..Farhanah..semoga berbahagia hingga kejannah..amin..

Esok ada lagi baju yang aku nak kongsikan..Adeuss!!!

Rabu, 20 November 2013

KEMANUSIAAN SEEKOR BINATANG

Assalamualaikum..

Ketika menerima gambar ini dari En.Suami yang baru pulang dari masjid..aku tergelak..tapi beberapa minit kemudian aku terdiam..Dari cerita suamiku...anak kucing ini kehilangan ibu..mungkin ibunya sudah mati..itu tak dapat dipastikan..

Oleh kerana kelaparan, maka dengan sukarelanya, seekor kucing lain memberi teteknya untuk anak kucing itu menyusu..siap berpeluk lagi...

tapi...rupa-rupanya..

kucing itu adalah kucing jantan!

Apa agaknya sikucing jantan ini fikir?..
Oleh kerana kesiankan anak kucing walaupun belum tentu anak kucing itu anak dia..lalu diberinya dan direlakan teteknya yang tidak bersusu itu di hisap walaupun dia tahu itu bukanlah tugas seekor kucing jantan!

Nah..dunia akhir zaman. Binatang pun ada sifat kemanusiaan..ketawa aku tadi bertukar jadi sebak... Memandangkan En.Suami dan aku tinggal berasingan dan berjauhan, maka dia tidak dapat membawa balik kucing-kucing itu, disamping tuntutan kerja yang tidak memungkinkan kedua-duanya terjaga dengan sempurna..

Dan hingga ke hari ini aku masih terfikirkan tentang kedua-dua ekor kucing itu..

Selasa, 19 November 2013

TIPS DAN PANDUAN UMRAH

Assalamualaikum..

Seperti yang aku janjikan..aku kongsikan tips dan panduan ketika sebelum dan ketika mengerjakan Umrah dan ketika berada di Mekah dan Madinah. Tips ini adalah bedasarkan pengalaman aku sendiri.

Sebelum Berlepas
  • Oleh kerana cuaca panas, aku sarankan bawa bersama lip gloss (pakai ketika bukan waktu dalam Ihram)
  • Jemaah wanita seeloknya bawa dan pakai purdah. Bukan untuk riak atau menunjuk-nunjuk tapi pemakaian purdah (ketika bukan dalam waktu Ihram) mengelakkan kepanasan dan mengelakkan terhidu habuk dan sebagainya.
  • Bawa sun glasses atau dalam kata mudahnya cermin mata hitam. Ini kerana, selain cuaca panas, cahaya matahari yang terik adakalanya menyukarkan dan boleh menyakitkan mata.
  • Tak perlu berbaju kurung, semudahnya berjubah, bertudung labuh dan bersarung kaki (untuk jemaah wanita)sudah memadai untuk bersolat.



Ketika di Mekah/Madinah
  • Suka di ingatkan , bangsa Arab bukan bersopan seperti kita (sebab itu Allah turunkan Rasul dan Nabi dikalangan mereka)..maka bersedialah mental dan fizikal andai kepala anda dikuis dengan kaki ketika anda bersujud.
  • Beli simkad Arab untuk memudahkan berhubung dengan keluarga di Malaysia(kadar yang lebih rendah)
  • Kalau nak bersedekah, lebih baik sedekah pada tukang cuci di masjid dari pengemis di luar masjid
  • Elakkan berurusan dengan sesiapapun yang menjanjikan pertolongan menguncup Hajarul Aswad atau menggunting rambut (bertahalul) . Anda mungkin di pow dengan bayaran yang tak masuk dek akal..berhati-hatilah!
  • Jika ingin buat tawaf sunat, seeloknya selepas waktu Subuh (kira-kira dalam pukul 9 pagi)sebab waktu ini orang tidak seramai waktu Maghrib dan Isyak
  • Jika ingin membeli jubah, lebih baik beli di Mekah. Perbandingan harga yang aku buat, di Mekah lebih murah dari di Madinah
  • Jika minat Fridge Magnet dan ingin beli sebagai ole-ole, belilah di Masjid Hudaibiyah.
  • Jika berhajat nak beli buah zuriat, belilah di Jabal/Bukit Uhud
  • Jika nak beli kekacang,coklat dan sebagainya, elok beli di Masjid Quba
  • Ketika bertawaf jangan jalan beriringan kerana kebarangkalian anda dirempuh dari belakang dan mungkin akan menyebabkan anda terpisah sesama sendiri, sebaiknya jalan secara beratur/berbaris..lebih selamat 
  • Ketika menunggu giliran untuk memasuki Raudhah di Masjid Nabawi, elakkan mengambil wuduk di situ

Ketika Menunaikan Umrah
  • Waktu yang agak lengang untuk bertawaf (sunat atau umrah) ialah selepas Isyak , selepas Subuh (dalam pukul 8-10pagi)
  • Elakkan jalan beriringan ketika tawaf, sebaliknya jalan seperti beratur. Ini mengelakkan dari dilanggar jemaah lain.
  • Ketika Saie tak perlulah tergesa-gesa, hanya perlu berlari anak/berjalan cepat di kawasan lampu hijau sahaja
  • Sebelum tawaf buat perjanjian dengan sesiapa yang bersama anda , untuk tunggu dimana-mana "point" yang anda tetapkan sekiranya anda terpisah antara 1 sama lain
  • Jaga mulut lidah anda. Ingat setiap perkataan yang keluar dari mulut adalah doa..dan di sana, tempat yang mustajab doa, sebut yang baik maka baiklah jadinya..jika sebut sebaliknya, maka itulah jadinya
  • Elakkan menerima sebarang bantuan dari orang yang anda tidak kenali..tiada apa yang ikhlas di sini,terutamanya jika di tawarkan "pertolongan" untuk kuncup Hajarul Aswad dan untuk bertahalul.


Sebelum Bertolak Balik

  • Beli tali palstik(banyak dijual di Mekah/Madinah, ikat dan lilit beg sekemas-kemasnya(maaf, beg anda tak akan dimanjakan di Airport, hanya dilambung dan dicampak.Ikat untuk elakkan beg terburai.
  • Isikan air zamzam dalam botol(seeloknya beli botol yang tebal sikit), lilit penutup botol dengan sellotape, bungkus dengan kain atau baju dan simpan dalam beg untuk di bawa pulang ke tanah air.(bersedia sendiri,jangan harapkan agensi bagi air zamzam, takut jadi macam kes aku..3 bulan balik baru dapat air zam-zam..tetamu datang, melopong je tak merasa!)
Itu sahaja yang dapat aku kongsikan dengan korang. Semoga tips ini sedikit sebanyak dapat membantu korang yang berhajat ke sana 1 hari nanti..

Isnin, 18 November 2013

UMRAH HAMBA ALLAH - PART 17 (AKHIR)

Assalamualaikum..


Day 10 - 28 Mei

Hari-hari terakhir di Madinah..aku habiskan sepanjang hari di Masjid Nabawi. Ingin aku kongsikan di sini, di Masjid Nabawi kawalan amat ketat.. terutama di bahagian jemaah wanita. Setiap beg diseluk dan diperiksa kerana mengalang jemaah membawa masuk kamera, sedangkan di bahagian lelaki memang tak ada masalah pun. Tidak seperti di Masjidil Haram yang kawalannya tidak terlalu ketat..dan aku masih tak faham kenapa rumah Allah di kawal sebegini..

Tiada salahnya berkongsi gambar keadaan dalam masjid, mungkin ada yang bukan muslim boleh terbuka hati menerima Islam hanya kerana melihat gambar masjid. Siapa tahu?Allah jua yang Maha Mengetahui.

So kepada sesiapa yang ingin membawa masuk kamera, atau handphone yang canggih tu, ada caranya. Aku tak boleh ceritakan di sini. Siapa yang nak tahu cara aku, boleh tinggalkan email..akan aku ceritakan nanti....heheeh..




waktu Asar..sempat aku ambil gambar ,itupun secara sorok-sorok sebab kalau ternampak dek pengawal, maka hilanglah kamera aku..dirampas!

payung masjid yang sudah tertutup..

Selepas solat Asar, aku , emak dan 2 orang rakan sebilik memilih untuk lepak-lepak dan bersolat maghrib di laur masjid.  Sempat aku saksikan bagaimana puluhan payung gergasi di Masjid Nabawi ditutup secara sistematik..

Usai solat maghrib, jemaah disaran terus solat jamak untuk Isyak. Dan sesegera mungkin kembali ke hotel dan bas telah pun menunggu. 

Sekitar jam 9malam, bas mula bergerak ke Lapangan Terbang Madinah 

Ratusan beg jemaah berbaris untuk di check-in

Menaiki pesawat yang sama ketika datang dan berlepas pulang ke tanah air kira-kira jam1pagi (waktu Arab) atau 8malam waktu Malaysia..

Selesailah sudah perjalanan aku mencari redha Allah..aku bermohon agar Umrah aku dan amal ibadat aku diterima dan pada korang yang belum sampai ke sini juga akan sampai 1 hari nanti. Pelbagai kenangan pahit dan manis aku lalui di sini..

Sesungguhnya aku amat bersyukur kerana Allah telah menjemputku bersama ibu bapa ku. Inilah kenangan terindah dalam hidup. Mungkin ini kali pertama dan terakhir..namun aku tetap  berdoa agar aku dapat kembali ke sini bersama suami yang aku cintai. Tapi mungkin tidak akan pergi lagi dengan Tiram Travel..(Tiram Trouble kata kawan aku). Banyak masalah dengan agensi ni dan secara totalnya aku amat tak berpuas hati dengan agensi ini.

Sudahlah pakej asal 12hari..di tukar jadi 10hari. Dan harga pakej yang aku bayar adalah untuk 12 hari. Selebihnya maaf  cakap, aku tak halal sebab memang tertipu bulat-bulat. Masing-masing lepas tangan dan tak mengaku salah hingga akhir sekali aku "mengaku" aku yang salah sebab pilih Tiram Travel. Aku dan bukan aku seorang jemaah yang tidak tahu jadual penerbangan yang asalnya ke Madinah telah bertukar ke Jeddah. Kembali dari Mekah aku ada hubungi HQ di Johor Bahru, cawangan pula yang disalahkan. Kisahnya aku kerugian tiket kapal terbang untuk balik dari KL ke Alor Setar sebab ambik tarikh 29 Mei (tarikh asal) sedangkan aku tiba di KL 28 Mei.

Tentatif atau aturcara perjalanan aku perolehi setengah jam sebelum berlepas itupun setelah 3-4 kali aku telefon cawangan di Sg.Petani dan kemudian HQ di JB. Mujurlah handphone canggih yang aku bawa, maka di emailkan kepada aku. 

Kisah air zamzam yang dijanjikan 10liter seorang hanya diterima 3 bulan lepas balik dari Mekah, itu pun hampir 10kali aku telefon. Akibat ketamakkan agensi yang sekali bawa 120 orang jemaah, kami di jamu makan menggunakan pinggan polisterin sedangkan jemaah dari negara jiran makan dalam pinggan kaca. Bukan aku nak berkira bab pinggan tu, tapi teruk sangat keadaan tu. Bersudu plastik dan bercawan kertas. Agensi nak untung tapi kebajikan jemaah terabai sama sekali!

Aku sedikit pun tak takut andai ada pihak Tiram Travel yang baca entri ini sebab bukan aku sorang yang terkena, tapi 120 orang jemaah lain. Dan bukti pembayaran serta tentatif asal masih ada di tangan aku. Pendek kata segala kerugian yang aku tanggung, tidak aku halalkan kerana kelalaian, kecuaian dan ketamakkan agensi. Maaf cakap..bukan aku sorang..tapi 120 orang yang lain. Kepada yang bertanggungjawab..jawablah di "sana" nanti.

Semoga catatan aku ini menjadi pengajaran kepada bakal jemaah yang lain. Jangan tertark pada pakej yang harga murah..kelak sakit hati kemudian hari. Sebaiknya carilah pakej lain..biarlah mahal sikit asalkan berbaloi dengan apa yang dibayar. Apa yang aku lalui aku anggap ujian Allah pada aku.

Esok aku akan kongsikan sedikit tips dan panduan kepada yang berhajat untuk menunaikan Umrah. Dan harapnya tips itu bermanafaat kepada korang dan aku dapat tumpang pahala juga..

Pesan aku..kepada yang belum menunaikan Umrah, jika berpeluang, pergilah. Kita boleh berbelanja beli barang ribu-ribu..boleh tukar handphone canggih yang mahal-mahal..boleh beli kereta...boleh pergi bercuti keluar negara..apa salahnya kalau pergi umrah. Banyak pakej yang harga lingkungan RM5-7 ribu.

Aku yakin dengan kata-kata ini " Jika kita ada niat dan berusaha, insya Allah , semuanya akan diperkenankan"..maka pasanglah niat, berdoa dan berusaha..semoga 1 hari nanti kita semua akan dijemput kesana..amin..

Sekian..catatan dari Tanah Haram...

Ahad, 17 November 2013

UMRAH HAMBA ALLAH - PART 16

Assalamualaikum...

Masih lagi diladang kurma. Disini ada tempat jualan kurma. Pada aku harga disini biasa-biasa saja. Kalau nak beli kurma nabi , bolehla beli di sini. Kalau tak beli sahaja di Pasar Kurma di Madinah.

suasana dalam kedai jualan yang sangat riuh rendah


Selesai membeli kurma (aku beli kurma Nabi je), perjalanan diteruskan ke kilang percetakkan Al-Quran.

Pintu hadapan kilang percetakkan Al-Quran

Bas berhenti di perkarangan kilang. Hanya jemaah lelaki sahaja yang dibenar masuk. Dan jemaah wanita menunggu dalam bas. Demi menjaga kesucian Al-Quran, bimbang ada jemaah wanita yang dalam haid, masuk ke dalam kilang. Setiap pengunjung lelaki akan di hadiahkan Al-Quran . Dan tiada hadiah untuk jemaah wanita.

Maka tiadalah gambar yang boleh aku kongsikan mengenai kilang ini..maka selesailah ziarah hari ini dan bas bergerak pulang ke hotel di Madinah.

Dalam perjalanan balik..masih ada beberapa gambar yang sempat aku ambil..


Al-Tayar..yang pastinya bukanlah kedai tayar..aku tak pasti kedai apa..heheh

dan bas melalui salah 1 masjid yang cukup bersejarah. Memandangkan jalan amat sesak ketika itu, bas tidak berhenti, tetapi melalui masjid ini supaya jemaah dapat melihat dengan lebih dekat..

perkarangan sebelah kanan masjid

menara masjid dan 2 buah kubah yang berlainan arah..


ya..inilah Masjid Qiblatain atau masjid 2 kiblat. 1 menghala Masjid Al-Aqsa atau Baitulmuqaddis(Jerusalem yakni kiblat pertama umat Islam) dan 1 lagi menghala Baitullah(Kaabah di Mekah)..

Menurut sejarah, ketika Rasullulah SAW sedang bersolat zohor,turunnya wahyu meminta Rasulullah mengalihkan kiblat ke Mekah, dan mulai saat itulah, kiblat kita adalah Baitullah(Kaabah). Untuk mudah memahaminya, aku pinjam gambar dari google untuk korang..

Bas hanya melalui dan tidak berhenti..agak kecewa disitu..dan meneruskan perjalanan balik ke Madinah..

Tiba di Madinah sudah hampir masuk waktu Zohor..aku dan emak terus ke masjid untuk bersolat dan membaca Al-Quran yang masih berbaki beberapa helai untuk khatam..


dan catatan terakhir akan bersambung esok...

Sabtu, 16 November 2013

UMRAH HAMBA ALLAH - PART 15

Assalamualaikum..

Masih lagi di Bukit Uhud.


Bukit kecil ini terletak di hadapan Bukit Uhud temapt dimana Rasulullah menempatkan pemanah-pemanah Islam



Amaran: dilarang berdoa menghadapkan muka ke arah perkuburan. Jika ingin berdoa, belakangkan perkuburan kerana Kiblat adalah dari arah bertentangan. Pun begitu masih ada yang berdoa menghadap perkuburan

Cermin penghadang ini memang kabur..maka kabur jugalah gambar yang aku ambil ni.


Selesai berdoa dipimpin mutawif, matahari sudah meninggi walaupun baru pukul 10 pagi. Suka aku kongsikan di sini, jika sesiapa yang ingin membeli buah zuriat yang sangat popular untuk tujuan perubatan, boleh beli di sini dan harganya sangat murah dan banyak di jual.

Banyak tempat aku dah pergi, tapi di sinilah paling banyak dijual . Disekitar kawasan Uhud ni memang ramai peniaga. Maka belilah di sini. Dan aku amat hairan kenapa ada pihak yang mengambil kesempatan dan sanggup menjual kembali buah zuriat itu dengan harga berpuluh kali ganda (pernah aku jumpa RM20 untuk 1 biji) sedangakan di sini, 1 bungkus (lebih kurnag 10 biji) harganya dalam 5-10Riyal (aku dah lupa, tapi sekitar itulah harganya)

Kepada sesiapa yang berhajat untuk mendapatkan buah zuriat itu, kirimlah pada sesiapa yang nak pergi umrah..dan pesanlah kepada mereka, beli di Bukit Uhud..ini pesan aku.


Perjalanan ziarah diteruskan lagi ke ladang kurma..

tiba-tiba nampak KFC..

Tiba di ladang kurma ketika jam menjengah 11pagi..panas membahang seperti pukul 1..

Ini bukan pokok kelapa sawit ye..inilah pokok kurma


Ketika tiba, pokok inisedang berbuah dan masih bukan musim menuai. Menurut maklumat yang aku dapat, pokok kurma hanya boleh dituai buahnya dimusim panas yakni bulan puasa. Dan bulan puasa adalah musim paling panas di Mekah dan Madinah. Sebab tu kurma banyak ketika bulan puasa.

Entri bersambung...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...