Selasa, 12 November 2013

UMRAH HAMBA ALLAH - PART 11

Assalamualaikum..

Day 7 - 23 Mei

Hari ni ..hari terakhir di Mekah. Hati sayu bercampur hiba. Selesai Solat Subuh..kembali ke hotel untuk siapkan beg. Bas akan mula bertolak jam 1.30 selepas Zohor.

Atas arahan Mutawif, selepas solat Zohor, maka aku memimpin tangan emak dan melakukan Tawaf Wida' atau Tawaf Selamat Tinggal sebanyak 7 kali keliling. Tawaf ini wajib dibuat jika ingin meninggalkan Mekah jika tidak jemaah akan dikenakan Dam atau denda dan tidak sempurna umrahnya.

Inilah tawaf yang paling menyentuh hati selepas tawaf kali pertama ketika aku tiba di Mekah ini. Sepanjang perjalanan mengelilingi Kaabah, airmata jatuh mencurah-curah mengenangkan kezaliman yang manusia telah lakukan pada aku sedangkan aku tidak pernah mengganggu kehidupan mereka, bertambah sayu lagi bila terngiang-ngiang umpat keji dan fitnah mereka terhadap aku..maka aku bermohon agar Allah kembalikan segala-galanya kepada mereka..dan bersyukur kehadrat Allah kerana telah memilih aku menjadi tetamu-Nya di usia 33 tahun... Doa tak putus dan tak lekang dibibir..memohon yang terbaik untukku dan ahli keluarga ku..

Sesungguhnya ini adalah sesuatu yang tak mampu diceritakan apalagi dilupakan. Hanya Dia yang mengerti.

Aku lihat Kaabah sepuas hati selepas selesai tawaf..dengan melambai-lambai ke arah Kaabah sambil mengucapkan selamat tinggal, aku palingkan muka ke belakang dan terus melangkah keluar dari masjid tanpa menoleh kembali. Itu adalah  syarat sah Tawaf Wida..tidak boleh melihat kembali apa yang ditinggalkan di belakang apalagi berlegar-legar dalam masjid.

Aku berjalan dengan emak di bawah bahang matahari sementara abah aku bersama rakan sebiliknya. Tiba di hotel terus naik bas dan menunggu jemaah lain tiba. Sekitar pukul 3 barulah bas bergerak kerana ada jemaah yang terpaksa tawaf wida sekali lagi kerana mereka berhenti membeli belah selepas tawaf wida. Ini adalah perkara yang dilarang sama sekali dan semua jemaah terpaksa menunggu mereka selesai..

Bas mula bergerak dan meninggalkan Mekah menuju Madinah denga jarak perjalanan lebih 400km..


antara hotel yang berbintang-bintang di Mekah..tapi jika ingin ke Masjidil Haram, aku tak yakin ada yang mampu berjalan kaki kerana jarak yang sangat jauh

Perjalanan ke Madinah dihidangkan dengan pemandangan bukit batu dan padang pasir..entah kenapa aku rasa seperti pastinya kaki akan terluka bila memijak bumi yang gersang ini..dan inilah yang dilalui oleh Rasullullah SAW dan pengikutnya ketika peristiwa Hijrah


kawanan unta berlegaran..entah bertuan..entah kan tidak..


tiba-tiba ada Check Point di tengah lebuhraya..

Perjalanan masih jauh..kira-kira 7-8jam..maka aku melayan perasaan dengan melihat kekuasaan Allah atas segala ciptaan-Nya...


Nantikan sambungan hari-hari terakhir aku di Madinah..

3 ulasan:

  1. assalam
    Ya Allah...sayunya rasa hati
    mudah mudahan cheqna juga berpeluang ke sana suatu hari nanti

    BalasPadam
  2. alhamdulillah...sempurna sudah ibadah umrah :)

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...