Selasa, 5 November 2013

UMRAH HAMBA ALLAH - PART 6

Assalamualaikum..

Sambungan cerita lalu..
Masih lagi dalam perjalanan pulang dari Miqat di Ja'aranah kembali ke Kota Mekah..



Menara jam di Mekah sudah kelihatan dari jauh...

Perkuburan Ma'ala..lihat dari jauh sahaja ..atas bas lebih jelas pemandangan kerana jemaah wanita tidak di benarkan masuk..disinilah  dikatakan isteri baginda Rasullullah SAW, Saidatina Siti Khadijah dimahkamkan

Ibu pejabat Tabung Haji di kota Mekah..bangunan yang besar, tinggi dan tersergam indah. Terasa bangga betapa kerajaan Arau Saudi amat mengiktiraf Malaysia


tiba-tiba aku ternampak ini..kesan kebakaran ada bangunan hotel (Menara Jam) dekat dengan Masjidil Haram

Tiba di Masjidil Haram ketika azan Zohor sekitar jam 12.30tengahari..jutaan manusia berpusu-pusu ditengah panas bahang matahari untuk ke masjid dan menunaikan solat.


Selesai solat Zohor, aku balik ke hotel dulu. Tangguhkan dulu untuk melakukan Umrah memandangkan cuaca panas dan aku risaukan emak dan abah aku..lebih baik rehat dahulu..dan kemudian barulah menunaikan ibadah Umrah kali ke-2.

berjalan balik ke Hotel selepas solat Zohor..inilah yang dikatakan matahari atas kepala..cuba korang tengok bayang-bayang jemaah..berada betul-betul dibawah..ini baru di dunia..di sana nanti..lebih lagi!

Aku kembali ke Masjidil Haram untuk Umrah kali ke-2 sebelum azan Asar..

pintu masuk ke Masjidil Haram..cuaca agak redup..Alhamdulillah..



Selesai tawaf 7 keliling..aku masuk dalam masjid untuk solat sunat tawaf..agak tidak ramai jemaah waktu ini..

ini yang mata aku lihat..siling masjid yang sungguh cantik..entah bila lagi dapat aku lihat semua ini..

Selesai solat sunat dan minum air zamzam sepuasnya..aku dan emak berjalan ke tempat Saie..bermula dari Bukit Safwa..berakhir di Bukit Marwah..  

Sebelum aku tiba di sini, serius cakap, aku tak pernah google (seperti aku nak pergi melancong keluar negara sebelum-sebelum ini) sebagai persediaan. Biasanya jika aku ingin melancong keluar negara aku akan gogle untuk tengok gamabr dan baca pengalaman orang. Tapi untuk menunaikan Umrah ni, memang aku tak google..aku haya dengar cerita orang. Dan aku tidak terbayang bahawa Bukit Safwa dan Bukit Marwah seperti gambar dibawah..

Di laluan lampu hijau yang tergantung di atas ni,jemaah lelaki perlu berlari-lari anak..dan jemaah wanita perlu melajukan langkah..sedaya mungkin..jika tidak cukuplah dengan berjalan laju sahaja

Sentuhan Marwah..puncak bukit yang hanya beberapa kaki sahaja tinggal..untuk dipegang

Bukit Safwa telah ditutup dengan dinding kaca..jemaah hanya boleh tengokdari luar. Tapi untuk Bukit Marwah, jemaah masih boleh pegang..duduk..sentuh dan ada yang bersolat di atasnya..batu bukit ini sejuk dan licin serta berkilat-kilat.

pemandangan membelakangkan Bukit Marwah.

Sebelum aku tiba di sini,aku bayangkan jauhnya untuk berSaie..mesti panas dan teruk mendaki..rupanya tidak sama sekali. Sepanjang perjalanan semua tempat berhawa dingin dan tong air zam-zam di merata tempat. Ada baiknya aku tidak google dulu sebelum datang..sekurang-kurangnya aku cuba bersedia untuk tempuh apa yang aku tidak tahu.. Itulah cabaran yang sebenarnya!

Selesai Saie dan solat sunat, terus bertahalul (seperti biasa aku guntingkan dulu rambut aku, kemudian aku guntingkan rambut emak)..maka selesailah sudah Umrah ke-2.


Nantikan sambungan kisah perjalanan aku mencari redha Allah...insya Allah dalam masa terdekat. Perkongsian ini bukan untuk menunjuk-nunjuk..tapi untuk "membakar" semangat korang yang belum pernah sampai..moga-moga "semangat yang terbakar" itu akan membawa korang semua ke sini 1 hari nanti..Insya Allah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...