Ahad, 10 November 2013

UMRAH HAMBA ALLAH - PART 9

Assalamualaikum..

Lagi perkongsian pengalaman untuk korang semua. Aku cuba ringkaskan sehabis ringkas catatan perjalanan aku ini. Semoga ianya bermanafaat kepada korang semua.

Berbalik pada cerita di Masjid Hudaibiyah..

Hati aku amat tersentuh melihat masjid yang cukup bersejarah ini. Entah kenapa pihak Arab Saudi tidak memulihara dan memperbesarkan masjis ini. Keadaan cukup padat dengan jemaah dari pelbagai negara. Hinggakan aku dan emak langsung tidak berpeluang untuk masuk dan bersolat sunat di dalamnya. Dan aku terpaksa berwuduk dalam bas menggunakan air dari botol spray memandangkan tandasnya terlalu kecil dan kurang bersih..sedih ..amat sedih.

Inilah binaan asal Masjid Hudaibiyah ..hanya tinggal runtuhan tak terpelihara..


Bahagian belakang masjid (yang baru)

Sekiranya korang ke tanah arab ini, janganlah korang harapkan keadaan tempat awam sebersih dan se selesa di negara kita. Bagai langit dan bumi dan kita hanya perlu redha dengan apa yang seadanya.

Bagi peminat Fridge Magnet, aku sarankan korang beli sahaja di sini. Mujurlah aku beli banyak kat sini sebab, selepas dari ini, hingga ke Madinah, aku tak nampak langsung ada yang jual FM ni. Inilah yang aku jadikan ole-ole untuk kawan-kawan aku memandangkan ia mudah di bawa dan lain dari yang lain. Tak seperti jemaah lain yang pulang bawa minyak wangi, tasbih hinggakan ke celak mata sebagai ole-ole..

Disebabkan aku tak berjaya masuk ke dalam masjid , aku hanya berlegar-legar di sekitar luar masjid dan membeli FM untuk dibawa pulang. Kena pandai tawar menawar hingga dapat harga yang memuaskan hati.

Selesai berniat ihram, bas kembali semula ke Mekah..

Antara yang terlihat oleh mata aku...

sempadan Miqat

bekalan air bersih..tak pasti percuma atau berbayar

Balai Polis..kelihatan seperti bangunan kosong

kembali melihat ladang unta


lambakkan kenderaan lama yang hendak dilupuskan..penuh 1 padang!

Inilah stesen minyak..

restoren makanan segera..jual ayam goreng gamaknya..

Baskin N Robbins pun ada kat sini

sudah kelihatan Menara Jam Masjidil Haram walaupun perjalanan masih jauh...


Tiba di Masjidil Haram dengan niat Ihram untuk Umrah terakhir..nantikan sambungannya..

2 ulasan:

  1. Salam.. Sebak & sebal bila terkenang keadaan tandas & ruang solat di Masjid Hudaibiyah. Redha, sabar & doalah spya berubah satu hari nanti. Insya'Allah....

    BalasPadam
  2. kami x pegi pun ladang unta ni sbb musim virus masa tu.

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...