Selasa, 31 Disember 2013

2013 MOHON PERMISI

Assalamualaikum..

Catatan hari terakhir untuk tahun ini..

2013..umur aku 33 tahun..sungguh banyak kenangan tahun ni..yang sudah diduga dan tak terduga.

Syukur azam aku awal tahun lalu sudah dimakbulkan Allah..walaupun hanya 1..itu sudah memadai kerana yang 1 itu lebih bererti dari segala-galanya..iaitu, aku telah dijemput Allah mengunjungi Baitullah pada Mei lalu..

Bab azam ke-2 tu aku terpaksa tangguhkan seketika kerana ada komitmen lain yang lebih penting..semua azam itu aku pernah catatkan DISINI

Syukur juga Allah telah kabulkan doa aku..kerana mengizinkan aku hidup bersama suami tersayang yang membahagiakan aku. Itulah imbuhan yang aku terima setelah bersusah-payah selama bertahun-tahun menempuh kehidupan dalam ujian.


Ada juga cerita percutian yang tertangguh..insya Allah akan aku kongsikan tahun depan..(bunyi macam lambat lagi..rupanya esok lah tahun depan tu)

Tahun depan tak ada azam. Bukanlah bermakna aku tak ada cita-cita. Tapi aku nak hidup dengan mengikut arus..mengharung apa jua yang menghalang di depan..moga-moga tak tersungkur!

Esok sudah masuk tahun 2014. Dugaan apa lagi yang akan datang, itu Allah punya kuasa. Apa yang kita semua tinggalkan di tahun 2013 ini, biarlah ia berlalu..Doakan yang terbaik untuk kita semua.jumpa lagi tahun depan..

Adeus!!!

Isnin, 30 Disember 2013

SUAMI MALU ISTERI GEMUK

Assalamualaikum..

Maaflah kalau ada yang terasa dengan entri hari ni. Dan maaf juga pada orang didalam keratan akhbar ini. Aku tak "blur" kan muka dia sebab dia pun sudi kongsi muka dia dalam surat khabar, maka apalah sangat kalau aku kongsi dalam blog tak terkenal ni.




Cuba korang tengok gambar "sebelum" dan "selepas". Ini bukanlah gambar pertama kes macam ni. Tapi korang boleh nilai sendiri. Masa gemuk, tudung masih lagi atas kepala. Bila dah kurus, kain tinggal sekerat.

Sebenarnya kejadian Allah itu sebaik-baiknya untuk kita. Allah jadikan dia gemuk sebab Allah tahu kalau dia kurus, maka jadilah seperti gambar "selepas".

Dan si suami pulak lebih malu isteri gemuk dari isteri telanjang depan orang. Suami lebih malu dengan orang berbanding malu dengan Allah.Nauzubillah..

Suami yang baik adalah yang boleh menerima kekurangan isteri. Jika tidak...jadilah keadaan seperti tajuk entri aku ni. Aku bukan nak aibkan sesiapa..tapi ini peringatan untuk korang dan aku sendiri sebab aku pun kategori montel juga.

Tak salah nak kurus, tapi tak perlu sampai "kurus" pahala. Ok kawan-kawan..jangan jadi macam ni kalau sayang suami..

Adeus!!!

Khamis, 26 Disember 2013

PERLUKAH?!

Assalamualaikum,..

Aku nak tampar muka korang..bukan dengan tangan tapi dengan gambar di bawah ni. ..Bukan juga tampar untuk pedih dan sakitkan muka korang, tapi untuk pedih dan sakitkan hati korang dengan situasi yang berlaku sekarang.

Bahasa Melayu semakin dan hampir terpinggir. Ini bahasa tok nenek kita. Kenapa perlu iklan seperti ini dicampur adukkan dengan terjemahan bahasa cina. Sepatutnya tak perlu. Kalau dah jadi rakyat Malaysia, sepatutnya dan sewajibnya semua orang berstatus warganegara mesti boleh menulis , membaca dan bertutur dalam Bahasa Melayu..ini BAHASA KEBANGSAAN!.


Cuba korang luangkan masa tengok berita TV. Tak kiralah tv apa asalkan tv Malaysia. Bila ada temubual dengan orang ramai yang berbangsa selain dari Melayu, kebanyakkan lebih  memilih untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris. Kadang-kadang yang dalam darah daging ada campuran budu, tempoyak, belacan dan cencaluk pun sibuk bertutur dalam Bahasa Inggeris walaupun di tanya dalam Bahasa Melayu.

Aku bukan menolak pembangunan dan kemajuan, tapi ambillah contoh Jepun dan Korea Selatan. Walaupun mereka maju dan terlebih maju dari kita, hinggakan handphone tercanggih di negara kita dah jadi handphone antik di negara mereka, pun mereka masih bertutur dalam bahasa ibunda mereka. Sehinggakan kita yang melancong kesana mesti bertutur bahasa mereka kalau nak tanya apa-apa. 

Aku sedih..melayu dah hilang kemelayuan..bangsa pendatang pula dah tak hormat bangsa asal ketuanan. Fikir dan fikir..

Sekian!

Isnin, 23 Disember 2013

SEGMEN : JOM TERJAH BLOG ERAZFADLI.COM


Assalamualaikum..

Aku dah lama tak bersegmen. Nak buat entri pun malas. Saja nak meriahkan segmen kawan kita ni..  Kali pertama aku follow blog ni sebab aku terkejut tengok gambar tuanpunya..di tenung dan direnung..eh-eh macam pelakon Beto Kushairi yang amat aku minat tu..(Erazfadli tolong perasan ye heheh)..

Sebelum tu aku nak ucaplah Happy Belated Birthday kat dia. Katanya dah masuk 3series...ala muda lagi tu dik..ahkak ni dh 33 dah pun..tapi berjiwa muda remaja..kuikuikui..


So kepada yang belum follow Erazfadli bolehla follow. Blog dia simple. Cerita dia pun simple jugak. Aku memang suka yang simple-simple ni. Apapun selamat berjaya dunia dan akhirat kepada beliau.

Itu je entri hari ni..Adeus!!!


Ahad, 22 Disember 2013

ADMIN BODOH SENDIRI

Assalamualaikum

Aku ingin berkongsi dengan korang semua. Kisahnya ada 1 page baru di FB yang dinamakan sebagai BANTAH ASTRO. Tujuan page itu adalah mengumpul seramai mungkin pelanggan Astro yang marah dengan kenaikan bil bulanan yang mana pancaran Astro itu sendiri tiada kena mengena dengan harga minyak apatah lagi gula.


Objektif asal page ini.

Aku pun ingin memberi sokongan lalu LIKE page tu. Bayangkan dalam masa 3 hari, jumlah LIKERS di page tu meningkat hingga 80,000 orang.


Setiap hari postnya adalah berkaitan perasaan marah pada Astro. Nak di jadikan cerita , pagi ini Admin page tu dah postkan sesuatu yang buat aku meluat..bukan aku sorang..tapi berpuluh ribu orang lain..


Tiba-tiba ajak orang berhimpun di malam tahun baru!

Maaf cakap..bahasa aku nak guna ni memang agak kasar sesuai dengan perbuatan admin page bodoh ni. APAKEJADAHNYA ajak orang berkumpul nak gulingkan kerajaan. Likers yang like page tu adalah kerana nak sokong  bantah Astro naikkan bil, tapi kenapa di campur adukkan dengan POLITIK??? Diajaknya orang ramai menyertai Protes Aman..katanya....tapi dalam waktu yang sama di tempat yang sama pada malam itu juga akan berlangsung bantahan yang mungkin bertukar rusuhan dari pihak parti pembangkang yang tak habis-habis menyalak. Kesian aku tengok.

Aku rakyat marhein yang bencikan rusuhan hatta berkumpul ramai-ramai macam anjing menyalak bukit. Bukit tak runtuh, suara yang habis, tekak pun sakit. Apa yang kita dapat dengan ikut perhimpunan merosakkan negara tu?


dan ini adalah komen-komen dari likers lain yang sependapat dengan aku..

Lalu, kerana keBODOHan Admin page tu yang menggunakan  page atas tajuk lain tapi untuk tujuan lain, ada hidden agenda atau lebih mudah  ada udang disebalik batu, maka likers page tu dari 80,000 lebih dah turun ke 17,000. Tahniah dan padan muka aku ucapkan.

Kepada korang (maaf cakap yang bukan sealiran fahaman politik dengan aku), aku minta maaf lah. Tak salah nak sokong sape pun, nak pilih parti bulan ke roket, asalkan jangan berkumpul dengan sia-sia , buang masa, buang tenaga, buang duit sendiri sedangkan yang "kepala" tersenyum tersengih hidup  mewah dan senang lenang. Aku tak nak bercakap soal politik. Itu pilhan masing-masing.

Berbalik pada tajuk asal entri hari ni, kesimpulannya disini, aku katakan , memang Admin page ni dah silap langkah..bodoh sendiri namanya.

Sekian. Adeus!!!


Jumaat, 20 Disember 2013

BLOGGER BULAN INI

Assalamualikum..

Pernah dengar Nuffnang Featured Blogger for the Month ?  Bagi yang ada akaun Nuffnang, mesti korang tau. Dan dengan ini aku ingin mengumumkan bahawa aku adalah Nuffnang Featured Blogger for the Month of Disember 2013.. atau dalam kata lain "BLOGGER BULAN INI"..tepuk..tepuk..tepuk!!!!


heheheh..jangan marah haaaa..aku bukanlah blogger yang pilihan Nuffnang tu..aku memang "Blogger Bulan Ini"..tapi kategori malas update blog sampai bersawang-sawang dah blog ni. entri pun macam pemalas je. Ada cerita, tapi takde mood untuk menulis. Ditambah lagi kabel dan charger laptop aku yang meletup tiba-tiba..maka tiada kesempatan untuk menulis entri di rumah..nak harap ofis, minta maafla..waktu rehat (seperti hari ini) je yang mampu..itupun dengan entri kontot!

Saja je nak buat kepoh..jangan perasanlah nak jagi Blogger pilihan tu..BW pun malas..nak update pun malas..pirrahhh kepada diri sendiri.

Aku dah lama tak login akaun Nuffnang tu..rasanya dah 7-8bulan lah..sibuk manjang..Tetiba rasa nak login..sekali tengok..aiseymen..boleh tahanla aku punya collection..


Maka aku pun biarkan ia terus beranak dan beranak dan beranak lagi untuk setahun 2 lagi.. lepas la untuk bayar domain dotcom aku  tuh..

Apapun..terima kasih kepada para pengiklan yang pilih blog hidup segan , nak mati pun memang dah bukan benda hidup nih..

Itu aje..rajin-rajin nanti aku tulisla lagi..terima kasih pada Nurzakiah Hanum..rajin ye awak singgah sini..

Adeus!!!

Khamis, 19 Disember 2013

KISAH AKU YANG LALU

Assalamualaikum..

Entri kontot..


Hari ni result PMR keluar..teringat di zaman dulu..aku adik beradik, walaupun dapat keputusan yang elok (padanlah dengan kehidupan kampung yang tak tau apa itu tuisyen), tidak pernah dijanjikan apa-apa hadiah atau imbuhan..apa lagi dengan sendiri hendak meminta itu dan ini..dengan keputusan UPSR 2A2B, PMR 4A4B dan SPM Pangkat 1, begitu jugak dangan adik aku UPSR 4A, PMR 8A, SPM Pangkat 1,..dan dihari konvo tiada sekuntum bunga hatta bunga taik ayam pun untuk di hadiahkan dan dijinjing rata kesana-sini diluar dewan..


...dan keadaan ini berterusan hingga ke anak2 



sikit pun aku tak sedih sbb aku dan adik beradik aku dah berjaya buat mak abah aku senyum..itu sudah cukup bagi kami..sebab kami sedar kami anak org susah..



Kepada yang berjaya ..tahniah aku ucapkan...


sekian..Adeuss!!!

Selasa, 17 Disember 2013

KESIAN PENBIRU

Assalamualaikum..

Aku memohon ampun dan maaf pada korang AMT semua yang masih sudi singgah dan tergur-sapa dengan aku di sini. Sekarang ni menjengah hujung tahun..memang kebiasaan sibuk...dan blog muyuk ni terbiar bersawang tanpa entri.

Kepada AMT terajin..terima kasih ye sudi singgah. Aku rindu nak berblog macam dulu. Sana-sini aku BW. Jengah korang semua, sahabat alam maya. Cerita itu ini, tapi sekarang tidak lagi. Rating Alexa aku jatuh merudum dari ribu-ribu ke 2-3 juta..dahsyat gile..kalau jatuh bangunan tu kira hancur bersepai la jawabnya..

AMT lama aku pun ramai yang dah senyap dari berblog..mungkin momentum tu dah menurun. Insya Allah, bila semuanya sudah selesai nanti, aku akan kembali berblog. Banyak lagi kisah hidup dan hasil jahitan yang belum aku publishkan di sini.

Terima kasih korang semua, 

Akan ada entri lain lagi selepas ni..insya Allah selewat-lewatnya tahun depan.. 

erkkkk???? tahun depan..???..


ye lah..tahun depan..sekian Adeus!!!

Khamis, 5 Disember 2013

AKU DAN OREN

Assalamualaikum..

Entri ini khas  untuk kucing aku(walaupun dia tak reti baca).  Ini kisah aku dan kucing aku, Oren.

5 Disember 2012..
Aku ada di parkir basement..ketika aku sedang tutup pintu kereta,aku rasa seperti ternampak 1 kelibat benda jatuh dari kolong pendingin hawa yang tinggi lebih 3meter..benda tu jatuh tepi kereta aku(hadapan  sebelah penumpang).

Aku ingatkn tikus..aku beranikan diri pergi dekat nak tengok..rupa-rupanya anak kucing yang baru terbuka sebelah mata. Aku angkat anak kucing tu letak tepi dinding..lepastu aku pun pergi..tapi 2-3tapak..langkah aku terhenti..

Aku terfikir..tepi dinding ada longkang..tak jauh dari longkang ada lubang air longkang..kalaulah anak kucing berjalan dengan mata sebelah tu..mungkin dia ada jatuh..dan mati..jika tidak jatuh..kemungkinan  akan jadi makanan tayar-tayar kereta yang ada di parkir tu..

Aku jadi tak sampai hati. Aku patah balik..ambil anak kucing tu dan bawa naik ke ofis. Sampai di meja aku..aku masukkan dalam kotak ..dan selimutkan dia dengan stokin yang aku simpan dalam laci.. Hari tu kebetulan aku pakai baju warna oren..dan bulu anak kucing tu pun warna Oren..lalu aku namakan dia Oren.

Dan kisahnya aku nukilkan   DISINI



Maka..bermulalah episod kehidupan Oren dengan aku...
Aku belikan susu dan botol susu untuk Oren. Selama 3 bulan aku bawa Oren ke ofis..aku tinggalkan dia dalam raga didalam kereta. Mujur parkir aku tu di basement. Maka Oren selamat dari kepanasan. 2jam sekali aku turun ke parkir untuk susukan Oren. Puas juga nak ajar Oren hisap puting tiruan tu..mujurlah perut Oren dapat terima susu yang aku bagi.


Masuk bulan ke 4 aku tak lagi bawa Oren ke ofis. Kesian dia hidup dalam kereta dan bimbang dia kelaparan. Kali ni aku tinggalkan dia bersama semangkuk susu dan sebekas pasir wangi untuk dia berak. Oren tak pandai jilat susu..maka balik saja kerja aku terus susukan dia..lama kelamaan dia berhenti menyusu..puting pun dia dah tak nak.

Kemana saja aku pergi Oren pasti bersama aku..bila aku memandu, dia akan tidur atas riba aku..atau atas bahu aku..


Dan hari ini..genablah setahun Oren bersama aku..terlalu banyak kenangan..dialah tukang cakar sofa aku..gigit tangan aku..dialah aku cium..peluk..gomol..kadang-kadang kena jentik telinga sebab nakal..

Selama 1 tahun ini...hidupnya tiada sesiapa melainkan aku..akulah ibunya..akulah kawannya..akulah tuannya..dan begitu juga aku..dialah peneman setia seharian dari celik mata dipagi hari hinggalah ke teman tidur..dia setia disisi aku..dan aku sangat sayangkan dia..

Kisah hidup aku dengan dia semuanya ada DISINI

dan entri hari ini adalah kisah aku dan Oren...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...