Kisah penutup tirai 2014 .
Berlaku 2hari lepas. Bermula punca apabila BSN (Bank Simpanan Nasional) Gurun, bank di mana mak aku buka buku akaun simpanan untuk terima BR1M. Memang sah..pekerja bank di Malaysia ni..sebahagian besarnya tak boleh dipercayai sebab dengan sewenang-wenang mendedahkan data pelanggan kepada pihak ke-3 iaitu syarikat telemarketing.
Korang boleh google nombor ni 03-2788340.. yang call tu nama Zulkarnain.. memang sumpah hidup tak senang!
Korang boleh google nombor ni 03-2788340.. yang call tu nama Zulkarnain.. memang sumpah hidup tak senang!
Mak aku..orang tua..orang kampung.. manalah tahu semua tu. Konon dengan bismillah..ucap tahniah..terpilih nak terima bantuan kerajaan . Siap boleh sebut satu persatu yang mak aku baru buka akaun dengan BSN tu... Cuma bayar RM46 setiap bulan nanti masuk hospital dapat RM200. Mak aku kata..nanti dulu nak tanya anak-anak..boleh dia jawab..tak payah tanya lah..kalau tanya pun anak mesti setuju.. Mak aku ni percaya.. dah dia mengaku barulah dia call aku dan cerita.. apalagi..membebel panjanglah aku. Geram tak tau nak cakap. Aku kata kat mak aku..Kerajaan kalau nak bagi bantuan..dah lama dia canang kt TV..tahun depan nak bagi. tahun ni dah heboh dah..adoila...mak oo mak .
Mujur duit dalam tu hanya ada RM50 . Dan amaun tu tak boleh diambil atau auto debit oleh sesiapun jika amaun lebih RM40 sebab minima duit buku adalah arM10..so aku biarkan aje duit tu beku disitu. Dan disebabkan tarikh akhir kemaskini data BR1M adalah 31hb Disember.. aku suruh mak aku ke CIMB Bank Guar Chempedak bersama anak saudara aku (kebetulan waktu tu kakak aku kerja di Tambun..adik aku dah balik KL dan aku bertugas di Langkawi) untuk buka akaun simpanan dan disitu..
Bukanlah hadap sangat dengan CIMB Bank ni..cuma ini saja bank yang terdekat dengan rumah mak aku. Dan aku ingat mudah mak aku nak pergi ambil duit BR1M nanti.
Semalam..dalam pukul 11pagi, mak aku call mengadu, pihak CIMB Guar Chempedak tolak permohonan mak aku untuk buka akaun sebab cap ibu jari mak aku tak ada.. Mak aku zaman mudanya kerja teruk..jari jemari dah menggelupas hinggakan cap jari memang hilang terus..HAUS! Tapi jika itu yang dijadikan alasan CIMB Guar Chempedak tu..aku memang tak boleh terima. Tak adakah alternatif lain? Bukan nak pergi merompak..mintak hutang..tapi nak simpan duit!
Aku suruh mak aku balik dulu..menggigil tangan aku punya geram. Aku call CIMB tu dalam pukul 12.30 dan staf perempuan yang jawab..nama aku tak berapa dengar.
Aku tanya dia.. perbualan lebih kurang macamni..
Aku " i nak tanya u..kalau nak buka buku saving , minima berapa ratus?"
Cimb " RM500"
Aku " ok..my mum bawa RM500 nak buka buku dengan Cimb.. tapi kenapa tolak..alasan cap ibu jari tak ada"
Cimb " memang kena cap ibu jari sebab sistem kami kena cap jari sama macam dalam ic"
Aku " masalahnya sekarang..cap jari dia haus. Dia orang tua..kerja teruk sampai cap jari hilang..dah tu nak buat macam mana? bukan saja-saja nak bagi hilang"
Cimb " memang tak bolehla ..nak buat macam mana"
Aku " abih tu..kalau orang kudung..macam mana? tak boleh jugak ka?"
Cimb "...aa...kalau kudung tu cerita lain la"
Aku " cerita lain yang macam mana? u all ni, Cimb Guar ni memang sombong! u all sombong. tak ada budibicara langsung! sombong!".. aku geram..terus aku letak telefon..
Aku dah menggigil 1 badan. Tiba-tiba aku teringat kawan aku kerja Public Bank..aku tanya dia dan petang tu mak aku ke Public Bank Gurun..dan segalanya selesai dalam 20minit!
Cerita tak habis disitu..aku bambu CIMB dalam fb rasmi diorang.
Kalau korang ditempat aku..apa korang akan buat. Mak aku dah 60 tahun. warga emas.. tapi ini layanan yang diterima dari CIMB Guar Chempedak. Langsung tak ada budibicara..tak ada tolak ansur..dan yang penting tak ada otak. Sombong nak mampus!
Kalau aku ada bersama mak aku pada waktu tu .. nak saja aku tanya..kalau cap jari tangan tak ada.. cap jari kaki ada..boleh ka tak?
Kesimpulannya.. CIMB BANK GUAR CHEMPEDAK memang sombong..mentang-mentang mak aku orang kampung..boleh dibuat sesuka hati. Nama saja bank besar tapi tak ada alternatif untuk orang yang kes seperti mak aku.. memang aku tak boleh nak maafkan staf cap mangkuk hayun yang kerja disitu.
Lebih baik Public Bank..aku puji.. 10 bintang pun boleh bagi..so jangan salahkan melayu islam kalau pergi bank cina.! dan duit BR1M mak aku..masuklah nanti ke akaun Public Bank.
Aku tak kisah pun kalau entri aku jadi viral..sebab aku di pihak yang betul . Sikit pun aku tak takut. CIMB Guar Chempedak yang patut minta maaf dengan mak aku dan tak payah la nak sombong!
T.A.M.A.T