Ahad, 12 Januari 2014

STREAMYX RM60 SEBULAN

Assalamualaikum..

Dulu aku gunakan Celcom Broadband dengan bil bulanan RM98 . Nak wifikan 1 rumah kena pulak beli TP-Link..melayang RM100 beli benda alah tu..Punya teruk nak cari line, last-last letak atas lantai ko...baru ada lampu biru..kalau tak..hijauuuuuu


Lepas boring dengan line yang macam siput sedut (puas menyedut tapi isi tak mau keluar), aku tukar ke Maxis Broadband. Kali ni bilnya RM68 sebulan dengan kuota 8gb (4gb siang dan 4gb malam). Yang ni pun 1 hal..makin lama makin teruk hinggakan rumah aku di kawasan pekan pun 2g aje coveragenya. Baru-baru ni aku balik kampung..pun 2g jugak. Lagi pelik jugak, kuota malam bermula pukul 2 pagi hingga 8 pagi..apakehey nak bertenet-tenet tengah-tengah malam bersubuh sepiee' .

Ni line kat umah aku di Kepala Batas, Jitra..

Line kat kampung mak aku..

Akhirnya, aku memilih juga untuk gunakan Streamyx. Walaupun tak boleh di bawak ke sana sini, tak apalah asalkan kat rumah aku boleh berintenet 24jam tanpa kuota dan limit..Aku memilih pakej yang paling murah dan mampu bayar. RM60 sebulan ko..takkan tak mampu lagi.

Nak murah, kawin aje dengan orang kerje Telekom.!

Pakej RM60 ni, dibekalkan modem wifi dan telefon rumah, dan juga diberi 1 email Streamyx  Untuk penggunaan telefon akan di caj 10sen ke semua nombor telefon Telekom (ke seluruh negara) dan kalau nak call nombor handphone, maka kena caj 30sen seminit.

Modem Streamyx..

Untuk permulaan , bayaran RM50 di bayar kepada kontraktor yang datang ke rumah untuk pemasangan modem tu..lain-lain yakni bil bulanan akan di masukkan dalam bil akan datang. Itu aje. Aku daftar kt TM Point Jitra 30 Disember 2013, dia datang pasang 1Januari 2014..cepat jugakkan?

Bolehla tu..dari siang malam asyik menyumpah-nyumpah line intenet 2g je. Yang jadi mangsa adalah modem tu sebab bila dah geram sangat aku campak je modem tu keluar rumah..pastu aku kutip balik..geram tak tau nak lepas kat sape, komplain kat Maxis pun..boleh komplain aje la..APTB.

Dan sekarang aku boleh berblog 24jam..ekkk!! ye ker? cam tipu je..ehehe..tak sempat juga nak tulis entri dan BW..sibuk manjang macam orang anak 10.

Apepun, aku bahagia dengan Streamyx tu..walaupun kelajuan hanya 384kps sahaja..kalau nak laju, bayaran pun "laju" la jugak..jadilah dari hari-hari darah naik sebab internet. Sekian cerita aku. Adeus!!



9 ulasan:

  1. assalamualaikum pen biru...baru senang sikit nak berblog sbb dah ada stremyx yg baru kan...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. senang memang senang mama..tapi malas la pulak..hahah

      Padam
    2. assalamualaikum pen biru...nape pula malas..dah ada stremyx tu boleh la singgah ke blog mama nanti...:)

      Padam
  2. yes, saya pun pakai stremyx jugak :)

    BalasPadam
  3. Munna hari tu pun pakai streamyx yg tu..... Baru2 ni jterpengaruh dgn salesman telekom upgrade ke pakej rm110....

    BalasPadam
  4. wah..nak pakai gak r...yang kat umah cheqna pakai streamyx rm110 sebulan 1 mbs..yg ni brapa??

    BalasPadam
  5. Tadi baru lepas p Pejabat TM..tapi dia kata pakej RM60 dh xde dh...terpaksa jugak lah amik pakej RM110 sebulan...hmmmm..hampaaaaaa

    BalasPadam
  6. Br berkira nk nk amik yg rm60..dah takda pakejnya :

    BalasPadam
  7. ser ser saya gune pakej 110 tp mcm hampes
    jom singah kt sini www.kakiberita.com

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...