Rabu, 19 Februari 2014

ERRA FAZIRA BERCERAI

Assalamualaikum..

Semua orang sudah maklum..primadona fiem Melayu Moden..Erra Fazira telah bercerai untuk kali ke-2. Dan aku telah membaca pelbagai komen dari setiap post di fb yang memaparkan tajuk ini sebagai status post mereka.

Aku amat hairan, kenapa mentaliti  sebilangan besar masyarakat Malaysia serendah tapak kasut! Bila bercerai aje dipandang hina. Tak kira yang bercerai tu artis mahupun orang biasa. Yang dikutuk dicaci adalah pihak perempuan..yang kuat mengutuk dan mencaci tu pun orang perempuan..Hello!!! Hello!!!

Ini pesanan untuk kaki mengumpat dan mengutuk tu

  • Daripada kau menghina orang, lebih baik kau jaga rumahtanggaa kau elok-elok
  • Kalau kau belum kawin, jangan pandai-pandai nak nasihat orang sebab kau belum tentu berlaki
  • Kalau kau dah kawin jaga anak bini kau bagi cukup makan pakai, bagi tutup aurat
  • Kalau kau dah jadi bini orang, lebih baik kau jaga nama baik laki kau..jaga laki kau baik-baik kot-kot nanti kau pulak kena cerai!
  • Kau sapa nak hukum orang tu salah, orang ni tak betul? 
  • Kau tak duduk di tempat dia, apa kau tahu apa yang diorang alami?
  • Kalau kau rasa kau bagus sangat, aurat dah tutup, tolong jaga mulut tu biar setaraf dengan aurat yang ditutup

Siapa kita nak pertikai masalah rumahtangga orang. Kita yang bahagia sangat ni , yang loving couple sangatlah kan tu..pastike jodoh kita tu akan kekal sampai akhir hayat?? Siapa yang boleh angkat tangan mengaku.."Aku kompom aku takkan bercerai"..jangan takbur..Allah nak uji senang aje..Dia uji sikit baru kau tau.

Semua orang yang dah berkahwin nakkan kekal sampai kemati..tapi ini kerja Allah..Dia yang mengaturkan semuanya. Siapa kita nak lawan??

Antara komen orang yang tak ada otak..mudah-mudahan terkena balik kat diorang!



\

Dan ini komen aku!

Sudah-sudahlah ..dari kita mencanang buruk orang, lebih baik kita selak kain kita sendiri dan tengok apa yang kurang.
Itu keputusan mereka. Diorang ok je..orang pulak yang lebih-lebih. Apahal??
Aku tertarik dengan video insta dari Erma Fatima..dia dan Ummi Aida memang kawan rapat dengan Erra..
Katanya 
"Kalau ditakdirkan kita yang bercerai, apa yang kita rasa? so jangan ambil kerja Tuhan"
bila artis bercerai, kecoh 1 malaya.tapi kalau mak kita kena cerai dengan bapak kita, tergamakkah kita nak kutuk mak bapak kita?"
::MOHON TERASA::



6 ulasan:

  1. minta dijauhkan diri utk msk golongan yg berckp ikut sedap mulut.. perit buat org yg membaca.. insaf la.. ingat Allah

    BalasPadam
  2. itulah orang kita suka tulis dan komen macam-macam ingat erra tu takde perasaan ke, sapa yang taknak bahagia kan, segalanya dah tertulis..

    BalasPadam
  3. ishhh..suke2 je dieorg nie..nyampah lak baca semua comment..sape yg suke bercerai berai nie..kalau dh tertulis jodoh smp situ je nak wat mcm mana..

    BalasPadam
  4. Berhentilah mencari kesalahan orang lain dan mempertikaikan kekurangan mereka. Lihat ke dalam diri kita berapa banyak aib kita yang Allah sembunyikan, dengan itu kita nampak mulia dan baik di mata umum, sedangkan hakikatnya hanya Allah yang maha mengetahui.

    BalasPadam
  5. Betul. Sudah ketentuan Allah swt jodoh pertemuannya sedemikian & setakat itu sahaja. Redha ajelah..tentu ada hikmah di sebalik segala ketentuan Illahi....Doakan Erra selamat mengharungi waktu solonya nanti....mungkin ada jalan kembali memandangkan baru talak satu...betul tak?

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...