Selasa, 11 Februari 2014

HONEYMOON @ PERHENTIAN - PART 1

Assalamualaikum..

Entri terrrrrbasi didunia..apakan daya, kesibukan bercampur kemalasan. Kisah ini dari bulan 9 lagi.. Tapi tertangguh penceritaan dan perkongsiannya..aku ada kongsikan intronya di entri INI.

Aku mulakan dengan Part 1. Semoga perkongsian ini boleh dijadikan panduan kepada yang berhajat nak pergi bercuti di Pulau Perhentian.

Pulau Perhentian merupakan salah 1 dari 10 pulau tercantik di dunia. Aku terpanggil nak bercuti kesana sebab terpengaruh dengan drama bersiri di slot Akasia di TV3 iaitu drama Teduhan Kasih. Walaupun drama tersebut membuat penggambaran di Perhentian Besar, aku memilih untuk ke Perhentian Kecil yang lebih privasi berbanding Perhentian Besar.

Perjalanan dimulakan..

3 September 2013

Aku memulakan perjalanan dari Cameron Highlands. 2 hari sebelum tu aku dah memulakan perjalanan dari Kedah ke KL..ke rumah suami terchenta aku. Apa nak buat aku terpaksa berjauhan dengan suami. So bila ada kelapangan masa nak jugakla berhoneymoon kali ke tuuttttttttttt dengan beliau..hihi

Sebelum aku pergi, aku ada google dan cari mana-mana pakej yang murah dan bersesuaian. Tengok juga lokasi penginapan dan kemudahan yang ada. Akhirnya aku jumpa  web ini http://www.ombakresort.com/

Dari Cameron Highlands (aku bermalam di rumah maklong aku di Brinchang). Seawal jam 3.30pagi..aku memandu membelah kabus tebal..sejuk menggedi..suami aku disebelah tolong tengokkan jalan (aku nak rasa drive dalam keadaan yang mencabar). Inilah pemanduan paling mencabar sejak aku dapat lesen sejak 16tahun yang lalu..

Kabus tebal setebal-tebalnya..had penglihatan amat sikit. Kelajuan hanya 30-40km/j . Tak boleh nak laju. Dengan jalan berliku-liku lagi..huh..memang mencabar..turun dari Cameron Highlands, aku ambil jalan ke Gua Musang.. Gelap gelita. Hanya tawakal jangan apa-apa jadi di tengah jalan. Signal telefon pun tak ada. Namun aku redah jua..

Tiba di Jeti Kuala Besut dalam jam 8.30pagi. Sebelum aku telahpun mendapat call dari agen di sana yang sedia menanti di Jeti.

Tiba di Jeti, ada seorang pekerja membawa suami aku ke tempat parkir berbumbung..selamat Cik Ah aku di tinggalkan disitu..
 Lepak sambil menunggu beberapa pelancong lain

sekitar permandangan di jeti

Oleh kerana masih ada masa aku dan suami berjalan ke hujung pintu masuk jeti. Disebelah kanan jeti ada warung Nasi Dagang yang sangat best. Aku siap beli tapau 2 bungkus lagi. Korang mesti cuba nasi dagang kat sini.


 Bila sudah cukup orang, kami dibawa ke dalam jeti..dan sebelum naik bot, mesti bayar yuran Taman Laut RM5 untuk seorang aje. Tambang bot tak perlu bayar lagi sebab dah termasuk dalam pakej.


Aku dan suami kemudian menunggu beberapa pelancong lain yang sedia untuk menaiki bot..wah..keciknye bot,..aku ni dah le penakut dengan kedalaman..perahu penambang Sg.Sarawak pun aku seriau nak naik..tabahkan lah juga hati..huhu

Setelah dikumpulkan hampir 15orang, maka bergerak lah bot laju tu..

Alamak..kecut perut tengok bot.aku tak pernah naik bot laju macam ni..langkah aje naik atas bot aku rasa macam aku dah tak berani bernafas..

Bot mula bergerak..fiuuuuu.....laju gile..melambung-lambung dibadai ombak..

Sambung...

4 ulasan:

  1. bestnya dia hanimun..kita belum sampai lagi pulau perhentian..

    BalasPadam
  2. Allah... tgh syok membaca sekali sambung.... haermmmmm

    sila hapdet laju2 dan masuk gambar best2 tau sebab in shaa Allah, perhentian dalam senarai bulan 3 nnt. eh, bulan depan dah la... hahaha

    BalasPadam
  3. Wah honeymoon...bestnye...dah lamer x ke teganu..tapi itulah..pulau xbleh, sebab pnas xmengizinkan...

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...