Isnin, 17 Februari 2014

PULAU PERHENTIAN KECIL -OMBAK RESORT

Assalamualaikum..
Ini entri khas untuk Ombak Resort, resort yang aku menginap ketika ke Pulau Perhentian Kecil tahun lepas..(erkkk?? tahun lepas?? hahah berita basi). Tak apalah asalkan aku dapat berkongsi sesuatu dengan korang semua dan sesiapa sahaja yang berhajat kesana.

Sebelum aku pergi, aku menggugel dulu, cari lokasi dan resort terbaik. Perhentian Kecil ni sesuai untuk pasangan dan orang muda. Kalau nak bawa family, eloklah ke Perhentian Besar. Sebab kat Perhentian Kecil ni banyak duyung yang tak sesuai di tonton oleh budak bawah umur..hahaha

Banyak resort kat sini. Ada yang chalet tepi pantai , ada chalet atas bukit. Aku memilih Ombak Resort sebab harganya berpatutan. Dan yang paling aku tak sangka, layanan mereka sangat bagus. Dengan ini aku memberi " EMPAT BINTHHHANNNGGGG!!!" *sila jerit ala-ala Nora Danish ye..kehkehkeh

Aku cuba menghubungi salah seorang staf Ombak Resort iaitu Dyana. Sangat friendly orangnya. Rajin pulak di melayan aku. Macam-macam info dan guide yang dia bagi. Di sini aku nak tunjukkan beberapa keping gambar yang Dyana dah wassap kat aku sebagai panduan sebelum aku kesana..





























Cantikkan semua tempat tu. Apapun, thanks a lot to Dyana Ombak Resort. Walaupun aku tak berkesempatan untuk berjumpa dia sebab ketika akui di sana, Dyana berada di KL. Sebelum aku balik juga, sempat dia berpesan untuk menulis sesuatu di buku pelawat..apalagi..tulis ajelah..tanda penghargaan kepada pihak resort .

Suka aku maklumkan di sini, aku tidak dibayar untuk beriklan di sini, aku cuma rekomenkan apa yang terbaik sahaja. Itu aje untuk hari ini.. Insya Allah aku akan kembali kesana mungkin untuk tempoh yang lebih lama..Adeus!!!
posted from Bloggeroid

3 ulasan:

  1. Bestnye under water picta...rietta blom beli lg sarung utk kalis air...kurang yakin...takut takut ada kebocoran...too paranoid am i...

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...