Khamis, 27 Februari 2014

SAMBAL BELACAN CARA AKU

Assalamualaikum..

Sebagai rakyat Malaysia, kalau tak tahu apa itu Sambal Belacan..memang patut dicili-cili. Makanan yang tidak pasti siapa perekanya. Sambal belacan dibuat dari bahan yang sama. Pedas..dan yang membezakannya adalah tahap kepedasan.

Sebagai wanita Melayu..amatlah koman dan lekeh kalau tak tahu buat  sambal belacan. Bertambah koman kalau ada yang cuba tanya resepi dengan Pak Cik Google.

Dan selama aku berblog..belum ada lagi AMT yakni Ahli Mesyuarat Tingkapku..(koranglah tu) yang buat entri resepi sambal belacan.

Kali ni aku nak berentri resepi sambal belacan cara aku. Gabungan 3 jenis cabai@cili iaitu Cili Merah + Cili Padi + Cili Burung@Kampung yang ditambah Belimbing Buluh bercampur perahan limau nipis dan air asam jawa tak lupa juga belacan bakar,garam dan gula.

Tiada istilah tumbuk hingga lumat kerana aku bukanlah makhluk serajin itu..semuanya aku humban dalam balang lalu aku blender. Dengan 3 kali tekan..SIAP

Gambar asal tanpa watermark aku terpaksa turunkan sebab dah terlalu ramai blogger batak dan facebooker sakai cilok..tanpa minta izin aku..sakit pulak hati ni..susah payah aku upload..senang2 mengaku gambar sendiri..dia tak tau..sambal ni kalau aku tonyoh dimulut dia..pijar!
Tarikh edit 28.09.2018

Lalu aku namakan sambal belacan aku.. JanganSalahkanAkuKalauAdaYangMenangis.

p/s : sediakan tisu untuk lap hingus..

Adeuss!!!

1 ulasan:

  1. Sambal belacan sebalang!!! waduh waduh menangis saya tengok. slurppppp.

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...