Isnin, 31 Mac 2014

BAWA KERETA KE LANGKAWI

Assalamualaikum..

Perkongsian hari ini. Biasanya orang pergi Langkawi naik feri. Mungkin ada yang tau..tapi ramai yang tak tau.. boleh bawa kereta sendiri naik feri. Bukan kereta aje..motor dan lori pun boleh.

Untuk kereta biasa RM180 termasuk pemandu dan RM18 untuk penumpang dewasa. Untuk harga boleh tengok link www.langkawiroro.com.

Perkhidmatan ini hanya di Jeti Kuala Perlis dimana kenderaan dan tuannya sampai sentak.

Untuk naik feri ni perlu bawa makanan sebab ambil masa 3jam baru sampai di Pelabuhan Tanjung Limbong. Makanan atas feri mahal..baik bawa bekal.

Aku gunakan servis ini hari ini. 3hari sebelum.perjalanan mesti dah booking dengan deposit RM100.

Kalau korang nak guna servis ni..boleh call/sms 0175363574. Cakap je nak booking bila dan bagi no.plat kenderaan. Lepas tu minta no.akaun syarikat Langkawi Ro-ro tu..dah dapat korang bank in deposit RM100 dan emailkan/faks geran kenderaan (depan dan belakang) dan slip bayaran tadi.

Hari nak bertolak..jangan lupa bawa slip tu.

Sampai di Kuala Perlis..Langkawi Ro-ro ni sebelah masjid..Masuk je kat sini







Lepas parking..masuklah dalam ofis tu dan bayarlah apa yang patut. Pukul 12.15tengahari pastikan korang ada dalam kereta. Lepas tu nanti kereta akan disuruh bergerak ke jeti sebelah Masjid.



antara kereta yang tunggu untuk berlayar..










Kalau tak cekap drive..eloklah suruh yang cekap ye sebab nak naik ni mencabar sikit..kena main handbreak pulak. Dah naik atas feri nanti koramg dapat slip untuk di isi dan akan diserahkan di Langkawi nanti.




Lepas parking bolehlah naik tingkat atas..ada tempat duduk..walaupun ada aircond..tapi panas gila..tak tahan aku..

Tengok kereta lain tengah kena angkat.



Perlayaran 3 jam ye..bawa bekal tau..nanti.lapar..

Dah sampai..









Ok..kat gate tu nanti korang kena serah slip yang dapat tadi.

Itu aje cerita aku sebagai penutup bulan Mac ini..Sekian..

Adeus!!!
posted from Bloggeroid

Sabtu, 29 Mac 2014

BOYCOTT CNN

Hey you.. CNN..are you Cartoon News Network???
Why you always blame my country? Did your reporters finished their study? Go and learn  history and geography.. Our PM is Najib Razak..not Najib Rahman...and Kuala Lumpur is Malaysia..not Indonesia.Why you and your people so stupid???

Listen here stupid.. im Malaysian..and im proud  born as Muslim. ..so.what???




Stop spreating lies about Islam and Malaysia. You are the REAL TERRORIST FROM HELL!!! #BOYCOTTCNN






Rabu, 26 Mac 2014

HELI DAH SAMPAI


Assalamualaikum..

Rentetan catatan aku mengenai kebakaran di Gunung Jerai, hari ini aku dimaklumkan oleh kawan aku yang berkerja dengan balai bomba Alor Setar bahawa sebuah helikopter dari IbuPejabat sudah tiba dan telah memantau kawasan gunung yang terbakar itu..

Aku juga telah mendapat maklumbalas dari pembaca blog ini.bahawa kebakaran makin merebak dan sudah hampir sampai kebawah.

Atas rasa tanggungjawab sebagai anak tempatan dan Gunung Jerai adalah sebahagian dari hidup aku..aku memohon agar siapa sahaja terutama pihak berwajib dengan kadar segera mengambil tindakan. Sekarang ini musim kemarau..kebakaran makin melampau..


Semoga masalah ini cepat selesai..

Isnin, 24 Mac 2014

MH370.. ALLAH LEBIH MENYAYANGIMU

Assalamualaikum..

Tiada apa yang termampu aku luahkan..perkhabaran sedih yang ditangisi walau tiada kaitan dengan aku...







Tragedi menyayat hati sesiapa sahaja..

Kun Fayakun..Innalillahowainnaiaihorojiun..

Tiada daya upaya kita melainkan Allah jua yang berkuasa..
posted from Bloggeroid

GUNUNG JERAI TERBAKAR

Assalamualaikum..

 Sekarang aku sedang berada di Putrajaya sebab ada taklimat esok di JPA. Pagi tadi dalam perjalanan dari rumah aku di Kepala Batas Kedah..aku ternampak asap dari Gunung Jerai..


Aku  ada terbaca status kawan aku d fb..mengatakan disitu sedang terbakar..kebetulan kampung aku pun memang di  kaki Gunung Jerai...

Aku harap kebakaran tu  dah dipadamkan. Maklumlah sekarang musim kemarau..masalah lagi Bomba Negeri Kedah tak ada helikopter untuk memantau dan memadam api ditempat tinggi...harapnya semua sudah selamat..

Yang menjadi kemusykilan aku..siapakah yang membuat onar hingga terbakarnya hutan rizab tu..kalau aku dapat orang tu..aku bakar dia hidup-hidup..merosakkan alam betul..bedebah sungguh...

Khamis, 20 Mac 2014

DISEBALIK WAJAH

Assalamualaikum..

Sekeping gambar ini cukup untuk menggambarkan segala-galanya..

Credit pic to :ohmedia.my

Disebalik wajah Mickey Mouse yang 24jam  tersenyum itu..tersembunyi wajah duka seorang wanita tua..nenek barangkali...siapa sangka?

Merelakan dirinya dipeluk siapa sahaja yang ingin bergambar..agaknya adakah insan yang sudi memeluk wanita tua ini jika dia tidak bertopeng ..jauh sekali mengajak untuk diambil gambar bersama.

Inilah dunia...hakikat yang  perit untuk ditelan..dia menerima "kasih sayang" insan lain atas "wajah" palsu..semoga dia tabah meniti hayatnya...

Rabu, 19 Mac 2014

KONSERT LIFE IN COLOR DIBATALKAN

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..syukur..akhirnya konsert maksiat ini dibatalkan.  Pagi tadi aku berkongsi entri  mengenai konsert neraka ini. Keputusan penganjur adalah dengan membatalan dan diharapkan jangan lagi cuba menganjur  majlis neraka di bumi Malaysia ini. Apa yang ada di konsert seperti itu..terlompat dan terkinja..bunyi bingit bising..dadah ..arak..bercampur tanpa batas tak kira halal dan haram


Tengoklah komen IMAN IZZURA tu..nama yang ibu bapa dia bagi cukup indah..IMAN... tapi cara bercakap macam orang tak beriman..yang paling malu sekali dia adalah anak MELAYU yang sudah tentunya beragama ISLAM. Kalau komen itu ditulis oleh bukan Islam ..kita boleh bertolak ansur lagi..tapi ini ditulis oleh Melayu Islam...betul-betul macam tak ingat nak mati.

Sekiranya entri aku dibaca oleh tuan punya badan.aka nak ingatkan dia 1 perkara..
"cik adik..Islam tak ajar kita hidup macam ini..lainlah kalau kau bukan Islam"...


*sedih dengan anak muda zaman sekarang.

BATALKAN KONSERT LIFE IN COLOR

Assalamualaikum.

Sedang kita bersedih atas kehilangan pesawat MH370...

Sedang kita merana kemarau berbulan-bulan..

Sedang kita menderita kekurangan air..

Sedang kita tersiksa berudarakan jerebu..

Tapi masih ada YANG LUPA..

ALLAH SEDANG MENEGUR KITA..

Ada makhluk Tuhan yang persendakan teguran Allah.. Maka hiburan secara melampau pun dianjurkan hingga mengorbankan nyawa yang tidak pasti apa yang menanti mereka disana

Tak serik atas apa yang berlaku..dianjurkan lagi pesta sesat..diluar kotak peradapan Melayu..di luar jangkaan kuasa daulat negara Islam..




AKU BANTAH KONSERT MAKSIAT INI!!!!

Dan aku menyeru pada semua..sama-sama kita bantah pesta ahli neraka ini. Tiada manafaat..konsert yang merosakkan akhlak. Sini bukanlah tempat untuk konsert ini. Ini bukan negara barat.

Penganjur yang mengotorkan negara ini..kebenaran yang diberi kerajaan tempatan juga harus dituding jari.

Allah turunkan bala bukan untuk seorang yang buat salah..tapi kepada semua yang berada disekelilingnya..

Kiamat makin hampir...dimanakah tempat kita di akhirat nanti..

Renung-renungkan...
posted from Bloggeroid

Isnin, 17 Mac 2014

BERAPA HARGA??

Assalamualaikum

Sedikit perkongsian info yang aku dapat dari KPDNKK..





























Jadilah pengguna yang bijak. Info ini mungkin boleh membantu kita untuk buat pilihan.
posted from Bloggeroid

Jumaat, 14 Mac 2014

PARKIR BERTINGKAT

Assalamualaikum..

Tengok gambar ni..



Ini adalah parkir bertingkat di kota London pada tahun 1930an..

Di Singapura dah ada..yelah..negara tu kan ke kecil..tanah dan kawasan lapang sangat terhad. Inilah solusi untuk mengatasi kekurangan tempat parkir.

Tapi hingga sekarang,tahun 2014 aku masih belum nampak parkir macam ini kat Malaysia..
posted from Bloggeroid

Khamis, 13 Mac 2014

3 TAHUN

Assalamualaikum

Hari ni.. PENBIRU berusia 3 tahun.. di alam blog. Nama blog yang tangkap muat namun serasi ini bermula sebagai blogspot biasa yang kemudiannya di chupp secara berdaftar dengan domain PENBIRU.COM.

Macam-macam cerita dan entri yang aku catatkan. Kisah percutian aku..jualan aku..aktiviti aku..ilmu dan pengetahuan yang aku ada..apa-apa sahaja yang terlintas di fikiran..sesekali melepas perasaan yang terbuku di hati.

Terima kasih kepada yang sudi follow...dan andai aku masih tidak follow balik..sila bagi link kat bawah. Maklumla aku hanya sempat menulis tanpa mengira rating Alexa yang dulu pernah mencecah 7000 pengunjung sehari namun kini menjuman ke 1000 sehari.. (padan muka aku).

Aku ada BW dan hanya jadi silent reader. Terima kasih pada yang tak putus-putus ziarah dan bertegur sape dengan aku...walaupun aku jarang berbalas kunjungan..maafkan aku.

Rutin harian yang sangat sibuk..celik mata ke ofis..sibuk di ofis..balik rumah dah sibuk dengan baju-baju untuk dijahit manik dan juga jualan online cheese powder,pekasam daging, mashed potato dan macam-macam mak nenek lagi..seharian masa berlalu tak tersa..

Kemuncak kegilaan berblog semakin berkurang..mungkin faktor sibuk dan penat.

Itu ajelah bebelan yang belum tentu ada orang nak baca ni ni..sekian.

Adeus!!!

PROMOSI MURAH GILE!!!

Assalamualaikum..

Khas untuk peminat makanan di restoren kay ef si..aku ada buat promosi

PROMOSI MURAH GILE!!!
*Sah hingga 16 Mac 2014



DAPATKAN..
●CHEESE POWDER
●MASHED POTATO POWDER
●TEPUNG MAGIK

HANYA RM9 SETIAP 1.. (*TAK TERMASUK POS)

SMS/WSSP 0125677630 SEKARANG.

Like di www.facebook.com/cheezycrazyjcp untuk Promosi Terkini!

Dapatkan sekarang..lepas ni boleh makan sampai lebam..


posted from Bloggeroid

Selasa, 11 Mac 2014

AKU BUKAN BLOGGER POPULAR

Assalamualaikum..

Seronok tengok rakan-rakan blogger berkumpul dalam majlis himpunan blogger baru-baru ni..

Dari yang sehebat-hebat blogger hinggalah yang sederhana.. dan aku langsung tak termasuk dalam mana-mana kategori..

Aku blogger biasa. Tak hebat..tak popular. Sebab follower aku tak ramai..koranglah follower @Ahli Mesyuarat Tingkap aku..walaupun hits aku tak pernah kurang 1000 malah pernah mencecah 7000 sehari..namun aku tetap tak popular.

Aku tak nak jadi seperti keropok ini..





Biarlah aku jadi seperti ini..





Malas nak aku ulas dan kupas..biar gambar berbicara..

sekali lagi aku ulang...

AKU BUKAN BLOGGER POPULAR
posted from Bloggeroid

Isnin, 10 Mac 2014

#MH370 BALIKLAH....


MH370..hanya inilah yang mampu aku  berikan untukmu...

Ahad, 9 Mac 2014

BILA SEL-SEL OTAK TAK BERHUBUNG

Assalamualaikum..

Anak saper ni???




Kalau sedara aku..dah lama makan penampar. Kenapalah bodoh badigol sangat.
Hoi budak..kau memang jadi katak bawah tempurung. Kau tahu ke orang ke Beijing buat apa? Kalau orang tu pergi atas alasan kerja..nah..nanti masakla kau kat padang mahsyar nak cari 239orang tu..nak minta ampun..walaupun ada yang agama lain..kau tetap berdosa sebab fitnah orang.
Dahtu..yang kau fitnah orang tu...yang mulut kau celupar tu..tak maksiat ke???

Inilah jadi bila pergi sekolah tapi tak belajar..sel-sel otak tak boleh nak berhubung..maka bengaplah sampai ke mati.

Aku bengang sebab pernah pergi Beijing..so aku pun buat maksiatlah? Kepala hotak kau berjambul!

*sorry aku ter emo bila benda sensitif dihakimi budak sekolah tak habis!
posted from Bloggeroid

Sabtu, 8 Mac 2014

#MH370 DOAKAN MEREKA

Assalamualaikum.

Pertama seumpamanya dalam sejarah penerbangan awam Malaysia. Turut berdukacita namun sebarang spekulasi yang dikeluarkan orang yang tak bertanggungjawab harus dihentikan apalagi komen dari manusia tak berotak dan takberhati perut juga patut dikutuk..













Dimanakah letaknya otak lembu-lembu ini? Kenapa politikkan benda yang sensitif ini?
Kenapa kerajaan juga yang dipersalahkan?
Adakah kita minta semua ini berlaku??

Aku sungguh tak faham..kenapa lembu-lembu ini harus lahir ke dunia..





Kenapa Allah ciptakan mereka sebagai manusia? Tak sedarkah mereka apa perasaan ahli keluarga yang terlibat? Lebih baik Allah lahirkan mereka sebagai lembu..susah-susah sangat boleh sembelih buat lauk!

Aku sedih dengan orang Malaysia yang mentaliti tahap tapak kaki macam tu..
posted from Bloggeroid
PEN BIRU...

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...