Assalamualaikum..
Sejak kali pertama aku nampak bas 2 tingkat kat Malaysia ni,aku dah rasa seriau..sesuai ke dengan bentuk muka bumi Malaysia? itu soalan pertama aku.
Kali pertama aku mengikut belakang bas 2 tingkat di hiway utara selatan..aku bayangkan seolah-olah sebuah almari yang sedang bergerak..dan aku hanya sekali naik bas jenis ni. Itupun sebab terpaksa naik kerana bas yang aku naik rosak tengah hiway.
Sekarang dah macam-macam jadi. Berbalik kepada tajuk entri,aku ada tengok berita Buletin Utama di TV3 semalam..bila aku dengar pembaca berita sedang membaca berita..aku rasa pelik..betul ke berita yang disampaikan..? Katanya 6 laluan tanah tinggi tak dibenarkan untuk dilalui bas 2 tingkat.
Aku bukan pelik atas berita larangan tu, tapi aku pelik dengan senarai 6 laluan tu..iaitu Cameron Highlands, Genting Highlands, Bukit Fraser, Bukit Tinggi, Bukit Larut dan Gunung Jerai...eeeerrrr Gunung Jerai??
Aku tepuk dahi 3-4 kali bila nama Gunung Jerai disebut..kenapa? 34 tahun aku hidup dan membesar di kaki Gunung Jerai, jangan kata bas 1 tingkat..bas setengah tingkat pun tak ada yang boleh naik apalagi bas 2 tingkat. Aku tak faham, kenapa YB Aziz Kaprawi boleh sebut bab Gunung Jerai??
Pernahkah dia naik Gunung Jerai? Tahu tak dia jalan nak naik Gunung Jerai tu macam mana? Agak kejam kalau aku kata itu kenyataan yang amat bodoh. Jalan Gunung Jerai tu ngam-ngam kereta berselisih dan kecuraman koner lebih 45darjah..adohhhh..kenapa seorang menteri boleh bagi kenyataan akhbar sebegini?
Yang boleh naik Gunung Jerai ni hanya kereta, van dan pacuan 4 roda sahaja. Aku pernah naik motor tapi kena berhenti 4 kali sebab enjin panas sebab curam.
Maaf cakap, aku ni kalau betul..aku sokong. Aku sokonglah kalau nak hentikan bas 2 tingkat tu, tapi yang aku rasa terkilan sangat sebab seorang menteri tak kiralah parti apa pun, kalau tak betul memang aku cantas lah.
Sebelum cakap,kaji dulu . Itu kerja menteri . Sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan, sepatutnya kena tahu seelok belok tentang JALAN.!..sedar-sedarlah..aku dah tak tau nak cakap apa..nak gelak pun ada..nak tempelak pun ada.!
Jalan Bukit Putus Seremban-K.Pilah tu yang sepatutnya disenaraikan..ini Gunung Jerai pulak yang disebut..aku tak ada istilah nak bagi kat orang macam ni..sabaqqqqqq sajalah!