Khamis, 29 Mei 2014

5 PERKARA PALING TAK BEST KETIKA BERCUTI


Assalamualaikum...


Pengalaman mematangkan fikiran dan tindakan..namun jangan sesekali kita lupa..pengalaman juga sering membuat kita menjadi fobia dan tension bila dikenang. Setiap tahun aku akan bercuti keluar negara bersama BFFs aku. Dan bila bercuti pasti ada saja berlaku perkara yang tak best yang boleh mengganggu mood bercuti.

Disini aku senaraikan Top 5 Perkara Yang Paling Tak Best ketika bercuti..
1. Tiba-tiba bajet tak cukup dan terpaksa lupakan barang penting yang nak sangat dibeli
2. Kaki melecet sebab pakai kasut baru
3. Kawan-kawan dan sedara-mara sibuk mengirim beli itu dan ini (1hal pulak nak kena cari...)lagi sakit...kirim dengan air liur!
4. Hotel yang ditempah indah "rupa" dari khabar.. (bukan indah khabar dari rupa ya!)
5. Terima mesej  yang bertanyakan hal-hal yang tak ada kaitan dengan cuti (paling bengang tanya bab kerja dan yang sewaktu dengannya)

Nasihat aku...kalau ada kawan atau sedara sedari sedarai yang sedang bercuti..elakkan dari diri menjadi salah 1 atau kesemua yang di atas sebagai punca. Oleh itu..
1. Respek masa berkualiti orang lain supaya orang lain boleh merespek anda sebagai manusia berkualiti..
2. Pastikan sebelum bercuti..simpan duit cukup-cukup.
3. Test kasut/baju baru yang nak dipakai supaya diri tak menjadi mangsa pakaian
4. Bersedia mental dan fizikal untuk sebarang kejadian yang tak terduga ditempat orang..
Itu aje aku berleter petang ni..



Adeus!!!
Salam dari Bangkok,Thailand...
Posted via Blogaway
Posted via Blogaway
Posted via Blogaway

Posted via Blogaway

Sabtu, 24 Mei 2014

CADBURY ADA BABI

Assalamualaikum..

Dah riuh dengan kenyataan dari Kementerian Kesihatan Malaysia




Berita ini baru keluar hari ni..Yang masih menjadi kemusykilan aku..apa tindakan JAKIM dan Kementerian Kesihatan Malaysia terhadap coklat import terutama yang sangat popular sekarang seperti Pepero , Toblerone dan sebagainya..Coklat buatan Malaysia yang negara Islam ini pun boleh ada babi, inikan pulak buatan Korea yang memang sah-sah penduduknya makan babi..

Tak hairanlah, sekarang orang Malaysia terutama Melayu dah berperangai macam-macam..bukan kerana salah didikan, tapi kerana salah makan!

Khamis, 22 Mei 2014

BERCUTI LAGI...

Assalamualaikum..

Banyak entri tertangguh..
Banyak cerita terbasi..apakan daya..aku sekarang ditempat baru, dengan tanggungjawab baru..nak tulis blog pun dah malas..tak tahulah ada orang baca ke tidak..

Koleksi jahitan yang belum upload ...catatan ilmiah belum lengkap..maka aku yang dah bekerja dari bulan 3, selepas dimasukkan ke wad..kemudian cuti sakit selama seminggu..mula bekerja dari 26 Mac..hingga ke hari ini aku belum sempat lagi nak bercuti rehat..hanya mengharapkan cuti mingguan dan kelepasan am sahaja..walaupun aku kini bertugas di tempat pelancongan dan bercuti terkenal didunia..tap aku sendiri belum sempat melancong dan bercuti..sedih!

Ya..untuk tahun ini, destinasi percutian dengan BFF aku seperti biasa..agak merisaukan kerana tempat yang aku nak kunjungi ni sedang mengalami pergolakkan politik..

Tiket dan hotel semua dah booked..pergi tanpa agen..redah aje ala-ala backpackers kononnya..

pasport masih hidup...aku buat 5 tahun..so..relax...

27 Mei ini akan bermula catatan perjalanan ke negara orang bagi memenuhi kalender perlancongan ke negara orang..tunggu sajalah entri nya.. terima kasih korang yang sudi menjengah dan membaca tulisan aku..

Perasaan teruja kini bertukar berwaspada..harapnya semua ok lah..mmmmmm....

Isnin, 19 Mei 2014

PIZZA ROTI SIMPLE

Assalamualaikum..

Selepas lama menyepi tanpa entri berbaur makanan..dan demi melupakan seketika rasa sentap pada 1 makhluk yang suka menyibuk hal orang tu..aku nak kongsi 1 resepi hari ni..

Seperti biasa..resepi Penbiru semuanya senang dan mudah. Saper yang suka resepi hebat dan ala-ala Masterchef tu,tak yah lah try resepi aku ni..resepi aku ni pejam mata pun boleh buat..sedap ke tak..aku tak jamin ye..

Aku namakan resepi ni Pizza Roti..sebab aku tak guna tepung..aku letak roti je. Resepi ni sangat sesuai untuk orang malas yang bajet macam rajin...macam aku.

Kalau nak try..sila ikut  seperti dibawah..


Bahan-bahannya: 
Roti
Susu kotak
2-3biji telur
Bawang besar
Keju Mozarella
Cili padi-untuk yang bertekak melayu jati
Bahan inti dipotong nipis: sosej,scalop ayam,cendawan butang..
(korang nak letak apa pun boleh..kalau nak letak ayam atau sotong..korang kena matikan air iaitu dengan cara goreng separuh masak..INGAT..inti tu ikut tekak koranglah nak taruk gajah sekalipun..tarukla..
Yang hijau dalam gambar tu..daun rosemary..kalau tak ada pun tak apa..saja aku gatal-gatal nak letak.


Aku tak bagitahu berapa ukuran sukatan bahan sebab aku tak tau besar mana loyang pembakar korang. So aku main taruk je. Cara-cara nak buat;
●Susun roti dalam loyang(kalau korang guna loyang biasa,sapu sikit marjerin dalam loyang..aku punya loyang ni jenis yang  tak lekat tuh..)
●Pukul telur dengan susu (1cawan bagi  loyang aku) dengan telur,garam dan serbuk cukuprasa.
●Taruk semua bahan inti dan telur tadi..
●Lepas tu tabur mozarella dan hirisan daun rosemary..
Last sekali jadi macam ni..sediakan oven dan bakar..suhu aku agak-agak aje..aku bakar dalam minit (aku set microwave oven aku kepada setting "Pizza")

dah siap..


sedia untuk di ngap!

Itu aje resepi aku! sekian..
Adeus!!!

*entri macam ni ada ke boleh nak naikkan rating Alexa aku yang makin hari makin corot?? Alexa oh Alexa...






Isnin, 12 Mei 2014

JANGAN MENYIBUK HAL ORANG LAIN !!!

KALAU SUKA KOREK CERITA ORANG, ELOK TUKAR KERJA JADI SPY!!!

credit pic:google

MANUSIA YANG BURUK BUKANLAH KERANA BURUKNYA RUPA, TAPI KERANA SIKAP YANG SUKA MEMBURUKKAN ORANG LAIN!!!

Rabu, 7 Mei 2014

AL-FATIHAH UNTUK PAK JAMAL

Assalamualaikum..

Negara sekali lagi telah kehilangan satu-satunya watak seni yang tiada galang ganti.. Kenalkah  anda (yang lahir pada tahun 80an) pada Pak Jamal, yang memegang watak Speaker dalam rancangan popular di RTM1 iaitu Mini Parlimen?

Pak Cik Jamal atau Jamal Muhamad, 75 menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 11 pagi tadi di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya. 

Aku yang mebesar di zaman itu turut meminati rancangan in. Al-Fatihah untuk Pak Jamal, semoga rohnya dicucuri rahmat..amin... 

Selasa, 6 Mei 2014

ALFATIHAH..DATUK AZIZ SATAR

Alfatihah...
Datuk Aziz Satar telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 2.10minit pagi tadi akibat sakit jantung..Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 89 tahun di Hospital Kajang

Semoga Allah tempatkan beliau bersama orang-orang yang soleh...dan rohnya dicucuri rahmat



Maka berakhirlah sudah lagenda 3 Bujang Lapok..seorang demi seorang meninggalkan kita, namun karya seni mereka takkan luput ditelan zaman..

Allahyarham Pak Aziz dilahirkan pada 8 Ogos 1925 di Pekalongan, Provinsi Jawa Tengah, Indonesia dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura.

Berikut merupakan filem yang pernah dibintangi Allahyarham (*sumber wikipedia)
  1. Putus Harapan (1953)
  2. Mangsa (1953)
  3. Hati Iblis (1953)
  4. Jasa (1954)
  5. Arjuna (1954)
  6. Kipas Hikmat (1955)
  7. Ribut (1956)
  8. Putera Bertopeng (1957)
  9. Bujang Lapok (1957)
  10. Hantu Jerangkong (1957)
  11. Hantu Kubur (1958)
  12. Filem Anak Pontianak [1958]
  13. Nujum Pak Belalang (1959)
  14. Raja Laksamana Bentan (1959)
  15. Pendekar Bujang Lapok (1959)
  16. Sumpah Wanita (1960)
  17. Ali Baba Bujang Lapok (1961)
  18. Seniman Bujang Lapok (1961)
  19. Siti Muslihat (1962)
  20. Labu Labi (1962)
  21. Nasib Labu Labi (1963)
  22. Pilih Menantu (1963)
  23. Siapa Besar (1964)
  24. Mambang Moden (1964)
  25. Takdir (1965)
  26. Pusaka Pontianak (1965)
  27. Aksi Kucing (1966 Malay Film Productions Ltd)
  28. Keluarga Si Comat (1975 Sabah Film Production)
  29. Prebet Lapok (1979 Indra Film Production)
  30. Penyamun Tarbus (1980 Indra Film Production)
  31. Da Di Du (1981 Indra Film Production)
  32. Darah Satria (1983)
  33. Bujang Lapok Kembali Daa... (1985)
  34. Tarik Tarik (1993)
  35. Abang '92 (1993)
  36. Layar Lara (1997)
  37. Jibon (1998)
  38. Pontianak Harum Sundal Malam (2004)
  39. Pontianak Harum Sundal Malam II (2005)
  40. Cicak-Man (2006)
  41. Anak Halal (2007)
  42. Setem (2009)
  43. Momok The Movie (2009)
  44. Kecoh Betul (2010)

Dan berikut adalah filem arahan Alalhyarham sepanjang hayatnya
  1. Keluarga Si Comat (1975 Sabah Film Production)
  2. Si Badol (1979 Sabah Film Production)
  3. Prebet Lapok (1979 Indra Film Production)
  4. Penyamun Tarbus (1980 Indra Film Production)
  5. Da Di Du (1981 Indra Film Production)
  6. Setinggan (1982)
  7. Darah Satria (1983)
  8. Tujuh Biang Keladi (1984 Nirwana Film Production)
  9. Bujang Lapok Kembali Daa.. (1985)
  10. Perawan Malam (1986)
  11. Tak Kisahlah Beb (1988)
  12. O.K. (1989)
  13. Adik (1990)
  14. Simfoni Duniaku (1994)
  15. Gelora Cinta

Mungin ada yang tidak tahu, Allahyarhamlah insan pertama yang telah mengembalikan nyawa industri perfileman di Malaysia yang telah merudum pada awal 70an dengan filem arahan pertamanya Keluarga Si Comat pada tahun 1975, beliaulah yang mempopularkan A.R Badul dengan pelbagai filem yang menjadikan A.R.Badul sebagai watak utama, Dan filem kepahlawanan askar Melayu selepas filem Sarjan Hassan (arahan yang disambung tugas oleh P.Ramlee) iaitu filem Darah Satria adalah arahan Pak Aziz. Filem yang dibintangi pelakon Aman Shah sebagai watak utama dan juga Lydiawati Saimon.

Apa jua jasa Allahyarham pada negara dan industri, memang tidak terbayar..Walaupun dia telah pergi bersama-sama rakan baiknya..namun dia "masih hidup" dalam dunia seni kita. 

Secara peribadi aku sangat sedih..Al-Fatihah...
posted from Bloggeroid

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...