Isnin, 19 Mei 2014

PIZZA ROTI SIMPLE

Assalamualaikum..

Selepas lama menyepi tanpa entri berbaur makanan..dan demi melupakan seketika rasa sentap pada 1 makhluk yang suka menyibuk hal orang tu..aku nak kongsi 1 resepi hari ni..

Seperti biasa..resepi Penbiru semuanya senang dan mudah. Saper yang suka resepi hebat dan ala-ala Masterchef tu,tak yah lah try resepi aku ni..resepi aku ni pejam mata pun boleh buat..sedap ke tak..aku tak jamin ye..

Aku namakan resepi ni Pizza Roti..sebab aku tak guna tepung..aku letak roti je. Resepi ni sangat sesuai untuk orang malas yang bajet macam rajin...macam aku.

Kalau nak try..sila ikut  seperti dibawah..


Bahan-bahannya: 
Roti
Susu kotak
2-3biji telur
Bawang besar
Keju Mozarella
Cili padi-untuk yang bertekak melayu jati
Bahan inti dipotong nipis: sosej,scalop ayam,cendawan butang..
(korang nak letak apa pun boleh..kalau nak letak ayam atau sotong..korang kena matikan air iaitu dengan cara goreng separuh masak..INGAT..inti tu ikut tekak koranglah nak taruk gajah sekalipun..tarukla..
Yang hijau dalam gambar tu..daun rosemary..kalau tak ada pun tak apa..saja aku gatal-gatal nak letak.


Aku tak bagitahu berapa ukuran sukatan bahan sebab aku tak tau besar mana loyang pembakar korang. So aku main taruk je. Cara-cara nak buat;
●Susun roti dalam loyang(kalau korang guna loyang biasa,sapu sikit marjerin dalam loyang..aku punya loyang ni jenis yang  tak lekat tuh..)
●Pukul telur dengan susu (1cawan bagi  loyang aku) dengan telur,garam dan serbuk cukuprasa.
●Taruk semua bahan inti dan telur tadi..
●Lepas tu tabur mozarella dan hirisan daun rosemary..
Last sekali jadi macam ni..sediakan oven dan bakar..suhu aku agak-agak aje..aku bakar dalam minit (aku set microwave oven aku kepada setting "Pizza")

dah siap..


sedia untuk di ngap!

Itu aje resepi aku! sekian..
Adeus!!!

*entri macam ni ada ke boleh nak naikkan rating Alexa aku yang makin hari makin corot?? Alexa oh Alexa...






3 ulasan:

  1. pizza guna roti la paling sonang nak buat kan? hehehe

    BalasPadam
  2. Anak anak tak makan keju...so takde geng nak makan kalau buat..

    BalasPadam
  3. assalamualaikum pen biru...wah sedapnya...;)

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...