Isnin, 30 Jun 2014

SOALAN YANG TAK PATUT DI TANYA DI BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum..

Selamat berpuasa kepada semua..

Entri aku pendek aje..tapi mungkin (dan memang ya,.) menampar golongan yang nampak terpelajar tapi bodoh sangat-sangat.

Tengahari tadi aku ada menonton Buletin 1.30 di TV3.. dan aku tak sangka berita seperti ini keluar untuk tatapan umum


Malah berita ini urut di ulang ketika Buletin Utama 8malam..Kenapa aku marah sangat???

Budak-budak dalam gambar tu tiada kena mengena dengan aku..tapi jatuh air mata aku bila aku tengok mereka menjawab soalan bangang dari wartawan yang macam tak ada modal nak buat berita.. Untuk pengetahuan, 5 beradik ini kehilangan ibubapa baru-baru ini akibat kemalangan jalanraya, digilis lori pasir.

Dari jawapan mereka...aku dapat mengagak apa soalan yang diajukan..(mungkin atau memang iya)..

Apa perasaan mereka? Apa persediaan mereka menghadapi Ramadhan?  Apa beza Ramadhan sekarang dengan semasa ibu bapa masih ada? Apa makanan yang biasa ibu masak dulu masa Ramadhan?

Pada aku itu soalan paling bahalol untuk ditanya..maka berjuraian airmata mereka sambil menjawab soalan. Dimanakah kemanusiaan wartawan ini? Sudah tiadakah modal untuk bahan berita?

Kalau nak tolong..tolong sajalah. Kalau nak kutip derma..kutip sajalah. Tak perlu tanya soalan yang menyedihkan orang yang sedang bersedih..

Sama juga macam berita orang terima BR1M...bila si wartawan bertanya pada seorang makcik yang baru menerima pemberian Kerajaan itu.

"Apa perasaan makcik setelah menerima BR1M ni?

Dan begitulah juga bila ada berita kematian lalu si wartawan berkelulusan ijazah tapi cerdik tahap tadika akan mengajukan soalan kepada waris atau anak-anak simati.. 

" Apa perasaan cik sekarang? "
"Apa perasaan adik selepas menerima berita kematian ini?"

Dan jika aku ditempat orang yang ditanya..maka ini jawapan aku..
"Perasaan saya sekarang, soalan awak terlalu bodoh untuk dijawab!"

Sekian.. Adeus!!!


Nuffnangs Alexa SEO needed

Rabu, 25 Jun 2014

MEMORI MANIS UNTUK SUAMIKU

Assalamualaikum..

Aku jarang sekali bercerita dan berentri bab peribadi. Bukan apa..nanti akan di salahtafsir..paling tak best bila jadi bahan skodengan orang yang tak ada kerja dan dengki dengan aku..

Tapi ini kisah lama..tak lah lama sangat..tapi boleh tahan la lama tu..

Al-kisahnya..

25 April lepas... Hari Lahir suamiku yang tercinta.. seharian aku buat bodoh je..buat tak tahu apa-apa. Hari tu juga aku ke bank temankan dia buka akaun Maybank untuk syarikat kami.. disebut-sebutnya tarikh tu berulang kali..aku buat pekak aje..

Bila aje dia sebut..aku buat-buat sibuk tengah mesej..aku mesej BFF aku si Iera..aku cerita gelagat busuk aku tu.. Nampak muka frust la kan..bini buat bodoh je...

Seharian berlalu tanpa sepatah perkataan ucapan untuk dia...Beberapa bulan sebelum tu..aku kebetulan terjumpa sahabat lama aku masa sekolah dari Darjah 1 hingga 6. Bayangkan aku dah lama tak jumpa dia..kali terakhir jumpa masa aku Form 1..lepas tu terus hilang hinggalah hari itu.. Sahabat aku ni lelaki.. Azril namanya.. zaman kecik aku memang tak kawan dengan budak pompuan sebab aku suka panjat pokok dengan Azril dan 3-4 orang budak lelaki lain..

Panjang lebar kami bersembang di FB..baru aku tahu si Azril dah jadi chef di Hotel New Regent Alor Setar..lalu aku kata yang aku teringin nak makan masakan dia..dia pun teringin nak jumpa aku dan suami aku..maklumlah hampir 21 tahun tak jumpa..Dalam bersembang tu , aku cerita kat dia 25 April ni birthday suami aku..dia ajak aku datang makan kat hotel tu..dan dia bagi idea ..dengan suka rela dia nak keluar nyanyi untuk suami aku..

Pada petang 25 April..lepas balik dari bank...aku bagitau suami..ajak jumpa dengan kawan aku tu..dia ok je..Padahal kami dah plan baik punye..

Aku sampai di Hotel New Regent dalam pukul 8.30..aku masuk tengok dah ada meja reserve untuk aku. Aku pun mesej Azril..cakap aku dah sampai..suami aku memang tak tau apa-apa..buat muka payau je sebab sedih bini tak wish pun birthday dia..hehehe

Tak sampai 5 minit..jengjengjeng...

Keluarlah si Azril dengan budak-budak dia..dalam 6-7 orang..sambil nyanyi lagu birthday..tu gamba siku tu..gambar siku birthday man la tu..tak bagi aku masukkan muka dia..

Yang best tu..guest lain yang tengah makan pun boleh join menyanyi sekali..tersipu-sipu  malu suami aku..huhuhuhu..lepas letak kek..aku pun perkenalkan Azril dengan suami aku..lepastu Azril balik ke dapur untuk siapkan makan..

Kek ni sedap gila..Azril yang sponser...thanks buddy!

Tunggu punya tunggu sambil makan kek yang sedap gile tu..makanan pun sampai..air tangan Azril semuanya..

Tengok kau..penuh meja! 

Memang sedap...inilah memori termanis hadiah dari aku untuk suami tercinta..Sebelum ini aku tak berkesempatan untuk buat semua ini..tapi syukur bila Allah bagi peluang untuk aku menggembirakan hati suami yang sangat penyayang ini..Alhamdulillah.. dan malam itu juga malam yang cukup bersejarah bila kali pertama setelah 21 tahun akhirnya aku berjumpa kembali dengan sahabat lama yang sebelum ini hanya bersembang di FB..

Katanya.. " aku happy tengok kawan-kawan aku bahagia "..
siapa cakap lelaki dan perempuan tak boleh jadi kawan baik...aku ada kawan baik..sebaik Azril dan 3-4 orang lagi yang sama-sama membesar , panjat pokok dan terjun parit masa kecik dulu..bezanya..kami tak boleh bertepuk tampar macam budak-budak lagi.

Selamat Hari Lahir untuk suami ku tercinta..terima kasih kerana memahami isterimu ini..sudi berkawan dengan kawan-kawan ku..

Terima kasih Azril..kerana menggembirakan aku dan suami aku pada malam itu..

Aku rasa sangat bahagia atas kurnia Allah ini..



Ahad, 22 Jun 2014

LAYAKKAH DIA DIPANGGIL IBU?

Assalamualaikum..

Sebelum aku menulis lebih lagi..aku minta maaf andai tulisan ini sangat emo!

Aku pasti 1 Malaysia sudah tahu kisah seorang ibu yang mengabaikan anak yang kurang upaya hingga kering tinggal tulang seperti mayat.

Kali pertama aku tengok gambar adik Muhamad Firdaus Dullah..aku rasa sangat sedih dan aku anggap ibunya sangat zalim..bila aku baca pengakuan si ibu di akhbar kononnya mereka orang susah dan kesempitan hidup..maka aku jadi kesian..tapi bila aku tengok sendiri FB si ibu tu..maka aku rasa..inilah ibu yang tiada langsung syurga di tapak kakinya! Kejam..zalim..lebih hina dari binatang

 Inilah wajah manusia kejam itu.. dan jugak link ini membawa korang ke FB nya https://www.facebook.com/imashima.lola

Wajah adik yang malang ni ketika di upload pada 12 September 2013..

dan inilah keadannya ketika ditemui semalam..

Manusia apakah yang sanggup meninggalkan anak dalam bilik yang terkurung penuh tanah dan tahi?? 
Manusia apakah yang boleh membiarkan anak dengan baju yang reput dibadan?
Manusia apakah yang tanpa rasa bersalah buat anak macam ni?

Katanya pada akhbar..dia orang susah dan kesempitan hidup. Ada lagi orang lain yang kesempitan hidup..tapi kalau betul kesempitan hidup, mampu pulak dia berkereta..bertudung cantik bagai..dan anak yang sorang lagi disekolahkan..

Jangan jadikan kisah perceraian antara dia dan bapa adik Muhammad Firdaus sebagai alasan untuk menzalimi anak yang tak berdosa ini.

Petikan dari akhbar Metro..
Seremban: “Semua orang salahkan saya dan tuding jari ke arah saya menuduh saya tidak tahu menjaga anak dengan baik, tetapi mereka tidak tahu kesempitan hidup dan kesengsaraan yang saya alami.
“Saya sayangkan anak saya tetapi saya perlu bekerja dan menyara kehidupan dia, saya dan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun,” kata ibu remaja orang kelainan upaya (OKU) yang ditemui dalam keadaan menyayat hati oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam sebuah bilik di Flat Semarak, Taman Semarak Fasa 2 di Nilai, semalam.
Remaja malang itu, Muhammad Firdaus Dullah, 15, ditemui Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman dalam operasi 6P bersepadu di kawasan flat berkenaan selepas melakukan pemeriksaan di rumah itu.
Ibu remaja itu yang kini isteri kedua dan mahu dikenali sebagai Lola, 40, berkata, dia bukan meninggalkan anak sulungnya yang menghidap penyakit celebral palsy itu tanpa jagaan dan tidak diberi makan, sebaliknya dia mendakwa meninggalkan makanan dalam bekas polisterin sebelum ke tempat kerjanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Katanya, waktu kerjanya yang tidak menentu menyebabkan dia tiada masa menguruskan Muhammad Firdaus dengan baik dan mahu anak lelakinya itu berdikari.
“Apabila orang lihat keadaan dia, semua orang salahkan saya, tetapi adakah mereka mahu menjaganya sepanjang ketiadaan saya di rumah. Tiada siapa yang sanggup menjaganya kerana dia cacat,” katanya sedih ketika tampil di pejabat The New Straits Times Press (M) Berhad, di sini, semalam.
Foto
FAIZAL memeriksa keadaan kanak-kanak OKU yang ditinggalkan dalam sebuah bilik kotor dan busuk di Nilai. Gambar kecil, Lola ketika ditemubual wartawan.
Dia yang berasal dari Sabah berkata, Muhammad Firdaus adalah anak sulung hasil perkongsian hidup dengan bekas suaminya berusia 53 tahun dan berpisah sejak 14 tahun lalu sebelum berkahwin lain pada 2004 dan dikurniakan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun.
Menurutnya, sejak berpisah dengan bekas suami yang berasal dari Tawau, Sabah, dia tidak lagi berhubung dan tidak tahu di mana bekas suaminya itu tinggal dan bekerja.
“Saya tidak pernah mendaftar anak saya dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana tidak tahu caranya dan terpaksa meninggalkannya sendirian kerana bekerja mencari wang,” katanya.
Apabila ditanya mengenai nasib anaknya selepas ini, Lola berkata, dia sudah membuat keputusan untuk menyerahkan anaknya itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Bukan saya tidak sayangkan dia, sebab saya sayangkan dia saya membuat keputusan itu. Saya fikir apa akan jadi pada Muhammad Firdaus jika saya mati nanti. Ajal maut di tangan Allah SWT, saya tidak tahu jadi saya perlu bersedia,” katanya.

Kononnya dia nak bagi anak tu berdikari..berdikari apakah kalau dibiar hidup macam haiwan dalam kandang? Ya Allah...moga Allah bagi pembalasan yang setimpal.

Apa pendapat anda?

Nuffnangs Alexa

Khamis, 19 Jun 2014

FB BIOL SEKETIKA

Assalamualaikum

Tetiba harini..petang ini aku nak login fb dari lappy aku..keluar skrin macam kat bawah ni



Aku try pulak dengan note aku..pun sama..nampaknya FB biol seketika petang ni. Boleh ke hidup tanpa FB?
Kaki FB memang gelisah duduk..peniaga online pun susah hati.. Nak tahu boleh ke tidak..tunggu 2 jam..kalau rasa gelisah tu memang dah parah lah nampaknya..Mujur ada blog..maka aku layan blog,...dan hingga sekarang dari jam 3 petang hingga 4.20petang..masih lagi tak boleh login..
Apa akan jadi kalau FB ditutup seluruh dunia..mau kecoh la gayanya..jangan ada yang berguling atas jalan dari Perlis sampai Johor dah la..hahahah

Adeus!!

#update..dah ok tadi..pukul 4.28...heheheh..

Selasa, 10 Jun 2014

TIPS MENINGKATKAN PENDAPATAN BLOG ANDA -NUFFNANGS!

Assalamualaikum

Aku menerima email dari Nuffangs, katanya Tips Meningkatkan Pendapatan Blog Anda. Sebenarnya tips ni dah bertahun aku buat..pendapatan tu bolehlah sikit..lepasla untuk bayar domain dot com aku ni .Aku yakin korang yang ada iklan Nufnangs pun dah terima email ni.






1. Cara-cara untuk meningkatkan trafik blog anda. Kami mencadangkan minimum 20 views setiap hari. Anda boleh mensasarkan untuk mencapai 100 views setiap hari jika trafik blog anda melebihi 20 views setiap hari. 
Komen : Viewer aku melebihi 1200 sehari . Tu dah kira lebih sasaran Nuffnangs kan?

2. Pilih susun atur blog yang memberikan ruang untuk unit iklan! Nuffnang mempunyai 3 jenis unit iklan yang anda boleh letak di blog anda iaitu leaderboard, skyscraper, dan large rectangular. Kebanyakan pengiklan akan memilih unit iklan leaderboard dan skyscraper, oleh itu kami mencadangkan supaya anda memastikan blog anda mempunyai ruang untuk unit tersebut. Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan saiz and penempatan unit iklan, sila log masuk ke Nuffnang dan klik 
Komen : Dalam blog aku ni ada kesemua iklan tu..lokasi strategik lagi aku letak..kan?

3. Pastikan Nuffnang mengetahui apa jenis blog anda! Pada masa anda berdaftar dengan Nuffnang, anda dikehendaki melengkapkan kajian untuk memilih kategori blog anda. Dengan ini, ia membolehkan kami untuk mencari blog yang sesuai untuk kempen iklan yang berkenaan.
Komen : Dah bagitau Nuffnang pun..kalau tak bagitau pun orang boleh agak apa jenis blog aku ni..blog macam-macam ada..kan?

4. Memahami pembaca blog anda. Dengan memahami pilihan pembaca blog anda, anda boleh mengetahui bagaimanakah pembaca anda akan bertindak terhadap iklan dan jenama yang ada pada unit iklan blog anda. Iklan Nuffnang adalah disasar kepada kategori atau golongan yang berkenaan. Justeru itu, pilih kategori yang sesuai untuk blog anda, bukan sahaja akan membolehkan kami untuk memperuntukkan iklan yang sesuai kepada blog anda, malahan dapat menambah pendapatan blog anda. 
Komen : Owh..kategori ye..kategori aku ni macam-macam yang rasanya boleh "masuk" mana-mana kategori orang, dari yang mencari tips nak jalan-jalan negara orang hinggalah ke resepi simple..rasanya iklan apa pun boleh aje..kan?

5. Pengiklanan banner Nuffnang. Nuffnang akan memapar iklan di unit iklan yang ada pada blog yang telah berdaftar dengan Nuffnang. Unit-unit iklan tersebut membolehkan kami mengukur trafik blog anda, dan pada masa yang sama dapat mengiklankan di blog anda. Dengan cara ini, anda akan mendapat pendapatan. Walaupun anda hanya dikehendaki meletak salah satu unit iklan di blog anda, tetapi lebih banyak unit iklan yang anda letak, semakin tinggi peluang blog anda akan dipilih untuk kempen iklan yang berkenaan.
Komen : Ye ke kena letak banyak unit iklan maka pendapatan aku lebih..paling banyak unit iklan pun..3 aje kan?

Maka ini pendapatan aku sejak ber Nuffnangs mulai 10 April 2011..dengan viewer terkumpul lebih 1juta..
secoet je kan?
kesian kan?
sedih kan?

*tido terlentang, mata tengok siling, belakang tangan atas dahi!

Adeus!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...