Isnin, 14 Julai 2014

MENANGGUK DI AIR KERUH

Assalamualaikum..

Entri ini aku tujukan khas buat manusia-manusia yang cuba menangguk di air keruh atau dalam bahasa mudahnya.. untung atas angin..tak perlu kerja..tak perlu susah payah tapi buat keuntungan.

Nampak macam kerja gila..memang gila dan tak patut.

Kisah bila ada sebuah group iklan di FB yang telah mengenakan bayaran kepada sesiapa yang nak beriklan di group itu. Sedangkan FB sendiri tak pernah caj apa-apa kpada pengguna, kenapa Admin group tu sanggup ambil kesempatan kepada peniaga online yang nak beriklan.

Maaf cakap..peniaga yang sanggup bayar tu pada aku kurang cerdik sangat. Buat apa nak bayar sedangkan benda itu PERCUMA. Banyak lagi group lain yang percuma untuk beriklan.

Inilah group yang aku maksudkan..

Tahukah anda.. anda boleh didakwa dan dikenakan tindakan undang-undang apabila mengutip wang tanpa lesen? Apalagi "jual benda free". Aku akan cuba dapatkan nasihat dan pendapat pengamal undang-undang siber untuk perkara ini.

Apapun suka aku nasihatkan..jangan jadi tamak atau nanti menyesal kemudian hari!

Adeus!!!


Jumaat, 11 Julai 2014

LOYAR BURUK SEORANG SAHABAT

Assalamualaikum..

Dulu-dulu..zaman dulu..siaran tv hanya ada 3 sahaja.. TV1, TV2 dan TV3..dan selepas tahun 90an baru ada NTV7 dan sebagainya..Astro jangan tanyalah..belum wujud lagipun.

Maka dizaman itu, kalau orang tanya pasal siaran stesen mana, orang tak sebut channel apa..atau siaran apa..tapi orang sebut TV apa..

Ini yang berlaku tadi..

Kawan aku cuba nak loyar buruk dengan aku..dan aku pun loyar buruk balik! Hambekk!!!

Ahad, 6 Julai 2014

SILAP ORANG

Assalamualaikum..

Entri malam..layan ajelah
Orang lain yang mati..gambar orang lain pulak yang yang diupload

Orang lain yang mati,nama orang lain pulak disebut.

Yang ni pun sama..!
Tak patut sungguh..hishhhh

Sabtu, 5 Julai 2014

DATUK SHARIFAH AINI MENINGGAL DUNIA

Assalamualaikum..
Daripada Nya kita datang..dan kepada-Nya jua kita kembali..

Aku menerima khabar sedih..kerana aku adalah peminatnya..

Kembalinya biduanita tersohor tanahair ke pangkuan Ilahi pada 7Ramadhan, hari ini 5 Julai 2014 pada jam 1.26pagi di Pusat Perubatan Damansara akibat jangkitan paru-paru.

Aku doakan moga Allah mencucuri rahmat ke atasnya..

Selamat jalan Ummi.. Damailah kau disana..Allah lebih menyayangimu..


Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...