Jumaat, 29 Ogos 2014

APA ITU PHABLET

Assalamualaikum

Sedikit info yang aku baru tahu..(kesiannya aku).. Pernah dengar istilah Phablet ?

Aku puas mencari dan menggoogle maksud perkataan PHABLET.. dan inilah jawapannya..

Perkatan PHABLET adalah gabungan PHone + tABLET = PHABLET

Setelah menggunakan Note 1 sejak 3 tahun lalu..dan Lenovo S930 sebulan lalu..baru aku tahu rupanya henpon aku tu adalah kategori PHABLET sebab saiznya 5 ke 6.9 inci..sebelum ni aku memang tak tahu langsung.

Oh..kesiannya aku.. 

Adeus!!!

Khamis, 28 Ogos 2014

POSLAJU YANG LOQLAQ

Assalamualaikum.

Catatan dari atas katil 01.. Wad 410 ,Kedah Medical Center.. tak tertahan rasa marah.. aku lepaskan juga walaupun keadaan masih tak sihat..

Ini kisah pasal pos barang yang diuruskan oleh Incik Suami..

Pos sekotak cheese powder menggunakan kotak POSLAJU PREPAID SAIZ M berharga RM20.. setiap 4pek cheese dibungkus balut dengan kertas , disellotape dan diisikan dalam kotak yang dibeli di Pejabat Pos sendiri. Setiap pek berat 200g. Yang di isi dalam kotak itu hanyalah 23pek bersamaan 4.6kg iaitu di masih dibaeah had limit 5kg seperti yang Pos ditetapkan. Kotak di sellotape atas dan bawah tiap penjuru.

Nak hantar ke Johor bersama 1 bungkusan kecil lagi ke alamat yang sama..



Bungkusn kecil menggunakan Sampul Prepaid Saiz S dah selamat sampai selang 2 hari...
tapi bungkusan besar KOTAK POSLAJU PREPAID tu..sampai ke SHAH ALAM???

Si penerima tu dah mengamuk ..siapa yang tak marah kalau bungkusan lambat sampai dan bungkusan diterima pada hari ke 4 dengan keadaan...

hancur berkecai!!!!

3tahun dulu pernah jadi macamni..komplen pun tak guna sebab POSLAJU salahkan aku guna kotak sendiri..lembik katanya...rugi lebih RM200 dan hilang pelanggan..

Kali ini..guna KOTAK PREPAID POSLAJU yang dibeli di PEJABAT POS sendiri..pun hancur juga. Siapa tak sakit hati.???

KEPADA POSLAJU MALAYSIA.. TOLONGGGGGGLAH JADI SYARIKAT KURIER YANG BERTAMADUN.. AMANAH DAN BERTANGGUNGJAWAB.. KAMI BAYAR ANDA. BUKAN SURUH HANTAR FREE!!!

DAN..KEPADA PEKERJA POSLAJU YANG CUAI ..YANG TIDAK AMANAH DENGAN TUGAS ANDA..JAWABLAH NANTI DIDEPAN ALLAH.

Aku yakin ..kalaupun aku buat repot kepada POSLAJU..mereka tak akan mengaku salah..dan kesalahan akan dituding kepada pelanggan. (satu-satunya syarikat@perniagaan yang tak akan mengaku salah di Malaysia..maklumlah..anak emas Kerajaan!)

Jadi swasta pun tak guna kalau atitud kerja macam orang tak guna

Kesimpulannya di sini.. POSLAJU LOQOAQ!!!





Rabu, 27 Ogos 2014

ENTRY PALING TOP-TIPS KPSL N27

Assalamualaikum..

Ramai yang ambik exam KPSL hari ni..rating blog aku untuk Tips Exam..mencanak naik semalam..lebih 4000viewer@pengunjung.. Good luck lah untuk semua..aku yang dah pass berzaman ni pun tak dapat lagi jawatan tu..mujur dapat cc..kalau tak...sampai ke pencen la dok kat situ..

#janganMengharapSangat #jpaTakPandangKPSL #penat #exam #habukPunTakAda #APTB !!!



Isnin, 25 Ogos 2014

WHATS IS ON YOUR MIND???

Aku bukan rasis..tapi aku kena rasis dalam hal ini!

F.I.K.I.R

Rabu, 20 Ogos 2014

PERGINYA SEORANG SAHABAT

Assalamualaikum..

Catatan penuh juraian dan deraian airmata..

Sabtu.. 16Ogos 2014 jam 5.35pagi..aku terjaga dari lena..terasa nak kebilik air..dari dalam bilik air aku terdengar bunyi mesej masuk ke telefon aku...terdetik di hati..siapa pulak yang mesej aku pagi-pagi buta macam ni..

Langkah keluar dari bilik air dan naik semula atas katil..belum lagi azan Subuh..aku baring sambil tarik selimut sementara tunggu azan..lalu aku capai telefon yang ada disebelah...
3-4kali aku baca...Ya Allah..betulkah apa yang aku baca..terus aku call no tu..panggilan aku dijawab adik sahabatku..

Terus aku bangun..duduk atas katil dan menangis sepuas hati..suamiku disebelah bangun dan terkejut.. "Abg..kawan Syg..k.Lily dah tak ada..."

Selesai sembahyang subuh dalam deraian airmata..suami aku terus memecut kereta ke rumah Allahyarhamah...hati aku bedetup dedap..otak aku kosong...

Tiba disana..aku lihat ibunya yang lumpuh berada disisi jenazah yamg terbujur kaku..aku duduk melutut..dan pegang tangan si ibu..
"Mak cik..saya kawan lily..." tak sempat aku habiskan ayat..si ibu tua itu terus memeluk aku sambil memangis dan berkata "Mak cik ingat mak cik yang nak pi dulu..."..

Tak tertahan airmata..beberapa minit kemudian..si adik mengalihkan kain yang menutupi muka Allahyarhamah...

Aku peluk jenazah tu ...aku tatap wajahnya yang kelihatan tersenyum seolah gembira dengan kedatangan aku...terkeluar dari mulut aku.. " Ya Allah k.Lily....pasaipa hang tak habaq kat aku hang sakit?? sampai hati hang k.lily.."

Ketika itu juga kedengaran bunyi tangisan saudara dan jiran Allahyarhamah yang berada dibelakang aku yang mendengar kata-kata aku .Aku tak pedulikan mereka..

Sebelum aku balik..sekali lagi aku menghampiri..memeluk dan mencium jenazah..aku tatap wajahnya puas-puas..terkeluar dimulut aku.. "K.lily ..aku nak balik dah..pi la hang elok-elok"

Si ibu meminta aku tunggu hingga semua selesai...tapi aku tak sanggup untuk tunggu dan tak terlangkah kaki aku untuk iring sahabatku ke rumah terakhirnya..

Sahabat seperjuangan yang aku kenali ketika pertama kali menjejak kali ke Putrajaya tahun 2002..dialah orang pertama...yang aku kenal..kami duduk bersama dan makan bersama dihari penempatan dan lapor diri di JPA.. 14 Januari 2002..inilah tarikh keramat itu..

Kami berhubung hingga kini..Kali terakhir kami bersua muka adalah 3tahun lalu ketika aku mengadakan rumah terbuka hari raya..dia datang bersama suami yang baru menikahinya..

Selepas dari itu..kami berhubung melalui telefon..sms dan wassap..

Ucapan hari lahir untuk aku..

Mesej terakhir adalah 14 Ogos..Khamis..soalan hal kerja..dan dijawab ringkas..
Dan...aku tak tahu ketika itu dia sedang berada dihospital..

Mengikut cerita si ibu..Allahyarhamah mula sakit lenguh dan kebas badan sebelah kanan selepas melahirkan anak ke 2 sebelum puasa lepas.. Pada Ahad 10 Ogos 2014..(hari lahir aku) tangan kanan sudah tak boleh digerakkan..(patutlah mesej ucapan birthday aku di hantar pada 11hb)..

Dan pada Khamis 14hb dia sudah di masukkan ke wad. Malam jumaat berikutnya dia sudah koma dan pergi menghadap Ilahi pada Sabtu 16 Ogos jam 4.30pagi...

Aku bertambah hiba memandang anak sulung yang baru berusia 2tahun..yang masih tak tahu apa-apa..dan anak yang masih merah berusia 2bulan.

Seharian aku menangis...doaku untuknya tak pernah putus..

Bertambah terkilan dihati..bila membaca semua mesej ini..





Sungguh aku terkilan..tak sempat jahitkan manik di bajunya...

Paling aku terkilan..mesej-mesej darinya seminggu sebelum itu aku jawab pendek dan tak panjang seperti selalu..aku pun tak tahu kenapa..ada yang aku tak sempat jawab pun ada.. Ya Allah..sedihnya hati aku..

Aku kehilangan sahabat tempat aku bercerita segala rahsia. berkongsi segala masalah..dari hal kerja hinggalah ke hal peribadi..

Allahyarhamah seolah sudah tahu..dia akan pergi..bila aku membaca posnya di fb bulan lepas..

Kerinduannya kepada arwah sahabatnya..

Ya Allah..ampunilah segala dosa sahabatku..tempatkanlah di syurga Mu ..cucurilah rahmat Mu padanya..
........

Kak Lily..pergilah engkau baik-baik..Aku tau kau tahu aku sayang padamu..Doaku tetap ada untuk kamu wahai sahabat..Tenanglah engkau ..moga kita bertemu semula disana..amin..

Lily Ermawati Binti Siti Esah
Al-Fatihah.....

*gambar wajah ini ..adalah editan Allahyarhamah sendiri..dan di upload di FB.. :'(




Khamis, 14 Ogos 2014

BANTU INSAN INI

Assalamualaikum

Sedikit tulisan kemanusiaan..dan harapnya dapat membantu insan istimewa ini..


Aku tidak kenal langsung insan ini..tapi aku dapat maklumat ini dari seorang yang berhati mulia di fb yang ingin membantu..

Sekali pandang nampak macam insan istimewa ini seperti peminta sedekah..tapi sama sekali.. dia seorang yang sedang mencari rezeki yang halal.. 

Perhatikan kertas yang di pegangnya.. Dia menjual coklat buatan sendiri dan menurut komen yang diberi..coklatnya sangat sedap..Insan ini khabarnya berasal dari Wangsa Maju.

Lokasi di KL Sentral berhadapan Kedai Mynews, sama aras dengan Informtion Center..

Kepada anda yang melalui kawasan ini..harap belilah dan beri sokongan kepada insan ini..walaupun dia kurang upaya tapi sekurang-kurangnya dia tidak mengemis..

Bantulah dia..

Ahad, 10 Ogos 2014

HADIAH HARI LAHIR

Assalamualaikum..

Lama aku tak menulis. Berpindah ketempat baru, dengan aktiviti baru..membuatkan aku tak sempat berblog seperti  dulu..

Sebelum tu aku nak verita..Note 1 aku buat perangai..sangat sakit hati bila semua yang aku touch..keluar mesej STOPPED..mcam gambar kat bawah ni..



Macam-macam aku dah buat tapi tak elok juga. Maka aku pun meringankan kaki hantar ke kedai untuk repair balik..

Dan inilah hasilnya
dah tak ada rupa Home Note 1..aduh..

Semuanya sudah berubah, seolah-olah aku menggunakan Note 3..mesej lama tak hilang..masih ada tapi yang paling sedih, folder DCIM (gambar dalam memori internal) hilang..dan tukang repair tak save dulu gamaknya..

Sangat sedih..400keping gambar aku ke Vietnam, Konvo anak sedara aku, gambar anak-anak dan macam-macam kenangan terdelete begitu sahaja.. sampai aku tidur pun boleh termimpi pasal ni..

Dan yang paling sedih..hari ni genab lah usia aku 34 tahun..dan perkara ini berlaku semalam..maka ianya umpama Hadiah Hari Lahir untuk aku,.


*senyap..sedih...sentap!


Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...