Sabtu, 27 September 2014

PENTINGNYA INSURANS DALAM HIDUP

Assalamualaikum..

Sekadar berkongsi pengalaman.. Sebelum tu aku tegaskan disini yang aku bukan penjual insurans..tapi aku adalah pembeli insurans.

Entri ini khas kepada anda yang tidak minat untuk menginsuranskan diri..dan aku harap lepas selesai baca entri ini..korang fikirkan baik atau tidak..penting atau tidak kita membeli insurans untuk diri sendiri.

Aku mula membeli insurans Medical Card dengan Prudential sekitar tahun 2011. Itupun selepas aku tengok sendiri bertapa selesanya adik ipar aku dan adik aku masuk hospital swasta. Dapat elaun poket lagi. Adik ipar aku putus ligamen lutut masa main badminton..adik aku pula kena tonsilitis. 

Dengan bayaran RM160 sebulan, memang aku terasa sedikit berat..maklumlah banyak komitmen ketika itu dengan gaji sederhana. Aku pejam mata..ambil jugak..risau sakit demam. Walaupun aku memang dijanjikan wad kelas 2 di hospital kerajaan..tapi aku tertarik dengan elaun poket RM400 sehari semalam.(elaun wad untuk pakej polisi yang aku ambil masa tu)

Takdir Allah..siapa sangka. Hujung bulan 3 lepas..aku demam teruk..suara aku hilang..aku sakit tekak. Suami bawa aku ke KMC..aku hanya bayar deposit RM500.. dan aku kena tahan 3 hari 2 malam.Ikutkan keadaan,doktor tak benarkan aku discharge lagi tapi aku terpaksa minta discharge sebab aku kena lapor diri untuk kenaikan pangkat di JPA Putrajaya...Bil hospital aku RM2500 lebih..insurans yang bayar. Lepas 2 minggu..ini yang aku dapat..

Duit ubat follow up lepas discharge

Elaun wad 3hari 2malam..

Masa aku ditahan di wad, doktor sahkan aku turut mengalami radang tonsil atau tonsilitis sama macam adik aku. Maka aku perlu lakukan 1 pembedahan. Setelah lebih 4 bulan aku mengelak (takut dan tak ada masa) maka 25 Ogos lepas..aku serah diri untuk operate..

Dan Khamis lepas..ini yang aku terima..

Elaun wad 5hari 4 malam dan Elaun Operation

Duit ubat follow up lepas discharge.

Untuk kali ni bil hospital mencecah RM6500..semuanya ditanggung insurans.. hanya dengan bayaran bulanan RM160 sahaja.. 

So..kepada korang yang belum ada insurans..belilah untuk diri sendiri. Kita tak nak sakit..tapi kita tak tahu bila kita akan sakit. Bersedialah ..Masa kita sakit..kita perlukan duit.. kita boleh bayar topup handphone.. rm100 sebulan.. kita mampu bayar bil internet RM60 sebulan.. ada yang tiap bulan shopping online beli itu ini lebih RM200 sebulan..tapi untuk diri sendiri..kita sangat berkira..

Belilah insurans..bukan untuk kesenangan orang lain..tapi untuk diri sendiri..fikir apa yang aku katakan ni..siapa tahu esok kita sakit.. Jangan jadi macam kawan aku..aku suruh dia beli insurans. dia kata mahal..tak ada duit . selang seminggu kaki dia terkena mesin rumput masa dia tengah mesin rumput depan rumah..putus 2 jari kaki..

....bayangkan kalau dia dah beli insuran seminggu yang lalu.. 1 jari di bayar RM10k.. 2 jari??? dikira lagi sebagai kemalangan dan insuran bayar MC dirumah seminggu RM100.. dan dia MC 3bulan..dan hampir seminggu di wad..cuba kira.. bukan duit jadi ukuran..tapi duit jugalah yang amat diperlukan bila kita dalam kesusahan .fikirkan..

Adeus!!!


Khamis, 25 September 2014

PENIAGA TAK FAHAM BAHASA

Assalamualaikum..

Minggu ni..memang minggu yang paling bengang untuk aku. Lepas entri pasal Stalker Bangang tu..masuk pulak entri baru..Entah apalah nasib bila hidup dikelilingi manusia macam ni..

Ada yang tanya aku..kenapa blog tak boleh komen. So biar aku jawab..sebab ada sorang makhluk tak diundang dah datang komen kat blog aku..salahkan aku cerita hal stalker tu. Dia tak duduk ditempat aku.. orang hutang ku RM15,000.00 ok..bukan RM15.. so aku tak perlukan komem dari langau yang macam tu..dan aku hadkan untuk ahli blog sahaja.

Terima kasihlah pada yang bertanya..

Ok..berbalik pada cerita baru. Aku ada tertengok iklan jamu di FB. Rasa macam nak cuba. Bila tanya di FB ,ada ke tidak kelulusan KKM..soalan tu tak berjawab. Yang ada di situ hanyalah.. 
"jika nak beli, sila sms RBK jarak dan nama ke no 019*******"

So aku pun buatla...

18.09.2014
Aku send RBK_nama seperti yang diminta.Dan aku memang nak beli...so aku send YES tu

dia jawab macam ni..


Lepastu aku tanyalah..pasal kelulusan Kementerian Kesihatan tu..benda nak makan..jadi darah daging..kalau apa-apa hal jadi camne? Dan itulah dia jawab..aku ambik keputusan untuk diam sebab nak fikir dulu..

19.09.2014
Awal pagi di dah sms aku tanya..agak-agaklah. masa tu aku tengah sibuk bersiap nak pergi kerja..amboi. Aku jawab bila aku dah free. Rasanya ayat aku tu cukup lembut dan jelas..bahasa melayu kot. Disebab tu..aku malas dah nak jawab..

20.09.2014
Pukul 7 pagi dia mesej lagi..aku dah naik bengang..dah ganggu aku..kebetulan hari tu aku mc..tak sihat..baru nak sambung tidur (aku period ok..so jangan ada yang buat-buat tak cerdik tanya aku ni tak solat Subuh ke)

21.09.2014
Tengok..dia mesej lagi..memang tak faham bahasa..

Aku dulu pun berniaga juga..tapi faham-faham sendiri lah kalau pembeli tak respon..apa lagi kalau pembeli tu dah terang-terang jawab tak nak beli..ini semua punca aku angin 1 badan.

So..nasihat aku..kepada korang yang berniaga..belajarlah faham bahasa orang.. kalau pelanggan tak respon..sudah. Tak payah nak tanya bagai..Lu pikirlh sendiri.

Itu cerita bengang aku..siapa tak suka tak payah komen.

Adeus!!!

Isnin, 22 September 2014

STALKER BANGANG YANG TERKANTOI!!!

Assalamualaikum..

Dahsyat kan tajuk? Kasar kan bahasa? Tapi itulah yang sesuai aku bahasakan untuk makhluk otak binatang ni.

Sebelum tu aku nak tanya..apa perasaan korang..kalau korang tahu ada orang yang stalked fb korang. orang tu pulak adalah musuh korang..korang suka???

Nak tau kisah?.. inilah kali pertama aku ceritakan pada korang hal yang sudah lama aku simpan. Kisah seekor manusia yang hidupnya suka tengok orang susah..perosak..pelaku maksiat(ini bukan fitnah ya..ini diakui sendiri oleh sipelaku yang lebih 6 tahun buat kerja ni)..hobi dia mengumpat aku di fb dia bersama beberapa ekor lagi manusia longkang seperti dia..

Banyak lagi benda lain yang dia dah buat..dan memang dah jadi kes polis sebab menyerang orang di rumah orang..

Nak dijadikan cerita.. 5 September 2014..jam 10.58malam..pada ketika itu aku sedang menonton 1 video pasal kucing di fb  dengan suami aku..sedang kami gelak-gelak tengok telatah kucing tu..tiba-tiba aku dapat notifikasi ada orang Add Friend dan icon orang di bar atas fb aku terpapar nombor 1 warna merah.. aku klik la..sekali tengok..
korang boleh tengok print screen ni..di belakangnya adalah video yang tengah tengok

Wah..pompuan s**l ni add friend aku..apajadah nak add friend??

Hah!! kompom..aku yakin dia terklik Add Friend masa dok tengah stalking fb aku.. untuk apa? untuk tengok siapa suami aku yang ternyata lebih hensem dan kaya dari laki haprak dia?

Atau nak tengok apa di fb aku? Nak cari apa? Untuk apa? Ke tak puas hati aku dapat lebih dari dia?


inilah stalker bangang yang terkantoi tu. 

Istilah betina paling sesuai untuk dia ..dia inilah yang pernah menyusahkan hidup aku.  Laki dia berhutang dengan aku lebih 15k.. hutang mak aku lagi..sampai hari ni sesen tak bayar. 

Laki dia dulu..tak habis-habis wassap aku..dan aku masih simpan semua tu..dan aku tunjukkan pada suami aku..Alhamdulillah suami aku faham..dan banyak bagi nasihat kat aku..

Laki dia kaki hutang along. Dia dengan laki dia hidup dalam maksiat lebih 6 tahun walaupun tahu yang laki ni ada istri. Dia juga pernah datang rumah istri laki tu..dengan sepupu si jantan tu..konon sebagai tetamu...rupanya ada hidden agenda..nak tengok apa yang ada dalam rumah orang.. dia tak tau..apa yang ada dalam rumah tu...semua istri laki jahanam tu yang beli..Mak si istri tu pernah call dia..dan dia dapat cop "pompuan tak tau malu"

Sekarang diorang dah kawin...elokla..dah lama sangat hidup dalam maksiat..yang best tu...sijantan tu..ada pulak duit nak kawin..hutang aku dan mak aku tak reti nak bayar..kurang ajar kan?...ntah-ntah kawin free..haha..mak si jantan tu pun suka dapat menantu baru. boleh pulak kutuk menantu lama kat fb walaupun dia tahu anak jantan dia pernah curi duit si istri tu. dan dia tahu yang si istri tu yang tanggung hidup anak dia selama 6 tahun sebab anak dia pemalas tak nak kerja. sikit pun tak rasa bersalah..asyik nampak salah anak orang..

Nafkah eddah si istri tu pun sampai hari ni tak bayar..perintah tuhan pun engkar..apalah sangat perintah Mahkamah Syariah!

...tup-tup malam tu boleh pulak menantu baru kesayangan dia stalked fb aku..dah puas diorang mengumpat hina si istri tu...hari stalked fb aku pulak.

So sekarang. .aku sengaja tulis kat sini..kejab lagi aku nak pm biras dia..biar biras dia sampaikan kat dia..dia dan laki dah menyusahkan aku cukup banyak.. dan inilah hadiahnya..

Inilah kisah starker bangang yang terkantoi. tuhan nak tunjuk sekejab aje. kan??

So pada korang yang berhati suci mulia dan tak minat baca kisah macamni..dan anggap aku berbahasa kasar, aku tak kisah sebab benda tak kena kat korang..korang boleh abaikan entri ini...tak payah baca dan tak payah komen. You not in my shoes..blog aku..aku punya sukalah. Aku tak pernah kacau orang..tapi langau-langau ni yang kacau aku.So what kalau aku nak tulis pun..

Kepada yang komen macam diri tu ala-la suci sangat..moga-moga 1 hari nanti korang kena balik macam mana aku dah kena.Tak suka..please leave ok!


Duit aku oiii..saper nak bayar??? Nak halal?? Sorry beb...RM15k ye..bukan RM15...jumpa kat padang mahsyar ye. kalau terjumpa aku lah. ..kalau tak..sendiri mau ingat laa..


Adeuss!!!

Khamis, 18 September 2014

MY WEDDING A- NEVER-SORRY

Assalamualaikum..

Semalam aku ada ceritakan pasal aku yang admitted 5 hari kat KMC. Nak kata terlupa tu..tidak..tapi jadi terlupa..

Ceritanya.. 29 Ogos lepas..di kala aku masih di KMC.. hari itu adalah hari Ulangtahun Perkahwinan aku dengan suami mucuk aku tu..

Suami aku memang jenis yang tak ingat tarikh penting. Hidup dia sibuk kerja je..yang di ingat bulan 8..tapi tarikhnya tak ingat..

Yang aku pulak..ingat tarikh ulangtahun 29 Ogos tu..tapi aku tersilap hari.. hari tu 30hb tapi mati-mati aku ingat 29hb..so..pada hari yang betul-betul 29hb tu..aku ingat 28hb..dan aku pun buat tak tau ajelah..

So..memang tak boleh dimaafkan..bila jadi macamni..beriya-iya lah aku wish Happy Anniversary pada 30hb..adoi..rupa-rupanya dah terlajak hari..

Memang kes naya...terlepas hari bahagia begitu sahaja.. nak nanges pun ada..uwaaaa...

gambar di hospital..sedih oohhh..


Abang..terima kasih untuk segala-galanya..
Terima kasih kerana menerima kekurangan Sayang..
Terima kasih kerana sudi melayan kerenah Sayang..
Terima kasih kerana sanggup bersama Sayang walau dalam susah atau senang..
Terima kasih atas bimbingan dan didikan Abang..
Abang suami terbaik untuk Sayang..
Semoga jodoh kita ini kekal hingga ke syurga Allah..
Andai Sayang pergi dulu..Sayang tunggu Abang disana..
Sayang tidak sempurna..tapi Abanglah yang telah menyempurnakannya..
Sayang Abang..




*sorryla ya..berjiwang pulak kat sini..suka hati aku lah kan..??? blog aku..hahaha.. Adeus!!!



Rabu, 17 September 2014

TONSIL OH TONSIL

Assalamualaikum

Kisah yang agak basi..terlupa pulak nak menulis di blog ni.. berblog dah tak serancak dulu. 26 Ogos lepas.. aku telah menjalani pembedahan pembuangan tonsil . Kedua-dua belah tonsil aku telah dijangkiti kuman dan kesakitan itu berulang setiap bulan.

Akhirnya..setelah dipujuk oleh suami tersayang..pada 25 Ogos aku pun menyerahkan diri kepada doktor untuk dibedah. 

Sebelum itu pada 22 Mac 2014 aku demam teruk dan suami aku terus bawa aku ke KMC..aku ditahan di wd 3 hari..kalau ikutkan aku tak boleh discharge lagi sebab badan masih panas tapi aku terpaksa ke Putrajaya untuk lapor diri kenaikan pangkat.

So..kisahnya..aku dimasukkan ke Wad 410..aku ambil bilik berdua saja sebab aku jenis tak boleh tidur dalam keadaan cerah..bayangkan 1bilik 4 orang sakit..bising..sesak..yang tak sakit pun jadi sakit.. sakit hati!

Sampai dihospital..pergi klinik dulu..jumpa balik dengan doktor yang ambik kes aku. Bagus doktor ni..padanla dengan Consultant Fee RM600 tu..Doktor Samy nama dia..oleh itu aku bagi 4 bintang kat dia.

Punyalah lambat prosedur nak masuk KMC ni..lepas jumpa Doktor..dapat surat untuk admid..kena pergi Admitted Counter..bayangkan dari pukul 11pagi..pukul 12.30 baru selesai semua..adoi..ingatkn hospital swasta lagi cepat..rupanya sama macam hospital kerajaan.. Hospital Kerajaan lambat pun tak apa sebab semuanya free..ini kita yang bayar.. taik bintang aku bagi kat Admitted Counter  .

Bunga dan buah dari agen Insurans aku..memang terbaiklah.

Aku makan sepuasnya haritu sebab dah tau lepas operate aku kena pantang lama..dan aku bukanlah jenis yang tahan daulat!

Petang tu pakar bius datang..apa nama dia aku dah lupa..baik gile doktor ni..buat lawak pulak tu.Melayu.. sorry la doc..saya lupa nak tengok nama doc..untuk doc saya bagi 5 bintang!

Malam tu aku dah start puasa..pukul 2.30 aku terjaga sebab nurse ambik BP.. dan aku makan ubat lepas tu minum ...terus puasa sebab operate pukul 11.30pagi.

Pagi tu dalam pukul 7.30 nurse datang bagi shower gell khas untuk orang yang nak operate..lepas mandi suami aku sampai..aku borak-borak dengan dia..

Pukul 11 nurse dari Operation Theater(OT) datang bagi baju untuk aku tukar..suami aku tolong ikatkan tali baju. Dah siap..sebelum nurse panggil cepat-cepat aku salam suami aku..peluk-peluk bagai..ehem!! Siap semua hanya pakai baju yang dia bagi..baring atas katil sorong..tunggu jelah aku ditolak ke OT.

Aku pandang suami aku puas-puas..mana le tau..takdir tuhan..aku terus tak jaga ke nanti..Aku tak nampak apa dah..cuma siling bilik OT je..Doc bius datang...Dr.Samy datang..sembang buat lawak.. Doc bius cakap.." ok..nak cucuk bius ni..nanti bau busuk sikit..buat tak tau ajelah nooo"..nurse kat hujung kepala.."ok puan..bismillah na...ok..tido..tido.."..

zzzzzzzzzz... "ok..puan..bangun..dah siap..jaga tak lagi ni??" eh..aku dengar suara Doc Bius tu..laaa..bila masa diorang operate nih..cepatnya..macam baru sesaat tadi aku dok dengar nurse tu suruh bismillah..Alhamdulillah..mujur aku jaga..

Pastu entah bila aku dah ditolak keluar dari OT..mata aku mencari suami aku..Ok..nampak dia berdiri jat pintu walaupun pandangan aku kabur..maklumlah.. aku rabun jauh..

tuuutttt.... sedar-sedar aku dah sampai wad..aku dengar Dr.Samy bercakap dengan suami..

Pukul 7 petang camtu..aku terjaga..rasa nak ludah airliur berbau darah..aku buka mata aku nampak suami bucuk aku tengah selfie...kejab possing kanan..pastu kiri..amboi! taula boring tunggu aku tak bangun-bangun..hahahah

Apapun Alhamdulillah semua dah selamat..

tukang jaga orang sakit melunjur kaki hihi..

inilah dia tonsil aku yang dah rosak tu..ada 2 biji..yang besar tu tonsil belah kanan

5hari aku di wad..siang malam suami tersayang menemani aku.. "terima kasih abang". Makanan aku siang malam bubur dan sup..sangat tak sedap!!!

Cuti sakit 2 minggu.. dari 25 Ogos sampai 13 September .. lagi 3 hari  nak habis MC..aku bedal sambal petai pedas berapi..tak tahan dah makan benda lembek dan kosong..tapi..aku hilang rasa sedap makanan.. bila aku masak aku suruh suami rasa..bila aku makan apapun.aku hanya rasa makanan tapi tak rasa sedapnya kat mana..owh...sedihnya nikmat tu dah tiada..


Sampai hari ni aku rasa macam tu..tekak rasa luas..tak sempat nak telan pun makanan tu dah jatuh sendiri dalam tekak..mmmmm..

Itulah kisah aku ...operate tonsil. Lain orang lain cerita..tapi sakitnya tetap sama..

Adeuss!!!



Selasa, 16 September 2014

KONTROVERSI PAYUNG PETRONAS

Assalamualaikum..

Ramai yang tahu kisah payung Petronas yang sangat panas hingga menimbulkan kontroversi malah amukan dikalangan pelanggan Petronas.

Nak dapatkan payung ni pun punyalah siksa..dan aku faham sangat kenapa sampai ada yang mengamuk. Manakan tidak.. kena beli petrol sekurang-kurangnya RM20 untuk dapatkan 1 cop. Kena kumpul 10 cop. Bermakna kena isi RM200. Dah tu prosedur untuk dapatkan cop tu sangatlah menyusahkan..

Lepas bayar kena bagi Kad Mesra..pastu tinggalkan kad untuk dicop dikaunter.Lepas isi minyak baru patah balik ke kaunter untuk ambil balik kad tu..itupun kena tunggu staf cop dulu..bayangkan kalau orang tengah rushing nak pergi kerja..tidakkah itu prosedur bangang namanya..??? 2-3kali nak pergi kaunter tu..apakejadahnya yang sudah sangat???

Aku ni sejak ada lesen dari tahun 1997 .. dari bawak motor sampailah berkereta hingga ke hari ini..jangan kata payung..paku payung pun Petronas tak pernah bagi. Kedekut nak mampos. Nak bagi payung pun macam tak ikhlas..

Disebabkan aku sekarang berada di Pulau Langkawi..so aku jarang isi minyak kereta..yelah.. pulau secoet ni..manalah aku nak pergi kan?...,aku ambil masa 2bulan jugaklah nak penuhkan cop tu.

Bila dah penuh..pada tarikh akhir 15 September tu..aku nak tukarlah ..boleh pulak payung habis stok..kena tunggu Khamis ni..suruh datang ambil..amboi macmlah aku takde kerja sangat.. bagus betul Petronas ni..

Last-last aku pergi stesen yang 1lagi..mujur ada.. (ke stesen yang aku pergi mula-mula tu sorokkan payung ni????)..

Inilah payung Petronas yang berhantu tu.. biasa jer..aku ingatkan ada emas ke..perak ke..

So..kepada Petronas..untung berbillion pun janganlah kedekut sangat..nak bagi pun macm tak ikhlas..podah!


Jumaat, 12 September 2014

DIA MAKIN BERJAYA

Assalamualaikum..

Ingatkah korang pada entri aku yang dulu? Kisah seorang OKU yang menjual coklat buatan sendiri? Jika tidak, ini ceritanya.. KLIK SINI

Sekarang, ada berita terbaru ..dia sudah makin berjaya. Malaysian Resource Corporation Berhad (MRCB) telah memberikan sebuah meja untuk beliau terus berniaga. (terima kasih kepada penyumbang sumber cerita ini )

crdt pic to : Haina Aina Ina

Syukur..ada yang sudi membantu..dan korang atau sesiapa saja yang berada diluar sana..bantulah saudara istimewa ini.. aku yang jauh ini..hanya dapat membantu mengiklan dan mewar-warkan sahaja...itu sahaja yang aku termampu..

Semoga masa depan insan istimewa ini bertambah cerah.

Itu aje cerita ringkas aku..
Adeuss!!!


Khamis, 11 September 2014

BERHATI-HATI DENGAN PANGGILAN DARI NO. INI 03-92852233 DAN 0321760366

Assalamualaikum..

Berhati-hati dengan penipu scam . Kisah ini aku dapat dari fb dan aku ingin berkongsi dengan korang semua..BERHATI-HATI DENGAN PANGGILAN DARI NO. INI 03-92852233 DAN 0321760366


Assalammualaikum, just to share what I have been thru 3 hours ago..this is the real story..Alhamdulillah tergerak hati utk tak buat spt apa yg disuruh..

Harap dapat baca sepenuhnya..kerana ini pengalaman saya sebentar tadi..dan bukannya copy paste dr mana2 group..

Ok..this is how it happened



9.30 - terima call dr RHB auto answering machine 03-92852233..mengatakan saya ada buat transaksi rm3200 dan diberi 3 pilihan- confirmkan,batalkan atau bercakap dgn operator, saya pilih utk bercakap dgn operator dan disambungkan ke RHB CUSTOMER SERVICE. Pegawai RHB yang bernama 'Danny' bertanyakan isu dan minta saya berikan nama dan no.ic. Saya sampaikan maklumat tersebut dan maklumkan kepada mrk yg saya tak oernah ada sebarang akaun dgn RHB.Mula2 saya agak sceptical nak reveal nama dan ic, tp setelah diberitau utk disemak akan status dgn kecurian maklumat peribadi pada bank negara, saya pun beri nama dan no.ic.


Kemudian, pegawai tersebut memaklumkan kepada saya yg kad kredit RHB VISA GOLD CARD telah dimohon atas nama saya di RHB Bukit Bintang pada 1/7/2014. Tunggakan sebanyak RM6320 dan maklumat ttg bil telah dihantar ke alamat berikut : No.20, Jalan PU 7/2, Pusat Bandar Puchong Utama. (Saya baru check selepas kejadian dan ini alamat company CleanPro Sdn Bhd).

Saya mula panik dan saya minta dia batalkan kredit kad tersebut memandangkan memang sah bukan milik saya. Katanya transaksi telah dibuat di KLIA pagi dan ia akan dibatalkan.Kad kredit tersebut akan dibekukan tetapi perlu mendapat pengesahan daripada Bank Negara atas laporan maklumat peribadi saya telah dicuri. 

Kemudian, pegawai tersebut menyambungkan saya kepada rangkaian Bank Negara bahagian siasatan utk tindakan seterusnya.Tetapi sebelum itu, pegawai tersebut telah dapatkan semua maklumat tentang perihal banking saya (berapa kad kredit yang masih aktif, akaun apa yg aktif, asb, akaun anak2, company acct dan sebagainya).Katanya data tersebut diperlukan untuk lodge report pada bank negara. Atas sebab saya mahu kes ink diselesaikan dengan segera, saya telah beri maklumat bank apa dan jumlah anggaran di dalam akaun tersebut tetapi bukannya no.akaun dan no.pin. Semua perbualan tersebut katanya telah dirakam untuk bukti mahkamah kelak dalam membantu kes siasatan kecurian maklumat peribadi saya ini. Setelah selesai, saya diberikan satu no. kes PKP100221B. Saya juga telah ditanya -ada sesiapa yang disyaki dan tolong jangan sebarkan perkara ini kepada pihak ketiga untuk tidak menjejaskan siasatan. Saya juga dinasihatkan agar beri maklumat yang sahih dan jangan terlibat dalam pemalsuan apa2 data kerana hukumannya sangat berat mengikut akta yang disebutkan. Setelah selesai, saya diberitahu, seorang pegawai siasatan bank negara akan hubungi saya dan minta saya beri no.kes.Saya kemudian tamatkan perbualan saya dengan pegawai RHB bank tersebut. Selang 5 minit, saya terima panggilan dari seorang pegawai kononnya dr bank negara bernama felix untuk siasat kes saya. No.tel 0321760366. 

Saya telah diminta untuk beri no.kes. Kemudian, dia memberitahu saya siasatan penuh akan dijalankan dalam masa 3 hari dan saya tidak boleh membuat apa2 transaksi perbankan sepanjang tempoh tersebut untuk tidak menganggu siasatan. Semua maklumat perbankan saya juga katanya akan dilindungi oleh satu polisi perlindungan daripada Bank Negara selama 3 hari siasatan tanpa apa2 bayaran tambahan.Polisi tersebut diperlukan untuk membayar ganti rugi sekiranya berlaku apa2 kerugian di pihak saya dalam tempoh siasatan dijalankan. Tetapi untuk mengaktifkan polisi tersebut, saya diminta untuk memindahkan semua wang di dalam akaun2 saya yang lain ke dalam satu akaun simpanan saya.Hanya perlu tinggalkan RM50 bagi setiap akaun yang lain.Selebihnya perlu di letakkan ke dalam akaun simpanan saya yang kebetulan di Maybank. Saya di minta untuk berbuat segera bagi mempercepatkan siasatan. Saya panik dan terus bergegas pulang ke rumah dan ambil segala buku simpanan yang melibatkan akaun simpanan asb dan asw anak2 saya. Talian telefon tidak dimatikan kerana katanya sgt urgent, so pegawai tersebut akan tunggu di talian sehingga saya pin

dahkan kesemuanya ke dalam satu akaun. Selepas dptkan buku2 akaun tersebut, saya bergegas semula ke Maybank berhampiran, saya diminta untuk mengambil no.dan memberitahu kepada pegawai bank negara tersebut berapa no lagi di depan, kaunter berapa dan pegawai yg bertugas. Setelah isi borang, saya ambil no dan tunggu di kaunter sementara pegawai bank negara tersebut menunggu di talian. Sewaktu itu, saya no 2056 dan ada 4 no di dpn saya. Tetapi saya tergerak hati dan timbul keraguan bila pegawai tersebut memaklumkan kepada saya , sekiranya pegawai bank tanya kenapa semuanya perlu dipindahkan, jangan beritahu apa2 dan hanya cakap ianya kes kecemasan. Saya juga ada bertanya, boleh kah saya simpan semua sebagai cash dan tidak memasukkan ke dalam akaum simpanan tersebut, tetapi dia kata tak boleh kerana nanti tak dapat nak aktifkan polisi tersebut.Ada tinggal satu no saja lagi di depan, saya tergerak hati untuk check website bank negara.Pada awalnya, saya dah start ragu kerana memang no.telefon berbeza dan memang apa yang disebutkan dalam unauthorised debit and credit card adalah sama modus operandinya dgn apa yang saya sedang hadapi.

Saya tak sedap hati dan terus keluar dari bank dan menamatkan panggilan. Pegawai tersebut cuba call saya berkali2 tetapi saya tidak angkat. Saya hubungi no. telefon bantuan/aduan bank negara 1300885465 dan menanyakan tentanga apa yang telah saya hadapi, pegawai tersebut terus menanyakan saya-adakah saya telah buat apa2 transaksi?bila saya katakan belum, dia pun bunyi sangat lega dan katanya itu adalah modus operandi scam masa kini dan dah ramai yang terkena.tetapi selalunya selepas buat transaksi, baru nak hubungi bank negara untuk tanya kesahihan.

Oleh kerana saya tak beritau apa2 maklumat tentang no akaun dan tidak buat apa2 transaksi lagi, katanya masih terselamat tetapi disyorkan untuk buat laporan polis dan tolong sebarkan hal ini kepada umum sebagai peringatan.
JADI SAYA HARAP ANDA SEMUA DAPAT BANTU SAYA UNTUK SEBARKAN CERITA DARI PENGALAMAN SEBENAR SAYA INI..KEPADA AHLI KELUARGA, RAKAN TERDEKAT DAN SESIAPA SAHAJA..Agar kita semua akan sentiasa berada di bawah lindungannya.Terima kasih.Syukur Ya Allah, Syukur Alhamdulilillah..
Kejadian yg berlaku dlm kul 10.30 pg 11 Sept 2014.

dan sekali lagi aku pesan.. BERHATI-HATI DENGAN PANGGILAN DARI NO. INI 03-92852233 DAN 0321760366
*****

*penbiru.com hanya menyiarkan semula posting ini untuk membantu mangsa dan tiada kepentingan kepada mana-mana pihak. Artikel ini akan diturunkan setelah masalah penipuan ni selesai.

Selasa, 9 September 2014

BORDER PASS BARU

Assalamualaikum..

Tengahari tadi aku temankan En.Suami ke Imigresen Anak Bukit untuk buat Border Pass @ Pass Sempadan sebab dia ada urusan bisnes kat Sadao. Dalam kepala aku..mati-mati aku bayangkan Border Pass tu sekeping kertas bergambar..bila dah siap..eh? dah lain dah..

Cantikkan? Macam passport Antarabangsa..kaler je lain

Hanya untuk limgkungan kawasan terhad

Dalamnya..sama macam Passport.

Border Pass ini adalah yang terbaru. Tahniah untuk Imigresen Malaysia..ini satu penambahbaikkan yang terbaik. Dulunya Border Pass ni hanyalah sekeping kertas..2 kali pakai dah lunyai.

Kualiti Border Pass ni memang terbaik. Hanya bawa sekeping gambar passport latarbelakang putih..isi borang dan bayaran RM 10 sahaja. Border ni sahlaku untuk 1 tahun.

Border Pass ini sah untuk kawasan sehingga Wilayah Satun, Songkhla, Yala, Narathiwat, dan Patani dan tempoh untuk berada di sana tidak melebihi 30 hari tertakluk pada kelulusan pihak berkuasa di sana.

Apapun..tahniah Imigresen Malaysia atas pembaharuan ini. Ini aje cerita aku.

Adeuss!!!

Rabu, 3 September 2014

FORUM PENDERHAKA

Assalamualaikum..

Nampaknya bangsa Melayu sendiri yang berani dan cuba mengusik kedaulatan sistem Beraja dan Islam..

Aku tak tahu siapakah punya idea nak adakan forum "bangang" macamni. Apa tujuan dia? Berani mempersoal dan memperdebatkan Raja,Islam & Melayu dalam Perlembagaan. Untuk apa???

Semakin ramai bijak pandai..semakin besar peluang negara tergadai. Anak bangsa kita sibuk dengan hiburan..lalai dengan keseronokan dunia.. lupa yang negara ini sudah dijajah semula..bukan dengan senjata..tapi minda!

Mujur salah seorang panel yang masih ada jati diri bertindak menarik diri dari forum yang tidak berfaedah tu.

Serius..aku sangat sedih ... bila Melayu sendiri dengan bangganya mempertikaikan kelebihan diri sendiri. Bodoh..itulah istilah yang sesuai untuk penganjur dan orang yang punya idea tahap cipan nih.

#AkuMarah
Adeuss!!!

Isnin, 1 September 2014

PAHLAWAN TUGU NEGARA

Assalamulaikum..

Anda tahu Tugu Negara? Simbolik kepada perjuamgan bangsa untuk mencapai kemerdekaan. Dibina oada 1963 dan siap pada 8 Februari 1966. Diperbuat dari gangsa setinggi 15meter oleh seorang pengukir dari Austria bernama Felix de Weldon.

Tugu ini pernah dibom komunis pada 26 Ogos 1975 dan bunyi letupan itu telah didengar sendiri oleh Tunku Abdul Rahman yang tinggal berdekatan. Pengeboman itu menyebabkan patung besar musnah dan 2kepala patung jatuh dari kedudukan asal.

Tapi tahukah anda siapakah yang memegang bendera di atas tugu tersebut?.. Inilah dia..

Zainal Buyung
Beliaulah yang menjadi model ketika Tugu Negara tersebut dibina. Dan beliau telah menerima pingat dari Ratu Elizebeth II dan Kerajaan Malaysia.


Biar pun jasanya nampak kecil..tapi itulah yang kekal selagi Tugu Negara berdiri megah.. dan yang pastinya beliau sudah melakukan sesuatu untuk negara sedangkan kita???

Beliau adalah pahlawan yang tidak didendang!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...