Semalam aku ada ceritakan pasal aku yang admitted 5 hari kat KMC. Nak kata terlupa tu..tidak..tapi jadi terlupa..
Ceritanya.. 29 Ogos lepas..di kala aku masih di KMC.. hari itu adalah hari Ulangtahun Perkahwinan aku dengan suami mucuk aku tu..
Suami aku memang jenis yang tak ingat tarikh penting. Hidup dia sibuk kerja je..yang di ingat bulan 8..tapi tarikhnya tak ingat..
Yang aku pulak..ingat tarikh ulangtahun 29 Ogos tu..tapi aku tersilap hari.. hari tu 30hb tapi mati-mati aku ingat 29hb..so..pada hari yang betul-betul 29hb tu..aku ingat 28hb..dan aku pun buat tak tau ajelah..
So..memang tak boleh dimaafkan..bila jadi macamni..beriya-iya lah aku wish Happy Anniversary pada 30hb..adoi..rupa-rupanya dah terlajak hari..
Memang kes naya...terlepas hari bahagia begitu sahaja.. nak nanges pun ada..uwaaaa...
gambar di hospital..sedih oohhh..
Abang..terima kasih untuk segala-galanya..
Terima kasih kerana menerima kekurangan Sayang..
Terima kasih kerana sudi melayan kerenah Sayang..
Terima kasih kerana sanggup bersama Sayang walau dalam susah atau senang..
Terima kasih atas bimbingan dan didikan Abang..
Abang suami terbaik untuk Sayang..
Semoga jodoh kita ini kekal hingga ke syurga Allah..
Andai Sayang pergi dulu..Sayang tunggu Abang disana..
Sayang tidak sempurna..tapi Abanglah yang telah menyempurnakannya..
Sayang Abang..
*sorryla ya..berjiwang pulak kat sini..suka hati aku lah kan..??? blog aku..hahaha.. Adeus!!!
sesekali jiwang kan
BalasPadamItulah tanda bahawa sebagai manusia kita tak lari dari sifat lemah. Tak sempurna. Selalu kita kata suami kita tak kisah tarikh penting - last kita yg konon ambil berat terlajak hari ye..
BalasPadamApa pun happy belated anniversary dari kakak.