Aku nak pesan kepada korang semua..TOLONG JANGAN JAWAB CALL dari nombor 03-27238561.
Ceritanya..semalam masa aku dalam perjalanan balik dari Langkawi ke rumah..handphone aku terima 1 misscalled dari nombor 03-27238561. Aku malas nak call balik. Buat habis kredit aku je.
Tadi..masa aku rehat-rehat sambil tengok tv..aku dapat lagi call dari nombor 03-27238561 (sengaja aku tulis banyak kali nombor 03-27238561 tu..sebab aku nak google search up kan entri aku ni bila ada mangsa yang cuba google nombor 03-27238561)
ini bukti nombor 03-27238561 yang sangat setan tu..
Yang cakap tu jantan..siap sebut nama aku dan binti. Dia cakap dia dari CIMB. Nak offer penyelesaian kad kredit. Aku yang kebetulan tengah bengang dengan CIMB yang dah janji nak hantar kad kredit baru..hampir 2bulan aku tunggu tak sampai pun..bila dengar je dia sebut bab kad kredit CIMB.. menyirap darah aku.
Aku kata..jangan nak offer apapun selagi kad tu tak sampai..tapi si jantan tu..asyik nak patahkan cakap aku..nak offer jugak. Aku kata..baki aku tak sampai 1 k pun..hari ni pun aku boleh bayar...tapi aku tak nak bayar selagi kad tak sampai.
Dia dok bercakap lagi. Aku kata.."sudah-sudah..saya tak nak cakap lagi benda ni. awak call orang lain."..tuuttt aku letak..
Tergerak hati nak google apa-apa info mengenai nombor 03-27238562 tu..ini jawapan yang aku dapat.
rupanya penyamun ni bermula dari tahun 2009 lagi..
Ini yang terbaru, Februari 2015
Mangsa April 2010
Jun 2010.
So..rumusannya.. nombor 03-27238561 ni adalah satu syarikat telemarketing.. call orang dan cari mangsa. Dan pihak bank lah yang paling kurang ajar kerana mendedahkan maklumat kita.. nama penuh dan nombor handphone kepada syarikat hantu ni.
Dan aku nak pesan dengan korang semua.. save kan nombor 03-27238561 ni dalam handphone korang..dan namakan dengan nama JANGAN JAWAB. Insya Allah, korang akan selamat dari diganggu hantu-hantu ni.. berhati-hati semua!