Rabu, 31 Disember 2014

BSN TAK JUJUR, CIMB SOMBONG

Assalamualaikum..

Kisah penutup tirai 2014 .

Berlaku 2hari lepas. Bermula punca apabila BSN (Bank Simpanan Nasional) Gurun, bank di mana mak aku buka buku akaun simpanan untuk terima BR1M. Memang sah..pekerja bank di Malaysia ni..sebahagian besarnya tak boleh dipercayai sebab dengan sewenang-wenang mendedahkan data pelanggan kepada pihak ke-3 iaitu syarikat telemarketing.

Korang boleh google nombor ni 03-2788340.. yang call tu nama Zulkarnain.. memang sumpah hidup tak senang!

Mak aku..orang tua..orang kampung.. manalah tahu semua tu. Konon dengan bismillah..ucap tahniah..terpilih nak terima bantuan kerajaan . Siap boleh sebut satu persatu yang mak aku baru buka akaun dengan BSN tu... Cuma bayar RM46 setiap bulan nanti masuk hospital dapat RM200. Mak aku kata..nanti dulu nak tanya anak-anak..boleh dia jawab..tak payah tanya lah..kalau tanya pun anak mesti setuju.. Mak aku ni percaya.. dah dia mengaku barulah dia call aku dan cerita.. apalagi..membebel panjanglah aku. Geram tak tau nak cakap. Aku kata kat mak aku..Kerajaan kalau nak bagi bantuan..dah lama dia canang kt TV..tahun depan nak bagi. tahun ni dah heboh dah..adoila...mak oo mak .

Mujur duit dalam tu hanya ada RM50 . Dan amaun tu tak boleh diambil atau auto debit oleh sesiapun jika amaun lebih RM40 sebab minima duit buku adalah arM10..so aku biarkan aje duit tu beku disitu. Dan disebabkan tarikh akhir kemaskini data BR1M adalah 31hb Disember.. aku suruh mak aku ke CIMB Bank Guar Chempedak bersama anak saudara aku (kebetulan waktu tu kakak aku kerja di Tambun..adik aku dah balik KL dan aku bertugas di Langkawi) untuk buka akaun simpanan dan disitu..

Bukanlah hadap sangat dengan CIMB Bank ni..cuma ini saja bank yang terdekat dengan rumah mak aku. Dan aku ingat mudah mak aku nak pergi ambil duit BR1M nanti.

Semalam..dalam pukul 11pagi, mak aku call mengadu, pihak CIMB Guar Chempedak tolak permohonan mak aku untuk buka akaun sebab cap ibu jari mak aku tak ada.. Mak aku zaman mudanya kerja teruk..jari jemari dah menggelupas hinggakan cap jari memang hilang terus..HAUS! Tapi jika itu yang dijadikan alasan CIMB Guar Chempedak tu..aku memang tak boleh terima. Tak adakah alternatif lain? Bukan nak pergi merompak..mintak hutang..tapi nak simpan duit!

Aku suruh mak aku balik dulu..menggigil tangan aku punya geram. Aku call CIMB tu dalam pukul 12.30 dan staf perempuan yang jawab..nama aku tak berapa dengar.

Aku tanya dia.. perbualan lebih kurang macamni..
Aku " i nak tanya u..kalau nak buka buku saving , minima berapa ratus?"
Cimb " RM500"
Aku " ok..my mum bawa RM500 nak buka buku dengan Cimb.. tapi kenapa tolak..alasan cap ibu jari tak ada"
Cimb " memang kena cap ibu jari sebab sistem kami kena cap jari sama macam dalam ic"
Aku " masalahnya sekarang..cap jari dia haus. Dia orang tua..kerja teruk sampai cap jari hilang..dah tu nak buat macam mana? bukan saja-saja nak bagi hilang"
Cimb " memang tak bolehla ..nak buat macam mana"
Aku " abih tu..kalau orang kudung..macam mana? tak boleh jugak ka?"
Cimb "...aa...kalau kudung tu cerita lain la"
Aku " cerita lain yang macam mana? u all ni,  Cimb Guar ni memang sombong! u all sombong. tak ada budibicara langsung! sombong!".. aku geram..terus aku letak telefon..

Aku dah menggigil 1 badan. Tiba-tiba aku teringat kawan aku kerja Public Bank..aku tanya dia dan petang tu mak aku ke Public Bank Gurun..dan segalanya selesai dalam 20minit!

Cerita tak habis disitu..aku bambu CIMB dalam fb rasmi diorang.





Kalau korang ditempat aku..apa korang akan buat. Mak aku dah 60 tahun. warga emas.. tapi ini layanan yang diterima dari CIMB Guar Chempedak. Langsung tak ada budibicara..tak ada tolak ansur..dan yang penting tak ada otak. Sombong nak mampus!

Kalau aku ada bersama mak aku pada waktu tu .. nak saja aku tanya..kalau cap jari tangan tak ada.. cap jari kaki ada..boleh ka tak?

Kesimpulannya.. CIMB BANK GUAR CHEMPEDAK memang sombong..mentang-mentang mak aku orang kampung..boleh dibuat sesuka hati. Nama saja bank besar tapi tak ada alternatif untuk orang yang kes seperti mak aku.. memang aku tak boleh nak maafkan staf cap mangkuk hayun yang kerja disitu.

Lebih baik Public Bank..aku puji.. 10 bintang pun boleh bagi..so jangan salahkan melayu islam kalau pergi bank cina.! dan duit BR1M mak aku..masuklah nanti ke akaun Public Bank.

Aku tak kisah pun kalau entri aku jadi viral..sebab aku di pihak yang betul . Sikit pun aku tak takut. CIMB Guar Chempedak yang patut minta maaf dengan mak aku dan tak payah la nak sombong!

T.A.M.A.T

Selasa, 23 Disember 2014

CINTA BETO KUSYAIRI

Assalamualaikum..

Aku peminat pelakon Beto Kusyairi. Tiap watak baik atau jahat..semuanya menjadi..tanpa perlu bermuka alim atau ganas..hanya lirik dan tenung mata pun sudah memadai.

Aku antara ribuan follower Instagram Beto.. dan sesuatu yang aku perasan mengenai Beto adalah cintanya kepada isteri.. bertuahnya isteri Beto.

Tak seperti artis lain, Beto bangga dan tak "simpan" isteri dari tatapan umum. Bagi mengelakan fitnah..gossip atau apa saja pandangan negatif dunia hiburan sekarang..

Di Instagram Beto.. sentiasa ada gambar dia dan isteri.. bersama caption luahan rasa kasih dan sayangnya dia pada isteri. (sesuatu yang susah seorang lelaki nak buat di fb atau ig)





Setahu aku pasangan ini tidak dikurniakan zuriat, tapi apa yang aku kagum ialah perasaan kasih sayang mereka cukup kuat..mereka bahagia walau tanpa anak . Serius aku cemburu dalam masa yang sama aku dapat rasakan kebahagiaan pasangan ini dan Beto sentiasa "menutup" jalan untuk orang ketiga dengan meluahkan rasa cinta dan sayang pada isteri..aduh..jelesnya aku..

Apapun..aku doakan semoga pasangan ini bahagia hingga ke jannah dan para suami diluar sana patut mencontohi Beto.. yang sentiasa menghargai isteri .. tak malu nak tunjuk isteri..

Semoga berbahagia Beto dan isteri..amin.

*senyum sorang2 tengok pic diorang..so sweet!

Rabu, 17 Disember 2014

JUTAWAN JUTAWAN JUTAWAN

Assalamualaikum..

Aku nak korang tengok kartun ni..

crdt pic to Oh!Media

Aku sangat setuju..sokong 100% dengan apa yang dikatakan tu.. sangat sangat sangat setuju!

Aku bukan nak kondem pakar motivasi (yang sememangnya jadi jutawan dengan bagi nasihat secara berbayar kepada orang yang gila nak jadi jutawan) tapi itulah hakikat sebenar.

Aku tak pandai Matematik.Tapi aku nak bagi korang tolong kira kat aku perkiraan di bawah..

Katakan..Yuran untuk bengkel/kursus nak jadi jutawan tu RM250/orang (ni kira murah ni..ada yang sampai RM999).. Dalam 1 sessi bengkel ada 300orang peserta (ni kira sikit lah ni sebab ada yang sampai 1000orang penuh dewan).. Lepas tu..bengkel tu di adakan sebulan 2 kali..(ada yang sampai tiap minggu pun ada).. agaknya dalam setahun berapa dia dapat tanpa tolak kos dewan dan lain-lain (yang tu dia punya pasal lah kan?)

RM250 X 300orang = RM75,000.00 X 2(2kali sebulan) = RM150,000 X 12bln (tempoh setahun) = RM1,800,000.00 setahun..!!!

Nah! sekarang siapa yang jutawan? yang mendengar nasihat atau memberi nasihat? 

Aku kadang-kadang nak tergelak sangat bila ada yang share kisah diri yang ikut bengkel macam ni..tanpa di sedar..dia telah menjutawankan orang lain dari diri sendiri. Orang yang memberi nasihat tu..belum tentu boleh berjaya dalam bisnes kalau dia sendiri tidak dikenali..tak ada modal. bank reject loan..dan sebagainya. Cakap sape2 pun boleh..nasihat sape2 pun boleh bagi. Hakikatnya orang yang melalui sahaja yang tahu rasa perit jatuh bangun dalam bisnes. Sedangkan dia jadi jutawan hanya dengan bercakap.

Apapun berbalik pada kemahuan diri untuk berubah. Tak perlulah berhabisan semata-mata nak dapatkan nasihat untuk jadi jutawan dan berjaya dalam bisnes. Semuanya bermula dari dalam..dari cita-cita..belajar dan berani. 

Potensi diri tak perlu orang lain cerita dan cungkil. Bagi aku..orang yang gunakan orang lain untuk cungkil potensi diri adalah orang yang tidak yakin dengan kemampuan dn kebolehan sendiri. Untuk kenal diri sendiri mudah saja..iaitu..kenali Allah. Insya Allah..dengan sendirinya kita akan sedar diri.

Itu aje untuk hari ni..entri ini untuk menjentik dan meluku orang yang terlalu bergantung kepada orang lain untuk berjaya seolah-olah orang itu lebih kenal siapa diri kita lebih dari kita kenal diri sendiri. Adeus!!!



Jumaat, 12 Disember 2014

MALAYSIA MENANG BOLA, VIETNAM MENANG JIWA

Assalamualaikum..

Lama tak menulis. Sibuk. Maklumlah dah hujung tahun..akan jadi rutin bagi orang yang buat kerja kewangan macam aku..nak tutup akaun la kekdahnya..

Semalam perlawanan bola untuk menentukan siapakah yang layak ke final Piala AFF Suzuki.. menemukan Malaysia dan Vietnam..

Aku secara peribadi sangat malu dengan sikap segelintir penyokong bola sepak negara. Tak kira perlawanan luar negara atau sesama sendiri. Fanatik tak tentu hala sampai sanggup pukul memukul sesama sendiri.. Yang terlibat tu confirm atas kad pengenalan ditulis agama Islam..tapi perangai Masha Allah!

Harimau Malaya tewas di Shah Alam minggu lepas..dan tak pasal-pasal penyokong Vietnm kena pukul sampai berdarah. Tapi semalam, kehadiran penyokong Malaysia disambut secara hormat..dan tak ada pulak orang Malaysia yang pecah kepala kena pukul.


Malu..memang malu. Walaupun majoriti orang Vietnam beragama Buddha, tapi mereka bertindak lebih mulia dari kita. Melayan musuh dengan baik itu adalah sebenarnya sindiran yang memalukan kita sendiri.



*pic credit to zing.vn


Kerana bola pun sanggup pukul memukul..itulah sikap paling kurang ajar. Sedar ke tidak..jangan ingat kita sahaja yang kuat..cuba kenang balik..macam mana kuatnya rakyat Vietnam menentang pencerobohan Amerika masa perang dulu..dengan serpihan bom Amerika pun mereka boleh bina bom yang baru..melawan tanpa senjata ditangan..menggali terowong beratus kaki tanpa disedari musuh..kalau mereka nak "lanyak dan ganyang" kita..memang boleh sangat..

Sesungguhnya..kita hanya menang bola (itu pun belum tentu..silap-silap lumat dibelasah Thailand nanti).. tapi Vietnam telah menang jiwa..walaupun kita lebih maju dari mereka..tapi mereka "maju" jiwa dan persaudaraan.. malunya...

#SorryVietnam 

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...