Isnin, 21 Disember 2015

E-GIFT CARD ZALORA

Assalamualaikum.

Kali ini aku nak berkongsi dengan korang semua sesuatu yang amat menarik. Tengok tajuk pun dah tahu kan? Tapi apa itu E-Gift Card.


Oklah, biar aku mulakan satu persatu agar korang faham. Macam ni ye, Zalora sekarang ni sedang mengadakan jualan E-Gift Card Zalora . Korang boleh beli E-Gift Card bernilai samada RM75 , RM150 , RM200 atau RM300. E-Gift Card ini korang boleh hadiahkan kepada sesiapa sahaja. Katakan korang nak hadiahkan kepada emak korang.. nanti emak korang boleh beli apa sahaja di Zalora dengan nilai E-Gift Card yang korang beli tu.. Menarik kan? Kekadang kita nak hadiahkan sesuatu untuk suami/isteri, mak ayah, adik, kakak, abang , kawan2, bla bla bla bla.. kiranya banyak lah yang korang nak bagi hadiah, tapi kekadang korang sendiri pun tak pasti nak beli apa.. jangan kata korang, aku pun macam tu lah juga..



Berjalan sana-sini, pegang itu ini..last2 tak tau nak beli apa..kang beli orang tak suka..tak muat, tak sesuai, tak itu..tak ini.. sipenerima mungkin tak akan kata apa2 untuk jaga hati kita..tapi jauh nun disudut hati..mmmmm.. eh2..jangan kata orang. Kita sendiri pun kekadang suami beli baju, pada mata dia nampak cantik..tapi kita nampak macam baju orang tua..huhuhuh..sedih..tak pakai kang merajuk..dah pakai , rasa down..sabor jerlah.

Oleh yang demikian, hadiahkan E-Gift Card Zalora ni lagi bagus. Penerima tu boleh beli apa yang dia suka apa yang ada di Zalora dengan pilihan bermacam jenis baju, seluar, aksesori..nak sebut pun tak taulah sebab banyak sangat. E-Gift Card ni sah selama 1 tahun dari tarikh pembelian tau. lepas tu pulak, penerima tadi boleh beli beberapa kali dan beberapa jenis barang dengan E-Gift Card Zalora ni , tiap kali beli , amaun akan ditolak dari E-Gift Card tu sehinggalah habis semuanya amaun dibelanjakan.. (alang2 nak beli..beli je yang RM300 tu..standby.. ada sale je, terus beli..kan ke jimat..bijak...bijak..lagi bijak kalau korang beli untuk diri sendiri..heheh..dah macam reload henpon pulak ya)

Macam mana korang nak beli E-Gift Card Zalora ni?? mudah aje. Klik aje link ni -->>E-Gift Cards ZALORA 


Inilah cara terbaik untuk kita hadiahkan sesuatu kepada yang tersayang. Tak payah nak pening2 kepala. Bagi aje E-Gift Card Zalora ni. Suka hati oranglah dia nak beli apa nanti. Tak perlu tunggu birthday ke, anniversary ke, pass exam ke, kahwin ke..tak perlu... bila rasa nak hadiah..hadiahlah.. tapi inilah masa terbaik untuk hadiahkan E-Gift Card Zalora ni, memandangkan sekarang ni pun di Zalora tengah sale gila2 ni..rugi pulak telepas peluang ni..

Oklah.. itu aje aku nak kongsikan dengan korang semua. Semoga bermanafaat..dan berterimakasihlah kat aku sebab aku dah settlekan masalah korang2 yang pening kepala tak tau nak beli hadiah apa!

Adeuss!!!

Selasa, 15 Disember 2015

FRUIT SALAD LAH PULAK!

Assalamualaikum.


Hujung tahun, seperti biasalah aku akan sibuk..sibuk dengan kerja ..maklumlah kerja kewangan ni, nak tutup akaun..

So untuk kali ni, aku buat resepi simple je.. mudah, ringkas, kenyang dan yang penting .. berkhasiat!

Hari ni kita buat Salad Buah atau Fruit Salad!

Bahan-bahanya
Epal hijau
Epal merah
Buah Lai
Tomato cherry
Daun salad
Mayonis sebenar
Lada sulah

Caranya;
Mudah aje, potong dadu semua buah(jangan kecil sangat), tambahkan tomato cherry(tak ada pun takpe)masukkan mayonis dan lada sulah, gaul rata..masukkan dalam bekas yang dialaskan daun salad. SIAP!!


Serius memang sedap! cubalah..rojak orang putih ni..layanzzzz..



Sabtu, 12 Disember 2015

CUTI UMUM JIKA KEDAH MENANG BOLA MALAM INI





SIARAN MEDIA

13 DISEMBER CUTI UMUM JIKA KEDAH MENANG PIALA MALAYSIA 

Setelah dibincangkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah dan dipersembahkan bagi perkenan Yang Teramat Mulia Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Kerajaan Negeri membuat ketetapan berikut: 

Sekiranya pasukan bola sepak Kedah memenangi perlawanan akhir Piala Malaysia malam ini, hari Ahad, 13 Disember 2015 diisytiharkan sebagai cuti umum di Negeri Kedah menurut Akta Cuti 1951.

Sekiranya pekerja masih dikehendaki bekerja esok (Ahad, 13 Disember 2015), majikan perlu mematuhi perkara berhubung bayaran gaji dan elaun lebih masa berganda bagi hari tersebut menurut Akta Pekerja 1955. 

Namun begitu, majikan boleh menggantikan cuti esok kepada hari lain tetapi masih tertakluk kpd peruntukan undang-undang berkaitan.

Sekian dimaklumkan.

DATO' SERI HAJI MUKHRIZ TUN MAHATHIR
Menteri Besar Kedah Darul Aman

Tarikh : 12 Disember 2015



***tudia MB kesayangan orang Kedah..semangat sungguh..moga2 Kedah menang..amin! ***

Isnin, 7 Disember 2015

TEMPAT MENARIK DI LANGKAWI - MAHA TOWER

Assalamualaikum.

Hari ini aku ingin kongsikan satu tarikan pelancong terkini di Langkawi yang masih dalam pembinaan.

MAHA TOWER adalah sebuah menara yang merupakan struktur binaan menara tertinggi di pulau lagenda ini. Dinamakan sempena nama yang dikasihi seluruh rakyat Malaysia, mantan Perdana Menteri yang telah menaikkan nama Pulau Langkawi di mata dunia iaitu Tun Dr.Mahathir Mohammad.

MAHA TOWER ini berketinggian 138meter dibina didalam sebuah kawasan yang dinamakan MAHA CITY (juga masih dalam pembinaan. Lokasinya ditepi laut di  Bandar Kuah.

Gambaran MAHA CITY Langkawi

Struktur binaan MAHA TOWER

Kredit ini aku berikan kepada pemilik asal gambar di bawah itu saudara Nazri Wan Abib yang terlibat dalam pembinaan menara. Tahniah diucapkan kerana beliau berjaya menjadi salah seorang yang menyumbang tenaga bagi menjayakan pembinaan menara yang bakal melakar sejarah pelancongan Pulau Langkawi. 

Bagi menghormati dan menghargai saudara Nazri Wan Abib atas perkongsian gambar-gambar ini, aku telah meletakkan watermark atas nama beliau di atas semua gambar bagi mengelakkan gambar-gambar ini disalahguna atau diplagiat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Gambar yang diambil adalah dari atas puncak menara






Tak sabar rasanya untuk melihat MAHA TOWER ini siap dan menjadi tarikan pelancong di Pulau Langkawi ini.

Ahad, 6 Disember 2015

OREN :: 3TAHUN BERLALU

Assalamualaikum..

Semalam 5 Disember.. genablah 3tahun aku ditemukan denfan kucing kesayanganku Oren..Sekarang Oren pun dah ada anak ..Limau..



Dialah peneman dikala kesunyian..menjahit sampai subuh pun dialah teman..tido atas riba..minum susu botoi..teman bersembang teriak tangis..dialah saksi segala susah payah aku pada waktu tu..tak sangka dia hidup sampai hari ni..terima kasih Allah kerana kurniakan anugerah ini dalam hidup aku walaupun dia hanya seekor kucing..

Khamis, 3 Disember 2015

IDEA COPY PASTE

Assalamualaikum..

Serius aku cakap..
Berblog sekarang dah tak se best dulu..masa FB belum ada..dah ada tapi tak famous.. dah ada tapi ramai belum ada akaun..

Apa yang kita tulis diblog adalah idea kita sendiri.. cerita hidup kita, resepi yang kita cuba dan semuanya yang kita punya (ada juga yang kita ceduk dan senduk dari orang lain..cuma tak nak mengaku je)

Bila FB mula famous, budak tadika pun ada akaun FB..maka mood berblog pun berubah. Betul atau tidak apa yang aku cakap ni? Maka adalah antara kita yang mengupdate blog dengan apa2 yang ditengoknya atau dijumpainya dalam FB.. ada kala (atau kebanyakkannya) benda tu kita sendiri dah pernah baca atau tengok ..ada yang baru malah ada yang berkurun dah..

Kita ketandusan idea.. update blog asal update aje..tanpa kira dari mana sumber yang kita dapat..aku rasa kelakar bila jumpa orang yang update blog guna idea atau sumber dari FB. Tak salah nak copy paste tu, yang salah ialah bila kita tak bagi credit atau mention kat situ sumber kita dapat dari mana.

Bila ini berlaku, maka keharmonian rakan blog untuk menjengah dan memblogwalking terus berkurangan sebab benda tu orang dah baca/tengok pun. Umpama siaran Astrok yang asyik ulang drama 5 tahun lepas buat kali ke 100!. Kita tak perlu jadi bagus untuk menulis di blog..apa yang penting adalah idea tu..Bolehla kita tengok statistik di panel blog dashboard blog kita..berapa hits untuk setiap entri yang kita publishkan.

Kita para blogger ni sebenarnya mempunyai platform yang cukup baik untuk berkarya dalam bentuk penulisan dan visual..kerana blog ini lebih umum, sesiapa sahaja, tak kira dari ceruk dunia mana pun boleh nampak dan baca (kalau yang baca tu faham melayulah!)

Sebab itu aku sekarang ni jarang berblog. Kalau ada pun kisah jalan2 atau mana yang penting aje. Contohnya macam berita kematian Seniwati Mariani.. aku dapat info ni dari senior aku , pengarah drama dan filem Hashim Rejab sekitar jam 7.50 malam (kira2 20minit selepas kematian Allahyarhamah).. maka dengan pantas aku sebarkan berita itu di blog ini untuk makluman ramai. Ini bermakna , aku tidak copy paste benda yang dah lapuk untuk tarik perhatian orang.

Entri aku hari ni mungkin dah menjentik sesetengah orang..maaflah aku cakap benda yang benar. Tapi kita sebagai blogger, sebolehnya cuba kekalkan kelas kita..kita tak sedar yang kita ni sebenarnya ada kelas yang tersendiri berbanding pengguna FB (walaupun dalam masa yang sama ini kita juga pengguna FB) Sebagai blogger, kita tak tahu siapa pembaca dan pengikut kita..berbanding FB yang kita tahu pembaca adalah dikalangan rakan taulan kita sendiri. Di FB kita bebas upload apa sahaja gambar peribadi kita, tapi tidak di blog kerana ia boleh menjadi tatapan serata dunia tanpa tapisan.

Itu sahaja bebelan aku hari ni..nak katakan aku senior dalam berblog ..tak tahulah sebab aku mula berblog dari 2006 (tutup akaun 2009) dan buka akaun baru 2011 hingga sekarang..bermula dari template entri blog  hanya ada kod html, nak upload sekeping gambar pun ambik masa 10-15minit..huh! Berbekal ilmu study sains komputer..aku menggagahkan diri nak berblog waktu tu. Siksa nak tulis 1 entri..hanya Allah saja yang tahu..

Apapun..salam blogger untuk semua!


Selasa, 1 Disember 2015

BELANGSUNGKAWA- SENIWATI MARIANI KEMBALI KERAHMATULLAH

Al-Fatihah..

Baru semalam kita kehilangan pelawak keasyangan ramai, Pak Yus Jambu..harini Seniwati Mariani telah pulang kepangkuan illahi sebentar tadi jam 7.32 malam..jenazah sekarang berada kediamannya di 12A, Lorong Sentul Jaya 3, Taman Kosmo Jaya.

Allahyarhamah Seniwati Mariam @ Mariani Ismail

Seniwati Mariani dilahirkan pada 20 April 1933 di Tanjung Pagar, Singapura. dikurniakan 13orang cahayamata , salah seorangnya pelakon,pengarah dan penerbit Melissa Saila, hasil perkongsian hidup bersama 3 orang suami yang kesemuanya bercerai mati.

Memulakan kerjaya seni selepas memenangi Pertandingan Ratu Cantik Singapura pada tahun 1951 dan filem pertama yang dibintanginya bertajuk Darah Muda (1952)

Sama- sama kita doakan semoga Allah mengampuni dan mencucuri rahmat kepada Allahyarhamah.. AL-Fatihah

Jumaat, 27 November 2015

TRIO SPG... DALAM KENANGAN

Assalamualaikum..


Entri yang menyentuh perasaan aku di pagi bersejarah ini.. Selama Sinar.Fm muncul diudara, aku sudah mengikutinya sejak 10 tahun lalu....tapi 6 tahun lalu, muncul Trio DJ yang sentiasa menceriakan pagi aku. Bermula dari enjin kereta dihidupkan dimuka pintu rumah..hingga dimatikan di parkir pejabat..kemudian bersambung pula di meja kerja dari saat duduknya aku dikerusi hinggalah saat bangun untuk punch out.. Sinar.fm lah yang menemani.


Sejak 6 tahun lalu, pagi aku bertemankan Trio SPG.. Kak Engku (KE).. abang Salleh Yaacob (SY) dan Krill. Gelagat mereka, lucu mereka buat aku gelak sorang diri dalam kereta walau ada orang lain memandang dengan muka pelik..sedikitpun aku tak hairankan..

Hari ini..tanggal 27 November 2015.. rutin pagiku selama 10 tahun ini akan terus berubah. Aku masih setia bersama Sinar.fm bila ia di rebranding kan dari stesen Muzik Retro Anda kepada Menyinari Hidupmu.. walaupun serius aku tak suka.. hilang sudah retronya..tapi aku masih bertahan dengan SPG..tapi untuk kali ini..memang...memang aku dah tak tahan lagi.. Hari ini adalah hari terakhir Trio SPG keudara..dan selepas ini..tiada lagi 😭


Kesedihan jelas disuarakan KE..dan aku sebagai pendengar setia turut ditempiasi rasa sedih tu..kenapa...kenapa dan kenapa.. kekesalan dan kesedihan ini turut diluah hampir 100% penyokong dan peminat KE yang sudi mendengar SPG setiap pagi hanya kerana aura Trio SPG..







Kenangan terindah pada 10 Ogos 2015, ketika itu Dj Halim Othman dijemput bersama dikonti dan aku sempat mengirimkan SMS ke konti bagi menyampaikan rasa gembira dan kebetulan hari itu adalah hari lahirku yang ke-25. Selepas itu, KE, SY, Krill dan Halim Othman sama-sama nyanyikan lagu Birthday (siap muzik iringan lagi) khas untuk aku.. Kenangan yang takkan dilupakan hingga akhir hayat.

Kali terakhir aku dihubungi penerbit SPG, Cik Liza adalah pada bulan puasa tahun lepas (2014). Pagi jumaat. Suara aku keudara berbual dengan ketiga-tiga Bintang Pagi ini mengenai hajat aku untuk menaja pekasam daging bagi Program Bubuk Lambuk SPG.. Alhamdullilah..hajat tertunai dan KE dengan ringan tulang turut membantu menggoreng pekasam yang aku kirimkan..

*Rakaman perbualan ada di link ini 

Selepas ini..tiada lagi riuh kecoh Trio SPG..tiada lagi gaduh perang KE dan SY di corong radio..tiada lagi suara Krill tukang pendamai menyejukkan suasana ..tiada..tiada.. dan tiada..

Aku pun tak tahu..lepas ni stesen mana aku nak dengar. 

"Terima kasih KE, SY dan Krill..saya menuju alam dewasa dengan celoteh bebel, gurau senda kalian. Terima kasih kerana menceriakan pagi saya selama 6 tahun ini.. Jasa.. budi dan kenangan yang kalian tinggalkan untuk saya tetap dalam ingatan. Semoga Allah terus mengembalikan segala kebaikan kepada kalian diatas segala kebaikan yang mungkin kalian tidak sedari selama ini.. terima kasih sekali lagi kerana telah menyinari pagiku selama ini.. Trio SPG..kalian tiada ganti.. kalian tetap di hatiku.." 😭😭😭

*update: ucapan KE, Krill dan SY..buat airmataku bercucuran..sangat sedih..and i lost my word.. 

Khamis, 26 November 2015

TIPS MELANCONG KE KOREA

Assalamualaikum.

Perkongsian untuk semua terutama kepada korang yang bercuti atau melancong ke Korea.. 

Seperti biasalah, selain perkara asas sebagai pengembara , rasanya tak perlu aku ulas sebab asasnya sama sahaja. Passport, ubat2, tuala kecil, dan sebagainya..

Tapi untuk kali ini, tips ini adalah untuk ke Korea sahaja..


Sebelum Berlepas

  • Rajin-rajinkan menggugel dan baca pengalaman orang lain yang dah pernah pergi.
  • Seeloknya bookingla makan di dalam flight..makanlah nasi kenyang-kenyang.
  • Beli extra baggage (kalau naik Air Asia)untuk perjalanan balik sahaja..biar lebih tak pe..jangan kurang.
  •  Sediakan kad rate yang tercatat kadar tukaran 

ini yang aku punya..siap laminate..supaya tak kepam macam yang aku pegi Vietnam dulu!


  • Tukar siap-siap duit Won Korea tu.. lebih tak pe, sebab barang sana mahal. untuk pengetahuan, Currency di Korea ada yang tak terima RM lagi.. (thank you PM..komannya Malaysia dimata dunia!).
  • Cuaca di sana ketika Autumn memang sejuk. Tapi tak perlulah sampai nak usung Wintercoat dan glove..tak kena tema kot..tak pun kau kena gelak nanti. Cukup setakat sweater atau jacket tebal aje.
  • Bookinglah hotel atau hostel di Itaewon..sebab sinilah tempat makanan Halal ..yang lain tak ada ye..
  • Bawalah bekal meggi cup 1 sudah la..yang lain tu megi pek biasa sebab cup tu boleh ulang guna.
  • Kalau nak bawa serunding ke, rendang ke, sambal bilis ke pastikan korang pek plastik dan seal kemas 2-3 lapis plastik. So far tak ada masalah nak bawa makanan kering macam tu. Sayur2 dan buah2 tak yah bawak. Cari nahas kalau kena tahan. Tak mati pun tak makan sayur kalau takat seminggu tu. Nak melancong kena buat cara nak melancong lah ye..bukan macam nak pindah terus kat situ
  • Bawa wet tissue atau seluar dalam pakai buang tu. Sana toilet takde paip ye. Susah nak beristinjak nanti.
  • Bawa sejadah kecil atau apa2 untuk alas bersujud.(kalau sembahyang laa..kalau tak sembahyang..bawa kain kapan .huhuhu)
  • Bawa lips gloss.. suhu sejuk boleh buat bibir pecah
  • Bawa lotion kulit (jangan bawa baby oil..nanti kena rampas masa nak balik) untuk elakkan kulit kering
  • Semua barang kegunaan macam ubat gigi, shampoo, minyak wangi ke..pastikan bawak dlm kuantiti yang sikit (macam aku, ubat gigi aku beli yang tiub kecil, pastu aku picit simpan 3/4 tiub..biar ada sikit aje dalam tiub tu. kiranya ngam2 untuk beberapa hari kegunaan..) dah habis boleh buang terus.


Semasa berada di sana..

Jika anda kaki shopping...

  • Fikir 2-3 kali..walaupun nampak harga 1 barang 10,000Won macam RM10.. sedar sikit nilai sebenar berapa. Rujuk kad rate yang korang (masa aku pergi tu 10,000Won = RM38!)
  • Kalau nak beli t-shirt, beli kat Namdaemun Market sebab ada yang jual 3 helai 10,000Won
*sememangnya Korea bukanlah tempat shopping yang terbaik kerana ia boleh buat korang terbalik..mahal dowh!


Jika anda backpackers..


  • Belilah peta pelancongan kalau kedekut, carilah pamplet yang free di Airport..ini penting!
  • Beli T-Money untuk memudahkan perjalanan
  • Download Subway Korea Apps.. kalau nak guna subway train.
  • Sila bawa air minuman dan botol kosong sebab ada sesetengah tandas adalah tidak berpaip.
  • Pakailah kasut jogging..kenapa kasut jogging? sebab kasut jogging ringan dan tebal. mampu kurangkan sejuk kaki.ingat, kat sana kena banyak jalan laju..
  • Tak perlu beli simkad. Cukuplah kalau di handphone ada Whatsapp atau WeChat sebab mudah nak berhubung dengan orang kat Malaysia. Kat sana WiFi Free di segenab ceruk ada.
  • Untuk memilih restoran jika darurat tak jumpa yang halal, boleh aje masuk mana2 restoran seafood atau restoran yang tak ada gambar lembu pendek tu.(Biasanya kedai yang jual makanan berkhinzir tu, ada sign di pintu masuk atau papan tanda kedai). Pesanlah makanan yang tiada daging atau ayam. Yang lain Tawakaltualallah...


Sebelum balik

  • Jika ada beli baggage, pastikan berat jangan lebih had. Sakit korang nak bayar nanti.
  • Kalau luggage korang besar dan berat lebih had (7kg), sila sorok2 kan sikit, jangan bagi nampak kat orang di kaunter check-in. Kat sana untuk luggage(bawa masuk dalam flight) tak particular sangat. Tak kisah pun berat berapa. Semua mesti check-in di kaunter untuk dapatkan boarding pass diorang(check-in dan boarding pass yang korang print sendiri tu tak laku!). Setiap orang ok.. Tak boleh hantar wakil sebab dia nak tengok muka setiap orang.
  • Lepas check-in , sebelum masuk ke depature, habiskan semua minuman, jangan bawak langsung apa2 cecair. botol kosong tak apa.

Itu aje yang dapat aku kongsikan dengan korang.. semoga tips ini dapat membantu korang ketika berada di sana..Ok..

Sekian

Adeuss!!!



Selasa, 24 November 2015

EVOLUSI PATUNG BARBIE 56 TAHUN

Assalamualaikum..

Menarik sekali untuk dikongsi. Kepada peminat patung Barbie.. inilah evolusi patung Barbie, dari rambut lurus menjadi kerinting dan kembali lurus..dan apa yang ketara di sini, bulu mata Barbie mula panjang dan melentik pada tahun 1970..hihi

Layan...






Isnin, 23 November 2015

GULAI LEMAK NANGKA

Assalamualaikum..

Jom menggulai (gulai tu kalau orang Kedah maksudnya kari) . Kali ni kita buat Gulai Lemak Nangka..kuah mesti ceroi2 (cair).. kena nasi panas..teman dengan ikan kering ke ikan masing..mau tersandar!

Resepi aku ni simple aje..

Bahan-bahan;
4-5 ketul nangka yang direbus empuk
2-3 ulas bawang putih dan merah (dimayang)
1sudu teh halba campur
1/2 pek kecil serbuk kari ikan
Sedikit ikan bilis
Santan (aku gunakan 1/2 kotak..)
2 keping asam gelugur


Cara-cara;
1. Panaskan minyak tumiskan bawang, halba campur.
2. Dah pecah minyak masukkan serbuk kari dan sedikit air
3. Masukkan sedikit air untuk kuah dan ikan bilis.
4. Dah didh masukkan nangka dan asam gelugur 
5. Garam dan perasakan sesedap rasa.. SIAP!


Ini gulai lemak orang kampung tau..sebab letak ikan bilis je..

Cer cuba..ok.tengah berasap2 ni tau...Adeuss!!!

Ahad, 22 November 2015

KERABU NANGKA APA YANG ADA

Assalamualaikum..


Tengok tajuk pun dah maklum.. Kerabu Nangka Apa Yang Ada..sebab aku gunakan bahan apa yang ada aje kat rumah.. Simple..cincai tapi membuatkan makan nasi bertambah2..dan malamnya perut aku macam gendang sebab angin..huhuhu..

Bahan-bahan;
4-5 ketul nangka - direbus empuk
10-15 tangkai cili padi (racik halus)
2 batang serai (hiris halus)
1 inci halia (mayang)
1 labu bawang besar (mayang)
1 pek kecil kerisik
5sudu makan santan
1/4 biji limau nipis (ambik jus)
Garam dan gula sesedap rasa


Cara-cara;
1. Koyak-koyakkan nangka (kasar ok..halus pun ok)
2. Satukan semua bahan..gaul..dan SIAP!!

Senang je kan? Kerabu macam ni selalu ada di majlis kenduri orang2 kampung. Sesekali tu nak juga makan tak perlu tunggu kenduri.. Cubalah ya..


Adeus!!!

Sabtu, 21 November 2015

PISANG KEMBAR 3!

Assalamualaikum..

Pelik tapi benar..atau  mungkin perkara biasa..


12 Nov  lepas, Mylaling incik suami beli pisang..pisang emas..dia pun tak perasan. Beli di pekan Guar Chempedak masa perjalanan nak balik kampung..

Petang tu, masa nak makan baru aku terperasan, ada pisang yang berkembar 3 di situ..


Keadaan lepas dipotong..

Dulu dalam tahun 2009 aku pernah jumpa pisang kembar 2..kali ni kembar 3.. aku hanya mampu makan setengah aje..setengah lagi aku bagi abah aku..gila lah kalau aku makan semua sekali.. 3 bijik kot!..huhuhu

itu je cerita harini . Adeuss!!!

Jumaat, 20 November 2015

BUBUR ASYURA UTARA MAK AKU

Assalamualaikum..

Pernah dengar kan pasal bubur Asyura? Ada yang kata bubur asyura ni bubur puak Syiah. Malah aku pernah dengar rakaman ceramah agama yang mana ustaz tu kata, kalau kita tau sejarah bubur asyura ni, kita pun tak hingin makan. Katanya bubur ni , orang perempuan syiah buat untuk diberi makan kepada lelaki syiah yang bahalol sebab lukakan badan sendiri tu..Katanya, masa dia di Pakistan pun, dia tak makan bubur asyura ni. Sebab ini makanan orang syiah

Aku tak setuju dengan kata ustaz tu. Sedangkan Nabi SAW tak suka orang mencela makanan. Apalagi nak hina makanan sampai macam tu. Apa salah makanan tu? Ada benda haram ke kat dalam bubur tu?

Ustaz Don Daniyal pun pernah kata, tak jadi masalah nak buat dan nak makan. Asalkan jangan anggap buat bubur tu untuk majlis itu ini..atau memperingati peristiwa itu dan ini. Anggap saja  buat tu untuk makan2..sedekah kat orang , tak perlu ada niat tertentu dan tak perlu tunggu 10 Muharram aje baru nak buat.

So aku ajak mak aku buat untuk makan2, kalau ada lebih sedekah kat jiran dan kawan2.. Mak pun dah lama tak buat. Rasanya adala 3-4 tahun tak buat. Kepada korang yang nak cuba buat, boleh ikut resepi aku ni. Tapi resepi ni dapat 1 kawah tau. Korang kurangkanlah kuantiti bahan tu. Agak2lah ye..




Bahan-bahan (1 kawah kecil);
3 pot beras - rendam semalaman dan blender
6liter air
1/2 kg kacang kuda*
400g kacang hijau*
400g kacang merah*
*rendam semalaman dan tos air sebelum masak
800g kacang tanah - sangai dan buang kulit(beli je yang siap kopek tu..pastu goreng sangai )
>>korang boleh masukkan kekacang apapun yang korang suka..jangan kacang panjag..kacang bendi  dan kacang buncis sudahla..
Ubi keledek (aku beli yang warna oren dan ungu.)
>>Boleh juga guna ubi keladi kalau ada dan kalau suka
1 tin jagung manis atau 3 jantung jagung (guna jagung fresh lagi bagus)
700g gula pasir
1kg gula merah (masak hingga larut dan tapis)
2 liter santan
3sudu makan garam
1 cawan tepung gandum (larutkan dengan air)
10biji pisang (aku guna pisang berangan)
3-4 helai daun pandan

Cara-cara;
1. Panaskan 3 liter air dan masukkan semua ubi yang dah dipotong dadu.
2. Bancuhkan beras yang siap dikisar dengan air(anggaran 3liter), bancuhan secair mungkin hingga tak lekat jari dan masukkan dalam kawah berserta daun pandan.
3. Kacau terus-menerus (macam kacau dodol ye) sampai mendidih dan masukkan semua kekacang yang direndam tu 
4. Masukkan jagung , gula pasir , gula merah, garam, bancuhan tepung gandum dan santan (kacau lagi)
5. Kacau sampai pekat (aku ambil masa hampir 5 jam dengan api sederhana) dan masukkan pisang (pisang masuk akhir sekali sebab pisang aku dah ranum sangat
6. **Ini petua nak tahu dah masak ke tidak** ambil daun pisang dan senduk sedikit bubur atas daun pisang dan biarkan sejuk..kemudian tiarapkan bubur tadi atas piring dan tarik daun tu..kalau dah masak, bubur tadi takkan melekat didaun..tapi kalau masih melekat, itu tandanya bubur belum cukup masak)
7. Matikan api, dan sendukkan kedalam bekas yang dialas dengan daun  pisang..SIAP!!!

Inilah rupa bubur Asyura resepi mak aku.


Bolehlah korang cuba..tak perlu tunggu bulan Muharram pun. Kuantiti bahan dan gula terpulang kepada citarasa korang. Pada yang tak tahu macam mana rasa bubur ni..meh sini aku nak beritahu.. rasanya macam bubur kacang tapi beku. Selamat mencuba ya!.

*2hari sakit betis weh..berdiri 5 jam kacau bubur

Khamis, 19 November 2015

AUTUMN DI KOREA - PART11

Assalamualaikum

Day 5..hari terakhir di Korea.

Lepas sarapan apa yang patut, aku dan Iera keluar pusing2 buat kali terakhir sekitar hostel. Mana tahu jumpa apa2 yang menarik.

canggih macam mana pun negara orang, wayar letrik tetap berselirat!



Kami bergerak meninggalkan Hostel di Shin Chon pada pukul 9 pagi. Menunggu bas untuk ke Incheon International Airport. Bas tiba pukul 10 . Ambil masa sejam lebih untuk sampai ke airport.


tunggu bas disini


Lebih kurang pukul 11.30 tiba di airport. Untuk makluman korang, kalau beli tiket Air Asia ke apa ke..dan kalaupun dah check-in awal2 kat rumah..korang tetap kena check-in di kaunter. Setiap orang dia nak tengok muka.


bording pass ini aje yang laku ye..

Info penting juga, kalau beg korang (luggage) lebih 7kg (untuk AirAsia) pun jangan risau, diorang tak lorat sangat pun. Asalkan jangan bagi yang di kaunter check-in tu nampak beg korang. So aku dan Iera sorok2kan beg tu .  Melainkan beg yang korang nak drop (yang beli baggage tu). Kalau beli 20kg..jangan lebih. Kang kena bayar tak pasal2 jer.

Untuk check-in pun ambik masa. Segala botol berair semua kena buang sebelum masuk ke tempat pemeriksaan Kastam. Seterusnya ke pemeriksaan Imigresen (biasa je tak seketat kastam yang banyak songeh tu.. losyen Herba Mustajab Cili aku ada pada Iera..tinggal sikit je pun, tapi si kastam tadi nak ambik jugak. Ambiklah..tapi kalau dia ambik dari aku sendiri, nak je aku kata.. " this is lip gloss..it can make ur lips more red. u should try this at home!".. Biar dia menggelupur . Padan muka. Bukan takat mulut, habih merah 1 kepala!


Itu kisah dengan Kastam Korea yang songeh cam hampeh. Time nak masuk ok..tapi time nak balik ni memang menyampah betul aku.. So korang kena beware lah dengan diorang ni. Benda yang bukan liqiud pun dia tak bagi lepas..padahal lepas dari situ , berlambak2 kedai jual air minum lah apa lah..berliter2 bawak naik flight pun takde masalah. 


Flight aku pukul 3.30petang. Siap body check semua lebih kurang pukul 1.30 jugak. Kami terus ke gate perlepasan..rehat kat situ dan menunggu boarding time aje..


Gate 106..hujunggggg nun..jauh gile kot



Flight dah ready


Itulah kisah pengembaraan ringkas aku di bumi Kimchi ni. Sebenarnya 5 hari memang tak cukup. Banyak tempat aku tak sempat cover. Banyak Muzium yang aku tak terjah dan banyak market yang aku tak perabih duit. Apa lagi nak ke Jeju Island..memang sah tak sempat. Nampak gaya macam nak kena datang lagi. Tapi mungkin ke Busan sebab Busan dekat dengan Jeju Island.. Insya Allah..

Sampai di KLIA terus cari makan..Nasi Paprik dan Tomyam yang dirindui..huhuhu. Perjalanan masih jauh, esoknya flight ke Alor Setar pukul 7 pagi..maka bermalam lagi di KLIA 



Sebagai penutup , aku belanja gambar aku bersama kenangan di Korea..



Ini sahaja entri aku. Insya Allah jika ada kelapangan waktu aku akan menulis entri untuk tips ke Korea sebagai panduan kepada korang yang nak pergi sendiri. Tak perlu pakej. Yang penting kena berani , pandai tengok peta dan link subway. itu je. Ok..Adeus!!! 

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...