Jumaat, 30 Januari 2015

ABAHANDA KU DAN TUN DR.M


Assalamualaikum..

Ini abah aku..2 minggu lepas dia datang ke Langkawi bersama suami aku..saja nak jalan-jalan..

Kalau diikutkan dah banyak kali dia datang Langkawi..dan tiap kali itulah dia nak masuk Galeria Perdana.. suka sungguh dia nak tengok koleksi hadiah dari seluruh dunia kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sambil membelek setiap pameran di situ.. dia pun turut bercerita tentang susah payah mencapai kemerdekaan... "Hangpa tak paham erti merdeka.. " kalimah yang cukup pendek..tapi makan dalam.

Dan gambar milik aku ini telah dikongsi oleh page Saya Sayang Tun Dr.Mahathir Mohamad..sehingga mendapat  lebih 8000 like..aku pun sangka..

Terima kasih pad yang komen di gambar ini dan yang mendoakan kesihatan abah aku..

Abah aku..pejuang kemerdekaan yang tidak didendang..

Khamis, 29 Januari 2015

FENOMENA BUSKERS

Assalamualaikum..

Sejak persembahan kumpulan pemuzik jalanan Caliph Buskers di AJL yang lalu, kini ada lagi kumpulan buskers lain yang turut terkena tempias , aura Caliph Buskers.. antaranya Genji Buskers..

Genji Buskers sudah lebih 4tahun menjadi pemuzik jalanan..tapi mula menjadi perhatian ramai dan lebih ramai apabila negarawan ulung Tun Dr.Mahathir Mohamad sendiri menghulurkan duit kepada kumpulan tersebut ketika membuat persembahan..



Sememangnya, kumpulan pemuzik jalanan ni boleh dipuji..hidup mereka mencari nafkah dengan menyanyi dan menghiburkan orang semata-mata.. tiada istilah nak jadi terkenal dan glamor seperti artis sekarang..hidup berlandaskan glamor tapi bakat suam-suam kuku.

Pemuzik jalanan memang dah lama wujud di Malaysia. Tapi kurang mendapat perhatian kerana dianggap seperti peminta sedekah. Walhal..mereka sedang bekerja..kerja mereka menghiburkan orang ramai dan gaji mereka dibayar oleh orang yang terhibur dengan persembahan mereka.

Apapun..didoakan semoga mereka lebih berjaya..suara mereka lebih bagus dari penyanyi di layar di tv .. 

Kepada Genji Buskers..semoga kalian lebih berjaya di masa akan datang..insya Allah jika keihklasan yang dilakukan..maka Allah permudahkan kerjaya kalian..tahniah kerana berjaya menambat hati Tun! 

Rabu, 28 Januari 2015

VINCENT LEONG..GET OUT FROM MALAYSIA!!!

Entri tanpa salam..

Tak sesuai nak bagi salam untuk penderhaka macam ni.. seekor bangsa yang datuk nenek dia datang ke Tanah Melayu sebagai pekerja lombong bijih dan sekali sekala memikul tong najis dengan berani menghina DYMM Agong, Permaisuri dan PM kita.

atas nama HAK BERSUARA.. dan aku pun menggunakan HAK BERSUARA juga.. dengan bangga, makhluk pendatang ni mempamirkan lukisan seperti di bawah ni di Singapura.

Dia menghina raja kita

Dia menghina pahlawan kita

Dia menghina bangsa kita..apa maksud keris (senjata yang melambangkan orang Melayu) yang matanya bengkok ke bawah? fikirkan

inilah rupa manusia kurang ajar..biadap..lebih hina dari anjing

Maaf..aku tak mampu nak berbahasa yang elok untuk entri ni. Kalau dah tak suka Malaysia..tak boleh nak akur pada Rukun Negara ni..silakan berambus. Negara ni sedikit pun tak rugi kalau dia tak ada. Tak luak pun..lagi bagus adalah..dah kurang seekor penderhaka. Nyah berambus..balik la ke China..atau Singapura atau kemana saja yang sudi terima makhluk sehina ni. Get lost!

Kerajaan tolong jangan tutup mata..buat-buat buta atau pekak. Cukup-cukuplah bagi muka kepada manusia perosak macamni. Tanah Melayu ni tak perlu pun bangsa yang tak tau hormat raja kami.

Vincent Leong.. GET OUT FROM MALAYSIA!!

Ahad, 25 Januari 2015

TERRA GRILL DELIVERY - SATAY MANAF LANGKAWI

Assalamualaikum..

Sejak merantau di Langkawi ni.. aku dah makin malas nak masak.. maka bertambahlah rezab simpanan lemak tepu aku... abaikan!

Ni aku nak promote (aku tak dapat upah pun untuk iklan ni,ikhlas nak rekomen sebab barang baik punya).. kepada korang yang sampai Langkawi mesti cuba Satay Manaf . Memang sedap . Diorang berniaga di pasar malam Kuah depan Hotel Baron setiap Rabu dan Sabtu. Dan yang paling best, ada pulak servis penghantaran kerumah.. Free untuk kawasan Kuah!

Untuk penghantaran, dikenali dengan nama Terra Grill. Harga secucuk 60sen untuk ayam,daging,perut dan pedal.. kalau sate embekkk (kambing) 80sen secucuk.


Bagi aku..harganya berbaloi..yang penting , rasanya cukup sedap (ikut tekak aku memang sedapla). Sotonya simple tapi cukup rasa. Berbaloi.. dan yang paling penting..sampai di pintu dalam 45minit (makin bertambahla lemak pemalas aku)..

Apapun, aku support bisnes orang Melayu yang macamni. Harga berpatutan , dan puas hati.
Ni yang aku oder..
Sate memang superb..kuah kacang memang boleh hirup..soto ni..kena makan 2 orang..portion dia banyak..memang puas makan .

So..kepada yang datang bercuti ke Langkawi dan menginap di homestay sekitar Kuah..aku rekomenkan sate ni kat korang.. ok..aku nak makan..jemput tengok..

Adeuss!!!


Selasa, 20 Januari 2015

JUARA SEBENAR AJL29

Assalamualaikum..

Belum habis lagi kepanasan hati dengan keputusan AJL 29.. 90% dari post fb mahu pun lain-lain media sosial mempertikai keputusan malam tu. Disanggah pula oleh salah seorang juri orang lama (dah tercalar kredibiliti kerana keputusan tu) kononnya lagu itu berentak antarabangsa dan boleh dijual..masalahnya disini... AJL 29 dan mana-mana AJL pun semuanya untuk orang Malaysia..kenapa perlu difikir telinga orang luar negara sedangkan yang mendengar lagu dicorong radio sekarang ni pun adalah telinga orang Malaysia??? Dan kalau keluar negara pun..agak-agaknya lagu ke tidak.?

Seingat aku..mat salleh sekarang pun dah tak berapa layan hiphop ni walaupun muzik tu datang dari mereka sendiri..kesian! Yang layan hiphop ni sebetulnya negro aje..haha

Kata Tok Siti..AJL kali ni adalah yang terbaik..memanglah terbaik..tapi spoil dengan juara yang juri yang bijaksanasini dah pilih..hiphop bukan budaya kita..lirik ulang perkataan yang sama.. selesai persembahan pun stadium sunyi sepi tepuk terpaksa.

Pada telinga aku..dan aku yakin bukan aku sorang, juara sebenar pada malam tu ada Caliph Buskers dan Mojo.. setuju?




Rata-rata page yang berrating dan ber "likers" tinggi lebih banyak memuji dan memberi tumpuan kepada Caliph Buskers. Fb page Caliph Buskers yang asalnya mempunyai 6000 likers sudah naik mencanak ke 62000 liker dalam masa 2 hari!

Bukanlah aku kata Caliph Buskers dan Mojo layak menang kerana 1 stadium bangun tepuk tangan..tapi lagu yang dinyanyikan pun sedap didengar..lirik yang bagus..jelas dan tak merepek-repek.. melodinya jangan dicakaplah..cukup sedap!

Dan seingat aku sepanjang 29tahun penganjuran AJL (kalau dulu Muzik-Muzik) belum pernah lagi orang pertikai keputusan juri sampai macamni punya hebat. Kena kutuk sana sini dalam fb dan belum pernah lagi dalam sejarah si juri kena explain kat semua orang kenapa lagu itu patut menang. Punyalah bijak keputusan tu sampai tak terjangkau di fikiran berjuta rakyat Malaysia..

Apapun keputusan juri yang tersangat bijak tu..(sorry to say sebab dah mengecewakan jutaan peminat muzik Melayu di Malaysia ni) pada aku, juara sebenar AJL29 adalah Caliph Buskers!! sebab? persembahan mereka ini akan orang ingat sampai bila-bila. Edry KRU memang bijak.. salute u bro!

*tengah kompos lagu untuk bertanding AJL 30.. tajuknya.. "Kau dah makan belum" !

Isnin, 19 Januari 2015

AJL29 ..2 KALI KEJUTAN

Assalamualaikum..

Anugerah Juara Lagu 29 malam tadi..memang buat aku 2 kali terkejut.. yang pertama.. kejutan Edry dengan lagunya Roman Cinta mempertaruh kumpulan Mojo dengan insan-insan istimewa Caliph Buskers..

Melopong aku tengok..terperanjat ahkak..

Mujur..mereka menang Persembahan Terbaik.. memang aku salute suara vokalisnya Azmi..memang superb..aku ni pulak jiwa sensitip..jatuh pulak air mata tengok.

Kejutan ke 2..adalah juaranya.. aku tak faham bagaimana telinga para juri  boleh pilih lagu tu.. tak sedap langsung..hanya ulang lirik tanya apa khabar pun boleh menang????? wtfish...

Barisan juri pulak yang betul aku kenal.. Tuk Siti..Azmer dan Datuk Mokhzani aje.Yang lain tu ?? Cat Farish?? bukan nak perleceh..tapi 1Malaya terkejut dengan keputusan yang macam ni..sesia je aku tunggu sampai habis! 

Melopong aku tengok..terperanjat beruk..

Tahun depan aku nak masuk juara lagu jugak..tajuk lagu..Dah makan ke belum. Kompom menang!

*hantuk dahi ke dinding jamban!

Isnin, 12 Januari 2015

SAMBAL PETAI DAGING

Assalamulaikum..

Dah boring dengan sambal petai udang? Nah..try la Sambal Petai Daging..

Aku ni memang hantu petai dan resepi ni dari aku kecik lagi memang mak aku buat.. Sekarang aku dah 34tahun..maknanya memang dah lama la resepi jadi sajian keluarga aku..

Dan kalau dah namanya Penbiru.Com ...jangan nak suruh aku masak resepi yang renyah..resepi aku semuanya mudah..main campak baling..siap!

Bahan-bahan tiada ukuran..ikut sukati koranglah nak taruk banyak mana pun..
Daging(gaul dengan garam dan serbuk kunyit)
Cili kering mesin
Bawang merah+putih (untuk tumis)
Bawang besar
Asam jawa
Isi petai

Cara nak masak;
1. Panaskan minyak,tumis bawang,pastu cili kering. Agak dah naik minyak baru campak daging
2.  Letak sikit air asam jawa. Kalau guna pes tu..agak dalm 1sudu teh. Taruk air sikit kalau nampak kering.
3. Biar daging masak, tambah garam secukup rasa dan sikit gula..kalau dah tak reti nak balance gula garam..korang tabur je Serbuk Cukup Rasa Maggi tu..kan senang. Jangan asyik nak tabur pak ajinomoto..botak kepala kang!
4.  Last sekali campak je petai...kacau-kacau dan matikan api, lepastu baru tabur bawang besar..SIAP!!


Kan?? senang kan? apalah yang susah sangat nak masak ni.

Dah tu..jangan lupa..sediakan sayur terung untuk kurangkan aroma terrapi sipetai ni nanti. Ok..itu aje untuk hari ni .Selamat mencuba..kalau tak sedap jangan marah aku .

Adeus!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...