Selasa, 20 Januari 2015

JUARA SEBENAR AJL29

Assalamualaikum..

Belum habis lagi kepanasan hati dengan keputusan AJL 29.. 90% dari post fb mahu pun lain-lain media sosial mempertikai keputusan malam tu. Disanggah pula oleh salah seorang juri orang lama (dah tercalar kredibiliti kerana keputusan tu) kononnya lagu itu berentak antarabangsa dan boleh dijual..masalahnya disini... AJL 29 dan mana-mana AJL pun semuanya untuk orang Malaysia..kenapa perlu difikir telinga orang luar negara sedangkan yang mendengar lagu dicorong radio sekarang ni pun adalah telinga orang Malaysia??? Dan kalau keluar negara pun..agak-agaknya lagu ke tidak.?

Seingat aku..mat salleh sekarang pun dah tak berapa layan hiphop ni walaupun muzik tu datang dari mereka sendiri..kesian! Yang layan hiphop ni sebetulnya negro aje..haha

Kata Tok Siti..AJL kali ni adalah yang terbaik..memanglah terbaik..tapi spoil dengan juara yang juri yang bijaksanasini dah pilih..hiphop bukan budaya kita..lirik ulang perkataan yang sama.. selesai persembahan pun stadium sunyi sepi tepuk terpaksa.

Pada telinga aku..dan aku yakin bukan aku sorang, juara sebenar pada malam tu ada Caliph Buskers dan Mojo.. setuju?




Rata-rata page yang berrating dan ber "likers" tinggi lebih banyak memuji dan memberi tumpuan kepada Caliph Buskers. Fb page Caliph Buskers yang asalnya mempunyai 6000 likers sudah naik mencanak ke 62000 liker dalam masa 2 hari!

Bukanlah aku kata Caliph Buskers dan Mojo layak menang kerana 1 stadium bangun tepuk tangan..tapi lagu yang dinyanyikan pun sedap didengar..lirik yang bagus..jelas dan tak merepek-repek.. melodinya jangan dicakaplah..cukup sedap!

Dan seingat aku sepanjang 29tahun penganjuran AJL (kalau dulu Muzik-Muzik) belum pernah lagi orang pertikai keputusan juri sampai macamni punya hebat. Kena kutuk sana sini dalam fb dan belum pernah lagi dalam sejarah si juri kena explain kat semua orang kenapa lagu itu patut menang. Punyalah bijak keputusan tu sampai tak terjangkau di fikiran berjuta rakyat Malaysia..

Apapun keputusan juri yang tersangat bijak tu..(sorry to say sebab dah mengecewakan jutaan peminat muzik Melayu di Malaysia ni) pada aku, juara sebenar AJL29 adalah Caliph Buskers!! sebab? persembahan mereka ini akan orang ingat sampai bila-bila. Edry KRU memang bijak.. salute u bro!

*tengah kompos lagu untuk bertanding AJL 30.. tajuknya.. "Kau dah makan belum" !

3 ulasan:

  1. SETUJU...
    APA2 PUN TERPULANG PADA PILIHAN MASING2...
    http://jmbelog.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. majoriti rakyat Malaysia mengangkat Roman Cinta sbg Juara sebenar AJL malam tu..

    BalasPadam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...