Aku dah penat dengan Maxis ni sebenarnya. Tambah-tambah lagi dengan servis Voicemail yang sememangnya aku tak pernah apply apa lagi nak langgan. Bukan aku sorang, nombor suami aku, mak aku..kakak dan adik aku semuanya Maxis Prepaid..dah tu Voicemail aktif..tak suruh aktif pun..tapi Maxis yang aktifkan sendiri.. betul-betul macam lanun la..peras duit orang tak pasal-pasal..kita terpaksa dan dipaksa bayar benda yang kita tak mahu.
Tak ada pulak undang-undang yang melindungi pengguna untuk kes ni.
Korang bayangkan..sekali call tak dapat. terus masuk voicemail..caj 30sen.. cuba korang kira kalau dalam sehari.. sejuta pengguna Maxis yang call tak dapat terus masuk voicemail ni..berapa collection agaknya?
Dah tu..bagi pihak yang ditinggalkan voicemail dengan nombor 122 tu..sekali dengar pun dia caj 30sen..tak ke sakit hati..bercakap tak boleh..kena caj lagi.
Korang kiralah sendiri. Macammana Ananda Krishnan tak kaya..disamunnya pelanggan tanpa sedar. Kalau sedar pun..tak boleh buat apa..nak batalkan sendiri memang tak boleh..kena melalui Maxis jugak. Aku pun try la google nak cari cara untuk tamatkan servis haprak ni..last sekali aku jumpa forum Maxis.. kat situ semua masalah boleh ditanya terus.
Banyak-banyak post forum yang aku tengok..yang inilah paling lawak sekali..
Nah kau..aku ingat aku sorang je hangin dengan voicemail Maxis ni..rupanya ramai..yelah..seramai mana pelanggan Maxis .
Aku pun buat benda yang sama. Daftar ahli forum..dan poskan di forum tu. Aku senaraikan semua nombor..dan petang itu juga aku try call nombor suami yang aku sengaja off kan..syukur..dah tak ada voicemail hantu tu...selamat..
Pada korang yang mengalami masalah seperti aku..noleh google Maxis Forum dan daftar kat situ. Rasa nak komplrn ke..hentam ke..semua boleh. Gunakan hak anda sebagai pengguna. Ok.Adeus!!!