Penghujung tahun lepas aku dah tuliskan cerita asal kesombongan CIMB Guar Chempedak yang tak layan mak aku masa dia nak buka akaun simpanan dan aku sempat juga mengamuk di fb page Cimb yang sombong gila ni. Pada yang tak tahu kisah.. boleh baca di link INI -CIMB SOMBONG
Dan hari ni aku nak tunjukkan bagaimana rupanya cap jari mak aku yang sudah haus..tidak bercap lagi..
Korang saksikanlah sendiri..
Hati siapa yang tak sedih..kalau mak sendiri orang buat lebih kurang. Inilah yang terjadi pada jari mak aku.. "hasil" kerja teruk masa mudanya untuk menyara aku dan adik beradik. Menangis aku tengok jari dia. Letak ubat..krim..minyak..macam-macam pun tak elok juga.
Itulah sebab aku mengamuk sakan dengan Cimb Guar Chempedak. Berlagak nak mampus. Hanya kerana tak ada cap jari, permohonan nak buka akaun ditolak. Bukannya nak mencuri..nak simpan duit. Tak ada budibicara. Sombong!
Mujur Public Bank Gurun terima..syukurlah. Bukan aku nak kata..aku puji bank cina. Cepat,pantas ada timbang rasa pada warga emas dan semua pelanggan.
Pengajaran kepada semua.. kita banyak pilihan. Jangan dijejak kaki ke bank yang sombong macamni. Banyak lagi bank lain yang lebih bagus.
Sampai hari ni..kalau aku lalu depan Cimb Guar Chempedak..aku rasa nak ludah pekat-pekat.. sakkkittt hati aku!
teruknya
BalasPadamuhuhu kecian mak akak... itu la.. makin tua, mesti la jari pun masalah... uhuhu
BalasPadamjari sy camni ah skrg..10 jari xde cop sbb alergik sabun rasenya..dan sy mmg dalam sebulan wajib ke bank utk urusan keje..2 3 kali lepas jer nak berurusan tp atas nasihat pegawai bank dorang suh sy ke JPN utk wat pengesahan jari rosak..ada pegawai bank yg ok n ada yg tak..tapi kesian ye kat mak atas layanan bank tu..
BalasPadam