Ini menu kegemaran aku. Aku mula masak tomyam masa aku darjah 4. Ini kiranya resepi dan cara aku dari dulu kala lagi. Macam tak percayakan darjah 4 aku dah belajar masak Tomyam? Iye..memang betul.. aku suka masak,pastu makan (maunya badan tak bulat). Berdiri atas kerusi sebab tak sampai nak tengok kuali. Aku masak Tomyam guna kuali,bukan periuk..apapun..inilah cara aku.
Sekarang aku nak kongsikan resepi dan cara aku masak.
Bahan-bahan;
Kueteow yang sudah dicelur
Bahan tumis -Bawang putih,serai,lengkuas(semua ni diketuk sikit)
Perencah Tomyam(aku gunakan pes dan kiub)
Ayam(ambik bahagian tulang dan potong kecil)
Sayur keras- karrot,bunga kubis,anak jagung,cili padi
Udang dan sotong
Daun limau purut
Air perahan Limau nipis
Sayur lembut-kobis panjang,cendawan tiram,bawang besar(belah 8)
Tomato dan daun saderi(batang saderi pun ok)
Cara-cara(sila rujuk gambar)
1.Siapkan semua bahan
2.Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sampai naik bau.
3.Masukkan ayam,kacau sekejab dan masukkan air(agak-agak aje)
4.Massukkan perencah tomyam
5.Masukkan sayur keras
6.Masukkan udang dan sotong(kalau nak tambah fish cake ke fish ball pun boleh) dan perahan air limau nipis(masam ikut suka)
7.Bagi didih dikit dan masukkan sayur lembut.Matikan api barulah masukkan tomato dan daun saderi.Rasakan dengan garam secukupnya. Kepada yang suka kuah yang agak keruh,boleh masukkan susu sejat atau santan..tapi aku tak suka semua tu.Tomyam aku jernih je
8.Siap dihidng dengan kueteow
Siap untuk disantap.
Cer cube...ok..Adeus!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
HATERS ARE NOT WELCOMED!!!