Aku sedang bercuti.. sekarang aku sedang berada di Kota Kinabalu. Mood bercuti aku sangat terganggu dengan sikap janji online seller yang aku rasa macam nak tampar aje. sakit betul hati.
Kisahnya aku oder sandal semata-mata untuk pakai ke sini..mahal pun aku beli sebab aku tak sempat nak beli di kedai.. tambah masalah di Langkawi tak ada langsung kedai yang jual kasul plussize..
Aku terjumpa di fb.. maka bermulalah masalah aku.. korang boleh baca print skrin di bawah ni..
Aku bayar 29Mac..hari Ahad..inform payment pun Ahad juga..tapi senyap..
30Mac aku pm ..tak jawab..
31Mac baru jawab..dan aku cakap masalah yang akan timbul kalau dia tak pos Isnin..hati aku dah mula sakit.
dia jawab..tengok ke jawapan..macamlah understanding sangat..bengang je aku..
Petang aku tanya dah pos ke belum..tak jawab
1April..tanya lagi..tak respon..sampai kesudah..last-last aku cari personel fb dia..aku pm..
bila aku dh minta refund pagi 1April..dah malam baru dia jawab dah pos..eee..macam nak lempang je.Memang kompom tak kan sampai kat aku hari Khamis.
Last mesej dia hari ni.. 5April.. aku tengah bercuti..sedap je minta nombor akaun nak refund..sebab barang tak sampai..nak sampai apa sengal oi..aku di KK sekarang. tak ada orang kat rumah. Tambah menyusahkan aku nak kena pos balik kat dia..
Geram tak tau nak cakap. Betul-betul mangkuk hayun punya seller. Aku sendiri pun bis online dah 5 tahun..tak pernah aku buat customer macam ni..sebelum orang bayar..aku bagitau siap-siap bila barang akan dipos. Bukan bagitau di page sebab aku tau bukan semua orang tengok page..tapi aku bagitau customer personally.
Seller bangang ni punya pasal..hari Khamis lepas aku terpaksa balik awal dari Langkawi. Naik feri pukul 1.30..sampai K.Kedah terus aku ke Alor Setar..kedai kasut AmberWalk.. semata-mata nak beli sandal. kalau aku tunggu kasut seller cabuk tu..memang aku takde kasut nak pakai jalan-jalan KK ni.
Jumaat di Kedah 90% kedai cuti..Sabtu pagi pukul 7.30 aku dah check in kat airport..
Sakitnya hati aku..jumpa seller cabuk camtu. Menyusahkan orang. Janji mungkir. Jual mahal aku tak kisah..tapi cakap tak serupa bikin tu yang buat aku panas hati ..eeeee..geram gile aku hari ni.. spoil mood aku tengah bercuti!
salam....
BalasPadamerm....begitu rupanya...takut jugak nak try online ni...
owh, macam tu je nk menipu orang.. nk jual barang ni kena la jujur. jangan khianati pelanggan walaupun dlam dunia maya. saya harap pihak berkuasa perlu mengambil berat kes ini sebab dh rmai yang kena tipu
BalasPadamsekarang ni,macam macam cara nk tipu pelanggan. kita sepatutnya kena la jujur dengan pelanggan walaupun bisnes online skalipun.saya harap pihak berkuasa perlu mngambil tindakan krana dh ramai yang kna tipu
BalasPadam