Selasa, 26 Mei 2015

KULAT SISIR GORENG KUNYIT

Assalamualaikum..

Puas aku mencari kulat sisir ni..ada yang panggil kulat sisik..tumbuh di tunggul kayu mati dan biasanya kayu pokok getah.

Ini makanan legend..zaman kecik aku,anak penoreh..inilah menu paling sedap . Tiap kali musim hujan malam, esok paginya aku ikut mak abah ke kebun getah. Dengan lingkar ubat nyamuk yang diikat dipinggang bersama sehelai beg plastik.. memori mengutip kulat ni masa mak abah tengah menoreh..

Hari ni aku nak kongsikan resepi simple yang boleh buat aku tambah nasi 3 pinggan. Kulat Sisir Goreng Kunyit..

Bahan-bahan;
Kulat sisir (cuci bersih lah ye)
Daging lembu potong kecil dan gaulkan dengan garam dan kunyit (aku suka yang ada lemak dan urat tu..syahdu mengunyah 2 jam baru hancur .haha..)
Bawang putih,bawang merah,halia, asam keping
Santan
Serbuk kunyit
Bawang besar dan cili padi

Caranya;
1. Tumiskan bawang merah,bawang putih ,halia dan asam keping yang dimayang halus sampai naik bau
2. Masukkan daging , kacau dan kalau nampak kering masukkan sikit air.(kalau tak ada daging pun ok..terus masukkan kulat)
3. Masukkan kulat, serbuk kunyit dan masakkan sampai betul-betul masak. Tambah air sikit kalau kering.
4. Masukkan sedikit santan.. gula garamkan sesedap rasa. Matikan api dan masukkan bawang besar dan cili padi. Kacau rata..siap!

Inilah "lauk" paling rare masa zaman aku budak..hingga sekarang. Cuma nak dapat kulat ni memang susah. Sekali aku jumpa, sekilo aku beli. Hambekk..

Itu ajelah resepi simple aku ni. tapi nikmatnya.. Tuhan saja yang tau. selamat mencuba.. Adeus!!!

Isnin, 25 Mei 2015

MAGNET DUIT ATAU HAMBA DUIT?

Assalamualaikum..

Gambar-gambar ini sudah menjadi viral.. pada yang belum tengok..sila tengok sekarang..






Gambar-gambar ini diambil dalam 1 seminar motivasi Magnet Duit katanya.. tapi apa yang aku tengok,lebih kepada hamba duit. Salah 1 aktiviti dalam seminar ni adalah mencium bau duit..Masya Allah..

Tiada jalan pintas untuk kaya,semuanya kena usaha tapi jangan sampai macamni. Taksub. Yang mencium tu bodoh sebenarnya sebab tak sedar mereka yang sudah mengkayakan penceramah motivasi tu dengan membayar yuran beratus-ratus..

Kerjalah..atau berniagalah dengan jujur. Insya Allah..kalaupun kita tak jadi jutawan didunia,moga-moga tidak muflis di akhirat. Jangan jadi hamba duit!

Rabu, 20 Mei 2015

LACE & PEARL 8

Assalamualaikum..

Sudah berkurun aku tak menjahit, mood betul-betul kelaut dah. Memang sekarang aku bertugas di Langkawi, maka mood itu beralun-alun bak ombak yang memukul pantai Chenang..ok tak ayat?

Kali ni aku nak tunjuk hasil jahitan pemalas aku. Baju ni baju kawan aku masa sekolah dulu. Ini baju kedua yang dia serah pada aku untuk di manikkan..

Kali pertama aku dapat baju ni..aku gelak..kesian pun ada. Sebelum dia hantar, dia ada cakap yang baju tu tailor salah buat tak seperti yang dia impikan.. terbang RM300 katanya..Potongan lace dibaju tu buat perutnya nampak bulat besar dan gemuk haha..

Lalu aku pun buatlah supaya kurang sikit gemuk dia tu..

sebelum dan selepas




Aku jahitkan lace tebal dan taburkan pearl silver bagi mengurangkan kegemukan di bahagian perut tu.. potongan lace asal dibaju tu sangat nencacatkan rupa baju..

Alhamdulillah,setelah berhempas pulas dan puas berperang dengan perasaan malas aku ni..siap jugak akhirnya..

Itu je cerita aku setelah lama blog bersawang.. Adeus!!!

Ahad, 3 Mei 2015

MEE UDANG SG.DUA RESEPI SEMPOI

Assalamualaikum..

Teringin sangat aku nak makan mee udang Sg.Dua yang orang cakap sedap sangat tu..masalahnya aku tak ada masa nak kesana. Boleh balik rehat kat rumah sendiri pun dah Alhamdulillah..tak pasal lah aku nak cari penat nak pergi tempat yang jauh semata-mata kerana mee udang.

Oleh itu,hari ni mood terajin sikit,aku buatlah kat rumah..So aku nak kongsikan resepi mee udang sempoi cara aku lah..

Bahan Kuah
Cili kering
Bawang putih,bawang merah,serai,halia,udang kering(blend sekali)
Kentang,keledek(rebus dan blend)
Kiub tomyam
Perencah sup bunjut
Udang (nak syok makan beli yang gred A)

Bahan Tabur
Mee kuning (celur)
Daun bawang
Bawang goreng
Tauhu (goreng dan potong kecil)
Sayur sawi dan taugeh (celur)
**ni opsyen la..aku tak suka so aku tak taruk..
Cili merah,telur tebus dan limau nipis

Cara-cara buat kuah;
1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang diblend sekali dan sup bunjut sampai naik bau.
2. Masukkan cili kering dan kiub tomyam,kacau dan biar pecah minyak.
3. Tuangkan kentang dan keledek yang dah siap blend dan air ikut pekat mana korang nak. Biarkan didih.
4.  Akhir sekali masukkan udang. Timbul je udang ,masaklah kuah tu.. Garam gulakan sesedap rasa.



Cara hidang..
ish.. takkan yang ni pun aku nak ajar..hiuhiuhiu...

TADAAAA!!!! siap untuk dibedal..
Makanlah sampai lebam..

Adeus!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...