Khamis, 25 Jun 2015

GULAI KARI IKAN TEMENUNG

Assalamualaikum..

Harini kita buat masak kari. Di Kedah..jarang orang sebut kari..orang akan sebut Gulai.. tapi kalau di selatan..apa-apa masakan berkuah dan bersantan disebut gulai.  So jangan salah faham kalau datang ke Utara,oder gulai tapi dapat masak kari okeh?

Hahh..lagi 1.. kat sini tak de nya ikan kembung.. sebutan disini adalah ikan temenung..kenapa temenung?? ntahla.. aku pun termenung memikirkannya..

Ini resepi aku..dan cara aku masak..

Bahannya;
Ikan temenung/ikan kembung
Bawang merah dan putih dimayang
Halba campur
Serbuk kari ikan
Asam jawa
Sayuran : Bendi, terung, tomato, cili padi
Santan


Cara-caranya(sila ikut gambar);
1.Panaskan minyak,tumis bawang-bawang dan halba campur
2.Masukkan serbuk kari. Ada orang yang bancuh dulu serbuk kari ni..tapi aku suka taruk terus. Nanti dalam periuk pun kena air jugak.
3.Masukkan air asam jawa dan tumis sampai pecah minyak
4.Masukkan terung dulu dan kacau rata.Pastu tuang sedikit air untuk kuah.Sikit je jangan banyak
5.Masukkan bendi bila kuah dah didih.
6.Tuang santan pastu gula garamkan sesedap rasa dan lepastu masukkan ikan dan cili padi.Biarkan didih dah boleh matikan api.Lepastu baru masukkan tomato.

jeng..jeng...siap 

Itu je resepi aku ni..senang je kan?? Aku paling suka kari yang semalam punya..lepas di panaskan,kuah jadi pekat..pastu cicah roti atau lempeng..orang Kedah panggil peknga. fuhhh..sekeping tu senapas aku bedal..

Ok. selamat mencuba lah ye..Adeuss!!


Rabu, 24 Jun 2015

MASAK LEMAK CILI PADI KETAM TERSEPIT

Assalamulaikum.

Lagi..resepi orang malas. Asal boleh dah la kan.. Hari ni kta buat Ketam Masak Lemak Cili Padi. Yang ni,sambil tidur pun boleh buat.

Bahannya;
Ketam..ikut koranglah nak sekor-sekor atau potong 2
Bahan blend: Cili padi,bawang putih,bawang merah,kunyit hidup(kalau tak ada kunyit hidup,guna je serbuk kunyit..apa susah??)
Serai diketuk
Asam keping 1 aje
Daun kunyit
Santan

Cara-caranya;
1.Satukan semua bahan dalam periuk(kecuali santan dan daun kunyit) dan masukkan sedikit air.
2.Hidupkan api,biar menggelegak pastu masukkan santan dan daun kunyit
3.Garam gulakan sesuka hati sesedap rasa. Korang nak taruk pak aji ke..serbuk cukup rasa ke..ikut koranglah..pastu biarkan didih.
4.SIAP!!!

Tadaaaa!!!! 

Amboih senang sungguh nak masak ni sebenarnya . Tu yang aku tak paham kenapa ada perempuan yang tak reti masak..Contoh ..macam masak lemak ni..kau taruk cili padi..jadilah masak lemak cili padi..taruk serbuk kari..jadi masak kari..taruk milo..jadi masak milo..taruk kopi..jadi masak kopi..senangkan?
(ada ke masak milo dan mask kopi?? hahahah hentam sajala labuuuu)

Adeuss!!!

Selasa, 23 Jun 2015

KERABU BILIS SENANG DAN SEDAP

Assalamualaikum..

Sempena bulan puasa ni,bolehla aku berkongsi resepi simple dan cincai asal boleh je untuk berbuka atau bersahur. Kali ni aku kongsi resepi Kerabu Bilis.. punyalah senang nak buat kerabu ni..pejam mata pun boleh..

Bahannya;
Ikan bilis siap goreng
Serai
Bunga kantan
Halia
Cili padi
Bawang merah
Limau nipis..ambil jus sahaja

Cara-caranya;
1.Mayang halus semua bahan(kecuali limau nipis)
2.Satukan semua bahan termasuk bilis ,gaul rata dan perahkan limau nipis dan gaul lagi.
3.Perasakan garam gula sesuka hati.Aku tak taruk garam sebab bilis tu sendiri dah masin...pastu..

SIAP!!!!

Senang je kan?..kan?..kan?..
Ok selamat mencuba..Adeuss!!!


Ahad, 21 Jun 2015

JERUK CUKA IKAN PUYU PECAH LIUR

Assalamualaikum..

Selamat berpuasa semua. Hari ni aku nak kongsikan resepi simple tapi cukup untuk lajukan dan tambahkan selera untuk bersahur. Kiranya ini menu untuk sahurlah..

Ada yang panggil menu ni dengan nama Masak Acar..tapi dari kecik aku kenal menu ni dengan nama Masak Cuka..sangat sesuai untuk dimasak dengan ikan darat atau ikan yang ada bau hanyir sebab cuka boleh hilangkan bau ikan tu.

Ini resepinya..

Bahan-bahan;
Ikan yang telah siap digoreng(boleh guna ikn kembung,ikan tongkol/aya,tapi untuk ini aku gunakan ikan puyu)
Cuka makan
Bawang besar (belah 6)
Bawang putih dan merah (belah 2,tak nak belah boleh)
Serai dan halia (mayang halus)
Halba 
Cili padi (buang tangkai tak perlu potong)
Serbuk kunyit
Gula garam untuk perasa

CARA-CARA
1.Panaskan minyak,bila dah panas,tumiskan semua bawang,halba campur, serai dan halia.
2.Bila agak layu,masukkan cuka(agak-agak masam ikut suka)dan didihkan

3.Masukkan serbuk kunyit dan cili padi,garam gulakan sesedap rasa

4.Bila dah didih masukkan ikan..SIAP!!!

Emmmm..apa lagi..dah siap..jemput makan..

*bila masak yang ni...teringat zaman budak dulu..inilah menu yang mak selalu buat terutama bila ikan goreng semalam yang tak habis makan..huhu


Jumaat, 19 Jun 2015

RAMADHAN KAREEM


Assalamualaikum semua.. Selamat Berpuasa ya..
Semoga Ramadhan kali ini memberi lebih erti kepada kita semua..
Jangan jadi cam Limau aku kat bawah ni dah laaa.. Adeusss!!!


Rabu, 17 Jun 2015

SEMPADAN NEGARA

Assalamualaikum..

Sudah bersawang laman sesawang ni. Hari ni aku ingin berkongsikan gambar yang cukup menarik. Di ambil dari IG kakak kepada kawan aku. Suami beliau warga Holland dan gambar ini buat aku teringin sangat nak ke sana..

Tempat ini dinamakan 3 Countries Point.

Menariknya mengenai negara-negara Europah ni, tak perlu passport untuk ke negara jiran (yang dalam kumpulan negara Eropah).. 

Aku pun cuba google dan terjumpa gambar-gambar sempadan antara negara untuk dikongsikan dengan korang..















*sumber Google

Menarikkan?.. terasa macam nak jejak kaki kesemua tempat ni..

Itu je perkongsian hari ni..Adeus!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...