Jumaat, 31 Julai 2015

BUNGA KRISTAL - 5


Assalamualaikum..

Masuklah koleksi jahitan manik untuk Raya tahun 2014. Simple aje..sulaman kristal pada bunga-bunga kosong di hujung tangan dan bawah baju..



Susah juga nak matchingkan kristal yang sesuai dengan motif bunga di baju ni..dan sebenarnya aku tak berapa puas hati..macam ada yang tak kena..apapun, ini gambar tahun lepas..inilah yang jadi bila mood kelaut!..

Itu aje,,..sambung esok. Adeuss!!!

Khamis, 30 Julai 2015

LACE & PEARL 12

Assalamualaikum..

Ini lagi..baju kawan aku tu..tauke Lukisan Kaligrafi Murah..si Zainab.. nak yang simple aje.. Taburan pearl di atas lace. Untuk pakai kenduri katanya...rajin sungguh cik kak ni pergi kenduri..



Ini jahitan tahun 2014..dah lebih setahun terperam gambar ni..ok.itu aje. Malas nak menulis banyak-banyak..Adeuss!!!

Rabu, 29 Julai 2015

LACE & PEARL 11


Assalamualaikum..

Ini bukan baju pengantin..tapi baju nak pergi tengok pengantin. Baju milik sahabat lama aku masa sekolah dahulu.. Zainab Desa namanya..sekarang sangat popular sebagai pelukis Kaligrafi Murah dan beberapa kali masuk tv kate kooo..

Ini bukanlah baju pertama dia hantar kepada aku..Alhamdulillah dia sangat suka dengan baju ini..




Gambar baru ini dah hampir jadi pekasam dalam memori henpon aku..dari tahun 2014, sekarang baru aku publishkan untuk tatapan umum.. Kepada yang berminat nak aku jahitkan manik, boleh hubungi aku sms/wssp 0125677630.. 

Sekian untuk hari ini..Adeuss!!!

Selasa, 28 Julai 2015

YA ALLAH!!! SELAMATKANLAH NEGARA KU..

Assalamualaikum..

Tersentak aku mendengar berita di radio..terkedu aku dan suami mendengar .. Apa nak jadi dengan negara ni.. akhirnya harapan Melayu di dalam UMNO telah disingkirkan tanpa sebab musabab..

Semoga Allah memberi kekuatan dan rahmat kepada Tan Sri Muhyidin Yassin..
Sesungguhnya Allah lebih mengetahui kebenaran..
hingga saat ini..aku masih terasa luka dihati..

maaf andai entri ni berbaur politik..aku bersuara kerana hak aku sebagai rakyat Malaysia yang mengundi..ini tidak adil!

LACE & PEARL 10

Assalamualaikum..

Untuk pengetahuan, tuan punya baju pengantin ni dah bersalin anak sulung pun..anak pun dah boleh bergolek sana sini, tapi aku baru terhegeh-hegeh nak update di blog...punyalah dahsyat tahap malas aku ni..mana nak car???

Baju pengantin ni nak glamer. Tema putih dan Gold..so inilah jadinya



bawah baju


atas bahu..

Ni baru betul punya bersawang punya gambar. Entah hantu apa yang merasuk aku hingga aku malas sangat nak menulis di blog lagi,,mungkin akibat kewujudan FB agaknya..so minggu ini terasa sedikit rajin..maka inilah jadinya..entri autopublish selama sebulan..koleksi gambar jahitan manik sejak hujung 2013 hingga yang terkini..harap sangat korang jangan muntah tengok gambar manik ya..ok bai!

Adeuss!!!

Isnin, 27 Julai 2015

LACE & PEARL 9

Assalamualaikum.

Hari ini aku nak tunjukkan jahitan manik yang simple untuk baju akad nikah dan kahwin sekaligus.. Tema putih dan biru..Baju lace sepenuhnya, jahit di hujung tangan dan bawah baju..




Dan yang ini adalah tudung siti, pengantin akan pakai inner putih dan diluarnya disarungkan tudung siti ni..

Itu aje..dan kepada bakal pengantin, yang nak manikkan baju untuk hari bersejarah mereka, aku sangatlah berbangga bila sentuhan jari montokku ini menjadi sebahagian kecil sejarah manis mereka..sila sms/wssp 0125677630 untuk tempahan..Adeuss!!!

Ahad, 26 Julai 2015

PEARL TABUR - CRUMBLE 32


Assalamualaikum..

Lagi koleksi tertangguh jahitan manik 2013.. Jahitan pearl crumble di tangan dan bawah baju..





Entri kontot aje,,biar gambar berbicara..Adeuss!!!

Sabtu, 25 Julai 2015

MANIK SIMPLE - 10


Assalamualaikum..

Koleksi jahitan manik raya tahun 2013..inilah jadi bila dah malas nk update blog ni..gambar bersawang dalam memori henpon aku..




Actually ni baju aku sebenarnya..aku tak suka manik dibaju sebab aku spesis rajin membasuh, semuanya aku humban dalam mesin..itulah sebab aku jahit simple gila macam ni..itu pun selepas 18 kali kena perli..tukang jahit manik, tapi dibaju sendiri sebijik manik pun tak ada..

Ok..ini aje..esok ada lagi.. Adeuss!!!

Jumaat, 24 Julai 2015

PEARL TABUR - CRUMBLE 31

Assalamualaikum..

Orang malas nak tunjuk koleksi jahitan manik untuk baju raya tahun 2013..gambar yang dah jadi pekasam..2 tahun baru update di blog..teruk sungguh tahap kemalasan aku sekarang..harap maklum

Simple sahaja..taburan pearl warna senada di tangan dan bawah baju..Sila lihatlah yaa..




Cukup untuk hari ni..seperti biasa, kepada yang berminat boleh sms/wssp 0125677630 untuk tempahan bila-bila masa sahaja..Adeuss!!!

Isnin, 20 Julai 2015

TIPS NAK BERAYA DIRUMAH ORANG

Assalamualaikum..

Mood raya masih membara..dan aku pun terlebih mood nak bagi tips kat korang terutama yang nak pergi beraya rumah orang, tak kira sedara mara,kawan rakan dan sewaktu dengannya..

Tips kalau nak beraya di  rumah orang
1. Ringankan tangan bersalam dengan tuan rumah (sesama jantina je ye)(itu hormat orang namanya)
2. Kalau tuan rumah jemput makan, kita kena jemput dia makan sama(itu budi bahasa namanya)
3. Letak handphone ketepi, jangan asyik menonyoh handphone tapi mulut dok bercakap dengan tuan rumah (itu kurang ajar namanya)
4. Masa makan kurangkan gelak mengilai-ngilai  sambil mengunyah (itu tak senonoh namanya)
5. Sebelum balik,(yang perempuan)rajin-rajinkan kaki melangkah ke dapur sambil bawak pinggan atau gelas yang dah awak guna untuk makan,basuh sekali lagi bagus (itu tertib namanya)
6. Jangan memandai-mandai mintak tepawe nak isi kuih nak tapau (itu gelojoh namanya)
7. Kalau tuan rumah kata "makan self servis".. " buat macam rumah sendiri" jangan pulak lepas makan korang baring-baring atas sofa orang (itu muka tak malu namanya)
8. Sebelum keluar rumah,hulur tangan(sesama jantina je..jangan jadi bangang nak salam laki/bini orang yang bukan mahram) dan ucap terima kasih kat tuan rumah (itu beradab namanya)

Kalau dalam diri takde semua ni...takyahla pergi beraya rumah orang..dok depan tv. ...tido!


Selamat Hari Raya

Isnin, 13 Julai 2015

LAZADA LEMBAB!


Lama aku tak lepas geram..kali ni kena lepas jugak. Kali ni aku betul-betul geram dengan LAZADA. Dulu tak teruk camni , tapi sekarang makin menjadi-jadi pulak.

Kisahnya..aku beli sebiji oven. Beli pun sebab aku dapat baucer RM50.. dari biar expired, baiklah aku beli apa-apa. Tambah-tambah lagi tengah semangat nak membaking kuih raya ni.. tapi LAZADA ni betul-betul buat spoil mood aku.

Aku buat pembelian dan bayaran pada 04.07.2015 . Tunggu punya tunggu , barang tak sampai pun. Status di Order Tracking..macam ni..
Ini print screen pada 11.04.2015

Siapa yang tak hangin 1 badan. Packing apa yang lama sangat sampai seminggu tak siap. Aku bukan beli kapal selam yang susah sangat nak packing tu,beli oven je pun!

Geram sangat,rosak program aku nak membaking masa hari cuti minggu. Dah la dalam seminggu, aku 5 hari kat Langkawi nih, Jumaat Sabtu je balik rumah aku di Jitra nun..memang menyirap la.. Apa lagi..aku bantai emel LAZADA (aku emel guna format form di web LAZADA) dengan BI tahap dewa aku (geram punya pasal)..

Emel pertama:: aku hantar 11.07.2015 pukul 8.40mlm( aku hantar lepas berbuka sebab kalau sebelum berbuka,habis pahala puasa aku maki orang!)

Ok..LAZADA jawab, emel aku tu tak lengkap, tak ada nombor oder, padahal di format form diorang tu ada 1 column khas untuk keyin no.oder dan aku dah isi. Sebab tu aku tak tulis dah no.oder di komplen emel aku tu..Ok tak pe, esoknya aku hantar lagi..



12.07.2015 pukul 6.46petang, aku hantar lagi kali ni dengan no.oder sekali..

Pukul 10 malam ,tetiba masuk notification email di handphone aku..

Tengok!! petang semalam kena maki, malam pukul 12.07.2015 tu, terus diorang pos..

Lagi sakit hati diorang guna Skynet jugak. Dah la aku ada sejarah hitam dengan Skynet Jitra ni..sebab yang pun spesis lembab jugak, korang nak tahu.. baca SINI SKYNET JITRA CAP AYAM

Apapun, aku memang bengang dengan LAZADA. Sakitnya hati kena tipu ..kenapa aku cakap diorang tipu?? Ok..ini sebabnya..sebelum aku beli oven ni, aku dah check estimate date arrival.. disebabkan aku tak terfikir nak print skrin masa aku check untuk beli oven dulu, so aku bagi contoh nak bagi korang faham..

Di web atau apps LAZADA ada column macamni..
Tengok "DELIVERY DETAILS" tu..apa yang perlu dibuat adalah dengan keyin poskod alamat korang..

Bila kita keyin kan poskod dan klik CHECK.. maka akan keluar ayat yang aku bulatkan biru tu..

Dan..bagi kes oven aku ni, masa aku nak bayar minggu lepas , dia tulis kat situ 07 Jul -10 Jul 2015.. dan memang bestla sangat bila hingga hari ini 13 Julai, jangan kata oven..kotak oven pun tak sampai. Kalau korang perasan, aku ada sebut pasal ni kat emel komplen aku tu..

Kalau aku tau LAZADA makngot macamni, dari haritu lagi aku beli je kat Tesco. Nak guna baucer punya pasal..rosak program aku.

Itu je aku nak lepas geram. 




Ahad, 12 Julai 2015

SEMANGAT KUIH RAYA

Assalamualaikum..

Saja nak meraban kat sini. Eh..korang dah buat kuih raya ke?..ke beli je?

Ini cerita aku..tahun ni azam nak buat sendiri. Memandangkan harga kuih ready made mahal bapak..dah tu tak tahu halal haram sebab dah banyak penipu sekarang...bersih ke tidak..makanya aku memang berazam nak buat sendiri.

Malu nak cakaplah..inilah kali pertama aku cuba buat kuih raya sendiri setelah 35tahun hidup..sabor je lah! Sebabnya aku lebih cenderung ke arah masak lauk pauk dan makanan..biskut,kuih dan kek ni bukan bidang dan minat aku..

Tiba dari Langkawi pada 9Julai lepas, usai Maghrib je,aku pun menapak ke Tesco Jitra nak menyopping barang nak buat kuih. Encik Suami yang sangat supportive turut ikut dan jadi tukang tolak troli.

Semua ni harga lebih kurang RM200 jugak..tak termasuk acuan kuih..huhu

benda alah ni pun kena beli..susah betul sebab tak pernah membaking ni..

Sampai rumah aje, dari pukul 11 malam maka aku pun mula projek kuih...buat yang senang lah dulu (senang ke??) huhu..di bantu En.Suami sebagai tukang menyiput..maka jadilah Kuih Siput..

Selama 2 hari aku pulun buat kuih..inilah hasilnya..

Kuih Siput (tinggal sebalang je sebab tukng yang menyiput tu dah bedal awal-awal lagi)
Kerepek Ketam(punnnn tinggal sebalang)
Kacang salut
Bread Stick Coklat
dan favourite aku..yang dulunya aku buat jual tpi sekarang tak lagi sebab tak larat..Kuih Susu Secret Resepi aku..

Itu aje.. Ada lagi nak buat .. masalahnya ketidakcukupan masa untuk membuat memandangkan aku bekerja di seberang laut.. Insya Allah,sambung pulak Selasa malam akan datang..

Resepi aku semuanya senang,sukat pakai cawan je. Nantilah aku kongsikan resepi orang baru belajar .Ok..Selamat Berpuasa korang! Adeuss!!!



Jumaat, 10 Julai 2015

PEKASAM DAGING SAMBAL PETAI

Assalamualaikum

Hari ini, aku ingin berkongsi resepi ringkas,namun mampu membangkitan selera anda terutamanya penggemar pekasam daging.

Resepi untuk Pekasam Daging Sambal Petai.


Bahan-bahan
1pek Pekasam Daging Kasseh Rasa
10tangkai cili padi
4ulas bawang putih
1ulas bawang merah
2papan petai(ambil biji sahaja)

Cara-caranya..
1.Potong kecil daging pekasam dan dengan menggunakan minyak yang betul-betul panas,goreng pakasam setengah masak
2.Tumbuk cili padi dan bawang-bawang, dan masukkan daging pekasam yang sedang digoreng
3.Setelah dagung masak,masukkan petai dan matikan api..Siap!!!

Tak perlu garam ye, dan sekiranya inginkan lebih masam,tambah perahan limau nipis.

Berminat untuk merasai Pekasam Dagung yang sedap ini? Lawati PEKASAM-DAGING.BLOGSPOT.COM

Selamat mencuba!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...