Isnin, 31 Ogos 2015

LINDUNGI BLOG ANDA

Assalamualaikum..


Aku dapat komen dari seorang AMT (Ahli Mesyuarat Tingkap @ Follower) blog aku ni, macam mana nak protect artikel dan gambar dari di cilok pengguna Internet.. Ilmu ni sebenarnya dah lama dah. Bagi blogger yang bertahun-tahun di alam maya ni memang dah tahu teknik ini. Aku kongsikan di sini khas kepada yang belum tahu.

Ada 2 cara yang aku gunakan..

1. Watermark
Watermak ni aku gunakan di setiap gambar yang aku ambil sendiri, menandakan HAK CIPTA aku dan kalau orang lain guna untuk kepentingan sendiri maka dia akan terkantoi bila aku atau orang yang mengenali aku ternampak gambar tu.

Cara nak buat watermark yang simple boleh digunakan dengan menggunakan smartphone masing-masing. Terdapat beberapa aplikasi yang membolehkan watermark dibuat. Download saja di Aps Store/Play Store yang ada di smartphone korang. Yang aku gunakan ialah Photogrid.

Kalau menggunakan pc atau laptop, korang boleh download Photoscape. Di situ ada cara macam mana nak buat watermark. Watermark ni tak semestinya gambar atau simbol, memadai di gambar korang tu ada nama blog korang. 

Dulu masa aku gunakan laptop/pc untuk update blog, aku gunakan watermark macam di gambar ni(penjuru bawah sebelah kiri)..Watermark ni agak leceh untuk di paste kan di gambar..ambik masa

Bila sudah tidak menggunakan laptop/pc dan menggunakan 100% smartphone, maka watermark aku pun begini sajalah..asalkan ada sudahla..dari dibiar gambar kosong akhirnya dicilok orang.

2.Disable Right-Click
Kegunaan fungsi ini ialah melumpuhkan fungsi right-click di mouse korang yang tidak membolehkan sesiapapun cuba untuk copy artikel atau gambar di blog korang. Di sini aku sertakan tutorial macam mana nak buat benda alah ni.. Baca slow-slow dan buat ikut step yang aku bagi ni..

MULA-MULA: Klik link ini dan copy kod HTML yang tertera



Dropdown menu..Klik LAYOUT
Klik Add Gadget..mana-mana pun boleh..pilihla mana-mana pun...sama je


Klik HTML/Javascript tu


PASTE kan kod yang di copy tadi di kotak content tu dan taipkan ayat yang korang nak dan akhir sekali SAVE..

OK..selamat mencuba .






Ahad, 30 Ogos 2015

KARI ASAM PEDAS MAK NYONYA

Assalamualaikum..

Semalam aku balik dari Langkawi dengan memikul seekor ikan Tenggiri seberat 3 kg lebih..disebabkan murah, aku beli juga. Harga lebih kurang RM59 seekor..



So hari ini aku buat menu istimewa yang dah lama aku tak buat untuk Mylaling..dia pun tak pernah makan sebelum ni. Kali terakhir aku masak menu ni sebelum aku bernikah dengan suami aku..lama kan?

Inilah resepinya
Bahan-bahan;
Ikan Tenggiri (ikutlah nak kepala ke isi ke..apapun boleh)
Serbuk kari
Santan
Daun kesum
Bunga kantan
Bendi
Terung
Tomato
Asam jawa (air/pati)ikut tahap masam yang korang suka
Bahan blend : Cili kering, cili merah, serai, kunyit, halia, bawang putih, bawang merah dan belacan

Cara-caranya;

1. Tumiskan bahan blend dan serbuk kari
2. Masukkan daun kesum dan bunga kantan serta air asam jawa (untuk kuah)
3. Bila pecah minyak masukkan santan, ikan dan sayur, gula garamkan secukupnya
4. Matikan api dan masukkan tomato..siap!



Inilah rupanya..

Rasanya Masya Allah..sangat sedap..korang mesti cuba tau.. gabungan Kari dan Asam Pedas.. resepi ni aku dapat ketika menonton Dapur Nyonya di TV3 dulu yang dihostkan oleh Chef Florence Tan..

Korang mesti cuba resepi ni.ok..Adeus!!!

Sabtu, 29 Ogos 2015

KALAU DAH JODOH...

Assalamualaikum

Aku jarang sekali bercerita hal peribadi di sini. Tapi untuk kali ini, aku ingin berkongsi kisah yang telah Allah takdirkan untukku..

Aku bernikah dengan seorang lelaki yang tidak disangka-sangka. Tempoh perkenalan yang sangat singkat..namun takdir Allah tertulis akulah rusuk kirinya yang dicari-cari . Aku disatukan dengan suamiku dalam keadaan berserah sepenuhnya kepada Allah..tiada cinta, cuma yang ada hanyalah redho dan jujur antara kami dan direstui keluarga.

4 Jun.. Allah pertemukan kami (bagaimana dan di mana..biarlah Allah jua Yang Mengetahui)

7 Jun.. buat kali pertama dia menghantar sms 

11 Jun.. aku dilamar hanya melalui sms

14 Jun.. kami berjumpa buat kali pertama

4 Julai.. berjumpa kali ke-2 dan pertama kali perkenalkan kepada mak dan abah

18 Julai.. kami berjumpa kali ke-3 untuk membeli cincin dan persiapan kahwin. Shopping di Jackel dan Poh Kong

10 Ogos , kami bertunang

29 Ogos ..tarikh keramat..kali ke-5 berjumpa dan terus bernikah.. Majlis kami yang cukup ringkas, Kami selamat disatukan dengan sekali lafaz di masjid,jamnya lebih kurang pada waktu ini (pukul 10.40 pagi seingat aku) dan kemudian balik ke rumah aku untuk majlis kenduri yang dihadiri ahli keluarga dan sahabat terdekat.. Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar.



Sebentuk cincin dan seutas rantai tangan sebagai tanda ikatan antara kami


30 Ogos.. terus pergi honeymoon seminggu

Itulah kisah aku, perkenalan singkat, majlis yang ringkas, kami hanya buat apa yang wajib dan yang dituntut dalam Islam.. Alhamdulillah kami bahagia hingga kini dan gembira hidup dengan cara kami. Bercinta selepas nikah memang indah ! Yang kelakarnya..seminggu pertama bergelar isteri, dan waktu itu sedang berbulan madu, bangun jer tidur..eh..eh..sape pulak tidur sebelah aku nih?? uhuhuhu.. boleh terkejut la pulak..sebulan pertama hidup bersama memang malu-malu..pelik rasanya. Janggal pun iya . Buat apa pun rasa serba tak kena. (tersenyum sorang2 bila terkenang kembali huhuhu)

Syukur suami tidak berhutang pun untuk pernikahan kami. Alhamdulillah, pada ketika itu kedudukan kewangan suami dan perniagaannya sudah kukuh.

Pernikahan dan majlis yang simple tapi cukup bermakna. Tetap ada wang hantaran dan mas kahwin, hantaran sepersalinan berdiri untuk aku, dan untuk membatal air sembahyang, sebentuk cincin beserta seutas rantai tangan .

Aku sangat bersyukur dikurniakan seorang suami yang penyayang, rajin, beriman..tanpa aku duga dan tak pernah termimpi  walaupun sedetik bahawa ini jodohku. 

Hari ni ulangtahun perkahwinanku dengan suami tersayang. Kehadiran Simontelku menambahkan kebahagiaan keluarga kami. Tahun lepas terlupa tarikh  disebabkan aku baru sahaja menjalani pembedahanan di KMC. Ceritanya ada disini MY WEDDING A NEVER SORRY .

Doakan kebahagiaan kami hingga ke jannah..

Jumaat, 28 Ogos 2015

AKU BUDAK MINANG

Assalamualaikum..

Aku mula meminati Ujang sejak pertama kali membaca komik Aku Budak Minang.. masa tu aku baru darjah 3 (tahun 1989)..Buku tu abang sepupu aku punya. Kulit buku tu sampai kepam aku punya kerja.. baca berulang-ulang.. teringin nak beli..tapi tak mampu. Tak salah aku harga RM19.90 kot..

Aku lupakan hasrat nak beli. Sampailah aku masuk sekolah menengah, tak terbeli jugak buku tu. 

Baru-baru ni, dengan tak sengaja aku teringat nak google , mana tau ada..maklumlah buku dah lama..dan tak sangka aku jumpa tapi dengan cetakan yang baru, cover pun dah baru, warna hitam dan hard cover..Aku beli secara online di http://cesb.net.my dengan harga RM43.90..mujur ada diskaun sikit.. tanpa lengah aku terus beli. Bayaran pada 11 Ogos ..

Tunggu punya tunggu.. semalam 25 Ogos baru sampai..Alhamdulillah...

Inilah bukunya

Ini bakal menjadi koleksi kesayangan aku.. Kepada generasi baru, mungkin ada yang tak tahu penulis komik ini..ini bukan sebarang komik..ini lebih kepada biografi dalam bentuk animasi.. bukan cerita kelakar tapi cerita hidup seorang insan istimewa yang sejak zaman kecilnya bertemankan rotan dan sebat.


Dari komik Ujang, maka lahirlah komik Aca iaitu kesinambungan dari komik Ujang. (Aku dah beli, mungkin minggu depan sampai.) Selain itu turut lahir hasil air tangan Kartunis Ujang adalah komik Jibam dan I.B.C

Insan istimewa ini adalah saudara Ibrahim Anon.. atau lebih dikenali sebagai Ujang. Dari beliau jugalah yang mengilhamkan watak Ujang hingga lahir majalah Ujang. Namun ujian menimpa beliau apabila pemilik syarikat penerbitan majalah Ujang pada ketika itu MOY Publication dengan busuk hati telah mempatentkan watak dan Majalah Ujang sehingga saudara Ibrahim@Ujang sendiri diharamkan melukis, atau menerbitkan apa-apa bentuk kartun atas nama dan rupa kartun Ujang.. 

Kartunis Ujang juga terpaksa  melupakan watak kartun Din Beramboi yang diciptanya apabila ada "artis" yang pada ketika itu mendakwa dirinya adalah Din Beramboi dan menang kes hakcipta di mahkamah (tak perlu diulas panjang..beliau pun sudah kembali kepada Ilahi) 

Di zaman kegemilangan Kartunis Ujang, beliau bertaraf jutawan. Kartun dan majalahnya menjadi kegilaan ramai termasuklah aku..Entri mengenainya DISINI

Mujurlah komik Ujang, Aca, Jibam, I.B.C diterbitkan oleh Creative Enterprise Sdn Bhd dibawah label Gila-Gila..kalau tidak..entah apalah yang tinggal untuknya..sedih betul.. dari kecil sampai sekarang, hidup dalam kesedihan..

crdt google

Kartunis Ujang menderita menanggung hutang dan hampir gila. Beliau pulang ke kampung halaman untuk mencari ketenangan..(berat sungguh ujian dia). Doa hamba Allah yang teraniaya, setelah berbelas tahun pemilik MOY Publication makan hasil penderitaan Kartunis Ujang, akhirnya syarikat ini bungkus dan dihentikan operasi awal bulan lepas (dalam hati aku..padan muka kau setan!) Kesusahan Kartunis Ujang sehingga tahap dia menempah batu nisan sendiri..

Kartunis Ujang kini kembali berjuang bersama rakan kartunis asal Majalah Ujang yang lain di Majalah Gila-Gila ditempat dimana bermulanya beliau berkarya..

Aku doakan moga Kartunis Ujang kembali menyengat seperti dulu..serius aku rindukan tulisan dan lakaran kartun dari beliau dan moga Allah murahkan rezekinya.. Tabik spring untuk Ujang!!

Khamis, 27 Ogos 2015

INI CERITA AKU..

Ini aku masa di tingkatan 4, Sekolah Menengah Vokasional Sg.Petani 2, tahun 1996

Kisah ini kisah aku sendiri. Masih terkenang lebam birat bahu sebab gendong beg berat sorang diri masa masuk asrama dulu. Masih terasa sakit jari tangan jadi genting biru sebab jinjing baldi yang penuh barang. Daftar skolah sendiri. Daftar asrama sendiri. .Masih aku ingat wajah arwah Kak Ri yang sambut aku di pintu dorm tercengang bila dia tanya,mana beg aku? Aku kata beg ada kat dewan. Dia tanya lagi mana mak ayah? Aku kata aku mai sorang dengan teksi..ternganga Kak Ri pandang muka aku(Al-fatihah untuk arwah Kak Ri)..dah la dari dewan besar pi kelas di tingkat 2, pastu pi dewan makan..menapak pulak pi blok F,patah balik pi dewan besar ambik beg sorang2.. kalau dihitung hari itu berbelas2 kilometer aku berjalan..(ex VSP2 taulah macamana jarak tu)
*tulis takat ni pun dah setimba airmata aku pagi2 ni..


Masuk bilik asrama, aku tengok kawan2.. ada yang mak tolong kemas katil,ayah tolong kemas loker..lepas siap semua depa p shopping sampai ptg..aku? Hanya mampu tengok sahaja..

Mujur K.Fizah  tolong aku pasang cadar sebab nampak aku terkial2 nak pasang cadar tak reti..dan k.Umey tolong aku susun barang dalam loker .(terimakasih kekanda ku berdua)..ingat sampai mati jasa depa..siap semua..aku hanya mampu tersandar di pintu loker sambil tengok orang..terpandang loker org penuh berisi mcm2 makanan..loker aku? KOSONG! Hanya orang2 tertentu saja yang tahu apa yang ada dalam loker aku..aku tak pernah biar loker aku terbuka sebab aku malu dengan kawan2 dan aku tak nak orang tahu aku dalam kesusahan.
*tambah setimba lagi airmata


Tiap minggu orang pi outing beli macam2. Kawan aku Manja tanya aku..tak mau kirim ka? aku kata..tak tau nak beli apa.. sorry Manja aku bohong hang. Bukan aku tak tau nak beli apa..tapi aku tak dak duit! Dalam dompet aku ada sekupang time tu. Dok asrama kena pakai t-shirt putih kalau nak keluar ..aku tak dak..skali lagi K.Umey jadi penyelamat..dipinjamkan baju dia kat aku..lama2 dia bagi terus kat aku(baju tu ada lagi tau kak..ana simpan sampai hari ni!). Pada yang tak outing..masing2 pakat tunggu mak ayah mai.. bawak makan2 berkelah diluar blok..aku? tengok sajalah org makan. Seingat aku selama 2 tahun aku di asrama, 3 kali saja mak abah aku mai tengok aku
*setimba lagi airmata


Percaya atau tidak, selama 2tahun di asrama aku tak pernah makan dikantin. Kawan2 ajak..aku kata aku tak boleh makan pagi..nanti aku sakit perut (sorry kawan2..aku tipu hangpa lagi..aku bukan sakit perut..tapi aku ikat perut). Duit yang aku ada hanya cukup untuk tambang balik kampung bila cukup minggu. Aku hanya beli buku rujukan SPM, 4bulan sebelum exam..itupun sebab duit biasiswa masuk..kalau tak..aku tak tahu apa itu buku rujukan! Aku tak pernah tau apa itu kelas tuisyen. Mujur zaman asrama ,kat skolah ada kelas prep siang dan malam..dan kelas flexi...Aku bukan macam orang lain..dari UPSR dah ambik tuisyen luar..PMR apalah lagi..tuisyen bagai nak rak..tapi resault tak jugak2 gempak..Walapun tanpa tuisyen luar,Alhamdulillah..SPM dapat jugak Pangkat 1.
*the next setimba airmata


Paling aku susah hati masa asrama dulu ialah..masa nak buat party dorm..aku cukup susah hati..semua sepakat nak makan itu ini..paling special nak makan KFC..takkan aku sorg tak setuju..mujur duit biasiswa jugak yang membantu..kawan2 tak pernah tahu dan aku pun tak pernah cerita, yang aku tak mampu..hidup mereka tak sama hidup aku. Mak ayah depa makan gaji..mak abah aku cakar pokok getah subuh2 sepiee!


Itu kisah masa sekolah.. Bila dapat kerja..seperti biasalah..aku sendiri jugak. Dari kedah naik bas pi KL.. Maka tumpanglah aku tidur di rumah abang pupu aku..Abg Long Amin .. (terima kasih K.Zu atas layanan baik selama k.lang menumpang disana) Dari KL naik bas depan Metro, tumpang berani orang nak ke Putrajaya untuk lapor diri..lone ronger aku haritu ditempat yang asing bagi aku..terjah semuanya sendiri di Putrajaya yang pada ketika itu perabut masih bau kedai!..rezki memihak aku,aku dapat balik kedah..mlm tu jugak aku conget balik !

2tahun aku berulang alik dari rumah di Guar Chempedak ke pejabat di Alor Setar sejauh 38km sehala dengan motor.. lepas tu baru baru merasa beli kereta. Pun dengan duit sendiri. Budak sekarang, baru masuk U pun dah bawak kereta..hebat sungguh depa.

Itu cerita aku kalau nak tulis semua..3hari 3malam tak habis..apa yang aku nak kata disini..semua ini berlaku sebab mak abah aku orang susah.Ada yang hairan..kenapa aku terpaksa hidup macamni..di mana mak abah aku? Takkan depa x ambik tau langsung hal aku? jawapannya ya! mak abah aku orang susah..dan mak abah aku x pernah nak manjakan aku adik beradik. Semuanya kena belajar buat sendiri. Inilah hakikat.Dulu memang aku terasa sedih sangat.hidup aku macam org yg x ada mak ayah...tapi lama2 aku anggap itulah takdir aku. Dan aku banyak berdikari ,tak dimanjakan langsung dengan kesenangan.


Budak2 sekarang ,bukan takat masuk sekolah..nak lapor diri masuk kerja pun,sekampung ikut teman..Memang aku mengaku aku cemburu..sebab aku tak merasa semua tu .Dan sebab itu jugaklah aku tak pernah biarkan anak saudara aku Zack Eppy yg hilang kasih sayang ibubapa, keseorangan (eppy..jangan pernah merasa diri diabaikan..selagi lang hidup, lang ada untuk hang)


Alhamdulillah..berkat kesusahan lalu..aku jadi dan aku ada apa adanya sekarang..walaupun tak mewah tapi cukup serba serbi. Semuanya yang aku ada harini hasil usah titik peluh sendiri.Aku biasa hidup susah.Aku dah lali dengan semua tu.

Jgn anggap kita saja yang susah..ada yang lebih susah lagi
Jgn terlalu manjakan anak2..kelak nanti depa tak tau berdikari
Jgn terlalu mewahkan anak2..ajarlah depa usaha sendiri


Panjang cerita aku pagi ni.cerita bersama bertimba2 airmata...dan inilah kisah aku. Kalau nak baca..bacalah.. Tak baca pun tak apa..aku tak kisah.. ambik pengajaran dan bersyukurlah hangpa tak dilahirkan sebagai anak orang susah!

*silakan share jika ini mampu jadi teladan dan pengajaran

Rabu, 26 Ogos 2015

STEAMBOAT YANG TAK BERAPA NAK STIM?

Assalamualaikum..

Minggu lepas punya cerita, Mylaling dah ketagih dengan steamboat.. So dia ajak aku cuba kat tempat ni.. Terpengaruh dengan iklan di group-group bisnes di FB.. ditawarkan dengan harga yang cukup murah hanya RM10 untuk 1 set.

Katanya waktu perniagaan mula jam 6.30 petang. Aku dan suami sampai di kedai ni pukul 6.40..tapi tak siap lagi dan kami pesan air dulu (air orang lain jual) Hampir pukul 7 baru siap oder kami..

ini gerainya.. Lagenda Steamboat & Grill


Inilah antara bahan yang ada dalam set RM10 tu. Kami oder 1 set sebab dalam fb tu, nampak macam banyak.. Kalau yang betul-betul lapar, set ni boleh makan untuk seorang sahaja..oleh kerana aku berkongsi dengan suami, balik je rumah, terus kami makan nasi!


Pendapat peribadi aku..sedikit kecewa. Kuahnya nak dikatakan tomyam...tak rasa tomyam..banyak serai lengkuas blend dalam kuah tu..tak masam..tak pedas..kosong je rasa..Bab portion aku tak kisahla..padan dengan harga RM10 tu..maka kesimpulannya indah khabar dari rupa.. 

100kali sedap lagi di Dapur pak Yusoff Steamboat & Grill Kuala Sungai. Bukan saja sedap, tapi puas makan. RM17 seorang, makan sepuas hati, ada air minum, aiskrim, laicikang, Beza hanya RM7 sahaja..makanlah sampai pengsan! Entrinya ada DI SINI 

Mula-mula tu aku bersemangat nak tulis review untuk gerai ni..tapi atas apa yang telah dilalui, maka aku tak tahu nak cerita apa-apa pasal gerai ni, melainkan kepada sesiapa yang teringin nak makan stimboat tapi bajet tak ada, bolehla cuba.  Lokasi?? maaflah aku tak rasa aku perlu bagitahu..korang boleh google lah...

Inilah jadi bila dah terpengaruh dengan iklan dan komen di fb..Mungkin orang yang tak pernah makan stimboat dan pertama kali makan yang ini..akan katakan ini yang sedap, tapi bagi yang dah biasa makan macam aku, tiada apa yang dibanggakan..

Untuk gerai ini dari 5 bintang aku bagi 2 bintang je. harap tuan kedai belajar buat kuah tu bagi sedap..itu je.. Adeus!!!

Selasa, 25 Ogos 2015

MASHED POTATO BAKAR

Assalamualaikum..

Cerita makan lagi..huhu..sabor jelah. Kali ni cuma resepi inovasi sahaja.. dah muak makan Kentang Lenyek tu..so aku ubahsuai sikit..



Bahan-bahan;
1 cawan Mashed Potato Mix Powder 
1/3 cawan Instant Gravy 
( mana nak dapat ni 2 bahan ni? sila LIKE CHEEZYCRAZYJCP)
Daging cincang
Daun saderi dicincang
Oregano
Margerin
Aluminium cup

Cara-cara;
1. Bancuh 1 cawan Mashed Potato Powder dengan 2 1/2 cawan air panas -ketepikan
2. Bancuh 1/3 cawan Instant Gravy dengan 1 cawan air panas -ketepikan
3. Panaskan sesudu marjerin dan goreng daging cincang hingga kering air -ketepikan
4. Sapu sedikit marjerin dalam aluminium cup tu, dan masukkan bancuhan Mashed Potato, daging cincang, siramkan bancuhan Instant Gravy, taburkan daun saderi dan oregano
5. Bakar dalam oven, suhu 200'c selama 15-20minit

SIAP


 Inilah rupanye..makan masa panas ,memang layan tau..
Selamat mencuba..
Adeus!!!

Isnin, 24 Ogos 2015

SAGU GULA MELAKA RONA RONI

Assalamualaikum..

Pantang duduk kat rumah, ada saja yang aku nak buat, apa yang teringin nak makan, semua aku buat. Memang sah tak ada harapan nak kurus kalau macam ni.. 

Semalam aku buat Sagu Gula Melaka.. Cara akulah.. cara orang lain aku tak tahu..,tapi ni cara aku.

 Bahan-bahan;
Untuk Sagu
2 cawan sagu (boleh beli yang dah siap berwarna )
Pewarna (kalau dah beli sagu berwarna, tak perlulah pewarna ni lagi..atau kalau nak biar je warna asal sagu..lupakan pewarna ni)
2 liter air

Sirap Gula
2 keping gula melaka (boleh ganti gula merah)
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
2 cawan air
Secubit garam

Susu sejat secukupnya/ nak guna santan pun boleh..tapi aku tak suka..kolesterol!

Cara-cara;
SAGU :
1. Rendam dulu sagu dalam 10-15 minit
2. Didihkan air dalam periuk, bila dah mendidih masukkan sagu, kacau sampai sagu hilang bintik-bintik putih.
3. Tuang dalam penapis dan jirus dengan air sejuk sambil kacau untuk buang kanji sagu tu.
4. Bahagikan ikutlah berapa pewarna korang nak buat. Kalau 1 je, terus masukkan sedikit pewarna, kacau rata dan tuang dalam acuan yang korang suka. Kalau tak ada acuan, tuang aje dalam bekas apa-apapun..asalkan sagu boleh membeku dan mudah nak ceduk nanti
5. Sejukkan dalam peti sejuk ye.. (bukan kat tempat beku tau)

SIRAP GULA :
1. Panaskan air dan masukkan gula melaka, gula pasir , daun pandan dan secubit garam. Kacau sampai gula larut. Masak hingga pekat.
* Kalau guna gula merah,larutkan dulu dan mesti tapis kemudian baru campur gula pasir dan yang lain-lain..sebab gula merah ni kadang-kadang banyak makhluk asing.huhuhu

Siap aje semua ni, keluarkan sagu dari acuan, letak dalam mangkuk yang sesuai, tuangkan susu sejat dan sirap gula..nak bagi best lagi, tambah ais kiub..perghhhh.. syok tak terkata




Ini Sagu Gula Melaka aku..dah ceduk masuk kemulut baru teringat nak snap gambar..sabor je lah..

Ok..selamat menyagu lah ya.. Adeuss!!!

Ahad, 23 Ogos 2015

PINJAMAN PERIBADI : BEZA FLAT RATE DAN REDUCING BALANCE

Assalamualaikum.


Hari ini aku nak berkongsi ilmu yang orang malas nak ambil tahu, tapi selalu orang sanggup terima akibatnya.

Ini adalah ilmu BERHUTANG dengan BANK!!! Kepada yang nak buat pinjaman peribadi (Personel Loan) , atau kepada yang suka gali lubang tutup lubang dengan berhutang dengan bank, korang mesti tahu ilmu yang aku nak ajar ni.

Aku yakin, ramai yang tak tahu dan salah tanggapan tentang hal ini.

Kita atau bakal peminjam sering terpersona dengan peratus Interest yang bank tawarkan kepada kita, tapi kita tak tahu apa yang merugikan dan menguntungkan. (walaupun sememangnya bila dah berhutang dengan bank ini memang tak pernah menguntungkan kita pun) Ini ilmu asas yang kita perlu tahu sebelum membuat apa-apa pinjaman peribadi dengan mana-mana bank atau koperasi. So aku harap, korang lapangkan fikiran, baca betul-betul apa aku nak cerita ni ye..Bismillahhirohmanirrahim...

Untuk Pinjaman Peribadi, terdapat 2 jenis perkiraan Interest atau dalam bahasa kasarnya faedah yang menguntungkan pihak bank yang kita kena bayar kepada dia sebab kita berhutang dengan dia..paham??

Ok..Jenis-jenis perkiraan ada 2 iaitu;

1. FLAT RATE 
Kebanyakkan bank menawarkan cara ini iaitu Flat Rate atau Kadar Rata. Ramai yang faham bahawa kadar jenis ini sangat menguntungkan diri tapi pada hakikatnya kadar jenis inilah yang menguntungkan bank dan merugikan kita. Bank mana yang mahu rugi..kan?

Contoh tawaran Flat Rate/Kadar Tetap


Contoh untuk mudahkan korang faham, (perkiraan ini adalah lebih kurang sahaja, setiap bank ada caj lain yang kita tak tahu..tapi kalau kira pun memang jumlah lebih kurang ini sahaja);   Katakan...

Jumlah Pinjaman RM10,000.00
Interest 5% setahun
Pinjaman Selama 5 tahun.

Perkiraannya adalah seperti ini;
Pinjaman RM10,000.00 / 5 tahun = RM2,000.00 <- ini adalah jumlah hutang setahun
Pinjaman RM10,000.00 X 5% interest =RM500.00 <- ini adalah jumlah interest setahun

Formula: jumlah hutang setahun + jumlah interest setahun = jumlah hutang dibayar setahun

RM2,000.00  + RM500.00 = RM2,500.00

Jadi Jumlah hutang setahun adalah RM2,500.00 yang mesti dibayar kepada bank selama 5 TAHUN

Jumlah pinjaman sebenar yang kita perlu bayar kepada bank adalah;
RM2,500.00 X 5 TAHUN = RM12,500.00

**********

2. REDUCING BALANCE
Kaedah ini tak banyak bank yang guna. Dan tak ramai juga yang meminjam bila diberikan kaedah perkiraan jenis ini. Tak pasti kenapa, mungkin tidak tahu, atau dah  terkelabu mata dengan duit. Ada bank yang menggunakan perkiraan BULANAN (baki hutang setiap bulan) dan ada yang menggunakan perkiraan TAHUNAN (berdasarkan baki hutang setiap 1 tahun) . So sebelum pinjam, tanya dulu samada perkiraan atas baki bulanan atau tahunan. Kaedah ini adalah bayar balik jumlah hutang setahun/sebulan TAMBAH jumlah peratus INTEREST dari baki pinjaman setiap tahun/bulan selama berhutang..faham tak?

Contoh ini panjang sedikit, tapi harapnya penerangan ini mudah di fahami..andaikan...

Jumlah Pinjaman RM10,000.00
Interest 5% setahun berdasarkan baki tahunan
Pinjaman Selama 5 tahun.

Perkiraannya adalah seperti ini;
Pinjaman RM10,000.00 / 5 tahun = RM2,000.00 <- ini adalah jumlah hutang setahun

Formula 1 : Jumlah hutang setahun + (Jumlah baki hutang X % interest) = Jumlah hutang dibayar setahun


Tahun 1: RM2,000.00 + (RM10,000.00 X 5%) ATAU RM500 = RM2,500.00

Tahun 2: RM2,000.00 + (RM10,000.00 - RM2,000.00 { yang sudah bayar di tahun 1} = RM8,000.00 X 5%) ATAU RM400 = RM2,400.00

Tahun 3: RM2,000.00 + (RM8,000.00 - RM2,000.00 {yang sudah bayar di tahun 2} = RM6,000.00 X 5%) ATAU RM300 = RM2,300.00

Tahun 4: RM2,000.00 + (RM6,000.00 - RM2,000.00 {yang sudah bayar di tahun 3} = RM4,000.00 X 5%) ATAU RM200 = RM2,200.00

Tahun 5: RM2,000.00 + (RM4,000.00 - RM2,000.00 {yang sudah bayar di tahun 4} = RM2,000.00 X 5%) ATAU RM100 = RM2100.00

Sekarang jumlahkan semua Jumlah hutang dibayar setahun selama 5 tahun tersebut
RM2,500.00 + RM2,400.00 + RM2,300.00 + RM2,200.00 + RM2,100.00 = RM11,500.00

Jumlah pinjaman sebenar yang kita perlu bayar kepada bank adalah RM11,500.00

**********

Inilah contoh dan beza kedua-dua kaedah perkiraan Interest bagi pinjaman peribadi. Apapun sebelum berhutang, kiralah sendiri samada jimat atau tidak. Pinjaman tanpa "pelaburan" memang merugikan, tapi sekiranya pinjaman yang digunakan untuk melabur samada sebagai modal perniagaan atau sebagainya, kalau kena gaya dan cara, boleh menguntungkan. Semuanya terpulang kepada diri masing-masing atas apa tujuan pinjaman dibuat dan bagaimana duit itu digunakan.

Pinjaman itu hutang..dan hutang tetap wajib dibayar. Kalau dengan bank kita boleh bayar, kenapa dengan manusia masih ada yang liat nak bayar..kan?

Itu aje perkongsian untuk hari ini. Semoga memberi manafaat kepada semua.Adeus!!!



Sabtu, 22 Ogos 2015

CUCUR SARDIN

Assalamualaikum..


Ketandusan idea nak buat menu minum petang? Atau terasa lapar tapi kat dapur tak ada apa-apa? Gunakan apa yang ada. Ini resepi tangkap muat asalkan kenyang.. Cucur sardin..



Bahan-bahan;
1 tin kecil sardin (aku gunakan King Cup sebab ini saja sardin yang kena dengan tekak aku)
3 cawan tepung (ikut tahap kelaparan masing-masing)
1 labu bawang besar dicincang
4 tangkai cili padi (terpulang nak letak ke tidak)
1 biji telur
Daun bawang (pun ikut suka koranglah berapa nak guna)
1 1/2 cawan air
1 sudu kecil serbuk cukup rasa
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara;
1. Hancurkan sardin bersama kuahnya dan gaul dengan tepung.
2. Masukkan semua bahan dan tuang air sedikit demi sedikit agak-agaklah senang korang nak  jemput dengan jari untuk goreng.
3. Tambah garam atau serbuk cukup rasa.
4. Jemput guna jari (agak-ajak aje saiz tu)Goreng dalam minyak yang betul-betul panas.


Siap..selamat menjamu tekak! 
Adeuss!!!

Jumaat, 21 Ogos 2015

UDANG BUTTERMILK MELAYU STYLE

Assalamulaikum..


Cerita makan aje minggu ni. Sebenarnya aku nak kosongkan memori handphone aku yang penuh dengan gambar masakan aku ni, so..semuanya aku parking ajelah kat blog ni...

Untuk kali ni aku nak kongsikan resepi Udang Buttermilk tapi Melayu style..resepi ikut tekak oramg melayu jati macam aku ni..

Jom tengok apa bahan-bahannya;

Udang
Tepung Magik( kalau tak ada,beli je tepung goreng rangup yang berlambak jual kat kedai tu..kalau nak tepung ni..boleh beli dengan aku ye..aku jual hihi)
Susu cair
Buttercup
Bawang putih, bawang besar dan halia dicincang
Daun kari
Cili padi hiris halus( tekak Melayu kena pedas,so nak taruk banyak pun ok je)

Cara-caranya;
1. Celup golekkan udang dalam tepung, goreng hingga masak dan ketepikan.
2. Cairkan butter dan bila dah panas tumis bahan dicincang hingga wangi.
3. Tuang susu cair (agak-agak sesuai dengan jumlah udang). 
4. Perasakan kuah dengan sedikit garam dan gula. Kalau dah tak reti sangat, boleh masukkn serbuk cukup rasa.
5. Kuah dah didih, masukkn udang, daun kari dan cili padi


SIAP !!

Itu aje yang nak aku kongsikan. Menu ni aku buat masa bulan puasa lepas, dah hadam berkurun dah.T Tapi baru hari ni nak publish di blog. Ok selamat memasak. Adeuss!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...