Assalamualaikum..
Aku mula meminati Ujang sejak pertama kali membaca komik Aku Budak Minang.. masa tu aku baru darjah 3 (tahun 1989)..Buku tu abang sepupu aku punya. Kulit buku tu sampai kepam aku punya kerja.. baca berulang-ulang.. teringin nak beli..tapi tak mampu. Tak salah aku harga RM19.90 kot..
Aku lupakan hasrat nak beli. Sampailah aku masuk sekolah menengah, tak terbeli jugak buku tu.
Baru-baru ni, dengan tak sengaja aku teringat nak google , mana tau ada..maklumlah buku dah lama..dan tak sangka aku jumpa tapi dengan cetakan yang baru, cover pun dah baru, warna hitam dan hard cover..Aku beli secara online di http://cesb.net.my dengan harga RM43.90..mujur ada diskaun sikit.. tanpa lengah aku terus beli. Bayaran pada 11 Ogos ..
Tunggu punya tunggu.. semalam 25 Ogos baru sampai..Alhamdulillah...
Inilah bukunya
Ini bakal menjadi koleksi kesayangan aku.. Kepada generasi baru, mungkin ada yang tak tahu penulis komik ini..ini bukan sebarang komik..ini lebih kepada biografi dalam bentuk animasi.. bukan cerita kelakar tapi cerita hidup seorang insan istimewa yang sejak zaman kecilnya bertemankan rotan dan sebat.
Dari komik Ujang, maka lahirlah komik Aca iaitu kesinambungan dari komik Ujang. (Aku dah beli, mungkin minggu depan sampai.) Selain itu turut lahir hasil air tangan Kartunis Ujang adalah komik Jibam dan I.B.C
Insan istimewa ini adalah saudara Ibrahim Anon.. atau lebih dikenali sebagai Ujang. Dari beliau jugalah yang mengilhamkan watak Ujang hingga lahir majalah Ujang. Namun ujian menimpa beliau apabila pemilik syarikat penerbitan majalah Ujang pada ketika itu MOY Publication dengan busuk hati telah mempatentkan watak dan Majalah Ujang sehingga saudara Ibrahim@Ujang sendiri diharamkan melukis, atau menerbitkan apa-apa bentuk kartun atas nama dan rupa kartun Ujang..
Kartunis Ujang juga terpaksa melupakan watak kartun Din Beramboi yang diciptanya apabila ada "artis" yang pada ketika itu mendakwa dirinya adalah Din Beramboi dan menang kes hakcipta di mahkamah (tak perlu diulas panjang..beliau pun sudah kembali kepada Ilahi)
Di zaman kegemilangan Kartunis Ujang, beliau bertaraf jutawan. Kartun dan majalahnya menjadi kegilaan ramai termasuklah aku..Entri mengenainya DISINI
Mujurlah komik Ujang, Aca, Jibam, I.B.C diterbitkan oleh Creative Enterprise Sdn Bhd dibawah label Gila-Gila..kalau tidak..entah apalah yang tinggal untuknya..sedih betul.. dari kecil sampai sekarang, hidup dalam kesedihan..
crdt google
Kartunis Ujang menderita menanggung hutang dan hampir gila. Beliau pulang ke kampung halaman untuk mencari ketenangan..(berat sungguh ujian dia). Doa hamba Allah yang teraniaya, setelah berbelas tahun pemilik MOY Publication makan hasil penderitaan Kartunis Ujang, akhirnya syarikat ini bungkus dan dihentikan operasi awal bulan lepas (dalam hati aku..padan muka kau setan!) Kesusahan Kartunis Ujang sehingga tahap dia menempah batu nisan sendiri..
Kartunis Ujang kini kembali berjuang bersama rakan kartunis asal Majalah Ujang yang lain di Majalah Gila-Gila ditempat dimana bermulanya beliau berkarya..
Aku doakan moga Kartunis Ujang kembali menyengat seperti dulu..serius aku rindukan tulisan dan lakaran kartun dari beliau dan moga Allah murahkan rezekinya.. Tabik spring untuk Ujang!!
salam puan pen biru.....suka la bc awk py blog dan yg paling suka sbb ada protection....hehehe, nk ty awk, cemana nk protect blog kita dari kena cilok ya?? harap sudila menjawab... tq :)
BalasPadam